June 2010 - Huda Luna Hussin

Nasi Lemak Daun Pisang

MoshiMoshi!


image google

Seronok jugak online sambil makan nasi lemak daun pisang ni. Sebab khusyuk gila makan menghayati rasa nasi lemak. Sambal dah la terbaik punya sedap! Bukan makan sebungkus. Tapi dua. Cukup qouta. Haha.

Ahad ni ada reunion kawan-kawan kelas dekat Gua Tempurung. Siapa orang Ipoh nak ikot jom lah!


NotaKakiHudaSiLuna :
sedang sibuk edit entry lama balik. benci tengok tulisan shortform aku yang dulu yang macam kambing.

(Western Australia) Malaysia - Singapore - Perth, Australia 3.

MoshiMoshi!


Entry ni panjang dan banyak gambar. Siapa berjaya baca sampai habis tanpa skip, aku ucap tahniah. Nak bat scroll tapi tak nak jadi

Entry ni adalah entry yang tertangguh selama dua tahun. Alang kepalang dah ternampak ceeramoon buat entry advertorial pasal ni, aku lak buat saja-saja suka-suka untuk promote betapa bestnya Perth ni! Sebab aku dah pernah pergi dua tahun lepas. Tujuan blog ni di buat dulu pun sebab nak story pasal ni tapi tak siap-siap cerita sejak dulu. Tapi before berlepas dan masa mendarat balik aku sempat posting dua post kat airport. Malaysia - Singapore - Perth, Australia 1. dan Malaysia - Singapore - Perth, Australia 2. Aku dapat advertorial? Mustahil. Tak layak.




Aku fly dari KL ke Singapore naik Singapore airlines. Ikot pakej trip tapi ada 2 hari untuk buat aktiviti sendiri. Kira transit sekejap dekat Singapore. Masa tu aku comot gila. Pergi dengan trip ramai orang memang tak best. terkejar-kejar semua. So, kalau nak pergi sana, better plan semua sendiri. Airasia dok promote tiket harga murah sampai esok je (24 June 2010) dengan harga RM249 je. Kalau ada duit, pergi la. Korang tak akan menyesal.


Aku sampai Perth 2 Mei 2008 pagi-pagi buta. Turun-turun je kena lalui macam-macam prosedur baru lepas masuk. Kat sana masa tu sejuk gila. Mengigil aku. First day kat sana aku tak leh terima sejuk sana, tapi lama-lama ok. Kalau aku sampai 3 Mei 2008, mesti tak lepas masuk sebab ada sesuatu berlaku kat airport tu. Malaysia Airlines di syaki bawak bom. Nak baca, gi link 1 dan link 2. Yang ni pulak youtube berita kat sana. Masa tu baru lepas solat Isya' terkejut gila tengok tv.


Lepas sampai airport, balik dulu hotel (depan Swan River) rest before pagi nya nak berjalan merata-rata. Pagi nye pulak first destination, King's Park and Botanic Garden. Tapi tak sempat jalan seluruh tempat tu sebab nak cepat. Cuma sempat ambil gambar Perth City dari atas bukit King's Park tu.


Kalau korang pergi, leh jalan-jalan naik ketapi kat belakang aku tu. Hey hey. Aku gemok. Ok aku tahu.


Lepas dah ambil gambar sakan dekat King's Park tu, pergi Fremantle pulak. On the way ke sana, aku ternampak ni. The University of Western Australia. Teringin nak masuk. Huhu. Tak ada pagar pun.


Okay, dah sampai Fremantle. Kat sini banyak bangunan lama yang unik-unik. Yang ni aku gi Market dia. Macam-macam souvenirs ada jual. Kena pandai pilih. Ada yang jual mahal gilaaa dan ada yang jual murah. Kat dalam ni pun ada restoren makanan Halal.


Ni sekolah teknik diorang. Bangunan diorang punya la lawaa. Sepanjang street tu, banyak shop jual macam-macam benda kalau korang nak beli. Bukan tu je, siap ade restoren Kebab Islam lagi.


Ni lah restoren tu. Ali Baba Kebab restoren kot tak salah nama dia. Before pergi sana aku dah list down semua kedai makanan Halal. Senang nak cari nanti.


Ni muka budak lapar nak mencekik. Lepas tu jadi terlampau kenyang sebab kebab tu besaq sangat!


Lepas dah makan, jalan-jalan semua diorang bawak gi pulak gi kedai makan lain pulak. Diorang bawak gi Kailis' Cafe Waterfront Fremantle. Makan lagi. Tapi Fish and Chip pulak.

So makan lah lagiiii. Scenery kat sini cantik. Macam kat Nusajaya, Johor. Ailyl ada cerita dalam entry dia. Kat sini ada burung comel suka bertenggek kat bench tu.

Lepas tu diorang bawak pulak gi Wine factory. Aku dengan makcik aku tak masuk. Untuk apa masuk pulak kan. Dah pukul 2 lebih, pergi pulak Caversham Wildlife Park ni. Kat sini ada Kangaroo, Wombat, Tasmanian, Spotted Quoll, Laughing Kookaburra, Koala bear dan banyakkkk lagi.


Bagi makan kat kangaroo macam best jugak sebab dia comel. Tapi yang tak best nya mesti akan terpijak taik dia yang kecik bulat-bulat tu.


Then pergi pulak Chocolate factory dekat Margaret River. Kalau nak lepas geram tengok chocolate banyak-banyak gi la sini. Tapi yang tak syok nya, chocolate kat sana banyak ada wine. T____T So, tak dapat la beli.


Dah penat semua, balik la hotel balik. Hotel pulak, betul-betul bertentangan dengan Swan Bells yang mana dia akan berbunyi. Dan Swan Bells ni jugak adalah instrument music yang terbesar di dunia. Malam-malam pulak, Swan Bells ada lampu warna-warni yang cantik. Nak naik boleh kat atas tu, tapi mahal la jugak. Pastu banyak orang kawen kat sana.

Ni picture pemandangan Perth City dari cruise yang aku naik untuk gi Fremantle. Masa ni dah day 3. Aktiviti sendiri. So, naik lah cruise pergi sana dan shopingggggg! Kat sana murah compare kat Perth City. Gambar kat sana tak cantik, so malas letak.


Day 4. Aku bangun lambat. Teruk kena marah. Kalau bangun awal nak gi main Sand Boarding dekat The Pinnacles. Jauh dari Perth City.


Picture kat bawah ni hasil aku google the Pinnacles. Macam rugi je tak gi. Tsk!


Dah tak dapat pergi the Pinnacles, tukar plan gi Rottnest Island. Kat sana sejuk. Sangat sejuk. Kat sana leh naik bot untuk tengok wild Dolphine yang hidup liar kat laut tu. Gambar dolphine tak ada tapi video ada la.


Dah balik dari Rottnest Island, lapar nasik! Serius lapa gila nasik. Dah lama tak jumpa nasik jadi gila. So aku cari la kat internet kedai makanan yang terdekat dekat Perth City tu. At last, jumpa jugak restoren Indonesia kat sana. Puas hati dapat nasik. Lepas makan, balik hotel siap-siap nak balik Malaysia balik.


Dah kat Singapore, teruja plak tengok toilet diorang bersih. Ambil gambar dulu ala-ala MYSPACE. Sampai Malaysia, flat. Penat. Tapi memang berbaloi holiday kat sana. Masa kat airport Perth, jumpa orang Malaysia yang duk dekat sana dekat 25 tahun sudah.




NotaKakiHudaSiLuna :
cost pergi balik hotel semua masa tu tak banyak pun.

Daging Masak Cili.

MoshiMoshi!




Hari ni jom kita main masak-masak ye. (dari hari Isnin nak update, Jumaat baru publish semua nya sebab berukband selow). Isnin lepas aku rajin masak. Biasa la kalau kat Kedah baru ada chance nak masak. Kat Ipoh harap la. Ok dah. Sekarang bahan-bahan yang di perlukan adalah,
1Kg Daging. 30 keping cili kering. 1 sudu besaq serbuk cili. sebesaq ibu jari halia. 50g cili merah. 25g cili hijau. 1 senduk sos cili. 1 senduk sos tomato. 2 biji bawang besaq. 2 ulas bawang putih. 1 sudu besaq serbuk kari. 3 tangkai daun kari. 1 sudu kecik jintan manis(serbuk). 1 sudu kecik garam. 3 sudu besaq gula. dan TUMIX.

Siapa cakap aku tak pandai masak? bf dah pernah makan dah masakan aku ni. Hari tu nak piknik tapi tak jadi ingat nak masak ni lah. Kunun nak mengingat memori dulu. Tapi hampeh. Tak jadi.


Ok. Mula-mula cuci la daging dulu kan. Lepas tu potong kecik-kecik daging tu. Buh la tepung semua cuci bersih-bersih then rebus daging tu bagi empuk baru angkat. Tadaaaaa.


Lepas tu, goreng lak daging tu separa garing. Jangan la pulak garing sangat nanti keras susah pulak kang nak gigit. Kalau gigi kuat tak pe la. Kalau gigi macam aku ni, selamat la melekat kat celah gigi. =.="


Dah lepas goreng tu, angkat buh kat dalam mangkok dulu sat. Sementara tu, gi panas kuali dulu dengan minyak sebab jap lagi nak menumis ni. Haaaaa! Ayaq rebus daging tadi jangan buang. Nak guna nanti.


Nahh. Potong 50g cili merah, 25g cili hijau dengan halia tu sekali. Lepas tu blend. Greng. Greng.


Lepas tu, tumis 30 keping cili kering yang dah kena rendam dan cuci yang kena blend sekali dengan 2 bijik bawang besaq dengan 2 ulas bawang putih tu. Dah tumis tu, tunggu dia macam kering sikit, buh serbuk cili, serbuk kari dan ayaq rebus daging tadi. Lepas tu buh pulak daging tu. Kacau-kacau sampai la daging tu dah jadi merah. Haa. Baru la buh pulak hasil blend cili hijau, cili merah dan halia tu pulak. Kacau lagi. Kalau nak tambah ayaq daging, tambah lagi. Lagi banyak lagi sedap. Lepas tu buh sos cili dan sos tomato pulak. Kacau lagii.


Dah kacau punya kacau, buh la garam dan gula. Bagi aku la kan, 3 sudu gula pun pedas lagi. Ape-ape pun rasa dulu before tambah gula. Last sekali buh la penambah rasa TUMIX dan daun kari. Kacau sampai puas hati. Haa. Dah siap.



NotaKakiHudaSiLuna :
ok lapaq pulak. nak pi makan. bye. oh ya. ni resepi kedua aku lepas resepi bujang dulu.
http://hudahyedo.blogspot.com/2009/05/menu-hari-ini-akibat-barang-dapor-tak.html

Fakta tentang Joni the Hedgehog.

MoshiMoshi!

Selalu orang tanya Joni ni natang ape? Susah bela tak? Berapa harga sekor? Dan macam-macam lagi la. So sekarang meh sini duk bersila kat sini aku nak bagi tau fakta-fakta tentang budak tonet Joni ni. Pernah tengok tak kartun Sonic the hedgehog? Ala yang biru-biru yang boleh lari laju-laju tu.



Nahhh. Ni Sonic the Hedgehog. Bukan Joni the Hedgehog. So nama natang ni HEDGEHOG dalam bahasa inggeris. Dalam bahasa melayu aku tak tau. Nak bagi senang korang baca aku buat dalam bentuk bullet dan ikot soalan.

Siapa beli Joni ni? Huda ke Sigg?
  • Joni ni Siggplus yang beli tahun lepas. Tapi rotate-rotate jaga. Macam jaga anak.


Susah tak bela binatang ni? Senang bonding dengan tuan dia tak?
  • Agak mengada-ngada masa mula-mula sebab susah nak bonding lagi. Binatang mana pun mula-mula mesti susah nak jaga. Binatang jenis ni suka tido siang. So bagi aku sangat la tak susah jaga. Nak bagi bonding tu pulak, usaha tangga kejayaan. Dulu nak pegang Joni pun kena pakai glove sebab duri dia tajam. Sekarang ciom perut dia pun ok je.


Duri Joni tajam tak?
  • Duri agak tajam, tapi kalau dah biasa pegang dah lali dah. Tapi kalau alergik, mesti akan tergaru-garu.


Harga Joni berapa? Dia makan apa?
  • Harga Joni masa beli RM140 sekor. Beli dekat breeders murah sikit dari beli dekat petshop sampai RM300++. Dia makan cat food jenis ROYAL CANIN fit-32. Jangan sesekali bagi makan Friskies, Whiskas atau makan cat food yang murah-murah sebab boleh kena macam-macam penyakit.


Joni ni ada bunyi tak?
  • Joni ada bunyi. Tapi masa mengawan je la. Bunyi macam anak ayam. Comel. Bunyi lain macam hissing tanda dia marah tak suka orang kacau tak pun bunyi Soft Purring yang bermaksud dia suka. Contoh benda yang dia suka kalau aku letak kat tet aku. Ngada!


Tak kan bela sekor je. Tak bagi bini kat Joni ke?
  • Joni pernah ada bini nama Jeni tapi dah mati dengan anak-anak dia sekali. Nak beli lagi tapi tengah tak ada duit. Nanti-nanti baru beli.


Jeni dulu siapa yang beli?
  • Beli Jeni sharing duit half-half dengan Siggplus.


Merah nye mata Joni. Buat la red-eye-reduction!
  • Ada orang cakap suruh buat red-eye-reduction dekat mata Joni. Masalah nye mata Joni memang warna MERAH sebab Joni jenis albino. Jeni lak mata hitam sebab dia jenis Salt and Paper.


Tote Joni yang mana satu? Tak nampak pun!
  • Tote Joni panjang tapi dia simpan dalam karung. Teloq dia besaq.


Hobi Joni ape eh?
  • Suka tidoq atas tet aku. Tak suka orang main gigi dia side tepi tapi suka orang gosok-gosok gigi side depan sampai air liur meleleh. Kuat berak. Kuat makan. Suka bau perfume dan akan buat anointing.


Anointing tu apa?
  • Tak larat nak explain. Kalau nak tau baca kat sini. Joni buat anointing bila bau benda wangi-wangi.


Binatang ni boleh mandi tak?
  • Boleh je mandi kan tapi ada sabun dia sendiri. Jangan pulak bagi mandi guna sabun mandi Lux ke ape pulak. Joni ni tak suka mandi tapi kena jugak bagi mandi.


Ada banyak warna tak binatang ni?
  • Ada banyak gila warna kot. Gi tengok kat sini. Cuci mata puas-puas sebab diorang comel sangat.



NotaKakiHudaSiLuna :
So, ada lagi tak soalan yang nak tanya? Meh sini aku nak jawab sementara tengan rajin ni.

Dulu aku Boyish.

MoshiMoshi.

Dulu-dulu, aku membesar dengan jiran lelaki dan sepupu lelaki. Aku kira lasak sangat dulu-dulu. Parut tak payah cakap la, merata-rata ada. Kat hidung, siku, lutut, buku lali, dada, dahi dan macam-macam lagi la.

Dulu aku main bola sepak sampai jatuh bumbung rumah sebab nak ambil bola sampai patah tangan, retak tengkorak, tak sedar diri sampai tiga hari kat hospital. Masa jatuh tu berdarah-darah mulut, hidung dan telinga. Sampai terkencing-kencing lagi.

Dulu dada aku tertusuk kaca sebab aku terlanggar almari buku sebab laju je lari nak angkat phone rumah. Habis darah banyak. Luka pun dalam. Kena jahit.

Dulu aku selalu jatuh tangga rumah sampai benjol-benjol dahi. Walaupun selalu jatuh, aku tak pernah serik. Langsung. Naik lagi Jatuh lagi. Sampai akhirnya benjol dahi tu.

Dulu jugak, aku tak reti make up make up ni. Bagi aku macam leceh. Ciss. Start form 5, tahun 2005 baru aku reti mekap-mekap ni. Tapi dari kecik aku memang minat sangat pakai eyeliner tebal-tebal sampai masa matrik dulu kena cop gothic.

Dulu jugak aku tak reti fashion. Main bedal pakai T-Shirt macam lelaki. Kasut nak Converse je. Tak ada heels, tak ada flipflop dan tak ada jugak sandal. Dah la comot pulak tu.

Dulu kalau nak bersiap 10 minit boleh je bersiap. Sekarang sejam pun belum tentu lagi cukup. Tapi belum lagi la tahap bersiap sampai tiga jam.

Lama-lama aku makin jadi perempuan. Aik? Bukan memang perempuan ke? So sekarang ni, dah jadi tersangat perempuan sampai jadi kaki shopping. Eh? Shopping? Aaah la! Shopping! Pantang dengar Shopping mesti laju je terjah.

Aku rindu masa dulu-dulu aku yang lasak tu sebab bukan semua orang dapat parut macam tu. Eh? Perempuan memang complicated eh?


NotaKakiHudaSiLuna :
seronok kadang-kadang ingat memori masa kecik.