Singapore Trip : Cara drive kereta ke Singapore (Part 2) - Huda Luna Hussin

Singapore Trip : Cara drive kereta ke Singapore (Part 2)

Assalamualaikum

Marilah kita bersambung bercerita supaya aku tak lupa dan boleh jadi rujukan di masa hadapan. So post ni akan jadi Part 2 sebab dah panjang sangat dekat Part 1 tu. Bila panjang sangat bukan orang baca pun, scroll je nanti kannn. HAHA.


By the way, terima kasih untuk ilmu dan info dari kawan-kawan dekat Instagram sharing cara masuk ke Singapore dan blog-blog lain yang jadi rujukan. Pening jugak la memula nak paham apa benda ERP, VEP, apa tu Autopass la segala.


Grab Singapore
Masa dalam Grab car dekat Singapore.
Masa ni baru tahu rule yang tak boleh naik Grab car biasa if tak ada carseat anak.


Walaupun ke Singapore ni boleh kata redah je jugak, tapi kena ada proper plan. Itu aku la. Tak suka kalau asal sekadar boleh je.


Below adalah extra info untuk korang tau sebelum drive kereta ke Singapore.


VEP
VEP (Vehicle Entry Permit) ni adalah permit untuk kita bawa masuk kereta dari Malaysia ke Singapore. So untuk drive sendiri masuk Singapore ni kita akan di charge SGD35 (plus minus ikut rate lebih kurang RM120++) sehari. Untuk kenderaan Malaysia yang first time nak masuk Singapore dan kurang dari 10 hari, tak payah bayar charge VEP ni. Boleh rujuk sini untuk details VEP.


ERP Singapore


ERP
ERP (Electronic Road Pricing system) ni adalah sistem tol automatik dekat Singapore. Diorang tak pakai Touch N Go/Smart Tag/RFID or ada toll booth macam kita ni. Dekat sana ada gerbang gate besar yang ada function untuk read kad Autopass yang kita letak dekat dashboard dan directly deduct duit korang dari situ. Motor ke, kereta ke semua applicable charge ERP.  Sebab tu kena topup Autopass lepas masuk Singapore. Dan kereta dari Malaysia akan di charga flat rate SGD5 sehari dan akan di deduct bila kita nak keluar dari Singapore nanti. (rujuk sini dan sini untuk ERP)


Autopass Singapore


Autopass
Autopass ni macam kad Touch N Go la kiranya tapi beza Autopass ni register atas no plat kereta. Meaning tak boleh bertukar hak milik dan guna dekat kenderaan lain. Satu kereta entitle satu Autopass sahaja dan semua kereta dari luar Singapore perlu ada Autopass ni untuk masuk Singapore. Autopass ni boleh beli dengan apply online atau beli dekat checkpoint Tuas atau Woodland. Autopass ni penting untuk bayar VEP, ERP dan parking.

Untuk beli Autopass ni ada dua harga: SGD10 or SGD20. Tapi akan deduct sesiap SGD6 untuk harga kad tu. Nak senang better beli SGD20 punya sebab ada baki SGD14 dalam tu. Then boleh topup kemudian dekat 7E ke memana tempat yang boleh topup. (baca info Autopass dekat sinisini dan sini.


Whitecard
Semua tourist kena isi Whitecard ni dan serahkan dekat pegawai Immigration tu. Dekat situ kita akan declare dekat mana kita stay dan berapa lama kita akan stay dekat Singapore. Guna pen hitam atau biru je untuk isi Whitecard ni. Jangan hilangkan keratan Whitecard sebab nanti akan pulangkan masa kita nak keluar dari Singapore. (baca info whitecard dekat sini)


Tourist Pass or Ez-Link Card?
Both kad ni ada pro dan cons dia. Kalau stay lama, better Ez-Link Card. If stay just 2 3 hari, better Tourist Pass. (untuk baca pro and cons Tourist Pass dan Ez-Link Card baca dekat sini)


Tourist Pass Singapore


Tourist Pass ni adalah all-day-pass yang boleh tourist guna secara unlimited untuk public transport dekat Singapore. Tourist Pass ada tiga type :

1 Day pass harga SGD10
2 Day pass harga SGD16
3 Day pass harga SGD20

Semua pass ni refundable SGD10 if return balik kad ni. Cuma Tourist pass ni tak boleh guna dekat Sentosa Island dan a few tempat lain. Kad Tourist Pass ni boleh beli dekat a few MRT station terpilih. (refer sini dan sini untuk baca info tourist pass, refer sini untuk FAQs dan sini untuk dekat mana nak beli)


Ez-Link Card ni pulak sejenis cashless card dan boleh guna merata tempat termasuk la, public transport, ERP, taxi, vending machine, shopping, tempat makan dan etc. (baca info dekat sini) Kalau stay lama, elok pilih Ez-Link Card ni dan boleh beli dekat 7E atau mana-mana MRT station. (baca dekat sini, sini dan sini info lain) Malas pulak nak elaborate sebab tak beli kad ni dan study tak banyak sebab ternyata Tourist Pass lebih jimat bila stay short term.


Check point Immigration Malaysia
Drive je dari Johor Bahru dan ikut signboard sampai ke Immigration Malaysia. Make sure minyak kereta dah full dan dah topup Touch N Go sesiap tau. Terpulang la nak lalu Tuas ke Woodland entry.

Masa sampai dekat Immigration, no handphone ye masa dekat booth Immigration tu eh. Aku kena marah sebab pegang phone. Padahal masa tu tengah kalut dok key in borang register Cuckoo. Pfff. Ada diorang kisah? So, nak ambik gambar ke apa sebelum sampai ke booth Immigration tu.

Masa dekat Immigration Malaysia, diorang suruh bukak keempat-empat tingkap kereta sebab nak tengok dalam dan sebelum tu kita pass dulu Passport semua manusia yang ada dalam kereta. Lepas dia tengok muka semua dan scan passport kita, diorang pulangkan balik passport tu.

Then masa lalu Kastam diorang just suruh bukak boot kereta dan tingkap kereta masih kena bukak tau. Lepas Kastam check apa yang patut kita boleh terus gerak je lepas settle. Follow je lane kereta dan queue sampai Singapore merentasi lautan Selat Tebrau tu. Follow je lane tu.


Check point Immigration Singapore
Sesampai dekat checkpoint Immigration Singapore (first checkpoint), kita kena follow lane foreign car. Masa ni please standby sesiap Passport, Pen untuk menulis whitecard (Kalau dah ada Whitecard, isi awal-awal lagi better), Road Tax kereta dan Lesen memandu. Bukak tingkap kereta tau.

Sampai je dekat booth Immigration Singapore tu, kalau tak ada whitecard, minta je dekat pegawai tu Whitecard. Boleh je minta lebih mana tahu kot salah isi ke or boleh guna untuk future entry, tak ada la kelam  kabut nak isi masa tu jugak. Dan isi Whitecard tu data yang betul dan guna huruf besar.

Lepas setel tulis untuk setiap orang dalam kereta tu, serahkan passport, IC Malaysia dan selit whitecard ikut nama dan passport memasing. Senang diorang nak check. Diorang akan scan passport kita dan cop masuk Singapore.

Diorang akan jenguk dalam kereta sambil refer passport untuk setiap individu yang ada (Tua muda baby semua dia tengok), then diorang akan return passport dan whitecard balik dekat kita (Kena simpan Whitecard tu sebab masa depart nanti diorang akan check semula. Jangan hilangkan.)

Dekat checkpoint second kita kena menghadap Kastam Singapore pulak. Diorang akan suruh check boot kereta dan suruh kita tutup sendiri boot tu.

Settle bab orang, sekarang bab kereta pulak. Drive je ikut RED LANE dan sampai ke block B untuk beli Autopass. Satu kereta Satu Autopass dan tak boleh pindah milik (Refer dekat atas) Ambik form dekat block B tu dan isi form untuk beli Autopass.

Lepas setel isi form, pulangkan dekat pegawai Immigration tu. Nanti dorang akan datang dekat kereta untuk check, Road Tax dan no plat kereta. Tapi kitorang hari tu dia suruh snap gambar kereta, no plat dan road tax dan fotostat insurance kereta. Kalau dah ada Autopass terus lalu GREEN LANE.

Dan mulakan perjalanan ke negara orang dengan penuh hemah dan ikutla peraturan diorang. Biar la diorang masuk negara kita jadi gangster ke apa, kita jangan follow benda buruk tu dekat tempat orang.


Passport Malaysia

No comments