Tuesday, September 22, 2015

Petua Beli Rumah dan Tuntutan Defect

Assalamualaikum.

Petua ni aku copy dari facebook. Harap boleh jadi rujukan nanti. Kemain pening dengan developer aku sekarang ni. Sebut nama kang then tulis entry sambil upload defect jatuh reputasi karang. Senang hati engko cakap nak elak LAD khennn. Silap orang la engko cari pasal. Kitorang semua memang tengah prepare bullet dah ni.

Ok bye! Jom baca.

----------------------------------------
PETUA MEMBELI RUMAH

Rumah yang dibeli dengan Pemaju teruk, banyak rosak. Apa yang patut anda buat?

Oleh:
Salkukhairi Abd Sukor
Peguam Hartanah

Tahukah anda, sekiranya anda membeli rumah yg dalam pembinaan dengan Pemaju, anda memperolehi tempoh liabiliti kecacatan (defect liability period) atau dalam bahasa mudahnya dipanggil tempoh waranti selama 24 BULAN mulai daripada TARIKH SERAHAN MILIKAN KOSONG (atau dlm bahasa mudahnya, tarikh serah kunci) rumah tersebut.

Ertinya, dlm tempoh tersebut sekiranya berlaku kerosakan terhadap rumah tersebut, maka Pemaju bertanggungjawab, atas kos dan perbelanjaan mereka sendiri, utk membaiki segala kerosakan tersebut.

Macam mana cara nak mintak Pemaju baiki kerosakan? Bolehkah sekadar call Pemaju begitu shj? Kalau Pemaju lambat atau tak nak baiki macam mana cara nak buat? Sila ikuti sepenuhnya apa yg sy nyatakan dibawah ini:-

1. Jika berlaku kerosakan terhadap rumah anda, sila tulis SURAT RASMI kpd Pemaju. Senaraikan kerosakan tersebut satu persatu. Kalau boleh sila ambil gambar kerosakan tersebut dan lampirkan bersekali dengan surat rasmi tersebut. CC surat tersebut kpd Peguam yg menyediakan Perjanjian Jual Beli.

2. Sila hantar Surat tersebut kepada Pemju dan Peguam dengan 2 cara sahaja, iaitu sama ada secara Pos Berdaftar atau serah terus dengan tangan ke pejabat Pemaju dan pejabat Peguam dan dapatkan tandatangan dan cop akuan terima daripada Pemaju dan Peguam. Cara lain tak dibenarkan oleh undang2.

3. Bagi tempoh 30 HARI kpd Pemaju mulai daripada tarikh Pemaju terima Surat tersebut utk mereka baiki kerosakan.

4. Sekiranya Pemaju tak baiki dalam tempoh 30 HARI, lantik kontraktor anda sendiri utk tujuan tersebut.

5. Dapatkan sebutharga daripada kontraktor anda utk kos baiki kerosakan tersebut.

6. Serahkan secara rasmi sebutharga kontraktor tersebut kepada Pemaju dan CC kpd Peguam dan bagi peluang lagi kpd Pemaju untuk baiki kerosakan tersebut dalam tempoh EMPAT BELAS (14) HARI.

7. Jika Pemaju masih tak baiki kerosakan selepas tempoh 14 hari tersebut tamat, sila arahkan kontraktor anda memulakan kerja2 pembaikan sehingga siap.

8. Selepas dah siap baiki, sila tuntut kos pembaikan kerosakan tersebut daripada Peguam dengan mengemukakan invois asal kerja-kerja pemabaikan kerosakan tadi kpd Peguam.

9. Peguam hendaklah membuat bayaran kpd kontraktor dengan memotong daripada wang pertaruhan 5% daripada harga jual beli yang Peguam pegang.

10. Kalau Pemaju dan Peguam tak bagi kerjasama, anda boleh failkan Tuntutan di TRIBUNAL PEMBELI RUMAH.