Wednesday, February 23, 2011

Si black sweet cinta hati.

MoshiMoshi!

Dah lama gila mengidam gitar. Sejak dari sekolah menengah kot. Semua sebab first love aku. Dia buat aku suka gitar. Kagum gila selalu kalau tengok dia main gitar. Petik je lagu ape pun semua dia reti main. Benci ok!

So sekarang aku dah ada gitar. Sedang dalam proses belajar lagi. Jangan cakap aku terpengaruh Najwa Latif ke, Yuna ke, Ana Raffali ke. Sebab aku suka gitar sejak tahun 2001. Masa tu diorang dah ade ke huh? Wishlist sejak buat blog ni pun ada list gitar dalam tu. Aku main untuk suka-suka. Dan untuk #DearFutureHusband aku.

Aku dah move on. Macam mana dia dah move on. Heyy and pleasee stop gaduh. Aku letih la hoi. Dia dengan life dia. Aku dengan life aku boleh? Bila nak tenang neh. Aku move on cepat? Laa buat apa nak merintih lama-lama. Bukan? Aku sekarang dalam proses kenali hati budi #DearFutureHusband aku. Dia banyak bagi semangat dekat aku. Kalau tak mesti meroyan tak sudah-sudah lagi. Oh lupa nak cakap. Aku kenal #DearFutureHusband dah lama sebab dia satu kelas dengan aku.

amik guna Nokia C3 agak tak best


jangan nak ana raffali sangat huda.

NotaKakiHudaSiLuna :
jangan tensi kan aku lagi boleh

Thursday, February 17, 2011

Game Over!

MoshiMoshi!


Aku rasa ramai dah tau pasal ni. Diam-diam je la. Tak payah keruhkan keadaan. Orang dah kahwin pun boleh cerai ni baru je couple. Stop stalking life dia. Kang asyik-asyik dia perasan ingat aku pasang spy kejadah. Tak ada kerja kot aku nak spy. Dari spy baik aku siapkan assignment aku dengan final year project yang tak siap-siap ni. Yang nak grad nya aku, bukan dia.

Then tak payah la nak mengumpat sana sini. Bukan aku tak tau. Ramai reporter. Please. Aku cakap direct ni. Siapa duk add add perempuan tu sebab nak stalk, baik tak payah la buat macam tu. Paham? Untuk apa nak add add? Biar je la diorang kan.

Oh btw sepatutnya hari ni 6 tahun. Okbai. *delete memory*

Wednesday, February 16, 2011

Remaja magazine

MoshiMoshi!

Hilang satu tak merugikan aku apa-apa. Tapi lagi buat aku happy aku bahagia dan gembira sebab pintu rezeki aku macam mencurah-curah. Betul tak tipu! Aku pegang prinsip biar orang buat kita tapi kita jangan buat orang. Sebab Tuhan tu Maha Adil. Jangan pulak bila dah kehilangan sesuatu baru nak hargai apa yang dah hilang tu. Ingat tu.

Hmmm.

By the way aku nak ucapkan banyak-banyak terima kasih dekat Kak Jue. Dah lama dah sebenarnya aku di interview untuk masuk kolum Blogspot dalam majalah Remaja ni. Terima kasih Kak Jue. Huda happy sangat dengan hadiah paling bermakna ni. Hadiah umur 23tahun yang paling best setakat ni.

Terkejut kot bila tetiba je ada sorang ni komen dekat entry Hana ni cakap jumpa blog aku dari Remaja. Nama dia Farhana Jafri. Aku macam OMG OMG kenapa keluar sekarang. Kenapa sekarang. Macam tu la. Tapi tak percaya lagi. Then Hanna Maruku post pulak dekat wall cakap blog aku masuk Remaja. Aku terus jadi mana Remaja mana mana mana nak baca!

Then dua hari lepas Daus Pozi dan Admiral Hafiz ada buat entry pasal ni baru la aku percaya lepas baca artikel tu. Tapi yang tak best nya ada perkataaan TEMAN LELAKINYA. Tu la aku cakap kenapa sekarang. Kenapa. Sebab sekarang dia bukan lagi TEMAN LELAKI aku dah. Dia dah ada orang lain dan dia bahagia dengan yang baru tu. Aku doakan je la kebahgiaan diorang. Tanak kacau pun. Jaga hubungan korang tu baik-baik.

Ok cerita sedih boleh dilupakan ye kawan-kawan. Sebabnya aku sangat happy sekarang ni. Banyak benda best, happy, seronok, berlaku serentak. Sampai aku rasa eh aku dah break up eh? Dah lupa la pulak. Tak ingat langsung. Menangis tu sehari dua je. Sebab terkejut kan. Hari ketiga dah cure 100%. Tak menangis. Tak sedih. Tak ralat.

Blog Hijau Daus Pozi yang bestttt tuuu!

Blog Huda Luna yang pink tuuuuuu!
Ade blog Ezhan Artwork perasan tak?
blog dia lagi femes.

Lagi satu benda best nak tau ape? Nama aku disebut-sebut masa Frinjan hari tu. Err err. Kalau tak kerana AbuUbaidah66 cakap dan retweet status Bobby Nuurri aku tak tahu pun pasal ni. Apa tah diorang bercakap pasal aku dekat sana cuak jugak ni. Aigooo! Malu. Sebab kalau orang kenal nama ni mesti ada musuh. Mesti ada yang tak suka. Aku tak suka macam ni. Rindu pulak zaman orang tak kenal siapa tu Huda Luna.


Ape-ape pun congrats untuk kite tiga orang; Daus Pozi, Admiral Hafiz dan aku. Jangan lupa singgah blog diorang untuk baca cerita versi diorang pulak okay! Ingat. Aku tetap Huda Luna yang sama, Still macam dulu. Tolong jangan panggil aku artis. Kalau tak aku merajuk.


NotaKakiHudaSiLuna :
please jangan kaitan aku dengan dia lagi. jangan mention nama kitorang sekali. please.

Monday, February 14, 2011

Dinner dan cerita hati

MoshiMoshi!

Hello kawan-kawan! Hai! Hehe. Dekat sebulan aku tak update. Rindu bukan? Sebab ramai sangat mintak aku update dari hari tu lagi, aku pun update laaaaaaa demi korang. DEMI KORANG OK! Actually banyak sangat nak update, nak cerita, nak tulis tapi malas, busy, bermasalah, tensen buat aku rasa blog ni macam anak tiri. Malas layan. Siapa tanya apa-apa pasal blog pun aku tak ada mood sangat nak jawab. Ada yang tak jawab langsung sebab aku rasa benda tu boleh di GOOGLE. Tanya itu ini kenapa dengan aku pun aku malas layan.

Penat tahu tak jadi Huda Luna Hussin Al-Sagoff sebenarnya. Sebab aku kan full time student. Masa lebih banyak habis dekat study dan buat assignment. Kadang-kadang aku mintak orang paham tu je. Aku bukan robot. Then rasa macam nak PANG PANG PANG je sape yang cakap aku artis. Hoi aku still Huda Luna Hussin Al-Sagoff yang sama la hoi. Siapa kenal aku pernah jumpa aku tahu la aku macam mana. Tapi yang best aku ni stalker terhebat. Memang hebat. Terima kasih Allah sebab bagi dekat aku kepala otak yang sangat detective ni.

Ok sesi curhat dah habis.


thanx to Adiela Ridzuan sebab mekap kan kitorang.
nanti boleh mintak Adiela mekap lagi. hehe.

Next. Hari tu, Sabtu (12/02/11) faculty aku ada dinner untuk budak-budak cemerlang. Aku kurang cemerlang sikit tapi pointer still sedap la didengar. Layan kan saja gambar. Kawan aku. Hazira menang QUEEN of the night dan congrats untuk dia. Theme dinner Arabian/Egyption night. Memang suka habis aku dengan theme macam ni. Sebab kena dengan aku. Arabian blood. Dengar sini ANON, aku bukan mamak bukan keling. Aku rasa kau punya mata dah rosak. Malas sakit jiwa sebab Anon yang berani berkata-kata tapi tak berani tunjuk diri ni aku disable terus komen dari Anon. Please la Anon. Aku tak kacau pun kau. Please jangan kacau aku.

Melina, aku dan Hazira (Queen)

Paie, Iera dan aku

crown memori. zaman matrix dulu.

Thanx Tedd untuk pic yang sangat lovely ni!


NotaKakiHudaSiLuna :
bersiap sedia la untuk dapat update bertubi-tubi dari aku. okbai!