Jangan tau sedap je! - Huda Luna Hussin

Jangan tau sedap je!

Assalamualaikum.

Sejak Qaireen dalam perut lagi. Aku banyak study pasal baby, development, milestone, breastfeeding, babywearing, gentle birth dan segala. Google cari ilmu. Tak mengharap orang lain sangat. Kekadang aku bengang dengan certain mak-mak ni yang terlalu Spoonfeed. Terlalu bergantung dekat orang lain untuk tanya. Sikit-sikit boleh la tapi jangan sentiasa. Lepas tu bila orang dah share ilmu tak nak ikut. Buat ikut kepala sendiri. Dah tu buat apa tanya. Lempang kang!

Then ada segolongan mak-mak ni senang je jawapan,

"Saya baru anak first. Saya tak tau apa-apa pun"

Habis tu masa first time engko bersama suami engko sape pulak ajar? Boleh pulak belajar sendiri khen. Lepas tu bersama tau. Sedap tau. Tapi tang anak tak tahu. Asyik-asyik jawapan sama. Boring. Sebagai mak, kita kena cari ilmu. Google. Semua ada. Kalau bab penyakit jangan duk tanya orang sangat. Sakit orang tak sama. Sakit pergi cari doktor tanya sakit apa.

Kalau malas google masuk la support group dekat facebook ada melambak. Tapi jangan pulak asyik tanya manjang. Study la dulu kakak-kakak adik-adik oi. Tension betul semua nak tanya siap tanya macam ni,

"Saya rasa perut berangin tak sedap badan asyik meloya, adakah saya preggy?"

Aduhh! Rasa nak hantuk kepala orang tanya tu dekat dinding. Mana la orang tau engko preggy ke tidak. Kalau ko rasa ko lepas dalam, ko rasa deria rasa ke enam ko kata ko pregnant, pergi beli UPT Test Kit, kencing dan test tengok ko pregnant ke tidak. Kalau tak puas hati pergi klinik terus. Setel. Ni tak. Ko tanya kat facebook group macam orang tau aje badan ko macam mana. Masalah betul!

Independent la sikit korang. Dah jadi mak dah pun. Haihhh.

Sekian,
MAK YANG BENGANG TENGOK MAK YANG TAK NAK USAHA CARI ILMU NI.









ok bye!

9 comments

  1. hahahah... sama la huda. tak sedap badan, mengantuk, letih, period delay pergi je la beli upt buat test. as simple as ABC. tapi nak gak tanya. adoiiii.... macam2 ragam manusia.

    nak bagi anak susu apa pun tanya orang. nak bagi anak makan apa pun nak tanya. baca baca baca. gosip artis laju je google. benda2 penting nak kena suap memanjang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la. sabar je tengok group tu
      kan? baca la info ada dalam group. ni semua tanya. aduhhhh

      ahhahahahaha gosip artis harus la tau weh nanti kata ketinggalan hahahah

      Delete
  2. HAHAHA. comel mak Qaireen bengang. kan, tensen je kalau tgk org tanya soalan yg dia ingat org lain tahu. iolls yg tak kawen lagi pun tensen.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nanti uols dah kawen uols sabo je la dengan orang gini. serius nak bagi kaki je rasa

      Delete
  3. hahaha, ade yg eka baca. Saye dah lewat dua minggu, saye rasa tekak saye pahit, breast saya sakit. Harap2la saya preggy. Saya preggy tak ni??

    Rasa nak je cakap, buat test la. Jumpa doctor. Bukan kita tahu kannnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha bukan kita tengok pun dorang ehem pun kan
      hahahah pergi test and jumpa doctor
      ni tak. tanya kat wall. lempang kang. kan eka kan

      Delete
  4. hahahaha! kannn ni bru terbaca2..sy da lewat 3 hari, kepala pening, rasa demam..bla bla bla..adakah sy mengandung?


    alahai, p je beli UPT.singgit punya harga pon ade..beli stok sampai 30..asal delay, cek sudah.ekekek

    ReplyDelete