Persoalan yang mak mengandung selalu tanya - Huda Luna Hussin

Persoalan yang mak mengandung selalu tanya

Assalamualaikum.

Lama dah aku tak merepek dekat blog ni. Tapi hari ni terlebih rajin jugak nak tulis. Gigih cari laptop dan on. Update guna phone memang berjanggut la kan nak type. Kah kah kah.

Cerita dia macam ni. Aku kadang sampai letih nak jawab persoalan mak mengandung yang terlampau takut nak makan ubat tapi tak sehat. Dah bagitau boleh pun takut. Takut effect kandungan katanya. Ye ye memang ada certain ubat effect kandungan, tapi benda basic macam Strepsils, Panadol, Gaviscon etc tu boleh tapi berlimit ler. Jangan la pergi sekali hadap melambak. Mak tak mengandung pun effected laaa. Aigooo.

pregnancy
Source : http://evolvevitality.com/soft-drinks-reduce-pregnancy-odds/


Ok. Meh sini nak tolong korang, mak/ibu/mummy to be yang mengandung anak first yang takut takut makan ubat sebab takut effect kandungan. Semua yang aku update ni berdasarkan nasihat doctor aku sepanjangan aku preggy dulu. Bukan main tibai je makan tahu? Apa pun tanya doctor. Yang pakar puan la tapi. Doctor biasa kadang dorang tak alert. Macam ubat selsema seeloknya ibu mengandung tak boleh makan.


1. Strepsils
- Kalau dah sakit tekak macam suara Ella jadi nya tak pun suara Awie, lepas minum air masak bergelen-gelen 3 liter sehari pun tak surut sakit tekak tu, makan la Strepsils sebiji dua ke sehari. Tapi jangan pulak tak minum air. Air penting untuk tekak. Selain tu air penting untuk ibu mengandung. Tak cukup air tu yang kembang sana sini. (nanti update lain pasal air masak) Sakit tekak masa mengandung tu biasa la sebab kita kurang air.


2. Panadol Actifast
- Orang biasa pun kalau overdose Panadol tak elok. So mak mengandung boleh makan. Tapi berlimit. Maximum perday 2 biji sahaja. Tapi aku pun takut jugak. So aku ambil sehari sebiji je bila betul-betul perlu kalau kepala dah weng, pening, sakit kepala sangat-sangat. Kalau pergi klinik pun dorang kasi Paracetamol. Sama je macam Panadol.


3. Gaviscon
- Masa 3rd Trimester pregnancy aku dulu memang ketara sangat pedih hulu hati (heartburn). Rasa tertusuk-tusuk hati perut segala. Pergi klinik tanya doctor boleh ke makan Gaviscon. Dia cakap boleh. Even belakang box Gaviscon tu ada tulis safe for pregnancy. Tapi apa pun limit. Sebiji sehari ke. Jangan bantai 4 5 biji sehari. Tu gila nama nya.



4. Virgin Coconut Oil (VCO)
- VCO ni elok diamalkan masa 32weeks onward. Untuk memudahkan bersalin orang kata. Selain makan, yang VCO liquid tu leh guna untuk urutan Perineum (Perineum Massage) *sila google eh. next update try update pasal ni jugak*



5. Ubat batuk herba - Prospan
- Ubat batuk paling safe untuk makan masa preggy. Prospan. Sebab dia herba satu. Pastu tak ada alcohol. Tak mengantuk. Dan even baby pun doctor akan kasi ubat ni kalau batuk. Tapi apa pun ingat -- limit. Jangan overdose pergi tibai 1 botol minum. Hahah.

Haaa ape lagi eh? Selain tu Air Barli bagus untuk mencuci kencing kotor. Ibu mengandung ni selalu kena UTI. So minum la barli untuk bersihkan kencing kotor selain yang paling utama minum 3L air masak. Jangan malas nak minum air masak.

Emm. Last. Aku tak minum susu sebab tak suka, tapi atas nasihat doctor aku consume Pil Calsium - Calcium Lactate. Susu yang aku boleh go hanya susu Anlene kotak Chocolate. Dan please kawan-kawan -- jangan la minum Anmum. Terlalu tinggi gula. Sebab tu ramai ibu mengandung kena kencing manis masa preggy selain berat badan naik mendadak macam kena pam pam pam. Pastu merungut susah turun berat badan.

Eh jap lupa lagi satu.



6. 100 Plus
- Agak-agak badan terlampau lemau or kurang tenaga/dehydrate bagai semua, boleh je tau minum 100 Plus. Tapi dengan syarat, bagi hilang gas dulu. Pastu lagi pun ada 100 Plus yang tak ada gas kan.

Pregnancy bukan bermakna NO to everythings. Ada certain yes. Tapi kena la kaji dulu. Macam Air Kelapa la (or coconut shake). Dari 2nd trimester actually dah boleh minum pun. Alhamdulillah baby lahir tak ada kerak dekat kepala.

Ok. Sekian. Bye!

13 comments

  1. hudaaaa..akhirnyaa update jugak! kahkah
    panadol pun suria mkn dikala sakit kepala xdpt gerak tp betol selalunya klu x preggy kita amik 2biji kan
    time preggy suria amik 1biji je..

    tapi kannnn..suria minum anmum start dari 12w smpai beranak..hehe nasib baik sesuai dgn suria dhafea 3.2kg dan alhamdulillah xde kencing manis..hehe ke suria jenis keding kot..

    bye huda! ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. kah kah kah baru ada masa bukak laptop suria hahahahh

      tu la time preggy 1 biji je la max kan. risau punya pasal tp xde la smpai mudaratkan diri kan kan


      hahah suria jenis keding melayang layangggggg kot ha.

      huda tengok org yg minum anmum n badan jenis biasa2 ni mmg badan mcm belon jadi nya

      Delete
    2. Sory saya blogs ini.. Nak comments sikit.. Kena tahu antara annum n arlene sbb ini adalah produce drpd company yg sama. Tp info cik kena check balik.. Sbb kandungan gula annum adalah sgt rendah.. Dan di kategori zero sugar.. Yg ada gula is arlene..

      Delete
  2. yaaa finally huda update belog. ok part ubat selesema tu ada amek ms preggy dlu. sbb 1st trimester kena demam + selesema + batuk. so panadol + ubat slesema + ubat batok semua amek. sbb p klinik depa kata boleh amek ms preggy. hadoii. skali mak marah ckp ubat batok x elok amek sbnrnya. mujurla x jadi apa2.

    bab susu anmum xmnum sbb ai sgt malas susu yg kena bancuh. beli susu marigold hi lo ja hahaha.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahah beli susu siap je sonang.
      huhu tula ubat batuk sembarangan xleh.
      prospan tu nasib boleh sbb herba.

      ubat selsema semua dos jenis bg nantok T___T

      tu la mujur la x jadi pape

      Delete
  3. Ala risaunya baca blog ni..kite demam a few days ago..mmg kite bantai telan panadol aktifast 2 bijik..ubat batuk breacol 2 sudu..panadol soluble..strepsil//dequadin semua kite telan..arini kite buat upt tup2 +ve..risau ada efek kat baby..kite da la baru kguguran 4bulan lepas..takot pulak..tp skrg kuatkan hati je andai ada rezeki,Tuhan akan bg kalau belum xbuat apa pon xjd jugak kn..da mkn da pon./redha je la..lepas ni kne beringat

    ReplyDelete
  4. Hahaha. Google2 skali jumpa blog hang yang menjawab persoaalan aku. Thanks sis. Kehkeh.

    ReplyDelete
  5. sy nak tanye , kalau ibu still bagi susu badan kat anak , xpe ke ? anak baru umur 4 month .

    ReplyDelete
  6. Strepsils untuk ibu ngdung mcm ner yerk seelok eloknye
    cuak jgk nk mkn belakang tu dia tulks tidak sesuai untuk ibu ngadung

    ReplyDelete
  7. Sangat membantu bagi ibu mengandung��

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah . Ade jugak org yg sharing pasal 100plus tu boleh minum time pregnant .. Tq sis !

    ReplyDelete