Tuesday, November 22, 2011

I don't eat rabbit food.

MoshiMoshi!


Hai semorang? Dua bulan aku senyap. Kejap je rupanya dua bulan tu kan. Tup tup dah nak December.


*flashback apa yang dah berlaku sepanjang tahun 2011*





Sebenarnya tak nak pun update belog. Tapi tapi tapi.... terasa nak tulis something dekat sini.


*dekat belog lagi satu jangan tanya memang agak kerap update sekarang ni. ehem!*





Actually, hari ni aku tertacing tersakit hati tergaman terkedu dengan satu benda ni. Terasa terhina. Sangat.



Situasi dia macam ni.





Hari ni bawak bekal sandwich. Isi dalam tu;



Sardin Ayam brand (masak dulu baru lenyek), timun, bawang, cili kecik, salad ropol-ropol macam gambar dekat atas tu dengan roti gardenia.



Masa dekat pantry tengah nak potong roti tu, datang si A.

" Wahh. Are you celebrating something? bla bla bla.. " Lepas tu sembang itu ini sampai topic bola semalam. Semangat dia cerita. Aku iya kan saja.


Then datang si B. Sebelum ni memang TAK pernah bertegur langsung. Sekali dia cakap dengan kitorang. Pelik. Layan kan aje lah.

Dah tu dah siap siap potong roti letak dalam pinggan. Aku makan sekeping sandwich. Kawan aku makan sekeping. Bawak pinggan tu ke meja aku. Hulur ke meja depan dan tepi.

Lepas tu jalan ke arah meja "besar-besar" yang lain ok saja. Ambil. Dan makan. Sampai turn si C, aku hulur pinggan. Dia buat muka aneh.


" What is that?? " muka aneh
" Sandwich. " aku cakap.
" Sorry. I don't eat rabbit food. "



Aku?


Rasa terhina gila. Fine. Kalau tak nak. Cakap aje lah " No. Thanks. " Perlu ke hina makan tu?


*sandwich aku rupa dia hampir macam gambar dekat atas tu*


Terlupa nak cakap. Si C makan sandwich Subway.

Aku pun terus blah dari situ bagi sandwich dekat si A dan si B. Diorang makan tak ade hal punya lah. Oh ya diorang bangsa standard bos bos.

Ok. Pengajaran aku dapat hari ni. Jangan pelawa makan sembarangan orang even nak beradab. Kadang tu tak payah nak beradab sangat. Ikut hati memang tak nak pun pelawa si C tu. Haihh kenapalah aku pergi pelawa dia. Padan muka diri sendiri.




NotaKakiHudaSiLuna :
kurang sebulan lagi. dan kurang tiga bulan lagi. oh ya lupa pulak. congrats Malaysia semalam menang perlawanan yang naikkan maruah Malaysia.