Friday, January 18, 2013

The New Journey...Our Little Junior

MoshiMoshi
(*dah kawen dah nak ada anak pun duk moshimoshi lagi*)

Assalamualaikum semorang. ^__^

Untold story - Super long story to be a nice memory. 
- SIAPA berjaya baca sampai habis aku respek ah!
(*penggunaan kata nama Aku instead of I*)

Hari ni dah 4 bulan lebih kahwin. Hidup lepas kahwin? Mesti la happy. Gaduh? Ala gaduh tu biasa la. Merajuk tu biasa la. Tapi jangan la melarat lama. Tak baik macam tu. Hehe. Manage masa macam mana pulak? Ok ini aku fail sikit. Still belajar. Sebab tu tak ada masa menghadap blog. Dekat office kerja banyak, tak sempat nak curi masa update blog ke apa. Tapi still terjah mana mana blog yang sempat nak baca. Baca je. Silent reader gittew. Dekat sidebar blog Our Story Our Journey, boleh kata semua blog yang ada aku rajin baca. Tapi tak sempat nak komen. Baca pun curi-curi. Shiannnn.

Gambar zaman baru mula bercinta gittew. 
Masih malu malu.Cehhh.

Aku tak mau melalut banyak sangat kot. Aku syak ramai dah tau aku pregnant. Aku bakal jadi mummy. Mummy to be to Our Little Junior. InsyaAllah early July nanti. Kalau baby nak keluar awal tu tak tau la tu kan. Tapi ramai cakap first baby selalu awal dua minggu dari due date. BTW Kate Middleton pun pregnant. Baby July jugak. Haha mana tahu kot kot terlahir sama hari.

Dah kawengggg. Daddy dah jadi specky.
Pipi mummy dah kurus.

********

Sekarang Alhamdulillah dah 16 weeks dah little junior ni hari ni. Kejap je masa berlalu dari aku start tahu yang aku preggy. We called he/she as "Adik" tak pun "Baby" buat masa ni. Sebab tak tau gender pun satu. Mungkin buat surprise kot. Tak payah tau gender langsung sampai Adik lahir then "taraaaaaaaaaaa surprise!" - "Awak dapat baby girl" tak pun "Awak dapat baby boy".

Kitorang asalnya tak plan tak rancang tak pulak nak baby cepat cepat pun. Kitorang biar ikut naturally. Kalau ada alhamdulillah. Kalau tak ada tu, Allah tau better plan for us. Aku pun tak mengharap sangat sebab takut hoi nak pregnant. Rasa seram, takut, cuak, bersalah, risau, gelabah, takut balik, bersalah balik. Haha macam orang buat salah. Hampes -___-" 

Tapi Allah nak bagi rezeki awal dekat kitorang. Maybe ganti Joni kesayangan yang dah pergi. Huhu. Rindu Joni. Tapi NO NO NO, aku tak bunting pelamin pun. Kihkihkih. Dah nak masuk dua bulan lebih kahwin baru tau preggy. Tu pun sebab gedik sangat nak guna Digital UPT dengan normal UPT yang line tu walaupun period tak delay lagi. Tapi masa ni tak yakin dan tak percaya sangat la dah preggy. Sebab nya, yang digital tu je tunjuk positif pregnant then yang normal punya UPT negative kate ko. Ye lah, period tak delay lagi mana la HcG nak kuat sangat melainkan gen keturunan jenis kuat baru dapat detect. Haa lupa cakap, sebelum aku gedik test ni, aku ada perangai pelik -- cium ketiak hubby lepas dia balik kerja. T____T


Nak gugur jantung masa tengok result ni. 
Sempat snap gambar ni je, yang normal yang line line tu je 
tak ambik kekunun kecewa tengok result yang tu 
terus buang masuk tong sampah. wakakaka.
yang ni pun tak simpan. lepas abes bateri terus campak buang.
bekas air kencing kot buat apa nak simpan -____-"
*sorry terkurang sentimental*

Aku guna Clear Blue Digital UPT macam Fasha Sandha. Benda alah ni tunjuk 1-2 weeks pregnant, so kalau jumpa doktor dan doktor tu power dia akan cakap dah pregnant 1 month or 3-4 weeks pregnant sebab ikut last date period. Sebab tu Diana Daniella walaupun 16 hari baru kahwin dah pregnant sebulan. So jangan nak hairan sangat lah dia pregnant cepat then lepas tu tabur fitnah. Tak pepasal dapat dosa free of charge. Ingat ye, doktor ambik last date period untuk trace Expected Due Date (EDD). Doktor tak kan tanya bila last date korang bersama. Gila? Ingat senang ke nak tau tarikh subur memasing melainkan awak tu jenis period regular 28 hari tetiap bulan.

 
Cer tengok information dekat sebelah kotak tu.

Disebabkan masa first test tu tak yakin dah pregnant, aku test sekali lagi kali ni lepas period delay sehari. Wakakaka. Tak menyabo sungguh. Ahh lupa pulak nak story macam mana aku cakap dekat #DearHusband masa first test tu. Kejak lagi aku continue story dekat next perenggan. Ok sambung balik cerita asal. Kali ni aku guna Digital Clear Blue jugak dengan line line yang murah jenama Guardian je. 

Kalau tak masa first tu guna Dip 'N' Tell. Dah la mahai. Bazir duit sungguh. Lepas tu buang campak tong sampah. Hahahah. Yang kali ni test guna digital tu dah naik jadi 2-3 weeks. So kalau jumpe doktor, dia akan cakap dah preggy 4-5 weeks gittew. Time ni hormon HcG aku still tak strong. Maka yang line line tu non hado result. Dengan masa ni asyik deman jangan cakap lah. Badan jadi seram sejuk. Malam je suhu badan panas. Pergi balik rumah in law kena sakat dah preggy lettew. Kitorang pegi klinik dekat Sungai Buloh pun dia cakap negative sebab line line tu tak tunjuk result. Tak apa kite tunggu lagi dua tiga hari. Hehehe.

********

Berbalik dekat story macam mana aku cakap dekat #DearHusband, actually hari tu aku merajuk dengan dia tapi dah lupa sebab apa. Hahah dah berbulan punya story mana nak ingat sebab apa merajuknya pun. Kira dalam merajuk pun tapi gedik nak buat UPT. Haha. Then dengan tak menyabor nye balik kerja dalam pukul 6.30 petang tu, aku naik atas dulu dekat apartment kitorang duduk. Malas nak tunggu dia dekat bawah. Dah kata merajuk, mesti la tunjuk protes. Tapi dekat atas rumah tu, aku tak dok diam la. Tangan gatai sangat nak test padahal orang cakap nak accurate result test masa awal pagi subuh sebab urine masa awal pagi pekat dan tinggi HcG. 

Orang tak menyabor macam aku ni, pukul 6.45 petang tu jugak pergi test. Memula test guna yang line tu. Harus la negative kate ko. Tapi pesen jenis tak puas hati, terus guna Clear Blue tu. Memula screen tu kelip kelip punya la lama. Aku syak device tu pening nak trace HcG aku. Ye lah petang kot. HcG tengah low dah tu masa tu period pun tak delay lagi. Haa ingat aku puas hati ke tengok screen tu berkelip punya lama? Mesti la aku pergi celup lagi sekali hujung device tu dan maintain tercelup macam tu sampai 30saat. Tiba tibaaaa.... aku gosok mata tak percaya. Ok tipu sebenarnya. Aku ambik device tu perhati punya lama. Tenung sampai menggigil kaki tangan lutut. Darah macam stop mengalir pun ada. Terkejut dan takut. Apa punya sengal takut tah. Hahaha.

Daddy ni romantik jugak kadang tu. 
Ada hari dia suka bagi bunga.
Tapi paling suka kalau dia cium dahi. :')

Dalam dekat pukul 7 malam macam tu si budak annoying #DearHusband balik rumah. Dia tak ada kunci rumah so aku bagi kunci rumah dekat dia lepas tu tutup balik pintu rumah tu dan menyorok belakang pintu sambil pegang UPT device tu dekat belakang badan menyandar ke dinding. Ejejeje bajet main cak cak pulak. Tapi jangan lupa muka merajuk harus ada dah kata merajuk. Dalam merajuk nak senyum sengih kot masa tu. *Pang* 

Lepas #DearHusband bukak je pintu, dia cakap I'm sorry, I'm sorry jangan la merajuk sayang bla bla bla. Pastu dia perasan macam tengah sorok something. Dia suruh aku tunjuk apa yang aku sorok. Aku pun tunjuk lah. Sambil senyum kelat nak merajuk tapi nak happy. Hahahaha. Masa ni aku perasan muka dia excited gilaaaaaa. Ye lahhh dia yang paling nak baby cepat. Aku biasa biasa je. #DearHusband sengih senyum lebarr sambil bulat kan mata dia yang sepet tu. Speechless gittew. Then dia ambik test kit tu dari tangan aku, pelok aku dan cium dahi. Tapi kan level merajuk tu kurang sikit lahhh. Aku cakap dekat dia, tapi tak sure lah lagi sebab satu positif satu negatif.

********

Alhamdulillah rezeki awal Allah nak bagi. Walaupun aku still macam tak percaya pun ada. Ye lah ko gile? Ada nyawa lain dalam perut aku yang tunggu masa nak membesarr. Lepas dua tiga hari test yang second time, aku guna UPT Guardian yang murah je kali ni. Masa ni jelas line line tu double line. Pergi klinik scan tak nampak apa apa lagi. Kecik lagi memang la tak nampak. Besar bijik sawi ada la kot? Doktor takut kalau luar rahim ke apa. Aku lagi lahh cuak. Luar rahim boleh mati kot. Punya nak bagi nampak masa scan tu doktor suruh aku minum air bergelen gelen bagi pundi kencing penuh nak bagi nampak rahim. Aku pergi klinik Ajwa Shah Alam masa ni.


Masa ni tak nampak apa apa. Kosong. 
Yang nampak bladder penuh dengan urine.
Masa ni cuak jugak la. Dah 5 week tapi tak nampak.
Sebab ada orang dah nampak.
EDD masa ni 4 July.


Minggu lepas pergi klinik check tu, aku dah start muntah muntah, loya, sakit kepala, sakit pinggang guling guling macam sengugut (ini bahaya), asyik nak terkenchhh (baca: terkencing), cepat mengantuk dan paling obvious tak boleh masak langsung. Bau minyak je for sure muntah. Makan nasik langsung tak lalu. Makan apa pun pulak sekali je. Contoh kalau hari ni makan kuew teow esok jangan harap tekak ni dapat terima makan kuew teow dah. Habis muntah semuntah nya sampai keluar darah. Aku jadi lembik. Minum air pun muntah. Makan acid folic pun muntah. Berat turun banyak masa ni. Hubby take over dapur masa ni. Bubur la dia masak, nasik goreng, nasik lemak, lauk lauk, burger.

*******

Lepas tu 6 November macam biasa lepas balik kerja aku mesti rehat kejap, dalam pukul 7 lebih pinggang sakit yang amat sangat. Makin lama makin sakit. Kawan aku Suhaila suruh pegi klinik. Aku buat cool je dulu tapi last last surrender jugak, pergi Hospital Umra Shah Alam. Aku tak rekemen la kot pegi sepital ni lepas apa dah jadi kat aku hari tu. Dengan sakit geguling tu nak jumpe doktor pun lambat (mungkin malam so dimaafkan) tapi bila jumpa doktor tu pulak, dia tak reti guna device scan tu. 

Doktor cakap device tu canggih sangat. Disuruhnya aku tukar ke bilik lain untuk check. Sampai bilik tu pulak, aku nampak lipas. Hahah. Dan doktor tu scan perut aku cincai cincai terus cakap "I tak dapat kompem U sakit apa tapi I rasa U kena luar rahim kot". Aku dalam hati -- boleh kot kot pulak doktor ni. Lepas tu dia hantar surat refer ke Hospital Sungai Buloh. Sebelum pergi Sungai Buloh tu harus lah muntah segala nya lagi. Nurse dia okay. Sangat baik.

Yer meja meja doktor depan katil aku aje. 
Tapi menyembang banyakkk. 
Kerja tak buat pun. 
Diorang leh duk makan la gelak la gosip la. Haihh.


Masa dekat hospital Sungai Buloh dah pukul 1 pagi. Kena la pegi wad kecemasan. Serius diorang punya service teruk. -_____-" Terus aku tak rasa terhingin nak beranak kat situ. Eh apesal tetibe beranak ni? Ok nanti cerita entry lain isu ni. Bayangkan lah masuk pukul 1 pagi, pukul 2 lebih baru ada orang layan dan tanya sakit apa. Tu pun tak bertindak lagi. Sampai la 2.40 pagi macam tu baru ada orang cucuk tangan aku dan pindahkan ke tempat lain. Kalau tak terbaring tengah laman orang lalu lalang. Atas katil lah tapi tak kan atas lantai pulak.

Pukul 4 lebih baru ada doktor datang check aku. Tanya itu ini dan tekan pinggang aku. Mengantuk masa ni jangan cakap lah tapi tak boleh tido sebab ada patient terjerit jerittt. Sabar je lah. Pukul 4.30 macam tu baru doktor datang scan. Lepas bla bla bla scan dia cakap saya pun tak sure tapi rasa tak luar rahim sebab nampak kantung baby. Hmppphh! Aku tak tau nak cakap apa. Yang aku nak jawapan yang tepat lah! Then bla bla bla lagi aku mintak sorang nurse situ panggil hubby aku. Ingat kan dia pegi panggil. Rupanya pegi larikan diri. 

Aku tak peduli sakit ke apa, aku jalan gigih pegi ruang menunggu panggil hubby aku walaupun aku geram dengan dia bukan nak datang sendiri tengok bini dia. -_____- Walaupun sebenarnya tak leh masuk, tapi orang lain masuk aje peduli ape ye tak? Dah masuk doktor tak halau pun? Bla bla bla lagi aku tak ingat dah sebab dah lupa tapi dekat pukul 7 pagi baru keluar lepas ambik ubat dekat kaunter farmasi wad kecemasan.

********

Weeks 6-11
Masa ni ada masa berat aku maintain tak naik naik langsung. Lagi turun ada lahhh. Sampai kena bising dengan doktor. Aku tak pergi check up dekat Klinik Kesihatan kerajaan tu. Tak ada masa. Kompeni tempat aku kerja ni leceh sikit bab cuti. So aku pergi dua klinik; Klinik Famili Kota Kemuning dekat dengan office dengan Klinik Ajwa dekat Shah Alam. Dedua murah tapi aku lagi suka pergi Ajwa sebab mesin scan dia canggih sikit dan clear compare to Klinik Famili tu. Aku akan pergi selang dua minggu. Punya nak tau progress baby dalam perut. Risau lah kot dia tak membesar ke apa sebab kita tak nampak apa yang jadi dalam perut. Don't worry. Scan tak membahayakan baby. Scan guna cahaya untuk tengok uterus bukan macam x-ray yang guna sinar X.

Yay dah nampak satu dot kecik. 
Ada la kot besar beras biasa tu.
Kurang dah cuak masa ni.
Scan ni masa 7 weeks dan EDD 5 July.

Dalam weeks 6 sampai 11 ni, aku tak lalu makan. Demam tu selalu. Gosok gigi pagi pagi sure muntah yang kosong bau masam tu. Makan pulak, anti nasi. Makan nasik je muntahhhh. -_____- Kalau tengok lauk pun muntah. Dah tu asyik makan roti dan biskut je la mampu. Burger pun muntah. Fries pun muntah. Segala benda yang dimasak berminyak memang say sorry and good bye la. Tak boleh terima. 

Loya tak payah cakap la. Bau minyak yang hubby tengah menumis dekat dapur aku akan lari masuk bilik tutup pintu. Bau badan dia pun aku anti. Amboi kemain. Before tau preggy asik cium bau ketiak dia. So akan aku paksa dia mandi walaupun dah malam haha. Kejam. Dan tido kena dia peluk. Kalau tak peluk tak boleh tido. Ape masalah tah -______-" Sabar je la dia layan kerenah aku. Sepanjang aku tak boleh nak makan ni, dia yang makan menjadi jadi. Semua dia sumbat sampai gain weight dan perut makin bulat comel buncits. Wakakakaka.

So far time office hour aku ok. Tak muntah. Tapi cepat sleepy. Soo sleepy sampai kadang boleh tertido dekat office. Malam pulak memang awal gila mengantuk. Aku jugak jadi over sensitif. Cepat sentap. Cepat emo. Cepat nangis. T______T Dah tu malas bersiap. Dulu kalau pergi kerja boleh je pakai lip balm la, eyeliner la, blusher la. Sekarang harapan. Sampai sekarang hanya pelembab safi dan bedak baby je yang aku pakai. 

Terharu tengok gambar ni masa scan. EDD 2 July.
9 weeks and 5 days : Dah ada degupan jantung dah nampak rupa. 
Dekat screen scan tu lajuu nampak jantung dia berdegup.
MasyaAllah. Subhanallah. Daddy dia excited tak terkata.
Sampai update status fb. T____T 
Padahal dah pesan baby dah 3 months baru kabo.

Travelling. Masa range waktu ni, aku banyak travel ke Johor la Ipoh la Kedah la Melaka la. Penat. Travel siang aku ok no problem. Bila malam aku jadi annoying duduk dalam kereta lama lama. Kalau hubby pergi main futsal pun malas nak ikut. Baik tido sebab aku rasa tido lagi penting dari duduk dekat luar sana tu. Bagus baby ni. Tak suka mummy dia keluar malam.

Aku dah kenot go dengan acid folic. So bertukar ke obimin. Dah la besar gedabak. Susah benor nak telan. Bermacam species ubat aku telan. Di sebabkan tak tahan dengan muntah, aku tewas. Aku mintak Maxalon dari klinik. Ubat untuk tahan muntah. Yay! Muntah dah beransur kurang dan loya dah kurang. Sikit je la tapi.    Then aku kalau naik tangga, cepat penat dan mengah. Semput habaq hang!

Masa masa ni jugak aku banyak pergi toilet shi shi (baca: kencing) dan sakit belakang yang amat sangat. Sendi tulang semua sengal sengal. Krukk krakk krukk krakk bunyi tulang. Susu aku tak minum. Tak boleh masuk. So bila mood rasa leh terima susu, aku cari Anlene Chocolate tu. Tu je yang boleh masuk. Tak apa lah asalkan aku dapat calsiummm. Perut aku pulak standard perut buncitsss zaman remaja. Wakakaka. Tapi orang cakap perut buncit ni patut happy sebab stretchmarks nanti tak obvious sangat. Yay!

Aku tak craving apa apa pun masa ni. Banyak yang nak makan, cuba sikit je dah tak boleh makan. Last last hubby kite jugak yang habis kan. Mana tak gemok jadi nya budak tu. Shiannn daddy. Tak ape la daddy, perut buncits tuu nanti jadi bantal baby tau. Wakakaka. Roti boy, steak, big apple, secret recipe, pizza hut, tom yam semua sumbat. Hahaha.

Dah 11 week ++ masa ni dan EDD 3 July. 
Dah ada rupa baby tapi baby shy shy cat.
Bila doktor panggil baby dia tak gerak pun.
Bila panggil "Adik" bangun la gerak la sikit doktor nak tengok "Adik".
Lepas tu kemain lasak dia angkat kaki tangan guling guling badan.
Dah macam Gangnam Style. K-pop sangat.
Tau la daddy mummy dia asyik layan channel korea, tengok running man.

So dalam minggu ke 6 sampai la 11 ni, aku deman, berat turun, muntah, loya, pening, tak lalu makan, banyak kencing, cepat penat, letih, cepat mengantuk, emotional, manja, sakit belakang bla bla bla. Tak apa laaaaaaa, demi baby ku gagahkan juaaaa. Harus la. Depan orang aku bajet aku strong! Tak suka orang kesian kesian ni. Macam lembik sangat.

********

Weeks 12-15
Yay! Dah nak masuk 3 months preggy dahh. Ada cakap 12 weeks dah 3 months. Ada cakap 14 weeks baru 3 months. Lantak pi la mana satu pun. Aku pun tak tau. Tak kesah pun mana mana, janji baby membesar dengan sehat dan sempurna pertumbuhan tubuh badan akal fikiran dan otak dia. Itu yang penting.

Kalau minggu 6 sampai 11 tu boleh dikatakan hari hari hari muntah. Masuk minggu ke 12 ni dah kurang muntah dia. Muntah pun dua tiga hari sekali. Tapi sekali tu sekaliii banyakk sehabis mungkin dia keluarkan sampai tak ada apa dalam perut sampai keluar darah. Tekak berdarah. Dah kata semua makanan dipaksa tolak keluar dari perut ke esophagus. Dah tu lagi datang penyakit baru. Sakit kepala yang boleh buat weng sepanjang hari. Bukan sakit sikit sikit tu. Ni sakit sampai berat kepala. Selalu jadi time nak bangun pagi dengan masa nak tido. Doktor cakap sebab blood pressure rendah. Memang rendah pun. Asyik 100/60 tiap kali. Pasrah je la. Sampai sekarang ni pun, (hari ni 16 weeks) pun still sakit kepala tu.

Makan dah lalu la jugak. Tapi ada hari still tak suka makan nasik. Rasa menyampah kat nasik tu. Kesian nasik. Nanti bila dah boleh makan, aku makan kau banyak banyak yer. Tapi yang pelik nya walaupun lalu makan nasik, still berat tak naik. Memang alien. -____- Time before preggy makan banyak sikit je mesti berat naik mencanak. Time preggy ni pulak sikit je yang naik nye pun. Risau la pulak kan. Baby dapat ke makanan?

Telur ayam. Aku tak tau sejak bila aku tak suka tengok telur ayam. Tak suka makan telur ayam. Tambah tambah kalau telur mata tu banyak minyak. Rasa geli geli tekak. Maybe salah daddy dia sebab hantu telur mata. Kalau boleh hari hari dia nak makan telur. Lepas tu kentut busuk. Yang seksa mummy dia jugak. Haihhhh.

Adik dah besarrr. Adik perut buncittt. Hehe.
Baby tengah tido masa ni. Doktor tekan perut dia macam marah. 
Angkat tangan dan kaki macam terkejut. Dah 13 weeks 2 days dan EDD 6 July.
EDD tu memang akan berubah ubah. Tak payah risau.
As long baby membesar dengan betul ikut timetable dia.
Doktor cakap Low Lying Placenta atau bahasa mudah, plasenta dekat bawah.
Bila 5 hingga 7 bulan placenta tu mesti naik ke atas.
Kalau placenta tu tak naik, akan bahaya kan nyawa mak dan baby. 

Cepat letih tu makin ketara la. Mengantukkk awal. Sakit pinggang makin menjadi jadi. Nak bangun kena hati hati. Silap bangun tulang bunyi prappp! Haa kan dah susah. Dah mula take over dapur sikit sikit. Dan paling tak suka tengok rumah bersepah! Rasa sesak mata. Harus la mengemassss. Tapi dah kata bulan doplas hari tu asik travelling -- rumah dah jadi macam tongkang pecah. Baju bertimbun. Hujannnn petang mana nak basuh. Balkoni kecik je pun. Time hujan kena tempias baju bau masam. Tak suka gila! Kalau sakit pinggang daddy la jadi tukang urut. Wahahahah. Sabar yer daddy.

First baju baby yang kitorang beli dekat Candylicious USS Singapore.
Di sebabkan comel sangat tak menahan nafsu nak membeli.
Harga SGD 19 kate ko. Tak apa la baby, demi baby tak ape.


Emotional tu kurang sikit kot. Kot laaa. Manja tu harus. Tapi kali ni over. Suka mengelikan pinggang daddy dengan perut dia. Wakakaka. Toilet jadi kawan kedua. Selalu melawat toilet. Rutin harian mesti kencing. Ada la dalam 10 kali melawat sehari. Power dak? Hahah. Then bersiap tu, dah suka bersiap sikit. Sikit je. Still pakai pelembab safi dengan bedak baby tapi baju pakai hari hari pergi kena nak warna "Color block" aje. Hahah dan paling pentingggg, perut makin comel ke depan sampai aku syak tak lama lagi pusat aku timbul. Ada dah ciri ciri pusat nak timbul tu.. T_______T

********

Weeks 16
Baru start hari ni. Doakan semua berjalan lancar. Minggu ni ada check up dengan klinik Famili. Tapi hasil scan dia tak berapa lawa la. Tak ape la janji dapat tengok anak mummy dan daddy ni. ^___^

Geram pulak dekat Hershey's ni.





Ok cerita dah habis. Nanti lah sambung story. 
Typo ke hape lantak. Sekali type malas nak baca balik. Ayat tunggang langgang harap dimaafkan. Hahah.



Alamak! Lupa nak post gambar sepupu baby.
Lahir 5 January hari tu. Patut lahir March tapi premature.
Anak abang hubby, Zara Azzalea binti Adam Faiz.






Note 1 : Jangan sebut dah berisi. dah ada isi, dah berbadan dua. dah bunting, mak buyong, mak yong. Aku kurang gemar perkataan tu. Dunno why. Aku ada tulis status fb pasal ni.
Note 2 : Sampai dah pregnant tak abes lagi story pasal kahwin. Nanti la bila ada masa.
Note 3 : Update pasal ni bukan nak menunjuk ke ape, cuma untuk memori masa depan. Tak update sepatah pun sepanjang dari awal pregnant, banyak dah lupa apa jadi. So kalau biar 5 tahun 10 tahun? Apa pun semoga yang dah kahwin dimurahkan rezeki dapat baby awal jugak nanti. Baby ni rezeki. Anugerah Allah. :)