Tuesday, December 2, 2014

6 Teknik Urutan Bayi Selepas Mandi

Assalamualaikum.

Alkisahnya ramai sebenarnya tak tahu or mungkin tak nak ambil tahu yang pentingnya urutan untuk bayi. Seawal usia sehari bayi/baby harus diurut. Bukan takat baby akan menjadi calm, tapi membesar dengan kasih sayang dan paling penting dapat elakkan masuk angin dan kembung.

Ini antara kebaikan apabila kita melakukan urutan kepada bayi kita.

  • Menghasilkan ikatan antara ibu bapa dan bayi
  • Tenang
  • Bayi rasa disayangi
  • Membantu bayi tidur dengan nyenyak
  • Meningkatkan sistem imunisasi bayi
  • Rangsangan sentuhan
  • Menyihatkan kulit bayi
  • Melancarkan sistem pengaliran darah
  • Membantu sistem penghadaman
  • Membantu dalam pernafasan
  • Melegakan kesakitan pada gigi
  • Membantu ibu bapa mengenal bayi (keperluan dan kehendak)
  • Menenangkan ibu bapa
  • Membina keyakinan ibu bapa dan bayi
  • Pengalaman yang menyenangkan
  • Merangsang penghasilan hormon oksitoksin (hormon yang dihasilkan ketika proses mengurut,membantu menenangkan seseorang)


Ikatan adalah cinta, sambungan, penerimaan, ketenangan, kasih sayang, kegembiraan, empati, kesatuan, kehangatan, keseronokan, komunikasi dan keakraban. Sentuhan adalah elemen yang sangat kuat dalam ikatan setiap insan, seperti komunikasi, verbal atau non-verbal dan bertentangan mata yang berpanjangan. Urutan pada bayi menyumbangkan segala aspek dalam elemen ikatan ini.

Ikatan yang lemah mampu menjurus kepada situasi bayi pra matang, komplikasi, kurang sokongan fizikal atau emosi dan juga tekanan selepas bersalin. Dalam hal ini, urutan pada bayi mampu menghasilkan semula ikatan unik ini.


So, emak-emak, rajinkanlah urut anak-anak korang okay?








Amalkan teknik i love you



Tips lain : untuk elakkan kembung dan angin pada baby, sapu minyak telon ke minyak kayu putih ke or minyak yuyi ke dekat -- ubun-ubun, belakang badan, dada, perut, belakang betis, belakang lutut, ari-ari, tulang belakang, tapak kaki, ibu jari kaki dan tumit baby. Yes leceh sikit la tapi alhamdulillah anak insyaAllah tak akan kembung kalau emak tak makan sembarangan kalau breastfeed.

Gambar : (Sumber Johnson & Johnson)
Kebaikan mengurut baby : (Sumber anakku sayang)

Ok bye!

Nuffnang Blogbuster Maybank Transact & Win

Assalamualaikum.

Wah terkejut kejap mak! Dah lama tak dapat apa-apa dari nuffnang. Almaklum la selama ni sepi blogging. Ni baru nak aktif balik.

Tetiba dapat email Nuffnang Blogbuster Maybank Transact & Win. Tanjat iols. Terus google apa yang patut buat bila dapat Blogbuster ni.


Ok bye. Nak pergi buat video blogbuster sekarang.

Monday, November 24, 2014

Spicy Chicken Wrap

Assalamualaikum

Selalu pening fikir nak makan apa malam-malam. Al-kisah ada beli wrap ni, terus fikir ok la kita ber-wrap chicken. Perap ayam bagai dalam homemade sambal. Relax-relax dulu 20 minit then grill ayam spicy tu.

Yang bagusnya makan eat clean ni cepat kenyang. Ai laike it. Sayur ada. Ayam ada. Pastu minum air kosong secukupnya. Setel. Resepi yang mudah la kiranya.





Semua update hari ni entry tertangguh hahahahahah.

Ok bye.