Thursday, April 16, 2015

Bukan review Yamaha LC135 vs Yamaha FZ150i

Assalamualaikum,

Aku bukan la tahu pasal motor pun. Langsung tak tau pape. Tahu naik motor jadi pembonceng aje. HAHAHAHA. Cuma ni nak cerita pasal motor husband aku sepanjangan kitorang dah 4 tahun couple ni. Tahun ni tahun ke 3 kawen la tapi.

Apa aku perasan husband aku akan tukar motor 4 tahun sekali. Bukan sesaje, tapi sebab ada problem. Aku tak la tahu problem apa sangat. Noob motor k. Jangan tanya aku. Tapi selama 8 tahun dia pakai Yamaha LC135 dengan dua motor berbeza, both problem lain-lain. -_-

Motor LC135 special edition kata Ipin yang first colour kuning tu, dia la mekap beria. Memang stylo habis la masa UMP dulu tengok motor dia ni. HAHAHA. Aku sempat naik tak sampai setahun pun. Motor tu problem ekzos kebenda macam rompong-rompong. Aku rasa macam elok lagi tapi dia gedik nak jual. Sukahati la Ipin. Aku tumpang je.

Then jual yang kuning tu beli LC135 yang putih baru pulak. Masa ni tengah praktikal 2011. Tapi motor ni teruk la kena lenjan ulang alik Sungai Buloh-KL tiap hari sebab kerja dekat KL then pernah sekali accident. Masa awal tahun ni motor ni kerap semput. Tengah bawak motor pun enjin macam nak mati. Pastu macam tak laju. Tak tau sebab apa masa tu. Pagi-pagi pun kadang payah nak start.

Last sekali dia buat masalah masa awal bulan March 2015. Ipin otw balik dari Bangi nak ambik aku dekat rumah dekat Sungai Buloh nak pergi kerja, Motor mati terus dekat Tol Ebor. Tak boleh start langsung. Tak hidup pun. Jauh lagi okay Ebor nak ke rumah. Sangat jauh!

Nasib baik la ada orang baik hati tolong towing sampai Shah Alam. Pastu orang tu nak pergi tempat lain. Aku masa tu contact Ipin tak tau nak buat apa lagi. Then ada orang tolong lagi towing sampai Bukit Jelutong walaupun orang tu nak ke Puncak Alam jugak arah rumah kitorang tapi motor dia berat. Ipin tak nak susahkan. Then Ipin panggil adik dia, Aizat tolong towing. Nasib baik lagi kebetulan Aizat cuti dekat rumah Mak. Aizat pun datang la then Ipin towing motor sampai ke rumah lalu Jalan Batu Arang (Jalan Mokhtar Dahari).

Siapa yang lalu jalan ni tau la macam mana bahaya jalan ni. Bottle neck dan naik turun bukit dan lori banyak. Dah la David Teo gedik buat cerita hantu Jalan Puncak Alam ni. Bongok betul. Nasib baik lagi kejadian ni masa siang. Huhuhu. Dah la sepanjangan jalan ni ada lalu tempat Altantuya kena bunuh. Hampes!

Nak jadi cerita balik rumah pun motor tak start. Pergi bengkel A, bengkel B pun diorang tak tahu punca. Sampai la jumpa bengkel C ni. Rupanya sebab minyak tak turun dekat karburetor. Sengal la! Ye la motor dah 4 tahun umur dia. Dah pulak lenjan macam hape. Walaupun selalu service tapi dah takdir dia letih jalan jauh. Ipin pun malas nak repair motor tu. Then dia decide jual je la motor LC135 putih dia tu dan beli Yamaha FZ150i putih pulak.

Moga motor baru ni berkhidmat lama sikit. Letih la asyik tukar motor. Memula naik motor ni rasa awkward sebab tinggi sikit dan tayar besar sikit kan dari LC135 tu. Pastu laju sikit. Then lama-lama rasa ok dan selesa. Kadang je la sakit pinggang sikit sebab motor ni menunduk sikit kan. Aku tak bagi Ipin beli motor laju-laju sangat. Bahaya la! Motor kali ni kami pasang box. AGAGAGAGGA aku boleh sandar bebila aku nak. Syoookkk ooo!

Ni la kehidupan di KL. Ulang alik Saujana Utama ke KL. Aku kadang office dekat Bangsar kadang kena pergi Damansara Height. So kena la lalu Plus Highway. Ipin pulak dulu office dekat Megan Avenue 1, then Menara Perak. Sekarang dekat Sungai Merab, Bangi/Kajang tu. Jimat sikit naik motor ni dan cepat sikit sampai. Kesian Qaireen tunggu lama dekat Daycare. Kalau naik kereta bercinta la nak balik. Nyampah laaa!

Btw, tahun depan pengsan laa masa bulan March. Roadtax motor dengan kereta serentak bulan March. T___T Ni pun roadtax insurance kereta tak renew lagi. Kami tak ada bonuss tahun ni. Harap gaji je laa. Duit kutu dah perabis benda lain pulak dah. Adeh.

Oh ya lupa, FZ ok la jimat la jugak minyak. Kami kan travel jauh gilos.


Motor FZ150i masa first day tengok dekat bengkel

LC135 Putih yang 4 tahun berkhidmat

LC135 special edition yang habis Ipin mekap masa zaman Uni dulu

Masa pergi bengkel ambik ape tah ternampak LC135 putih ni. Huk. Kesian tengok dia togel macam ni.
Rasa nak nangis :(

Hello FZ150i. Welcome home. Selamat menjadi sebahagian famili our love nest.
Moga berkhidmat lama okay?


Review Yamaha LC135 dengan Yamaha FZ150i kot nak baca dekat click sini.
Review enjin motor Yamaha LC135 dengan Yamaha FZ150i click sini.

Ok bye!

23 comments:

  1. berapa bulan2 yamaha fz501i tu huda? rasa macam nak suruh husband angkat motor sebijik la. senang ulang alik keje jugak. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau dari review rm175 kalau dp tinggi. huhu
      paling koman pun 250myr utk 48bulan tak silap

      kitorang beli cash ritu. lepas tolak moto lama tambah sikit je.

      husband wana travel jauh tak? kalau jauh mmg berbaloi la. kurang penat rasa bawak moto ni

      Delete
    2. Nilai-KLIA je. hahaha. Motor lama die RXZ rosak dah. Tu yg pikir2 nak amik motor baru. Now pakai kereta je ulang alik keje. die p keja sorang je baik naik motor kan. jimat minyak.

      Delete
  2. huda sungai merab kat mane eh? dekat umah akak tu ehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. husband huda dekat dengan maybank ape sume tu, huhu. rumah akak dekat situ eh? wahh kalau tak leh p sana kalau huda terjah sana lagi

      Delete
  3. alaaa kena komen balik! komen td hilang TT___TT

    just nak gtau yg laki kita berdua sama. dulu pakai lc, now pakai fz. hihi. warna je lain.

    aku suro dia beli fz sbb For Zulaikha kononnya. LOL!

    ReplyDelete
  4. 2,2 jimat minyak........tapi topspeed lc lebih laju dari fz and lc ringan sikit.......
    Tapi kalau selalu main higway baik beli fz lah.......tangki pun
    Lagi besar dari lc

    ReplyDelete
    Replies
    1. eh..mne ad bro..fz jauh lg jimat..full tank rm18 leh gi 350 km non stop full throttle..bab speed lak fz sbnrnye lg laju dr Lc x kesah ah model ap klu std ah..meter dia berat sbb tu org kte slow..aq tau sbb aq ad dua2 moto ni

      Delete
    2. eh..mne ad bro..fz jauh lg jimat..full tank rm18 leh gi 350 km non stop full throttle..bab speed lak fz sbnrnye lg laju dr Lc x kesah ah model ap klu std ah..meter dia berat sbb tu org kte slow..aq tau sbb aq ad dua2 moto ni

      Delete
  5. 2,2 jimat minyak........tapi topspeed lc lebih laju dari fz and lc ringan sikit.......
    Tapi kalau selalu main higway baik beli fz lah.......tangki pun
    Lagi besar dari lc

    ReplyDelete
  6. 2,2 jimat minyak........tapi topspeed lc lebih laju dari fz and lc ringan sikit.......
    Tapi kalau selalu main higway baik beli fz lah.......tangki pun
    Lagi besar dari lc

    ReplyDelete
  7. fz pun sekarang perangai sama lc. mungkin tak leh travel jauh jugak mcm lc dekat hiway. so plan nak tukar lagi moto nanti

    ReplyDelete
  8. Setuju dgn mirza izzat.....sy merupakan pngguna fz yg baru ni....fz ni mmg jimat minyak,jln jauh takde masalah...mmg for touring naked bike...pickup pon sedap..jalan jauh mmg steady...tank besar...mmg puas hati...fz ni bg ak dah ckup laju untuk travel jauh...sedap ditunggang...bkn laju untuk berlumba..but for long distance journey...Overall mmg sy puas hati...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak tanya sikit Bro....org belakang selesa tak motor ni? Sebab menundukk sikitkan. Lagi pun seat belakang tu nampak mcm kecik jer.

      Delete
  9. Ms Luna. Tanya sikit. Kat mana beli givi rack tu?

    ReplyDelete
  10. Ms Luna. Tanya sikit. Kat mana beli givi rack tu?

    ReplyDelete
  11. Fz memang jimat minyak. Tapik masalah engine. Selalu mengerang macam nk mintak gear 6. Padahal fz ni 5 speed je. Sy ingat ymaha perlu menambah lagi satu gear. Supaya menjadi 6 speed. Engine pn tk de la masalah untuk long distance full throttle.

    ReplyDelete