September 2014 - Huda Luna Hussin

Homemade Solid Food : Shrimp Oglio Olio

Assalamualaikum,

Setakat ni kitorang masih menjaga pemakanan Qaireen. Weekend kita masak special-special sikit dekat dia. Sebab weekdays selalu nasi aje.



Resepi Spiral Shrimp Oglio Olio

Bahan :

  1. 2 Bawang Merah (potong kecik)
  2. 1 Bawang Putih (potong kecik)
  3. Pure Olive Oil (untuk menumis dengan cepat dan rebus pasta)
  4. Pasta (saja guna Spiral pasta)
  5. 1 Ekor Udang (cuci bersih potong kecik-kecik)
  6. Sedikit (Blackpepper, Oregano, Parsley dan Habbatussauda)
  7. Sedikit stock ikan bilis homemade
  8. 2 Tangkai Pak Choy (potong kecik)



Cara :

  1. Rebus pasta dengan olive oil. 
  2. Siap rebus tapis dan ketepi sekejap. 
  3. Dalam kuali, tumis olive oil dengan bawang merah bawang putih. 
  4. Naik bau campak pasta, gaul dan masuk air sikit. 
  5. Campak pak choy, udang potong kecik-kecik pastu kacau. 
  6. Tabur sikit oregano, parsley, blackpepper dan habbatussauda sikit. 
  7. Campak stock bilis homemade, kacau. 
  8. Dah siap. 



Resepi ni no sugar no salt no msg. Qaireen umur 14bulan 3minggu. Budak below 2 tahun elakkan segala benda tu. Even lepas 2 tahun kalau boleh kena jaga pemakanan anak.







Ok bye!

Cerita Qaireen : Makan stoberi.

Assalamualaikum, 


Bagi sebiji stoberi dekat tangan Qaireen. Dia ambil dan pegang. Gigit sikit. Tak puas gigit sikit. Dia masuk sebiji dalam mulut.


Mak pak dah cuak. Sebab stoberi kan besar. 


Qaireen kunyah kiri kanan kiri kanan stoberi tu dengan gigi geraham konon power dia tu. Mulut sampai duck face. 


Dah habis makan, dia nganga pastu jelir lidah pastu senyum nakal. Macam dia kata, "don't under estimated me okayyy!".


Gittew pun boleh.


Dan seterusnya cerita sama sampai 7 biji stoberi. Tiap kali habis mintak dan mintak. Hahaha






Ok bye. 

Tips : Cara packing bag untuk travel (Video dan Gambar)

Assalamualaikum.

Selalu, selama ni kalau aku travel, aku sumbat aje barang-barang masuk beg asalkan semua barang yang perlu tu ada dan dibawak. Bila dah sumbat dan sumbat, mula la makan space, dan guna beg lain lagi untuk cover barang tak muat masuk beg tu. Then, end up mula la jadi banyak beg sebab tak proper organize kan.

Lepas tu bonet kereta pun tak cukup. Sebab penuh dengan beg la stroller anak la pampers la. Ye la kita pakai kereta comel je pun. So kena cari solution problem ni. Google punya google, jumpa la tips cara lipat baju yang jimatkan ruang ni. Pasni tak ada la berangkut banyak barang masa nak travel.


Memula asingkan type baju. Yang mana jenis ringan boleh gulung.
Yang mana jenis tebal/berat just lipat dua


Underwear kena gulung asing dan letak dalam pouch bag.


Buat satu layer baju, gulung gulung as based beg


Untuk seluar panjang buat macam ni.


Then atas layer seluar panjang tadi letak lagi layer baju yang dah gulung-gulung


Atas layer baju gulung-gulung letak baju yang tebal dan berat yang dilipat dua tadi tu


Bungkus semua baju tebal dan baju yang digulung tadi dengan seluar panjang


Antara celahan baju boleh letak stoking ke kasut ke accessories.
atau pun kasut boleh bungkus dan letak dalam satu pouch beg asing
dan letak under layer seluar tu


Okay dah siap. Boleh travel dah pasni! yey!





Ok bye. Dah habis dah tips.

Our Love Nest : Progress September 2014

Assalamualaikum,

Hari tu kami pergi la tengok progress rumah kesayangan kami ni. Dah nampak dah rupa dia. Cuma belum bersimen dengan ber-cat. Alhamdulillah. Tak sabar nak pindah masuk dan buat renovation. Kena menggigihkan diri kumpul duit ni. InsyaAllah Ogos next year dapat kot kunci.

Biar la orang kata tempat jin bertendang jauh sangat rumah aku ni, asalkan landed. Tak kuasa mak nak beli rumah burung (apartment, kondo, flat) kalau harga dia sama harga landed. Memang parah sikit la jauh, tapi tol masih jimat. Cuma masa aje la. Jem kadang tu memang tak boleh elak. Key Ell, bila masa nya tak jem. Mana-mana tempat pon jem, sekaya, peanut butter. Wakakaka


Ni rumah kitorang 

Ni la rumah jiran kitorang nanti

Row rumah kitorang semua masih in progress


Row first yang dah siap. aaaa tak sabar ok!

Tengah planning nak extend rumah nanti depan belakang. Sebab a bit kecik la built up area dia tu. Stress lak pikiaq part tu. Dah ler berangan macam-macam. Kitchen cabinet la, plaster ceiling jenis box tu la, floor laminating la, walk in wardrobe la, laundry area laa. Amboihhh berangan sakan!

Ok sambung kendian lagi. Bye!