Dapur Our Love Nest : Resepi apa saja pun boleh la - Huda Luna Hussin

Dapur Our Love Nest : Resepi apa saja pun boleh la

Assalamualaikum.

Aku ni akceli suka masak. Suka sangat main campak-campak bahan then taraaa siapp! Tapii..................... tapi yang paling aku tak gemar kotorkan dapur dan nak kemas. Lemah segala tulang kalau nak kemas. Sambil masak pun lap dapur kesan minyak mercik tu. Tak suka tengok. Ni la kes nya orang OCD. 

Kat sini aku letak resepi campak-campak aku untuk aku tengok balik in future nak masak balik. Sebab sedap. LOL. Harus la puji masakan sendiri. Husband pun cakap sedap. Hahaha dia tak cakap sedap kang merajuk dia ynmg susah ye tak?


Resepi Bendi Goreng Belacan

Bahan-bahan :
1. Bendi - 5 batang (potong bila nak masuk kuali)
2. Ikan Bilis - Segenggam (basuh dulu)
3. Belacan - 1cm
4. Cili Padi - 5 biji
5. Bawang Putih - 2 ulas
6. Bawang Merah/Kecil - 6 ulas
7. Garam - secukup rasa
8. Stok Bilis - secukup rasa

Cara-cara :
1. Tumbuk bawang putih dengan bawang merah dulu sampai macam dah lumat sikit. Lepas tu tumbuk cili padi, ikan bilis dengan belacan sampai dah agak-agak lumat semua.
2. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bahan tumbuk semua sampai naik bau sedap.
3. Lepas tu potong bendi serong-serong terus campak laju-laju dalam kuali. Kira potong campak, potong campak. Bendi tak leh potong dan tinggal nanti tak sedap berlendir.
4. Kacau bagi serata bahan tumis tu dengan bendi lepas tu masukkan garam dengan stok bilis secukup rasa hati.
5. Dah siap! Dah boleh makan.

Bendi ni serius sedap weh! Try la korang. Serius lepas try mesti akan nak buat lagi. Tak sangka aku terer masak bendi. LOL.




Resepi Ayam Halia Madu

Bahan - bahan :
1. Ayam - 4 ketul
2. Bawang Putih - 3 ulas (blend dengan bawang merah)
3. Bawang Merah - 7 ulas (blend dengan bawang putih)
4. Halia - sebesar ibu jari (potong nipis-nipis)
5. Cili blend - 4 sudu besar (cili blend ni letak minyak, gula sikit dengan asam jawa)
6. ABC Saus Manis - 1 sudu besar
7. Madu - 1 sudu besar
8. Air - 1 cawan
9. Garam - secukup rasa
10. Stok ayam - secukup rasa

Cara-cara
1. Panaskan minyak dalam kuali.
2. Tumis bawang putih bawang merah blend sampai naik bau.
3. Then masukkan cili blend. Tumis sampai pecah minyak. (cili tu macam berkawah)
4. Lepas tu masukkan halia yang dah dipotong nipis sampai naik bau.
5. Lepas tu masuk pulak ABC Sauce manis dengan madu. Then masuk air. Tunggu kejap sampai macam didih.
6. Masuk ayam pulak. Then masuk garam dan stok ayam secukup rasa.
7. Tunggu ayam masak then taraaa dah siap!



Resepi Daging Black Paper BBQ

Bahan - Bahan :
1. Daging batang pinang - 500g (potong nipis-nipis)
2. Serbuk Black Paper - 1 sudu kecil
3. Halia - 2cm (potong nipis)
4. ABC Saus Manis - 1 sudu kecik (untuk perap)
5. Sos BBQ - 1 sudu kecik (untuk perap)
6. ABC Saus Manis - 1 sudu besar
7. Air - 1 cawan
8. Garam - secukup rasa
9. Bawang Putih - 3 ulas (blend)
10. Bawang Merah - 7 ulas (blend)
11. Bawang Holland - 1 biji (potong bulat)

Cara-cara :
1. Blend bawang putih bawang merah. (selalu dah blend sesiap so ambil dalam 3 4 sudu besar)
2. Perap dalam 2 jam daging yang dah dihiris nipis dengan halia, garam, black paper, ABC saus manis, sos BBQ dan bawang yang dah di blend tadi tu
3. Lepas perap tu, panaskan minyak. Terus campak daging dalam minyak sampai masak isi dia dan keluar jus daging.
4. Masukkan air dengan ABC Saus Manis then kacau rata. Then campak je bawang holland tadi tu.
5. Dah siap dah!





Resepi Stir Fry Sayur Kobis Bunga

Bahan - bahan :
1. Kobis Bunga - ikut suka banyak mana
2. Baby Jagung - 4 batang (potong serong)
3. Bawang Putih - 3 ulas (blend)
4. Bawang Merah - 4 ulas (blend)
5. Cili Padi - 5 biji (potong tepi then ketuk)
6. Ikan Bilis - Segengam
7. Garam - secukup rasa
8. Stok Bilis - secukup rasa
9. Air

Cara-cara :
1. Blend bawang putih bawang merah macam biasa (selalu dah buat stok blend dah)
2. Goreng ikan bilis dalam kuali lain
3. Panaskan minyak dan tumis famili bawang dengan cili padi sampai naik bau dalam kuali asing.
4. Masukkan sayur yang dah di potong, then masukkan bilis tadi yang dah goreng.
5. Masukkan garam then stok bilis. Tambah air sikit dan siap!


Harus la kan selit gambar tuan puteri ni kan.


Bye!


4 comments

  1. i loikeee bendi. nak try lah buat. muaaah utk qaireen ples!

    ReplyDelete
  2. tetiba laparrrrrrrr ok nak balik masak. tata

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah. Dah dapat idea serba sedikit dari resepi yang you listkan. Bab bendi tu, boleh dimakan dengan just separa rebus/celur, sangat enak dan baik untuk kesihatan. I love halia too, tumbuk bersama bawang merah + ikan bilis + jintan hitam, makan bersama nasi panas. :)

    ReplyDelete