Monday, February 23, 2015

Resepi Ikan Bakar Portugis

Assalamualaikum

Aku tak tau berapa round aku dah buat Ikan bakar portugis ni. Sebab nye memang sedap gila! Resepi ikut macam kak Azlita Masam Manis tapi size bahan-bahan yang letak tu main effect jugak rasa dia. Tiap kali buat rasa berbeza tapi still sedap dan akan repeat buat. Dekat rumah ni pun ada lagi 1 ikan Siakap. Maybe esok lusa buat kot lagi haha. Masa try dengan ikan Bawal tak umphhh sangat. Dengan ikan Siakap baru rasa terbaik! Resepi mohon bukak blog kak Azlita. Malas bukak, mai ai tepek sini resepi. Resepi Ikan Bakar Portugis Azlita Masam Manis.

RESEPI IKAN BAKAR CARA PORTUGIS
Resepi Oleh : Jennifer atau Gertrude
Rujukan : Jom Masak-Masak
Ayat dari blog Kak Azlita Masam Manis

Bahan-bahan

1 ekor ikan siakap
6 ulas bawang putih
1/2 cawan minyak masak
3 helai daun limau purut di hiris halus
garam dan gula secukup rasa
Kertas aluminium untuk membungkus ikan

Bahan Kisar

10 tangkai ciili kering - rendam dan kisar jadikan 3 sudu cili kisar
2 biji buah keras
6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
1 batang serai
1 inci lengkuas

Cara-cara

Mula-mula kita sediakan dahulu minyak bawang putih. Ambil 6 ulas bawang putih. Tak perlu buang kulitnya ya, dengan kulit-kulitnya ini kita cuci ia bersih. Kemudian kita ketuk biar dia pecah. Sementara itu kita panaskan 1/2 cawan minyak dalam kuali.
Kemudian tumiskan bawang putih yang kita dah ketuk tadi Tumis hingga harum dan bawang putih garing. Tutup api dan biarkan sejuk.

Ikan siakap, kita siang, cuci bersih dan kelar-kelah badannya. Ketepikan.
Kisarkan bawang putih, bawang merah, buah keras, serai, lengkuas dan cili kering. Gaulkan bahan kisar bersama garam dan gula secukup rasa.

Letakkan ikan di atas kertas aluminium. Salutkan dengan bahan kisar hingga rata. Tuangkan minyak bawang putih di atasnya. Taburkan hirisan daun lumau purut.

Bungkus ikan kemas. Bakar dalam ketuhar hingga ikan masak dengan sempurna Boleh juga di bakar dalam magic pan atau atas dapur arang. Bila dah masak bolehlah di hidangkan bersama nasi hangat.


Bawal tak berapa umpph.

Dengan siakap baru umpph! Kitorang masak guna magic pan je pon. heh.



Ok bye!

5 comments:

  1. ya Allah terliurrrrrrrrr.

    kat sini entah apa nama ikan siakap dalam bahasa jepun ntah uwaaa.

    ReplyDelete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website ini www.kumpulbagi.com untuk info selengkapnya.

    Oh ya, di sana anda bisa dengan bebas mendowload music, foto-foto, video dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete