Tips pilih contractor dan basic renovation! - Huda Luna Hussin

Tips pilih contractor dan basic renovation!

Assalamualaikum.

So akhirnya, kitorang teruskan pelan asal which is extend dapur, lepas habis ke-emo-an hal rumah. Nanti la cerita kenapa emo. Kita tulis benda best dulu baru benda tak best ok.

Masuk-masuk rumah terperanjat kitorang diorang dah start. huhu.
Dinding dekat dapur tu akan robohkan dan kedepan sikit


Actually nak extend dapur, extend bilik masterbed yang agak kecik tu (punca emo terbesar), alih toilet bawah dan besarkan toilet masterbed room jadi en suite (berangan kemain heh), tapi sebab bajet tak berapa banyak (sedar diri pun), kita back to reality, extend la dapur dulu. Kemudian je la extend yang lelain. Walaupun bakal penat lagi. Tak sukanyaaaa!




Tapi, tu la niat memula nak extend ni. Nak extend semua sekali serentak ikut hati ni. Sebab malas penat nak kemas bagai banyak kali. Tak ape la, pelan-pelan. Nak pindah nak guna banyak duit ni. Walaupun jarak nak pindah 5 minit je dari rumah sewa. HAAHAHA

Kitorang ada survey beberapa contractor sebelum start renovation ni. Survey dari segi cost, dari segi cara kerja, dari segi kekemasan, dari segi senang nak komunikasi dan jenis material batu yang guna.

Tips survey dan pilih contractor.

Contractor A : Harga murah. Cara kerja teratur. Kekemasan ok laa. Komunikasi pun senang. Material batu clay.
Contractor B : Harga sederhana mahal. Cara kerja tak teratur. Kekemasan ok la. Komunikasi payah betul. Material batu clay.
Contractor C : Harga mahal. Cara kerja teratur. Kekemasan ok sangat. Komunikasi so-so. Material batu pasir.
Contractor D : Harga murah. Cara kerja tak teratur. Kekemasan out. Komunikasi payah. Material batu pasir.
Contractor E : Harga mahal. Cara kerja teratur. Kekemasan ok sangat. Komunikasi ok la. Material batu clay.

Lepas study semua, kitorang decide ambil contractor A untuk kerja renovation rumah kitorang. Jiran depan rumah yang dah extend pun ambil diorang ni. Senang nak mintak apa-apa. Senang nak nego. Senang nak cakap la senang cerita. Diorang pun advise ambil contractor A ni.

Tapiiiiiii. Kitorang meet contractor A ni awal sekali dari contractor lelain ni. Tiap kali bawak contractor lain datang, sure contractor A ni muka sedih gila. Ye la masa dia tengah buat rumah jiran depan rumah tu, dia ada dekat situ. HAHAHA ampun ye. Kena la jugak survey. So ternyata memang rezeki dia. Tak penat lelah dia whatsapp aku call aku datang dekat aku tiap kali kitorang lawat rumah.

Makanya apa pun sebelum renovation, apply dulu permit dekat Majlis daerah kawasan korang kalau tak nak kena roboh kalau diorang spotcheck.

Officially 27th December 2015, start la renovation tu selepas 10th December 2015 ambil kunci. Cehh tak dan apa, tak dan ambil gambar sebelum diorang korek tanah buat slab, diorang dah buat kerja. Oh ya, kitorang buat slab. Future plan nak extend atas pindah toilet or asingkan toilet. Tengok la cemana tak pikiaq lagi. Dah la sekarang satu bilik tu transform jadi walk-in-wardrobe. Terpaksa sebab bilik master kecik sangat. Tunggu extend master baru la pikir cemana nanti keadaanya.


Diorang tengah ikat besi untuk slab


Rumah kiri ni pun adik dia sebelah rumah dia tu
akan renovate guna contractor yang sama


Huhu jiran sebelah ni kesian sikit. Aku buat slab dan batu merah,
jiran tepi dia sebelah sana tak slab dan guna batu pasir.
Tapi untung dapat dinding free dah diorang hehe

Next update progress renovation setakat sampai hari ini dan punca emo nak jual rumah tapi tak jadi jual akhirnya hahah.

Ok bai!

5 comments

  1. Bestnya huda. Doakan kite dpt beli umah gak n berakhir pjj kitorang ni n bole la start beli umah.

    ReplyDelete
  2. Wahhh...bila boleh melawat rumah akak huda???

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  4. Caiyok kak.. nnti share contractor A nye contact. .hehe

    ReplyDelete
  5. Salam Huda, boleh share contact contractor A? Saya ada beli rumah juga di hillpark.Ingat nak buat renovation

    ReplyDelete