Thursday, September 29, 2011

Hari ini mungkin untuk kali yang terakhir.

MoshiMoshi!

Assalamualaikum semua!
Hari ni sebenarnya dah lebih seminggu aku private blog. Ada ke yang mencari blog aku? Macam tak ade je kan? Kesian Huda. Kesian. Hmm.

Aku private blog sebab satu macam dah tak ada benda nak cerita. Dua sebab lebih rasa tenang macam ni. Aku update blog ni pun sebab nak wish buat pertama kali nya dekat #DearFutureHusband Selamat Hari Jadi. Beza umur kitorang 9 bulan tepat. Aku 29 Januari. Dia 29 September. Ye ye. Aku tua. Aku tau. *ehem*

Aku masih hidup. Masih bernyawa. Cuma hidup sangat tertekan sekarang ni. Aku cepat emosi. Aku cepat tertekan. Salahkan kehidupan di office yang sungguh tak best. Salahkan kerja yang terlampau banyak sampai rasa tak cukup tangan dan otak. Otak pun dah sampai berlari tah kemana. Sampai kejar otak, otak pun terjun bangunan sebab kekecewaan. Maka, aku pun jadi la manusia yang lambat pick up. *pity you Huda*

Sudah la Huda. Jangan nak buat gila dekat sini. Kang ada yang telepon Hospital Bahagia hang duk tang sana kang nanti.

*ehem*
*clearkan tekak*

credit : norhanarosmida
*masa beraya dekat rumah dia*


Hari ni hari tua #DearFutureHusband aku. Ye awak. Tak perlu la nak mention tua tua awak, tua lagi saya. Dah dah. Sekarang ni, saya nak cakap Happy Birthday Sang Maharaja Hati Huda Luna. Semoga awak cepat kaya so kite boleh cepat kahwen. *gatai betei makcik ni* Ok tak. Wish lain. Semoga awak akan sentiasa diberkati Allah. Semoga awak jadi makin hensem dan sepet. *aummm* Semoga awak dapat kerja bebaik. Semoga awak akan berjaya dalam hidup. Semoga awak dapat membalas jasa parents awak. Semoga kite akan sentiasa bersama sampai bila bila. Saya sayang awak. Awak tahu kan? Err lagi satu semoga perut awak kempesss sikit. Hihi. *larikkk*

Err. Awakkk. Saya nak celebrate birthday awak. Tapi kan tak tahu nak bagi menterkejutkan awak macam mana. Sebab awak ni hebat sangat bab menghidu niat tak baik saya kan. *grr*

ini cinta hati kedua. zaini (joni)

Ok lah semorang. Ni mungkin entry terakhir aku untuk tahun ni. Aku akan kembali. Tapi tak tahu bila. Blog ni aku akan private kan balik lepas 24jam. So, anggaplah entry ni sebagai entry good bye untuk semua. =)


Happy Birthday cinta!


NotaKakiHudaSiLuna :
jumpa lagi nanti.

Wednesday, September 14, 2011

#WW Wordless Wednesday #12 : Simholic!



MoshiMoshi!



Pada hari Rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar itu yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan.




NotaKakiHudaSiLuna :
the sims social FB ni dah macam penyakit berjangkit. ramai gila main sekarang ni sampai tak larat nak melawat dah. aku main dari tak ada orang main sangat pun masa tu.

Sunday, September 11, 2011

212.

MoshiMoshi!

Dah tujuh bulan dah kitorang hari ni. Selama 212 hari ni aku tak pernah sesekali menyesal dipertemukan dengan dia. Selama 212 hari ni dia sentiasa ada untuk aku. Selama 212 hari ni dia sentiasa buat perkara yang buat aku terharu. Dia memang jaga aku macam budak kecik. Dia tak macam orang lain.

Ada orang lain ke sanggup pakai kan kasut bila kau susah nak pakai kasut? Ada orang lain ke yang sanggup susah payah untuk kau setiap hari untuk ambil dan hantar pergi kerja. Ada orang lain ke yang sanggup turun office sekejap beli pil cit tek aun dan roti bila kau sakit perut sebab lapar. Ada orang lain ke yang sanggup buat surprise yang menterkejutkan yang tak dijangka? Ada ke orang lain yang sanggup datang dari jauh semata-mata nak beraya dengan kau dan kawan-kawan kau dari negeri lain? Aku tak pernah lagi jumpa orang lain yang macam dia. Terima kasih #DearFutureHusband!


Mr.pinky gemok


Dan sejak dengan dia jugak aku makin gemok.


NotaKakiHudaSiLuna :
kumpul duit nak kawen

Tuesday, September 6, 2011

Kembar

MoshiMoshi!




Phiuhhh! Kalau lahhh ada anak macam dua orang budak kecik ni, Jeremy dengan Justin Gracia memang gembira gila laaaa! Dah la comel! Pulak tu pandai menari. Eeeeee geram! Tengok la diorang menari lagu Bruno Mars Lazy Song ni. Eeeee rasa nak tampar tampar pun ada. Comel kot dedua ni haaa!






#DearFutureHusband ! Nanti nak anak macam diorang ni boleh? kbai! =P

NotaKakiHudaSiLuna :
tak ada gambar raya punn