Qaireen Nisrina : The Do's and the Don't - Huda Luna Hussin

Qaireen Nisrina : The Do's and the Don't

Assalamualaikum.

(Entry ni mungkin terlalu panjang)

Terus terjah tulis boleh tak? Malas tulis intro. Entry ni aku nak tulis RULES yang aku dan Ipin set untuk membesarkan Qaireen Nisrina sorang ni (takat ni sorang la dulu). Rules kena ada. Semua dari ilmu yang aku cari, aku tanya kawan-kawan (tak selalu, bila terpaksa), aku search, google, scroll group facebook. So apa yang aku tau, aku nak share dekat sini. Mana tahu kalau ada orang lain google, atau korang yang tengah baca ni boleh dapat ilmu jugak dari apa yang aku share ni.



1. Walker/Exersaucer
Dari awal lagi kitorang memang dah kata TAK AKAN ajar walker sama sekali. Bukan takat menyemak rumah, tapi banyak bahaya dari kebaikkan dia. Memang la orang kata ada walker ni mudah nak buat kerja rumah. Tapi walker ni akan membawa macam masalah. Dan walker juga melimitkan baby untuk explore secara natural. Budak yang explore secara natural lebih creative. By the way, walker tak membantu pun budak untuk cepat berjalan.

Please refer : Mama Peduli dan Healthy Children untuk info lagi banyak. Mak tak rajin nak type panjang-panjang untuk olah satu point. (Memang la walker la exersaucer cantik tapi no function pon. Cuba google "Bahaya Walker")

Push Walker

Exersaucer

Walker


Untuk Qaireen : 
NO WALKER NO EXERSAUCER
Tapi kitorang ganti dengan PUSH WALKER VTECH masa dia dah berdiri teguh unsupported dan menapak 1 2 tapak untuk dia tolak-tolak PUSH WALKER tu sambil berjalan.





2. Baby Carrier/Baby Seat/Car Seat/Baby Sling (BabyWearing)
Ini pun ramai parents silap. Maybe la nak berjimat beli murah punya carrier. Sebab carrier yang bagus sangat mahal. Tapi apa salahnya invest untuk anak, invest untuk kaki anak. Bahaya kalau bagi anak pakai Crotch Baby Carrier yang tak support hips baby (Hip Dysplasia), tak support back bone baby. Kaki tergantung satu hal. Lepas tu padding seat tak kukuh sampai walaupun pakai carrier still kena tampung badan baby.

Selesa ke korang macam tu? Pakai carrier untuk buat tangan free. Bukan kena ada task lain untuk tengok carrier tu.. Sama concept untuk baby seat/car seat. Make sure kaki baby kangkang luas untuk bagi keselesaan pada kaki dia. Macam biasa please refer : Mama Peduli lagi sekali. (Cuba google "Cara berbabywearing yang betul")






Untuk Qaireen : 
Carrier - BOBA Soft Structured Carrier (SSC), 
Carseat - Maxi Cosi Cabriofix (0m-10m), Pliko Car Seat(0m-3y) 
*Pliko beli terdesak masa 11m nak cepat. Nanti baru beli Maxi Cosi Opal*



3. Permakanan/Penyusuan
Permakanan dan penyusuan untuk baby paling kena alert sekali. Jangan memandai below 6 bulan dah bagi air masak la nestum la or apa sekali pun makanan. Cepuk baru tau! Below 6 bulan hanya perlukan susu. Seeloknya susu ibu la. Tapi ada orang tak bernasib baik bab ni. Susu formula pun tak apa asalkan susu sahaja (untuk certain case).

Kepada mak yang susu banyak jangan terlalu taksub susu awak tu, cuba selami hati orang yang susu dia memang tak banyak walaupun segala macam usaha dah buat, dah jumpa pakar laktasi pun tetap sama je hasil rezeki dari Allah untuk anak dia (yang tak usaha tu baru kita hentam, yang dah usaha tolong la hayati perasaan tu - pedih. cedera emosi). Tolong jangan mudah bangga diri. Dan jangan kerap tayang jumlah susu awak dapat perhari perbulan segala. Orang baru bersalin je teruja tengok susu melambak-lambak tu. Orang ada masalah ni yang dah jumpa LC bagai tak teruja, tapi menyampah tengok dan dalam hati mesti menyumpah-nyumpah. Lagi pun lelaki tengok susu macam membayangkan breast besar banyak susu. Hentikanlah visual ilusi lelaki ye kengkawan. (bab susu later ada entry lain jugak)

Aku support 100% penyusuan ibu tak kisah la Direct Latch ke, Exclusive Pumping ke asalkan susu ibu. Tapi kalau tak mempunyai rezeki, tak salah pun mix formula. Bukan bagi racun pun formula. Nak bagi anak kenyang dan tak menangis kelaparan. Macam ada kawan aku cerita -- Mak budak tu terlalu taksub nak 100% susu ibu tapi susu tak banyak. Mak tu sanggup dengar anak menangis melalak mintak susu kelaparan demi 100% susu ibu. Ye lah nanti boleh cakap dengan kengkawan sambil bangga diri, anak aku fully breastfeed. Gittew.

Dah ok habis membebel bab susu. Sekarang bab makanan. TOLONG LAH SESANGAT! Jangan bagi anak korang makanan macam kita makan. Yang ada garam gula msg. Jangan laa bagi junk food, fast food dekat anak-anak. Tetambah below 2 tahun ni. Anak anda ada seumur hidup lagi untuk menikmati makanan. Tapi menikmati makanan kat sini bukan taram je tibai makan segala lepas 2 tahun. Still kena jaga. Sekarang ni macam-macam penyakit. Dan segala penyakit bermula dari perut. So dari kecik ni kita kena jaga. Bila dah biasa di jaga, anak kita sendiri pun akan jaga makanan dia. Remember, melentur buluh biar dari rebungnya.

Ok balik cerita. Tolong jangan intro makanan below 6 bulan. Please. Lepas tu, masa 6 bulan intro makanan, tak semua boleh intro terus. Step by step. Masa 6 hingga 8 bulan eloknya puree la dulu. Dan apply la 4 DAYS RULE untuk tengok anak ada alah ke tidak dengan makanan tu. 8 bulan baru bubur nasi lembik betul dan mix beberapa bahan. Still kena buat 4 days rule Kalau malas buat 2 or 3 days rule. Intro sikit-sikit. Jangan pulak 6 bulan dah bagi Ayam Sambal, Kuih Bingka, Nasi Goreng. Engko gila? Tu je aku boleh cakap. Kalau nak anak sembelit teruk, usus tersumbat. Silakan. Heh! Refer lagi Mama Peduli please dan tolong google jugak yer sebab info pasal makanan banyak. Malas aku nak type.

Contoh chart. Tapi Nasi elok lepas 8mo

4 Days rule. Dah lulus boleh mix.


Untuk Qaireen :
NO SUGAR NO SALT sampai dua tahun.
NO MSG instant. Tapo MSG pulak homemade punya.
NO FAST FOOD NO JUNK FOOD forever.
SUSU IBU - Rezeki Qaireen sampai 7 bulan sahaja. Ada story - Lactation Journey.




4. Baby Cot (Tidur asing)
Dari awal lagi kitorang nak ajar Qaireen tidur asing walaupun sebilik. Ajar untuk independent, kuat semangat walaupun masih kecik. So dari umur 4 bulan, kitorang letak dia dalam cot. Masa ni dia dah kurang bangun malam mintak susu. Kalau tak dulu tidur je sekali sekatil bertiga. Sekarang dah setahun umur dia dan dia dah biasa tidur dalam cot. Bangun pagi dia kejut kitorang macam ni - ihhh ihhhh ihhh sambil ketuk tiang cot. So, tak ada la drama sangat nak pisahkan tempat tidur sebab dari kecikkan.

Lagi pun elok mengasingkan tempat tidur anak ni. Boleh jaga privasi kita mak bapak. Nak menulis tips tu mak lupa. Ni googlekan untuk korang. Antara link boleh refer Asingkan Tempat Tidur 1, Asingkan Tempat Tidur 2, Asingkan Tempat Tidur 3.

Selalunya la, orang tak asing ni dia cakap malas bangun malam kerap masa baby menyusu. Malas nak letak balik. Adoii, jangan malas. Ok?

Lebih kurang la setting bilik.


Untuk Qaireen :
Sejak 4 bulan bila dah kurang bangun malam mintak susu. 

Letak cot sebelah katil dalam bilik yang sama.




5. Gadget dan TV
Sama sekali tak kan bagi seketul iPad ke untuk Qaireen. Nanti main game je. Bukan belajar pun. Kitorang lebih nak homeschooling dia. Sebabkan kerja kami hantar taska yang ajar banyak homeschooling ni. Bab gadget untuk belajar -- takat tayang kartun english dalam apps phone : Kids Song/Kids Stories untuk dia belajar wording dan english. Sama jugak channel TV macam Hi5, Pocoyo. Macam tu diluluskan. Sebab untuk pembelajaran. Kalau Upin Ipin, Shin Chan, Tom & Jerry dan segala merepek tak dibenarkan. Merepek semata kartun macam tu.

Apps Kids Song ni ada macam-macam lagu kanak-kanak dan cerita kartun zaman kita kecik-kecik. Macam lagu Twinkle Twinkle, Princess Frog, etc.

Babi pun ada. Tu lagu apa tah lupa.


Untuk Qaireen :
Limit masa - 20-30 minit sahaja sehari or selang sehari.




6. Ape lagi eh? Lupa. Nanti ada lagi masuk part 2. Haha sorry serius lepas beranak lupa teruk. Bye!



Update :

1. No bedak.
2. No buai.


10 comments

  1. Hahaha... yg ade pigs tu aku tau. Mesti lagu Old McDonald Had A Farm... ahahaha

    ReplyDelete
  2. gud info huda..hani pun boleh refer kalau ada baby nanti.=)

    ReplyDelete
  3. bagus info nii. kalau ada baby nnt leh blaja dr sini je. tq huda

    ReplyDelete
  4. thanks for sharing. bnyk dpt input. new mom mmg tgh blur lagi ni ;)

    ReplyDelete
  5. good sharing, dah boleh prepare siap2 do & don't untuk cik baby bile deliver nanti ^_^

    ReplyDelete
  6. bab pelupa teruk lepas beranak tu memang geng la! serius jadi pelupa macam apa je. adeeiii...

    setuju 100% apa huda tulis. tp bab pisahkan katil belum berjaya lagi. mak ayah sama2 berat hati. macam hape2 je. tp memang kena ajar sebelum dia 2tahun. tido lasak budak kecik tu!

    ReplyDelete
  7. hihi entry marah ka ni. apapun good info. nti trus paste link ni kt org mls google info. huhu

    ReplyDelete
  8. awww.comel gile gntung baby kt perut! kalo si suami bawak lg comel, mcm mgndung plak nmpk.hihi

    ReplyDelete
  9. Wahh banyak ilmu eka dapat baca entry Huda ni. Maklumlah bakal mak-mak ni kejenye menggogle je selain daripada tanya orang. First time, rasa macam ilmu tak cukup lagi. Tu yang gigih google, baca sana sini. harapnya dapat manfaatnya nanti. Good info Huda. Nanti apa2 tips update lagi tau hehehe

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete