July 2011 - Huda Luna Hussin

#WW Wordless Wednesday #8 : Ada education tapi tak reti guna.

MoshiMoshi!

Pada hari Rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar itu yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan.




NotaKakiHudaSiLuna :
siapa terer asp.NET?

Tipikal perangai perempuan : Dengki.

MoshiMoshi.

Dalam dunia ni ada banyakkkkkkkkkkkkk sangat type perangai manusia. Dealing dengan human ni more complicated dari dengan computer. Sebab manusia melibatkan emosi. Kalau cakap pasal emosi ni, perempuan lah raja nya. Tapi kalau cakap pasal egois, lelaki lah maharaja nya. True or not?

Dengki.

Kekadang ni. Ada manusia dia dengki tanpa sebab. Langsung tanpa sebab. Dengki kerana dia tak dapat, tak ada, tak punya apa yang orang lain yang dia benci itu ada. Dengki sampai jadi hasad. Dengki sampai doakan yang buruk buruk dekat orang. Dengki tengok kejayaan orang lain sampai la mula santau menyantau. Dengki sampai mendoakan kejatuhan orang lain. Dengki dengan relationship orang sampai doakan mereka berpisah. *sigh*

Aku ada satu contoh kisah dengki seorang manusia ni (perempuan la especially) dekat relationship orang lain. Cerita ni cerita betul. Aku doakan semoga pedengki tu insaf lah satu hari nanti. Jangan la kacau orang lain please boleh?

Cerita ni pasal Si A (perempuan) dan Si B (lelaki) adalah sepasang merpati yang hangat bercinta bertahun lamanya. Si B ni pulak ada berkenalan dengan Si C (perempuan) dalam pada masa yang sama Si C ni menaruh cinta dekat Si B walaupun Si C ni tahu Si B tu milik orang.

Maka, Si C ni menyerang Si A yang tak bersalah apa apa tu dari segi mentally dan emosi. Si A rasa tercabar tapi dia tak cepat melatah. Si C menjadi sangat geram dan dia makin galak dengan Si B.

Akhirnya Si B buat keputusan untuk tinggalkan Si A secara tetiba dan bertemu dengan Si D (perempuan) dan mereka menjadi pasangan yang sangat romantis. Si C jadi puas. Puas kerana kalau Si B tak dengan dia (Si C), jangan harap Si A jugak boleh dengan Si B tu.

Sekarang, Si C tu sangatlah menyukai Si B dan Si D bercinta sampai mengatakan kepada Si D adalah yang terbaik untuk Si B bukan nya Si A tanpa dia (Si C) sendiri pun kenal Si D secara lebih dekat. Yang menjadi mangsa sekarang adalah Si A.

Sekarang ni aku (Huda Luna) nak tengok apa yang berlaku pada kisah diorang ni. Tah tah Si B tinggalkan Si D untuk bersama Si C kerana dari apa yang Si A cerita dekat aku yang Si C ni memang gilakan Si B sejak lamaaaa dulu lagi.

Tu dalam kisah relationship. Tapi kalau dalam kisah Business, sampai melibatkan santau. Arwah kawan aku Si S meninggal sebab disantau orang yang dengki dengan kejayaan mak Si S dalam business.

Mintak mintak la semua ni dijauhkan dari kita semua. Amin.


NotaKakiHudaSiLuna :
update blog dalam office. kalau typo sorry la eh

#WW Wordless Wednesday #7 : Positive +

MoshiMoshi!

Pada hari Rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar itu yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan.






Aku terpaksa post awal sebab dah nak tido ni. Esok kerja. Balik pun dah lewat sangat. Pukul 7. Online pun dah jarang. Esok balik baru repost balik

NotaKakiHudaSiLuna :
dah praktikal. tapi tak start pun lagi.

#WW Wordless Wednesday #6 : Daging Masak Cili

MoshiMoshi!


Pada hari Rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar itu yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan.







NotaKakiHudaSiLuna :
ni yang takut ni!

Bercinta dengan bloggers dan twitterers.

MoshiMoshi!



Sekarang ni aku tengok dah macam trend ke ape duk cari cinta dalam internet sebab masing-masing nak tackle blogger perempuan yang hot-hot, cantik-cantik untuk yang lelaki la then dapat tayang dekat kengkawan. Bangga. Yang perempuan pulak menggedik dengan blogger lelaki yang ada pakej. Ye lah nanti boleh berbangga dengan kawan-kawan.

Itu apa yang aku nampak la. Dah macam penyakit berjangkit. Pesen nak cari yang lawa-lawa, yang hot stuff ni lepas tu yang hensem hensem kaya berduit. Materialistik. Haihhh. Tapi kalau kacau yang single mingle tak apa la kan? Ni kalau kacau orang lain punya macam mana tu?

Lepas tu ada jugak yang putus cinta pun sebab cinta maya ni. Sebab orang ketiga la orang keempat la kelima la bla bla bla. Berscandal pulak sana sini. Mulut manis kalah gula. Pijak semut tak mati. Tak paham aku. Best sangat ke buat perangai macam tu?

Ada apa dengan cinta internet ni? Apesal orang mudah percaya cinta yang kenal dari internet? Kot la kenal dah lama nak jatuh cinta tu. Ni mesti cinta sebab rupa bukan? Tak pun sebab tengok gaya dia macam sempoi gitu? Tak pun sebab si dia tu famous? Tumpang populariti? Cinta tu buta ke? Ke orang yang membutakan cinta tu?

Tapi ada jugak yang hampir berjaya dengan cinta internet ni. Aku respek diorang. Sungguh. Macam Pojie dengan Nemomimosh. Macam Hana dan Chearm. Kahwin nanti mesti meriah sebab mesti ramai blogger datang. Yang bukan bercinta dengan blogger pun dah hampir berjaya. Macam kakak Amar Cap Ayam. Macam Huda Otak Ketat. Tup tup dah nak kahwin dengan Uzair dia sabtu minggu depan. Respek oi! Aku doakan yang terbaik untuk diorang dan jodoh mereka semua akan berpanjangan selamanya. InsyaAllah.

Entry ni bukan memperli sesiapa. Cuma sarcastic sikit. Sebab aku pun pernah terlibat dengan cinta blogger cuma aku kenal dia sebelum dua dua jadi blogger. Bagi aku bercinta dengan hot blogger ni banyak risiko. Risiko dia satu nya orang yang pandang rasa jealous dan menyampah. Ada yang suka. Ada yang tak. Ada jugak yang cuba rosakkan relationship dengan jadi anonymous menghentam macam-macam.

Aku dah pernah lalui semua tu. Siap cakap macam kenal kita dan 10 tahun. Penat layan anonymous. Anonymous ni berani tanpa identiti. Loser. Macam CikEpal dengan si Muncit dia pun banyak orang menyampah sebab dia hot blogger. Apa pun tepuk dada tanya selera.



NotaKakiHudaSiLuna :
Doakan yang terbaik untuk aku jugak. InsyaAllah. For better future. With better person.

All grown up!

MoshiMoshi!

Hermoine comel sangat masa kecik kecik. And now dia gorgeous!




NotaKakiHudaSiLuna :
Tak sabar tunggu Harry Potter dekat wayang 14hb ni.

#WW Wordless Wednesday #5 : 1437

MoshiMoshi!

Pada hari Rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar itu yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan.






NotaKakiHudaSiLuna :
Blog updated by dearfuturehusband sebab dearfuturewife tengah jenjalan