Tipikal perangai perempuan : Dengki. - Huda Luna Hussin

Tipikal perangai perempuan : Dengki.

MoshiMoshi.

Dalam dunia ni ada banyakkkkkkkkkkkkk sangat type perangai manusia. Dealing dengan human ni more complicated dari dengan computer. Sebab manusia melibatkan emosi. Kalau cakap pasal emosi ni, perempuan lah raja nya. Tapi kalau cakap pasal egois, lelaki lah maharaja nya. True or not?

Dengki.

Kekadang ni. Ada manusia dia dengki tanpa sebab. Langsung tanpa sebab. Dengki kerana dia tak dapat, tak ada, tak punya apa yang orang lain yang dia benci itu ada. Dengki sampai jadi hasad. Dengki sampai doakan yang buruk buruk dekat orang. Dengki tengok kejayaan orang lain sampai la mula santau menyantau. Dengki sampai mendoakan kejatuhan orang lain. Dengki dengan relationship orang sampai doakan mereka berpisah. *sigh*

Aku ada satu contoh kisah dengki seorang manusia ni (perempuan la especially) dekat relationship orang lain. Cerita ni cerita betul. Aku doakan semoga pedengki tu insaf lah satu hari nanti. Jangan la kacau orang lain please boleh?

Cerita ni pasal Si A (perempuan) dan Si B (lelaki) adalah sepasang merpati yang hangat bercinta bertahun lamanya. Si B ni pulak ada berkenalan dengan Si C (perempuan) dalam pada masa yang sama Si C ni menaruh cinta dekat Si B walaupun Si C ni tahu Si B tu milik orang.

Maka, Si C ni menyerang Si A yang tak bersalah apa apa tu dari segi mentally dan emosi. Si A rasa tercabar tapi dia tak cepat melatah. Si C menjadi sangat geram dan dia makin galak dengan Si B.

Akhirnya Si B buat keputusan untuk tinggalkan Si A secara tetiba dan bertemu dengan Si D (perempuan) dan mereka menjadi pasangan yang sangat romantis. Si C jadi puas. Puas kerana kalau Si B tak dengan dia (Si C), jangan harap Si A jugak boleh dengan Si B tu.

Sekarang, Si C tu sangatlah menyukai Si B dan Si D bercinta sampai mengatakan kepada Si D adalah yang terbaik untuk Si B bukan nya Si A tanpa dia (Si C) sendiri pun kenal Si D secara lebih dekat. Yang menjadi mangsa sekarang adalah Si A.

Sekarang ni aku (Huda Luna) nak tengok apa yang berlaku pada kisah diorang ni. Tah tah Si B tinggalkan Si D untuk bersama Si C kerana dari apa yang Si A cerita dekat aku yang Si C ni memang gilakan Si B sejak lamaaaa dulu lagi.

Tu dalam kisah relationship. Tapi kalau dalam kisah Business, sampai melibatkan santau. Arwah kawan aku Si S meninggal sebab disantau orang yang dengki dengan kejayaan mak Si S dalam business.

Mintak mintak la semua ni dijauhkan dari kita semua. Amin.


NotaKakiHudaSiLuna :
update blog dalam office. kalau typo sorry la eh

19 comments

  1. dah kenapa dgn si C tu takde laki laen ke die nak carik. pelik betol perangai die.. huu~ tapi tak phm, kenapa si B tbe2 tggalkan si A?

    ReplyDelete
  2. hahahahahaha.
    sangat setuju la perempuan ni memang pendengki sket..
    kalau positif xpelah.


    T__T

    ReplyDelete
  3. @Ila Mhd Noor

    Si B ckp dia dah tak sayang Si A sebab kenal Si D. Maksud dekat sini Si B tu bukan seorang lelaki yg baik la

    ha itu la Si C tu. huda pun tak paham. ni pun stil mcm dulu lg Si A cakap. Si C tu still mentally disturb Si A

    ReplyDelete
  4. @annadzirah

    pendengki byk kottt.
    xleh nk positif lgsg betul perempuan ni

    T__T

    ReplyDelete
  5. Isshhh macam-macam la orang zaman sekarang ni -__-"

    ReplyDelete
  6. mintak2 semua pendengki ni di jauhkan dari kehidupan sekeliling kita.

    ReplyDelete
  7. true. lagi lagi perempuan melayu. ramai girl melayu ni yg dah ada PHD dalam diam actually. kalau x pndai bendung...mmg boleh buat mcm2 dgn PHD yg dia ada dlm diam tu.

    Setan. Biasalah. Dia akan goda manusia tu buat jahat.

    p/s : PHD = Perasaan Hasad Dengki

    ReplyDelete
  8. perempuan kalau dah ada PHD perghh hang toksah lawan laa.. >.< haruuu! -.-'

    ReplyDelete
  9. macam model shawl terkenal tuan blog ni.

    ReplyDelete
  10. biasa lah. perempuan nie tak boleh nmpk sikti org lebih dr dia mesti nk naik pgkat jd PHD terus. hehe.

    ReplyDelete
  11. 5x aku repeat bace citer dalam box tu baru aku bleh paham ape yg terjadi.

    makin teruk tahap susah nak paham citer guna huruf2 sebagai refer kepade sape2 skang ni...

    huhuhh...

    tapi tah apape kan orang cam si C tu... patut lempang je laju2 masa mula2 kenal.

    ReplyDelete
  12. aku rasa kan, si B perlu mati..

    so abeslah drama sinetron ni..


    AHHAHAHAHAHA

    ReplyDelete
  13. mula2 baca keliru sikit
    skang dah faham

    mcm drama plak

    ReplyDelete
  14. Nauzubillah...Dlm hidup ni mcm2 org kita jumpa..Moga mereka diberikan petunjuk agar kembali ke pangkal jalan..ALLAH akan balas balik segala kejahatan mereka..

    ReplyDelete
  15. hehehe bergantung kepada dengki jgak kalo dengki yang membuat kan kita lagi semangat nak berjaya dari org yg kita dengki tuh kira positif la kan..kalo nak memunahkan hurm mmg hitam la hati tak baik rasa nyer mcm tuh sbb karma nnt tak pasal2 kena batang hidung balik kan

    ReplyDelete
  16. memang desperate btul si C ni sampai sggup hancurkan relationship org..apa punya mnusia la..huhu

    ReplyDelete
  17. knisa rasa macam pernah terserempak dgn ayat si C kononnya macam suka la si B dgn si D ni bercinta and rasa si D tu lagi BAGUS dari si A dekat blog si D.. betul tak???


    hahaha.. dah dah.. pening2

    ReplyDelete