Tips hilangkan kesan kotor dekat perabot putih - Huda Luna Hussin

Tips hilangkan kesan kotor dekat perabot putih

Assalamualaikum.

Meh sini nak bagi satu tips terbaca dalam group deco-deco dekat facebook baru ni. Almaklum la mesti ramai jenis suka perabot putih tapi tak mau beli sebab cepat kotor. Lepas tu tension sebab perabot dah banyak cap jari la hitam kesan kotor tangan la bla bla.

Perabot putih ni lawo. Bawak kesan luas pada kawasan sempit dan paling penting nampak minimalis. Nak menjaga perabot putih ni kena ada minor OCD sedikit. Tambah yang suka perabot ikea or english style memang la banyak putih nye.


Power Max Cosway - Wood and Leather Restorer (cleans, shines and protects)




So kat sini, kita perlukan PowerMax Cosway ni. Beli je dekat cosway. Murah je belas belas ringit tak mahai pun. So, gunalah Power Max - Wood and Leather Restorer (cleans, shines and protects) dan kain jenis kesat untuk lap permukaan perabot putih yang dah kotor sikit tu. Tak payah air. Just spray kat kawasan nak lap, pastu terus lap sampai bersih. Ternyata memang lepas tu bersinar balik perabot korang tu.

Aku dah try dekat almari putih dekat dapur tu dengan meja ikea yang ada dekat rumah. Memang bersih. Dah snap gambar dan share dalam ni. Harap korang nampak ler efek dia tu. Handphone murahan je gambo pun tak la clear mana.


Kesan sebelum

Kesan selepas


Ok bye. Selamat cuba la ek!

3 comments