Our Love Nest - Huda Luna Hussin

Our Love Nest

Assalamualaikum

Sejak kahwin ni dah dua rumah sewa kami pindah. Bukan pindah sebab kena halau ke ape, tapi untuk keselesaan. Dari bayar mahal tapi rumah kecik buat ape kan. Tapi rumah yang besar ni pulak jauh sikit dari office (nasib dah boleh hadam kejauhan tu) asalkan dekat dengan rumah in laws. Senang nak melawat time weekend.

Dah kata jauh tu, hehari harus la drift segala driving skills. Kena pandai cilok mencilok kalau tak lambat la sampai (sape suruh keluar lambat kah kah kah). Tu belum datang lagi jammed tak memasal dekat hiway yang tak ada motif. Blergh!

Takat ni dedua sewa rumah kami RM 1K. Orang kabor mahal la kebenda rumah sewa je pun. Dah tu je yang kawasan kami nak yang ada harga tu. Masa dekat Batu 3 Shah Alam pun RM1k padahal apartment kecik tak semengah. Lepas setahun stay dekat sana kami blah pindah dekat Sungai Buloh lak. Rumah double storey. Luas sikit anak nak merangkak explore sana sini sampai kami penat kejor ha.

Kami nama kan rumah kami, Our Love Nest. Dah habis kata rumah dah dua kali pindah nama sama ke. Hahaha sama je. Cuma ada nama kawasan jajahan (konon). Macam dekat Batu 3 Shah Alam - Our Love Nest Alam Prima. Yang dekat Sungai Buloh lak - Our Love Nest Bukit Saujana. Nanti rumah sendiri siap pun nama still Our Love Nest. Tak koser dah nak bayau RM 1K monthly dekat rumah bukan milik sendiri.

Emm. Cerita pasal Our Love Nest ni, kitorang dah booked rumah. Alhamdulillah. InsyaAllah siap August 2015 nanti. Rumah ni landed. Size not bad la 22 x 70 (mampus aku nak kemas rumah nanti), double storey tapi leasehold laa.

Aku pun dah start gigih google semua benda yang relate dengan rumah ni. Banyak kot nak guna duit bila masuk rumah baru nanti. Nak renovate bagai. Nak interior design bagai. (sakit otak fikir mana nak cari duit) Setakat ni progress dia (lain developer lain process eh.):


  1. 15 February 2014 - Pilih phase yang kena dengan budget, pilih unit rumah, cari bank loan. Lepas tu balik rumah pikiaq habis habis nak beli ke rumah tu. Sebab value tinggi jugak bila Hospital UITM Puncak Alam dengan main entrance UITM tu siap, kami proceed. (harga rumah dirahsiakan kot)
  2. 16 February 2014 - Lepas kata putus, kami bayar booking rumah RM 1 000 dekat pemaju. Lupa mention, nama pemaju kami ni MKH. Kami ada 14 hari untuk sign SNP dan dapat kan loan dan bayar deposit rumah. Lupa lagi satu, kami apply Joint Application tau.
  3. 17 February 2014 - Sediakan segala dokumen untuk apply loan rumah (IC Copy, Slip gaji 3 bulan, KWSP, Offer Letter masa masuk kerja dulu, Bank Statement 3 bulan)
  4. 18 February 2014 - 28 February 2014 - Apply segala loan dengan segala bank. Tak payah cakap la bank mana tak apply. Semua try. Last last hanya dua bank je yang approve. RHB Bank dengan Bank Islam. Kami pilih RHB Bank sebab offer dia lagi berbaloi dari Bank Islam. (tunggu la lagi 3-4 tahun refinance balik ke kan). Kitorang dapat 90% loan 35 tahun dan -2.4 BFR.
  5. 1 March 2014 - Hari terakhir sign SNP. Pergi jumpa lawyer dekat office KL, sign SNP dan rasa dia macam ohhhhh Step 1 done. Gittew. Kena bayar Disburstment Fee RM 350. Hari yang sama jugak bayar balance deposit rumah RM 3 490 dekat pejabat developer.
  6. 2 March 2014 - Untuk yang tak tahu pasal MLTT kejadah semua, aku pun tak paham tak habis hadam lagi, boleh baca blog takafulman MLTT ni untuk pemahaman korang. Kitorang dalam loan exclude bayar MRTT tapi ambil MLTT dengan pihak insurance. Ada benefit pro dan cons dia. Boleh baca jugak MLTT vs MRTT. Kitorang ambil dengan Firdaus Ahmad. Engko mampu kalau tak kenal dia? Blogger pemes kot! keh keh keh. Untuk first ni kami bayar RM 100 each person. Kiranya RM 200 la /month sampai 35 tahun.
  7. to be continue progress dia. kena sediakan duit RM 2K ++ untuk stamp duty kebenda tah (kena tanya ipin nanti) dan RM 7K++ untuk MOT (next year kot ni)

Summary untuk pembelian rumah ni:

  1. Harga Rumah XXX K
  2. Developer bagi 7% diskaun bumi lot + 2% extra rebate (sign SNP within 14 days + loan approve within 30 days) 
  3. Deposit hanya 1%
  4. SNP Legal Fees + Loan Legal Fees - FREE
  5. Loan dengan RHB Bank Islamic
  6. RHB Bank kasi 90%, 35 years, -2.4 BFR, monthly bayar interest dulu
  7. Booking Fee : RM 1 000
  8. Deposit : RM 3 490
  9. Disburstment Fee (untuk lawyer) : RM 350
  10. MLTT - PruBSN Takaful RM200/month for 35 years
  11. to be continue


pelan rumah

insyaAllah macam ni la rumah kami nanti


Tak sabar sangat dah tunggu rumah siap. Berangan bagai tengok blog deco-deco. Jelly tengok kengkawan yang dah dapat rumah. Tak apa lah rumah mahal sikit. Rumah sendiri lagi pun. Dah pulak dekat kawasan membangun. Pasrah dan redha. Doa gaji naik berkepuk-kepuk lagi banyak tiap tahun or dapat kerja baru yang gaji dan benefit lagi bagus.


Nak jugak masuk gambor sendiri kah kah kah
Ampun anak aku ni kalau tengok
makanan macam tengok mainan

Ok bai.

18 comments

  1. cantik nya bakal rumah huda..
    nak jd jiran boleh
    hehe

    ReplyDelete
  2. Jom berjiran kak Lyaa :P
    tapi kat puncak alam la hehe

    ReplyDelete
  3. huda.. lama gila u tak blog. please write more.. hehehe.

    ReplyDelete
  4. hehe tu la nak aktif balik ni
    (promise) hehe

    ReplyDelete
  5. laila :
    hehe tak sabar nak tunggu rumah siap

    ReplyDelete
  6. huda nanti buat house warming tau tau hahaha goodluck. sukanya tengok progress rumah huda. nak jugak!

    ReplyDelete
  7. besarnya rumah weee takpe pelaburan jangka panjang kann

    tapi fiqa serious taktau lansung psl proses beli rumah ni dgn segala mcm terms uwaaa

    ReplyDelete
  8. zimie :
    heheh insyaAllah. sekali akikah qaireen la kot. amboi dh 2 tahun lebih br akikah. zimie nnt bila dh stabil semua beli la tau

    pikah :
    ghuhuhu demi umah sendiri pasrah je la. ahaha akak pun x paham. suh ipin je explain T__T

    ReplyDelete
  9. bestnya dah beli rumah....seronok la qaireen turun naik tangga..

    ReplyDelete
  10. You tak bgtau harga rumah pun org boleh kira. 1% = rm4,490. Do your math. =D. Pine II ramai malay ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahahahahahaah

      orang yang rajin je akan kira. orang tak rajin tak akan kira.
      kalau i la, i tak rajin nak kira

      Delete
    2. btw tak tahu pines II ramai malay ke ape
      developer cakap jiran I bumi

      Delete
  11. nyaris nak duduk puncak alam. kalau tak berjiran hahaha...

    ReplyDelete
  12. salam huda..
    bestnya dah beli rumah. Rezeki Qaireen tu :)
    Doakan saya dapat beli rumah ya. tgh survey2 rumah ni. bru 6 bln kawen..
    Haritu ada tgk dkt Puncak Alam jgk. Kwsn nk membangun tu.. Good investment. takpe janji dah ada rumah sendiri kan. Kami suami isteri tgh survey jgk ni yg within budget :))

    ReplyDelete