Komitmen Qaireen - Huda Luna Hussin

Komitmen Qaireen

Assalamualaikum.

Aku rasa macam nak list out perbelanjaan kitorang as parents Qaireen (parents kateko dah jadi mak bapak orang) dari dia lahir sampai sekarang. Perbelanjaan bulanan yang dah jadi komitmen. Sebab tu jangan tanya bila tambah adik. Aku sepak karang laju-laju. Soalan sensitif!

Kami ada cita-cita yang dikejar. Soon la dia ada adik. Don't worry. Tak payah gelabah sangat eh tanya-tanya sangat. Tak suka. Kitorang relax-relax je ni. Tak payah tazkirah cakap anak tu pembawa pintu rezeki. Anak sehat tubuh badan tu kira rezeki paling bernilai. Tahu?

Rezeki bukan dinilai secara duit semata. Ingat tu. Tipikal malay, rezeki tu duit. Padahal sihat, cergas, hidup, kenyang semua tu rezeki.

Perbelanjaan barang-barang sebelum dia lahir kalau rasa sempat nak tulis, aku letak sekali dalam entry ni. Kalau tak sempat nak tulis (kira malas la tu) aku buat lain entry.

Perbelanjaan bulanan Qaireen Nisrina
1. Takaful PruBSN : RM 100
2. Baby Sitter : RM 350 (updated : RM 490 sekarang)
3. Susu : RM 100 (kisah susu nanti la cerita)
4. Pampers : RM 100
5. Baju-baju : RM 250 (monthly sebab baju cepat tak muat)
6. Saving Tabung Haji : RM 100
7. Saving ASB : RM 100

Total RM 1100.

Tu baru sorang anak. Kalau dua tiga empat lima. Mau tercekik. Zaman sekarang banyak kena fikir future. Sebab tu kami decide saving untuk dia banyak.

Baju pulak beli kat GM Klang je pun kalau rompers dengan sleepsuits. Beli 3 set untuk dedua jenis je pun dah RM 150 macam tu. Belum beli seluar duk rumah. Kang lutut hitam pakai short pants. So kitorang beli kat FOS je tak pun Tesco. Lagi pun nak didik tutup aurat dari awal. Dress pulak kadang beli kt H&M, expo baby dan mana-mana yang ada sales dan harus below RM 50 harga dress tu. Lebih RM 50 memang tak kan la nak beli.

Takaful pulak ambil dekat kawan sendiri yang KAMI CARI. Dia tak ada pun paksa-paksa. Bukan orang yang duk tak duk pm pm pm pm bagai suruh ambil dengan diorang or call kerap sampai rasa menyampah. Tak suka.

Susu pulak, lepas berusaha macam ikhtiar tapi production tak nak up, terpaksa topup FM. Jangan sebut pasal usaha, kata aku tak cukup usaha kalau tak tahu apa aku dah lalui. Dah siap jumpa Lactation Consultant ok. So, dok dendiam. Sebab ada yang terlalu jumud pandang serong dekat orang yang topup FM macam bagi racun dekat anak. Kalau duduk rumah tak kerja insyaAllah tak ada masalah macam ni. Tapi kalau dah kerja tahap macam bangla ni, ramai kot bermasalah.

Pampers. Kitorang decide pakai pampers pakai buang. Bukan Cloth Diapers. Malas tu satu hal. Satu lagi tak ada masa. Macam aku cakap la. Pergi kerja awal pagi. Balik lewat petang dah malam baru sampai rumah. Memang tak sempat. Weekend laa baru sibuk buat macam-macam. Ingat senang ke jadi working mom dan kena handle house chores yang melambak? So bahagi tugas. Still banyak tak sempat buat.

Baby Sitter sekarang pulak mana ada yang murah. Semua pun mesti RM 300 ke atas. Untuk KL Selangor la. Kalau ada yang kat KL Selangor ni below RM 300 memang bertuah sangat! So redha je la dah selagi ada orang jagakan anak kita. Syukur sangat.

Sorry entry ni garang sikit. Sikit ke? Macam banyak je? Hahah. Sebab tau banyak mulut suka kondem. Ini cara kami. Tak suka tak payah ikut. Ikut cara korang. Kami pun tak kata cara kami betul, tapi cara ni la yang kami amalkan.



20 comments

  1. Thumbs up! Setuju sangat2 dengan Huda. Nana pun dalam proses nak buat savings untuk Luthfi. Takaful pun still dalam consideration sbb tak berapa nak faham lagi konsep dy. :p Kitorang xde baby sitter, tapi yang paling parah setakat ni susu la. RM400 per month campur pampers dah RM100.

    Nana pun geram dgn mulut2 yang selalu berkata2 ni. Tapi kes nana, lebih kepada ibu yang keras hati sanggup tinggal anak semata2 nak pergi kerja. *sabar jela* -_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. nana takaful penting macam kalau baby warded at least takaful bayar
      huhu tu laa nasib xde baby sitter tapi susu mahal sgt! T__T
      xpe demi anak kan.

      xpe nana. kerja untuk cari duit utk luthfi jugak kan

      Delete
  2. *jot down*

    kitorang tak ada bank hahaha isi dlm tabung tin. -_____________-
    nanti2 dh stabil income lepas pindah baru boleh bajet2. -beto

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa tulis2

      tu la nnt kena buat tabung xde la pinjam ptptn pentipu tu

      Delete
  3. hahahaha.. terasa kegarangan itu.. hahaha.. takpe.. semua parents nak yg terbaik.. asalkan dah ada usaha... kalau tak boleh gak, rezeki kat tempat lain la tu kan.. ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2 ade la rezeki tempat lain

      haha terpaksa garang sbb byk busybody sgt -_-

      Delete
  4. takpe Huda. Akak paham sesangat!! go go chaiyok! kite semua pon struggling kan nak besarkan anak dalam dunia penuh pancaroba ni. sape2 nak kondem tu rase macam nak PANGGGGGGGGGGGG berdas2. semoga Allah permudahkan urusan kita! Aminn

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2 rasa nak panggg kuat2 kan
      kita semua masih dlm usaha besarkan anak2 n bg masa utk diri kita sama kan
      insyaAllah kak huda
      aminnn

      Delete
  5. Kita pun pun faham Huda, kehidupan di KL/Selangor semua tinggi kos sara hidup dia. Elok dh huda buat saving siap3 kat Qaireen. Abaikan kata org. Ayu dh tgk kakak ayu hidup dgn anak cmna. Mmg kena pekak je la org duk kata apa. Chayyookk mama qaireen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. benci kl selangor ni

      tu la sbb xnk dia pinjam ptptn nnt


      huhu tenkiuu ayu!

      Delete
  6. kelasss ko 1.1k. memang tercekik seketika wuwuwu. pasal fm tu setuju cakap huda, bukan bagi racun pun. ramai condem serupa macam bagi racun pulak kat anak. takpe huda, paham je. teringat masa luahan perasaan huda pasal susu badan tu. hukhuk lain orang lain rezeki kan. yang penting kita dah usaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru sorang 1.1k. kalau 3 orang? 3.3k. lol mati aku hahahah gaji pun tak sampai 3k

      dorang tak kena lagi boleh la ckp macam2 khennnnnnn

      Delete
  7. garangnya mummy! tp semua tu betul belaka huda.. ni kena buat kiraan jugak ni monthly brpa kena spend..
    dok rumah maybe dorang boleh consider tambah anak, utk working mom nak tambah anak dlm masa terdekat dgn bajet ngam² fikir berjuta kali, tambah anak tambah cost. Biar kualiti kan hudaaaaaa..asalkan anak x terabai dek kesusahan yg dtg drpd kite..
    pasal fm, lantak la deme la huda..weols tau kesusahan huda..
    ok, bai mcm pjg pulak komen..kahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha tau xpe
      kita ni dok KL dan duk sendiri

      dok dengan mak cakap byk bg kaki je

      tau xpe kualiti penting bkn kuantitit
      nk berlumba utk apa kan hahaha


      yeahh! gigih tau usahaaa tp nak buat mcm ne

      Delete
  8. huda, takaful mmg confirm 100 ea? lega sikit aku dengar sbb igt dalam 200 camtu...
    seram sejuk dengan cost2 kau senaraikan.
    but insyallah rezeki anak mesti akan ada bahagian kan.

    minum fm ke bf ke, tak kesah la. kau persetankan la semua tu.
    aku tgk qaireen bijak pandai je walaupun minum fm.. hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. patut nye 200 tp aku mntk kurang sikit nnt baru tmbh

      huhu itu la hana
      kenyataan true story
      sbb tu aku marah org tnya bila tmbh anak

      huhu rezeki anak ada bahagian tp bkn dgn duit jeeee tau
      mcm2 bahagian ada lagi. rumah kereta kesihatan pekerjaan.

      hahah qaireen mmg budak bijak hee

      Delete
  9. huda, bile nak bagi qaireen adik? *larikkkkkkkkkkkkkkkk*

    ReplyDelete
  10. garangnyee hahaha . tapi itulah kenyataan skrg mmg banyak sangat kene spent kalau dh ada anak., komitment dh tggi kan. ape ape hal kite doa bsnes awak berjaya amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu laa sbb kita nak yg terbaik kan huhu

      tenkiiuuuu sayam! love youuuuu hee

      Delete