Moshimoshi.
*buang habuk yang melekat dekat blog Huda Luna* 11 hari berhabuk. 11 hari jugak kurang online. Sibuk layan anak-anak dan suami. Heh. Tapi dalam sibuk-sibuk tu sempat jugak round-round dalam blog dan banyak perkara yang menggerunkan yang aku jumpa.
1. Bukak blog terus terkejut badak sebab secara tiba-tiba datang music/lagu dari celah mana tah. Memang gerun. Mau heart attack secara spontan kalau masa tu speaker full volume. Heh. Tolong lah, aku tak rasa music patut letak dalam blog. Boleh mati dalam beberapa saat je kalau ada heart attack.
Contoh :

2. Tulisan besar kecik besar kecik sampai nak baca pun macam kena teropong mata luaaasss luaaassss nak paham seketul-ketul perkataan. @____@
Contoh :
CubA kOrANg bACa nI sEnANg kE tIDaK. sERoNOk tAK bACa mACam nI. tHiRlL tAk?
3. Entry nak center je semua sampai rasa macam err center nya, tak ada left langsung ke? Aisehh.
Contoh :
Hari ni saya suka minum susu cap unta.
Susu unta lagi sedap dai susu kerbau.
4. Saya dah follow blog awak, awak follow balik lah. Then lepas tiga empat hari kita tak follow dia unfollow kita balik. What the heck? Ohh, saya tak kisah bilangan follower saya pun. Kalau saya, saya follow sebab saya minat dan saya tak akan mintak balik orang tu follow saya balik.
Contoh :

5. Setiap baris ayat baru mesti warna lain-lain kat dalam entry. Kunun cantik lah kan, padahal jadi sasaran utama tekan button X. Juling mata ai nak tenung warna-warna striking. Ayoo tanggachi.
Contoh :
Nama saya Huda Luna Hussin. Saya lahir pada bulan Januari hari Jumaat. Saya suka makan Nasi Lemak. Saya tinggal di Ipoh. Saya belajar dekat UMP.
6. Ayat yahudi yang sangat berleluasa. Macam
entry ni yang sangat lah annoying kot! Err kalau SMS aku leh consider lagi kot, tapi type entry?
Contoh :
Aku pergi pasar jew tadiw. Sowie larh lupew pulak dapat mesej kat HP tadiw.
7. Type short form macam SMS padahal ruang post entry boleh type unlimited. Heh.
Contoh :
Ak ske mkn ayam tp ak xske mkn ikan. Dy lak ske mkn ikan tp xske mkn ayam. Dy ckp ayam leh wt mok.
8. CAPTCHA! Haa ni lagi satu yang buat blog jadi gerun sangat. Perlu ke? Macam tak perlu je.
Contoh :

NotaKakiHudaSiLuna :
kalau ada lagi boleh tambah nanti aku backlink balik. =) blockquote belajar dari blog
ailyl. Ailyl pulak belajar dari
Ynn.