Friday, October 31, 2014

(Freebies) Meal Planner Untuk Seminggu

Assalamualaikum.

Alang-alang menang tengah plan nak buat menu planner untuk diri sendiri, aku pun terfikir nak sharing dekat korang Menu Planner ni secara percuma (je pun). Korang boleh download dari link yang aku bagi ni.

Buat comel-comel pulak tu meal planner ni. Baru la semangat betul tak nak manfaatkan planner betul tak? Hehe.


Yang ni contoh jangan download.
Link download : MEAL PLANNER



Keyword :
Link download Meal Planner Percuma. Weekly Meal Planner for free. Cute Meal Planner. Menu Planner. Please Click Here


Tips Memasak untuk ibu bekerja yang sibuk
1. http://saatakukaupilih.blogspot.com/2014/02/tips-memasak-cepat-untuk-wanita-super.html
2. http://www.mamapeduli.info/2014/08/tips-memasak-buat-ibu-super-sibuk.html


Ok Bye!

Wednesday, October 29, 2014

Eat Clean - Grocery List Untuk Beginner

Assalamualaikum.


Eat Clean - Grocery List for Beginner


Teringin nak eat clean. Katanya la Huda dengan Ipin la konon. Ipin kena paksa join eat clean. Dia pun dah gemok, flabby sana sini, dan boncet of course. Baru nak study pasal eat clean jadah ni sebab aku tak paham mana nak start. Biasa la aku ni malas sikit tanya orang sebab google kan ada.

Cuma tu la, nak start google apa pun tak tau. So firstly aku pun google cara nak start eat clean, resepi eat clean, eat clean grocery list for beginner, detox water, infused water. Gittew.

Tapi biasa la mat saleh punya blog je la banyak pasal eat clean ni. Blog malay tak banyak lagi. Habis-habis pun Kevin Zahri.





So sekarang ni aku dalam mode belajar pasal eat clean before start betul-betul on November nanti. Eh? Macam lama je lagi pulak kan November. Lusa je pun dah November dah ha.

Malam ni nak pergi pasar malam beli bahan-bahan yang perlu then malam karang nak buat air detox. Esok boleh la update ke khenn. Kena buat dah meal planning ni nak masak apa bla bla dah.





Contoh Meal Planner idea


Maybe beginner macam aku ni leh refer list ni






Kenapa eat clean?
Sebab kita boleh turun berat badan dengan sihat. Makan masih sedap-sedap. Bukan macam Atkins. Mendera namanya tu. Dan paling penting kena workout. All the best untuk kami.


Ok bye.



Source Link
1. http://www.weightlossresources.co.uk/diet/reviews/clean-eating-meal-plan.htm
2. http://magazine.foxnews.com/food-wellness/10-easy-ways-start-eating-clean
3. http://funeralformyfat.tumblr.com/grocerylist

Image Source : Google

Tuesday, October 28, 2014

(Info) 3 Simple, Clean, Fast, Natural Looking Make Up - Michelle Phan

Assalamualaikum,

Kerja dekat office dah siap boleh la mengupdate blog sebarang dua kan. Hari aku nak update pasal make up inspirasi dan make up tutorial since boleh kata hari-hari ada keyword blog pasal make up or fyna here. Mungkin korang boleh la refer ke youtube channel Michelle Phan if korang belum terjebak or kenal dia.

Since awal aku kenal youtube dia, suka tengok make up tutorial, beauty tips dari dia. Cuma tidaklah aku reti nak make up kateko. Beauty tips dia aje la dapat jugak la aku follow. Sampai la sekarang tak pandai-pandai make up sendiri lagi. Kekok. Kalau make up orang ok je la pulak.

Al-kisahnya, tengok aje la video Michelle Phan ni okay. Ambil la inspirasi kome kalau nak Simple, Clean, Fast, Natural Looking Make up.


Simple and Clean Make Up




Simple Fast Make Up



Natural Looking Make Up




Nak feeling cantik macam Miranda Kerr? Nak tengok la video ni.




Ok Bye!

Monday, October 27, 2014

Our Love Nest : Progress October 2014

Assalamualaikum. Dah macam rutin kena pergi jugak tengok progress update rumah kitorang tu. Ekekek. Alhamdulillah rumah dah makin nampak rupa. Dah bersimen dan otw cat. Ni bulan depan kalau pergi site visit lagi mesti rumah tu dah bercat. Omg! Tak sabar sangat nak dapat rumah. Nak deco. Dan aku harap dipermudahkan RV so that senang kerja kami.

Jom tengok gambar aje la.

Dah bersimen. Tak sabar nye la


Dah banyak row dah siap.


Hantam je masuk dengan myvi dan park depan rumah kakakaka

View gambar Quadcopter dari jiran-jiran. Power betul Quad copter ni.

The best view dari ahli group



Zaman sekarang dah kena ada property seawal mungkin. Sebab harga property kat Malaysia ni bukan makin murah. Projek perumahan aku ni area Puncak Alam depan UITM dan harga masih reasonable walaupun maybe untuk certain orang agak pricey. Huhu. Tak apa la tak travel merata dunia sekarang, simpan duit untuk property lagi bagus.

Ok bye!

Friday, October 10, 2014

OOTD : Royal Blue Luna Dress by the Poplook

Assalamualaikum.

Sesekali mummy pun nak ootd. Tak sedar bila kegilaan membeli dekat Poplook. Jarang dah beli dekat kedai. Tah tak tau kenapa. Asal tengok tak berkenan. Pastu mahal dah nipis. Poplook pulak ada jugak yang mahal tapi tah rasa macam berbaloi. Kain sedap pakai. Cuma tu la kena berebut sikit masa nak membeli. Kejap je macam piranha habis stock kalau item tu jenis hot item. Fuhh.

Selalu kat kedai biasa takat beli handbag, seluar pants dengan shoes. Dan tudung. Sebab kena sentuh dulu material. Bab tu aku cerewet sikit. Hehe


Ok bai. Nanti ootd lagi hehe.


Wednesday, October 8, 2014

Gaji RM 2500

Assalamualaikum.

Kali ni main terjah je update. Tak boleh hadam aku statement menteri yang lahir-lahir atas dulang emas ni. Kata dia 2500 cukup.  Majoriti pendapatan 5900 macam tu. Isi rumah 3000.

Basic 3.3k dapat 2.9k
Basic 2.9k dapat 2.5k
Basic 2.5k dapat 2.2k
Basic 2.3k dapat 2.0k
Basic 2.0k dapat 1.7k
Basic 1.8k dapat 1.5k
Basic 1.5k dapat 1.3k

Mana dia 5.9k? Mana dia 3k isi rumah?

Mostly starting kerja dapat gaji range 1.5k-2.3k basic. Gaji naik pun setahun sekali dan berapa la sangat je pun? 50? 100? 200? Ikut bos la kan? Ikut performance.

Employer sekarang pun berkira bagi banyak sebab tak berpengalaman. Tapi mana pengalaman nak datang kalau tak ada peluang? Employer pun nak bayar murah. Tapi lupa harga sekeliling dah mahal. Ada juga employer mintak staff kena ada own transport. Macam mana tu?

Dan mostly nak ke tempat kerja memerlukan transport. Sebab public transport yang sangat "efisyen" dan "cover" semua kawasan la sebab tu kita kena ada kereta. Menteri tak apa. Elaun kereta ada. Jalan jem polis ada nak iring. Kita kena redah jammed. Minyak habis macam tu je. Tol lagi. Malaysia ni kaya dengan tol. Kejap kejap tol. Dah la tol mahal.

Makanan kawasan tempat kerja selalu mahal. Makcik penjual pun nak untung. Dorang pun nak hidup. Bukan kita je. Dorang pun ada komitmen. Diorang pun ada tanggungan.

Masak dekat rumah bawak bekal. Kalau pegi kerja tak jumpa matahari balik pun tak jumpa matahari, sempat pulak masak? Menteri tak apa, balik bibik dah siap masak. Makanan dekat kedai pun boleh tahan harga.

Masa belajar kita belajar tapi buat hutang. Masuk kerja dapat gaji kena bayar hutang ptptn dan mara tu. Tak bayar kena pulak blacklist. Dan dikata pandai pinjam tapi tak bayar.

Barang keperluan bulanan tetap kena beli. Dan barangan dah tak murah. Tunggu sale beli. Tak pun kedai biasa. Habis jimat dah.

Duit belanja kena hulur dekat kampung lagi. Kena tolong adik beradik dan parents. Ada sesetengah parents memahami.

Yang mana masak sendiri, belanja dapur pun sekali pegi pasar, sekejap je RM50 setel. Sayur ayam ikan bawang rempah segala lain lagi tak larat nak list. Silap-silap cecah RM200.

Kalau dah kahwin, pampers lagi susu lagi baju anak lagi. Kalau lelaki kena kira nafkah untuk isteri lagi. Kalau breastfeed jimat. Susu free Allah kasi. Tapi tak semua orang lapang rezeki bab susu.

Kalau tak kahwin lagi, nak kumpul duit nak kahwin. Pakej kahwin pulak makin mahal. Semua pun nak hidup. Semua pun perlu duit. Nikah je terus boleh. Tak payah pakej-pakej ni.

Haihh tak tau nak cakap ape. Semua pun perlu duit. Dan semua pun dah mahal.

Belum masuk lagi insurance nyawa. Insurance hayat. Insurance medikal. Pakej pun boleh tahan harga dia.

Belum masuk sewa rumah. Tuan rumah pun nak untung. Mesti la sewakan mahal. Sewa murah ada. Tapi jauh. Bukan ke dah libatkan cost transport? Masa? Kita sehari ada 24jam je.

Tak tahan menyewa. Bayar dekat orang tapi bukan rumah kita. Beli rumah. Beli rumah subsale kena ada deposit. Rumah baru kena sedia jugak duit. Rumah makin mahal. Rumah murah ada tapi jauh jugak. Tunggu rumah PR1MA? Macam tak nampak bayang lagi pun? Apply dah lama.

Kereta pun. Beli paling murah. Myvi Viva. Terbaru Axia. Sebab katanya jimat minyak. Tapi kalau dah kahwin, anak dah ramai, muat pulak kereta compact ni? Anak sorang boleh la lagi. Anak 3 4?

Eh lupa masuk. Taska anak pun mahal. Belum pre-school. Yuran kemain. Sorang anak boleh la. Dua 3 anak? Zaman dulu semua murah je. Sekarang semua mahal.

Tu belum cerita kes-kes emergency yang memerlukan korek saving. Yeah lupa lupa saving. Gaji kena simpan saving. Harapkan KWSP semata masa tua memang tak la. Kerja gomen ada la pencen. Kerja swasta ada apa? Masa muda la kena simpan untuk hari tua. Invest sana sini. Tak ke gitu?

Tak apa. Menteri cakap BR1M ada cukup setahun. Boleh buat macam-macam.

Public transport pun efisyen. Company pun stock dekat je dengan LRT.

Ha lagi satu kerja tak boleh memilih sangat. Mana dapat tu kena la terima je ye dok? Tak kira la jauh ke dekat sebab ada LRT.


Update :

Ok yang ni kelakar. Gaji menteri 6.5k tak cukup sampai kena ikat perut. Tapi gaji 2.5k cukup dan suruh berjimat cermat. Ini lawak ke apa? Gaji RM 6500 lagi kecik rupanya dari gaji RM 2500.





Ok bai!