6 Teknik Urutan Bayi Selepas Mandi - Huda Luna Hussin

6 Teknik Urutan Bayi Selepas Mandi

Assalamualaikum.

Alkisahnya ramai sebenarnya tak tahu or mungkin tak nak ambil tahu yang pentingnya urutan untuk bayi. Seawal usia sehari bayi/baby harus diurut. Bukan takat baby akan menjadi calm, tapi membesar dengan kasih sayang dan paling penting dapat elakkan masuk angin dan kembung.

Ini antara kebaikan apabila kita melakukan urutan kepada bayi kita.

  • Menghasilkan ikatan antara ibu bapa dan bayi
  • Tenang
  • Bayi rasa disayangi
  • Membantu bayi tidur dengan nyenyak
  • Meningkatkan sistem imunisasi bayi
  • Rangsangan sentuhan
  • Menyihatkan kulit bayi
  • Melancarkan sistem pengaliran darah
  • Membantu sistem penghadaman
  • Membantu dalam pernafasan
  • Melegakan kesakitan pada gigi
  • Membantu ibu bapa mengenal bayi (keperluan dan kehendak)
  • Menenangkan ibu bapa
  • Membina keyakinan ibu bapa dan bayi
  • Pengalaman yang menyenangkan
  • Merangsang penghasilan hormon oksitoksin (hormon yang dihasilkan ketika proses mengurut,membantu menenangkan seseorang)


Ikatan adalah cinta, sambungan, penerimaan, ketenangan, kasih sayang, kegembiraan, empati, kesatuan, kehangatan, keseronokan, komunikasi dan keakraban. Sentuhan adalah elemen yang sangat kuat dalam ikatan setiap insan, seperti komunikasi, verbal atau non-verbal dan bertentangan mata yang berpanjangan. Urutan pada bayi menyumbangkan segala aspek dalam elemen ikatan ini.

Ikatan yang lemah mampu menjurus kepada situasi bayi pra matang, komplikasi, kurang sokongan fizikal atau emosi dan juga tekanan selepas bersalin. Dalam hal ini, urutan pada bayi mampu menghasilkan semula ikatan unik ini.


So, emak-emak, rajinkanlah urut anak-anak korang okay?








Amalkan teknik i love you



Tips lain : untuk elakkan kembung dan angin pada baby, sapu minyak telon ke minyak kayu putih ke or minyak yuyi ke dekat -- ubun-ubun, belakang badan, dada, perut, belakang betis, belakang lutut, ari-ari, tulang belakang, tapak kaki, ibu jari kaki dan tumit baby. Yes leceh sikit la tapi alhamdulillah anak insyaAllah tak akan kembung kalau emak tak makan sembarangan kalau breastfeed.

Gambar : (Sumber Johnson & Johnson)
Kebaikan mengurut baby : (Sumber anakku sayang)

Ok bye!

4 comments

  1. thanks haring..dlm buku lepas bersalin doorgift hosp tu ade kan huda..tqah ikut c2 je

    ReplyDelete
  2. leh baca untuk rujukan masa depan hhjihihi

    ReplyDelete
  3. suka cium baby yg baru lepas kena urut dgn minyak yuyi! hehe. wangi gila

    sincerely,
    Najlaa 'Aqilah

    ReplyDelete
  4. huda,pasal urutan ni kan masa pegi lactation course ritu baru tahu ada urutan ni sebab ada sorang confinement lady ni ajar. daebak huda!

    ReplyDelete