Tuesday, January 25, 2011

Hey berat aku dah turun 7kg tau!

MoshiMoshi!

Heyyy! Percaya tak aku dah lost weight sebanyak 7kg since 1st Januari hari tu? Yeap! Aku dah lost 7kg. Semua nye sebab tak makan nasik (kadang-kadang makan jugak tapi sikit jeee) lepas tu sejak last week lagi la kurang makan sejak kena alergik seafood. Padan muka kan. Tula masa boleh makan taknak makan. Dari berat aku masa December hari tu 57kg sekarang dah 50kg (tinggi 160cm). Alhamdulillah. Harap boleh maintain. Hehe.

Tips nak kurus senang je sebenarnya tauu. Makan less nasik TAPI kena laa lebihkan buah-buahan dan sayur. Jangan tak ambik nasik langsung pulak sebab kita ni orang ASIA dah tu jangan pulak OVERR makan nasik sampai bedal 3 pinggan sehari. Tauuu! Yang makan over tu la yang buat badan cepat naik. Lepas tu sebok nak diet macam orang gilaa. Jeles tengok orang kurus. Lepas tu seksa diri.

Kadang-kadang pelik tengok orang yang seksa diri tak makan langsung ni sebab dia yang rugi sebenarnya. Betul tak? Macam aku sekarang ni la rugi nikmat dunia makan seafood. Sedihh whoahh tengok orang makan sotong udang ketam kerang ikan tapi diri sendiri tak boleh makan. Sobb Sobb T___T

ni contoh orang yang kerugian makan seafood
(masa hari kedua kena alergik sekarang dah nak baik)

yang kiri tu sekarang avatat twitter aku. haha.
rela tengok pic kiri ke kanan?
kiri ambik baru-baru ni.
yang kanan pulak awal tahun 2009 mungkin.



NotaKakiHudaSiLuna :
tik tok tik tok tunggu hujung januari ni

Monday, January 17, 2011

Menduakan cinta lama dengan scandal baru.

MoshiMoshi.

Jantan termacho, Joni.
(jenis albino)

Hai! Joni dah ada kawan baru tauu. Dia dah menduakan cinta lama dia, Jeni. Biasa la. nafsu buas. Mana boleh single lama-lama. Setahun lebih men-single kot Joni ni. First time jumpa cinta baru dah nak terkam. Bawak bersabar Joni. Juli muda lagi la. Nanti dia dah besaq sikit Joni terkam la dia puas-puas tau. Bagi baby banyak-banyak sikit.

Jeni cinta lama.
(jenis salt and pepper)

Juli si cinta baru.
(jenis cinnamon)

Dah 17hari Juli kitorang bela. Nama asal dia June. Tapi macam tak matching dengan Joni. June Joni macam pelikkkkk je. So tukar jadi Juli dan Joni. Bila Juli dah besar sikit baru bagi diorang mengawan. Sekarang ni tak bolehhhh!


NotaKakiHudaSiLuna :
aku sedang sebok nak setelah hal praktikal. T____T

Friday, January 14, 2011

Ingat tak best ke kalau terserempak dengan hantu?

MoshiMoshi!

Dua minggu tak update blog. Hebat tak? Haha. Salahkan lappy kesayangan aku ni haa jahat sangat! Ok laaa ok laaaa aku nak update ni haaaa. Jangan rindu rindu aku lagi. Teeheehee. *ohh ni first post aku untuk 2011 rupa nye*


gambar aku amik dari album Ayun.
Camera aku cap ayam asyik parkinson je.

Aku rasa ramai kot yang kawan dengan aku dekat facebook tahu aku pergi Sista Modelling Gathering bukan? Err bukan bukan. *aku paham apa yang korang fikir.* Aku bukan model. Aku pergi sebab nak sangat jumpa Ayunar. Fuhhhh. SUMPAH! Dia sangat gorgeous! Aku pergi dengan Fyka. Tu cerita hari Ahad siang punya story. Errr kalau aku jadi model pun ape salahnye ye tak?

Ermm, hari Sabtu pulak aku pergi Old Blossom Box Preloved Sale then men-window shopping dekat Mid Valley lepas tu dengan Ika dan lain-lain. Yang tu aku cerita kat entry lain noo. Kang aku story morry dekat sini tak muat kang haa.

Heh. Kat entry ni aku nak cakap pasal hantu! Ngeng punya hantu kacau aku. Sampai lebam-lebam dekat kaki. Tapi tak sakit pun lebam tu. Jeng jeng. Kalau jumpe Hantu nama Casper tak apa la jugak. Ni yang suka menggilai kuat-kuat tu. Alaaaaa Hantuu tuuuu. Tak kan tak kenal kot? Nasib baik laaaa tak terkencing dalam seluarrr.


Casper yang comel

Nak dijadikan cerita. Malam Ahad tu lepas event tu aku rush la drive balik Shah Alam dengan tak tahu jalannya main redahhh je ikot signboard. Sempat jugak la aku sampai Shah Alam pukul 8 malam tu hantar Fyka naik bas. Lepas tu aku mengedate dengan bf sat sambil diner sebab bas pukul 11 malam. Dah tu nak jadi cerita bas tu lambat sampai. Dalam pukul 1230 pagi baru la bertolak.

Dah tu kalau bertolak time macam tu agak-agak aku sampai UMP pukul berapa? Haa. Aku sampai pukul 4 pagi. PUKUL EMPAT PAGI TAHUUU! Time hantu-hantu dalam UMP sibuk berkeliaran. Hermm. Masa aku sampai tu ada la empat orang turun bas tu sekali. Sorang melintas jalan. Tinggal tiga. Sorang ada orang datang ambil. Tinggal dua. Then yang jalan sekali dengan aku masuk kereta yang dia park dekat situ. Tinggal la aku sorang-sorang jalan dekat bengkel civil yang sememangnya ada hantu.

Kalau aku tahu semua dorang tak lalu jalan sama dengan aku, aku rela lalu jalan jauh. Masa tengah jalan, aku toleh toleh la belakang tengok kot-kot la ada orang. Tak ada! Aku jalan ah laju-laju. Lajuuu. Pandang belakang lagi. Kosong. Tak ada orang langsung. Aku cuakk ah. Jalan lagi lajuuu. Then tetibe aku rasa seram sejuk semacam. Maka haikkkkk dengar la bunyi menggilai yang dekat gila bunyi diaa. (orang cakap bunyi dekat dia tengah jauh, bunyi jauh dia dekat)

So ape lagi aku langkah seribu laaaa tak pandang-pandang belakang dah. Gila apa pandang belakang sekali dia tunjuk muka dia aku nak buat apa? Tak kan nak mintak bergambar dengan dia whoihh? Dah la masa tu nak terkencing nya. Nasib lah tak terkencing. Kalau tak naya. Huhu. Nasib baik jugak lah Allah lindung aku. Kalau aku nampak dia mau aku demam seminggu.

Kesimpulannya. Jangan lalu dekat bengkel tu sorang-sorang lagi tak pun jangan lalu langsung dah kat situ malam-malam. Gilo ke T___T

NotaKakiHudaSiLuna :
KALAU ADA TYPO ABAIKAN PAHAM-PAHAM AH SENDIRI MALAS NAK REPAIR! huhu