Friday, December 31, 2010

Busuk Manis 2010.

MoshiMoshi!

hambek kau muka hudus ku.

Tahun 2010 bukanlah tahun luck aku. Tak macam Ynn Lunia, tak macam Fezal Mohd. Tapi tahun ni aku dapat kenal ramai kawan-kawan blogger yang best-best. Kenal ramai orang means lebih memahami perangai manusia. Ada yang boleh buat kawan sampai mati. Ada yang takat kawan kenalan je. Ada yang boleh lepak sampai pecah perut. Ada yang kena jaga tutur kata. Macam-macam.

Aku jenis positif sampai la orang tu buat pasal dengan aku. Dan hanya MAAFKAN bila dia mintak maaf. Agak tak baik disitu tapi aku cuba berubah. Aku cuba positif. Untuk kawan-kawan yang aku boleh buat kawan sampai mati, aku sangat-sangat berterima kasih dekat korang. Untung ada kawan macam korang!

Tahun ni jugak impian aku untuk dapat pointer 3.70 kecundang. Maybe sebab aku malas. Aku memang malas membaca nota-nota. Aku tak suka subject membaca. Baca nota macam ubat tidor je untuk aku. Bukan masuk pun. Ulang la 30kali belum tentu aku ingat. Heh!

Tahun 2010 ni aku tak ada azam. Tak ada wishlist sangat yang nak dikejar. So aku tak rasa ralat.

Tahun 2011 ni. Aku ada wishlist. Ada azam. Umur pun lagi 29hari nak 23tahun. OMG! Dah tua dah aku ye. Haha. Dah la tu je la aku update dulu. Kang update pasal cinta-cintun kena hentam macam si Aimie Harmelia kena. Biaq pi la aih dia nak cerita pasal boyfriend dia Khairul Fahmi Che Mat tu. Dia rasa tak selamat. Tak payah la nak hate-hate dia. Dari korang hate dia baik korang kaji diri tu dulu dah sempurna ke? Kah Kah Kah. Korang duk kutuk dia sana sini free-free dia dapat pahala free dari korang. Ye dak?

So. Maafkan aku kalau ada salah silap dalam tahun 2010 ni dekat korang. Peace! Aku nak buat Giveaway Contest sempena birthday aku nanti. Get ready okeh!


HAPPY NEW YEAR 2011! Semoga impian semua orang tahun depan jadi kenyataan. Amin!

NotaKakiHudaSiLuna :
gath hari tu best! nanti aku update. nak biaq pekasam dulu. Malam ni aku update lain entry lain. Banyak benda nak buat. Ahad balik Kuantan dah.


Saturday, December 25, 2010

#9 Blog wajib baca : Ezhan Artwork.

MoshiMoshi!

Errr. Sorry tadi aku terpost entry tak siap. Macam hampeh hampagas je rasa. Maluu gila. T____T Huahuahua. Ape la. Gatal sangat tangan tekan ENTER tak tengok dulu cursor tu dekat mana. Ok dah. Fullstop.


Erm. Macam biasa la kan aku mesti akan share dekat korang blog-blog yang aku rasa korang wajib baca yang kompem tak akan menyesal kalau follow dan ikut diorang ni. Macam hari ni aku nak cakap korang patut baca blog Ezhan Artwork sebab dalam blog dia banyak gilaaaa tutorial pasal photoshop untuk korang belajar. Standard blog lelaki mesti hitam. Tapi blog dia sangat teratur. Header dia pun cool gila ok! Entry dia pun agak best untuk dibaca. Orang nya pun boleh tahan hensem jugak la. Haha. Dia dah berblogging sejak tahun 2007 then dekat about me dia ada quote:
" Blog ni mungkin agak buruk dan tidak meletup macam blog lain...
tapi satu hari nanti blog ni memang akan meletup "

Sekarang blog dia dah meletup!

NotaKakiHudaSiLuna :
jom pergi gath esok!


Friday, December 24, 2010

Vidiyo Joni the Hedgehog in the bathroom!

MoshiMoshi!

Huaaaaaaa. Susah betul nak record pakcik tu mandi. Susah! Meronta-ronta tak suka kena air. Kesian dia. Tapi kena buat semua cepat-cepat kang sejuk sampai biru hidung dia. Haihhh la Joni boy sekor tu.




Susah gila. Nampak tak betapa susah gila nak mandikan dia. Meronta-ronta sangat! T____T Pernah buat bagi dia swimming tapi tak berjaya habis lemas bagai. Sampai bersin-bersin air masuk hidung.



Kawan Joni! Hehe. Comel gila!

Ada dua video tak leh nak embeded. Korang tengok la sendiri dekat sini. Fraggle Swimming dan Shming Swimming. Dua ekor budak kecik ni aku geram gila sebab suka sangat mandi dan buat-buat terapung. Omey gilaa! Korang patut tengok. Serius! Tapi suara tuan dia agak annoying la.



Yang ni sebijik perangai macam Joni. Penakut air.

NotaKakiHudaSiLuna :
windu joni!


Thursday, December 23, 2010

Mini Sewing Machine.

MoshiMoshi!

Demi Ween yang mintak aku post entry ni, aku pun post lah. Senang bawak pergi mana-mana mini sewing machine ni. So nanti boleh aku bawak balik Kuantan dan menjahit apa-apa bila bosan. Ween ni sangat terer menjahit. Cuba tengok picture dekat bawah ni. Paddle Pop Skirt tu hasil hand made Ween.


Mini sewing machine ni sangat limited dia punya function. Nama pun mini kan. Dia tak ada Reverse Button. Dia susah nak adjust Tension. Dia tak ada pilihan jenis jahitan. Brand ni made in China dan ada lagi satu mini version tapi agak tak berapa mini la. Yang tu semua function ada.


NotaKakiHudaSiLuna :
ramai orang suka entry kisah cinta rupa nya. huhu.


Saturday, December 18, 2010

#8 Blog wajib baca : Ika Honey Bunny.

MoshiMoshi!

Lama gila tak buat blog yang aku suka ni. Dulu aku buat blog yang aku adore tapi sekarang aku tukar kepada blog wajib baca sebab kalau korang tak baca memang rugi sampai bila-bila sebab diorang ni memang sangat superb sebab diorang sangat best sebab diorang ada aura diorang tersendiri. Hehe. Bukan Cik Epal je ada aura tau!


Aku suka blog dia. Sebab blog dia sangat lah kemas sangat lah cantik sangat lah banyak tutorial best-best. Orang nye pun sangat lah comel. Peramah pulak tu. Tengok lah header dia. Comel kan? Lepas tu contest blog dia pun sangat teratur. Tak semak dan menyakitkan mata. Tak ada warna yang menyakitkan jiwa.

Entry dia pun best-best dan paling best dia ada bakat melukis. Yeap! Dia pandai melukis real person. Sebijik! Kagum gila! Sebab dia sangat berbakat dan kreatif! Kalau teringin nak Ika Honey Bunny lukis untuk korang, pergi lah tanya dia kot-kot lah dia sudi nak lukiskan.


Dan aku rasa dia pun suka Shahredza Minhat (Redza Minhat). Hehe. Sebab aku pun suka si gigi besi Redza Minhat tu dalam Filem Pisau Cukur. Comel gila Redza! Mesti ramai suka mamat ni bukan?

So, blog Ika Honey Bunny ni antara blog yang wajib aku bukak tiap-tiap hari. Dulu lama kot dia menyepi tak update apa-apa. So Ika lepas ni update selalu tau!


NotaKakiHudaSiLuna :
dulu aku bagi hint siapa next blog, tapi kali ni aku tak nak bagi hint. sebab nanti aku malas nak update. ada banyak lagi blog yang wajib dibaca


Friday, December 17, 2010

Edit Photo Contest.

MoshiMoshi!

Heshh. Aku lemah betul dengan contest-contest yang kena tag bagai ni. Sebab aku bukan jenis rajin masuk contest ni. Sebab aku pemalu dan sebab aku tak yakin akan menang sebab aku tau aku tak ada luck. Pfftt! Ok tapi demi tak menghampakan sampai dua orang tag aku untuk contest ni, aku pun join la. Thanx Ema Oren dan Topui sebab tag aku untuk contest ni. Aku join je. Menang ke kalah ke lain kira. Sebab aku tau memang akan susah nak menang contest-contest macam ni.


Syarat contest semua aku dah ikot. Tak ada yang tinggal. Dan aku edit guna Photoshop CS5 dan ikut tutorial ni walaupun tak menjadi sangat untuk edit buat photo manipulation. Ok la tu kan. Janji nampak badan aku berkecai. So, aku rasa macam nak tag Amar Amirah, Fyka, Intan dan Laila. Link ke blog Qaseh.



Finally tu la hasilnya. Tak cantik.
tapi aku dah berkecai jadi serpihan

NotaKakiHudaSiLuna :
kenapa aku rajin update lak sekarang ni? adeh. thinking nak buat contest giveaway sempena birthday aku yang dah dekat ni nanti


Thursday, December 16, 2010

Ayunar - Best online shop!

MoshiMoshi!

Dalam banyak-banyak blogshop yang jual Shawl, aku tetap suka AYUNAR. Dalam banyak-banyak inner anak tudung dijual, aku tetap suka inner AYUNAR selain dari inner cotton. Boleh dikatakan tiap-tiap hari aku MESTI bukak blog AYUN dan blogshop AYUNAR untuk tengok update.

Walaupun kadang-kadang tak ada update, saja suka lepak dalam blog tu lama-lama tengok gambar dan baca entry-entry lama. Ni la orang cakap bila dah suka mesti nak je tengok selalu. Aku suka style yang AYUN tunjukkan. Cantik. Ada style tersendiri. AYUN pun seorang yang pandai berfesyen. Dah tu pandai make up pulak tu. Memang combo yang terbaik!

Ayun comel kan?

Ok. Selama aku bershopping shawl dan inner dengan AYUNAR ni, sikit pun tak pernah mengecewakan hati aku. Aku sangat-sangat berpuas hati dengan service AYUNAR. Tak macam satu blogshop (nama blog tu aku tak kan cakap) ni dulu aku order la shawl jenis A. Bayar pun dengan harga A. Dah tu sekali dapat shawl jenis B yang harga murah dari shawl A dan dia tak pulangkan baki. Heshhh! Sejak tu aku tekad aku akan shopping dengan AYUNAR je. Harga pun berpatutan.

inner color chart.

Bagi aku, AYUNAR ni unik sebab ada inner tu. Hand made. Kualiti kain pun bagus. Lepas tu nak muncungkan ke nak penyetkan ke tak ada masalah. Dan boleh bergaya dengan macam-macam style. AYUN pun ada buat banyak tutorial cara nak pakai inner AYUNAR ni dan banyak tutorial shawl yang best-best.



Tutorial 2-Tone dan 3-Tone inner AYUNAR.


Dah tu ape lagi. Jom lah kite men-shoppingkan diri dekat AYUNAR. Berbaloi! Takkan korang menyesal la! Aku rasa ramai blogger yang suka beli dekat blogshop ni kan?




NotaKakiHudaSiLuna :
Ayun huda doakan bisnes Ayun akan terus maju! Good luck sayang!


Wednesday, December 15, 2010

Hai! Nama saya Joni the Hedgehog.

MoshiMoshi!

Ni Joni. Umur dia dah dua tahun lebih. Tak sangka cepat gila dia membesar. Dulu kecik je. Sekarang dah gemok. Dulu dia ada bini. Nama Jeni. Sekarang dia duda. Kesian dia. Tak apa Joni, nanti cari bini baru ok? Ingat tu. Bunga bukan sekuntum.

comot dan gemok.

Sekarang dah kurus sikit. Masuk the biggest loser by Huda Luna. Baru la boleh mengorat bini baru nanti. Ni video hobi pelik Joni. Suka orang garu gigi depan dia. Dan tangan dia akan pegang jari kuat-kuat.



sorry ter-rajin edit video terletak lagu sailormoon. =.="





Ni masa dia kecik. Jauh beza dulu dengan sekarang. Joni dah big boy dah sekarang.

NotaKakiHudaSiLuna :
sakit kepala


Monday, December 13, 2010

Lelaki kain batik.

MoshiMoshi.


Hai! Hari tu aku saja la suka-suka pakai kain batik. Bukan reti pakai sangat pun. Then aku pun tweet la yang aku sedang berkain batik. And guess what? This guy suka berkain batik dari berkain pelekat. His name is Zulkarnain. OMG! Aku jadi macam superexcited. Sebab jarang la lelaki suka pakai kain batik.

Lelaki yang pakai baju batik aku kurang heran sangat lah. But lelaki dengan kain batik aku jadi macam cool eh this guy. Ye lah. Lelaki kan sinonim dengan kain pelekat. Dah tu sekarang ada jugak perempuan yang suka pakai kain pelekat. =.="

Tengok video ni. Dia pakai kain batik while playing the guitar. Macam comel je.




So. Kat sini siapa yang suka pakai kain batik?

NotaKakiHudaSiLuna :
next week; KL


Thursday, December 9, 2010

(Tutorial) Remove blemishes guna Photoshop.

MoshiMoshi!

Photoshop boleh buat apa saja yang kita nak. Nak Bagi putih? Nak buang jerawat? Nak bagi kurus? Semua pun boleh. Nak buat superimposed? Nak buat photo manipulation? Photoshop mampu. Cuma tahap ke-terer-an kita je la nak buat macam tu boleh ke tidak. Huhu.

Semalam aku try ikut satu tutorial ni. Walaupun tak perfect tapi ok lah kan untuk budak baru nak belajar berjinak-jinak dengan photoshop. Yang dah master photoshop boleh duk diam-diam sambil makan popcorn tengok beginner baru nak belajar. Kalau salah boleh tolong ajarkan. ^__^

superimposed photo


nak jadi kurus? keh keh keh
perempuan jangan mudah percaya dengan iklan cepat kurus ya.

photo manipulation


ni yang aku try semalam. ada nampak apa-apa perbezaan?
walaupun macam cacat je aku edit tapi ok la untuk budak baru belajar.
dah macam pakai tepung gomak je aku tengok.


So, kesimpulannya yang patut belajar dekat sini. Jangan percaya rupa orang melalui gambar. Jumpa face to face baru boleh percaya tau! Photoshop pandai cheat. Kalau nak belajar tutorial ni dekat sini; Remove Blemished in Photoshop. Jangan tanya aku macam mana nak guna. Sebab aku pun main bedal je ikut step by step walaupun tak seperfect tutorial tu.


(DIY) Basic Fairy Skirt.

MoshiMoshi!


Cuti ni aku sangat-sangat lah berniat berkobar-kobar nak jahit Fairy Skirt ni. Nampak macam cunn gila kalau pakai dengan boots. Tapi buat labuh la macam paras bawah lutut. Tapi masalah nya kat Ipoh ni susah nak cari kedai kain yang best. Geram betul aku.

Gerammmnyaaa tengok skirt ni. Heshh!

Untuk DIY skirt ni just perlukan :

3 atau 4 (depends) helai kain yang berkenan di hati.
Getah Elastic
Riben (untuk cover getah)
Benang
Dan Mesin jahit (kalau tak ada mesin rajin ke nak jahit guna tangan? haha)

1. Potong kain jadi empat segi dalam panjang 1 meter plus minus untuk setiap sisi dia. Depends la dekat korang nak buat lagi panjang ke lagi pendek ke kan. Aku nak buat panjang.

2. Tutorial ni orang ni guna empat layer kain. First layer dia guna Purple Satin Lining (bottom). Second layer dia guna Mauve nylon Organza. Third layer dia guna Purple Net then yang fourth layer (top) dia guna Mauve Organza Printed Design.


3. Then step ni letak fabric tu dalam shape diamond then buat hole dekat tengah-tengah ikut saiz pinggang. Contoh dia macam ni kalau pinggang saiz 94cm then tambah 3cm then bahagi dengan 6. 28. So tu la radius untuk lukis hole tu. Dah buat hole ape lagi gunting la kan.

4. Lepas tu jahit la getah dengan letak riben untuk cover getah tu. Dan siap.


Nampak cara nak buat macam senang. Tapi untuk aku yang belom tahap pakar macam WeenGorgeous ni mau terkial-kial nak menjahit nanti kan. Tapi demi kerana nak pakai jugak aku akan make sure aku berjaya buat then bila siap boleh post dekat blog. TeeHeeHee. Ok dah Bye. =P


NotaKakiHudaSiLuna :
Kalau dekat KL senang je nak cari kedai kain. ciss. entry auto publish ni. time ni aku tengah tido lagi aku rasa. haha.


Wednesday, December 8, 2010

(Tutorial) Hijab Pashmina Tutorial Hana Tajima #02

MoshiMoshi.

Ramai yang mintak aku buat tutorial pakai shawl la ape semua. Aku bukan nya apa. Aku malas buat sebab kalau buat mesti kena kutuk la ape semua. So, sekarang ni nah satu tutorial yang aku suka style dia. Hana Tajima. Fashion Designer yang famous amos oii. Tak kan la orang nak kutuk tutorial dia pulak. Melampau tu kan.

Tutorial 1





Tutorial 2




13 December ni dia ada event dekat SOLARIS DUTAMAS dengan Yuna. (untuk siapa yang tak tahu dia ni kawan baik Yuna) Siapa yang boleh pergi. Pergi lah. Aku pun tak sure aku boleh ke tidak pergi. Teringin nak jumpa dia in person. Mesti dia sangat kawaii! Nama pun orang jepun kan.

Erm so far aku ikut style dia ni okeyh lah. Lagi buat muka aku jadi macam foreigner. Kejap jadi Pakistan. Kejap jadi Iran. Kejap jadi Palestine. Macam-macam la aihhh.

So ok! Selamat mencuba style Hana Tajima! Hijab style dia ni cool dan tak susah. Tapi seeloknya jangan la guna shawl yang lembik-lembik tu. Jenis cotton dan pashmina ok la.



NotaKakiHudaSiLuna :
Aku suka Yuna. Aku suka Hana Tajima.


Tuesday, December 7, 2010

Cik Epal nama dia pun Bulan juga.

MoshiMoshi!

Percaya atau tidak. Dah setahun dah aku kawan dengan budak senget ni. Dari zaman comot-comot ke zaman HOT bak DIVA sekarang neh. Opss! Dia marah kalau aku panggil dia DIVA so aku kena la panggil dia fashionista kan? Dah tu kepala hotak dia senget panggil aku lak fashionista. Adehh. Sejak bila pulak aku yang fashionista hoi makcik! Aku tak se-gorgeous kau ah! Eh? Aku tengah cakap pasal siapa ni?

aku paling suka pic ni dulu.

Ni. Aku tengah bercakap tentang budak ni. Moon Chamilova. Tak kan la korang tak kenal kot kan. Budak kuat gonjeng. Kuat merepek. Kuat membebel. Kuat buat entry cecah lantai. Kuat buat kontroversi. Kuat kena hentam anonymouse. Semua ah dia kuat Mak Cik Epal ni. Kalau cakap phone dengan dia boleh gayut berjam-jam sebab dia kuat membebel macam mak nenek. Tapi best sembang dengan orang banyak cakap ni. Tak ada la mati kutu nak cari idea nak sembang apa kan.

Sebab apa aku panggil dia DIVA? Sebab dia gedik private blog berbulan-bulan lepas tu buat comeback yang tak boleh belah. Rasa nak je sepak-sepak bontot dia neh. Ye ah. Penat jadi stalker dia tau-tau private blog. Nasib baik ah ade contact number so senang aku terus call je membebel pulak kat dia bila nak on blog balik. Sekali dia on buat comeback yang gempak punye. Memang tak sudah aura budak kecik ni.

Sejak setahun kenal dia. Macam-macam hal budak ni buat. Tapi biarlah itu jadi sejarah kan Moon! Sekarang pun kau dah happy dengan life kau. Dah tu makin comel lak tu. Rasa macam nak je picit-picit pipi kau yang gebus itu. Haha. Moon Moon. Bulan jugak macam aku. Luna maksud bulan. Dia Moon pun bulan juga. Bulan yang cantik. Orang-orang bulan ni comel kot semua nya. Ok aku perasan. Moon je comel. Aku tak.

Aku berharap nanti bila aku singgah U kau untuk jumpa kawan-kawan aku, aku sempat jumpa kau. Setahun beb. Setahun dah kenal dah sembang tapi tak pernah jumpa face to face. Aku berharap kau terus success selalu Mak Cik Epal dan makin comel ye. Haha. Sekarang dah makin hot! Awww! Nak saiinnnn boleh tak Moon?

latest pic yang aku suka. nampak kawaii sangat!


NotaKakiHudaSiLuna :
Moon jangan kembang kempes sangat hidung tu baca entry neh. Nak sangat aku buat entry special untuk kau. Nah ambik! Special untuk adik aku, Moon!


Wednesday, December 1, 2010

Jangan tengok wayang kalau....

MoshiMoshi.

Aku dapat idea nak post ni sebab tiap kali tengok wayang mesti ada je yang buat sakit hati. So, korang mesti suka tengok wayang kan? Tapi kadang-kadang benda annoying asyik jadi masa korang tengok wayang yang buat rasa nak angin satu badan je kan. Boleh hilang mood nak tengok wayang dengan konsentrasi kalau banyak betul je manusia-manusia yang tak reti adab masa tengok wayang sampai rasa nak pelangkung je kepala dia. Ni antara apa yang aku rasa tak patut buat masa tengok wayang. Ke ada lagi?

1. Main SMS dalam wayang.
Gila annoying kot. Kejap-kejap lampu hp menyinari gelap dalam wayang. Rasa macam nak cakap kat orang yang buat macam tu kot iye nak SMS pun tutup-tutup sikit lah hp tu so that lampu tu tak menyakitkan mata orang lain.

2. Tak silent hp.
Bayangkan tengok syok-syok tengok part sedih ke atau part saspen ke tetiba je masuk lagu ringtone hp. Then semua pun macam lost sekejap sebab pandang orang tu. Memang potong lah!

3. Cakap hp kuat-kuat.
Kalau ada orang call tu cakap la perlahan-lahan. Ni cakap macam nak bagi satu wayang tu dengar apa yang awak tu cakap je.

4. Bawak budak kecik yang tak reti duduk diam.
Tugas parents kawal anak-anak dari kacau orang lain. Ni tak. Biar je anak kau tu ketuk-ketuk kerusi orang lain, tendang-tendang kerusi, jerit-jerit, menangis, berebut makanan dengan adik beradik dia then lepas tu asyik tanya "mama mama kenapa cerita tu macam ni" "mama mama kenapa orang tu pakai macam tu". Geram kot. Kalau boleh tak payah la bawak budak kecik tengok wayang. Bukan budak tu tau apa pun.

5. Ulang-alik keluar masuk wayang.
Yang ni paling annoying sebab kacau je nak tengok screen. Kejap yang ni bangun. Kejap yang tu bangun. Kalau leh tahan kencing, tahan la. Seboleh-bolehnya kencing la awal-awal before masuk wayang tu. Kalau agak dah tak tahan sangat masa tengok wayang tu, tunduk la sikit tak ada la orang lain stress tengok awak.

6. Buat wayang dalam wayang.
Yang ni aku suggestkan pergi la hotel-hotel yang terdekat. Tak payah la buat wayang dalam wayang. Heh.

7. Tak ikut seat yang dibeli.
Kalau beli seat H-15, duduk la dekat seat tu. Jangan pandai-pandai duduk seat orang lain walaupun wayang tu kosong.

8. Jangan bersembang/berbincang wayang tu dengan orang sebelah.
Heshh. Jangan la menyembang. Kacau je nak tengok wayang dengar awak berborak-borak dengan kawan sebelah bincang jalan cerita tu. Bincang lepas habis cerita boleh tak?

9. Gelak kuat-kuat.
Bendanya tak ada lah lawak mana, tapi gaya gelak macam benda tu funny gila. Lepas tu gelak lama-lama sampai terbahak-bahak tahan gelak. Ohhh. Please. Rasa macam nak je baling popcorn dekat muka awak.


NotaKakiHudaSiLuna :
bosan bila cuti sebab duit poket kering. =.="


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

© Diedit dengan penuh kasih sayang oleh Huda Luna Hussin Al-Sagoff, si gadis pencinta pink dan mummy Joni the Hedgehog.