Huda Luna Hussin: #DearFutureHusband
Showing posts with label #DearFutureHusband. Show all posts

Jom Kahwen?

MoshiMoshi.

Hai. Sunyi je kan blog ni. Maaf. Aku sentiasa busy sejak dua menjak ni ha. Tetiap hujung minggu ada je plan/aktiviti/kerja kena buat. I iz zoo stress! Banyak kena buat. Serabut otak ni!

Baidewei, jarang aku update kat sini adalah sebab ini jugak.

.

.

.

.


Nahh. Aku dah reveal blog kaweng kaweng dekat public. Anything related dengan wedding aku hanya post kat sana. Sebab sini blog personal. Nanti nanti baru merepek kat sini balik.

Dah tu ape lagi, pegi baca blog aku tu. Perempuan-perempuan suka la kot. Lelaki rasa nya tak baca kot blog macam ni.

Bila dah kaweng nanti blog tu cerita pasal anak anak pulak. hiks! Tak sabar nak ada baby sendiri. Junior Huda Luna dengan Ipin Sepet. Korea look ke arabic look? Haha.

Doakan semuanya berjalan lancar tau. InsyaAllah.

One Step Closer - the Engagement

MoshiMoshi!


Alhamdulillah. 14.04.12 dah menjadi tunangan #DearFutureHusband
sempena 100 tahun titanic.


NotaKakiHudaSiLuna :
nak menjadi seorang isteri yang solehah.

Hari ini mungkin untuk kali yang terakhir.

MoshiMoshi!

Assalamualaikum semua!
Hari ni sebenarnya dah lebih seminggu aku private blog. Ada ke yang mencari blog aku? Macam tak ade je kan? Kesian Huda. Kesian. Hmm.

Aku private blog sebab satu macam dah tak ada benda nak cerita. Dua sebab lebih rasa tenang macam ni. Aku update blog ni pun sebab nak wish buat pertama kali nya dekat #DearFutureHusband Selamat Hari Jadi. Beza umur kitorang 9 bulan tepat. Aku 29 Januari. Dia 29 September. Ye ye. Aku tua. Aku tau. *ehem*

Aku masih hidup. Masih bernyawa. Cuma hidup sangat tertekan sekarang ni. Aku cepat emosi. Aku cepat tertekan. Salahkan kehidupan di office yang sungguh tak best. Salahkan kerja yang terlampau banyak sampai rasa tak cukup tangan dan otak. Otak pun dah sampai berlari tah kemana. Sampai kejar otak, otak pun terjun bangunan sebab kekecewaan. Maka, aku pun jadi la manusia yang lambat pick up. *pity you Huda*

Sudah la Huda. Jangan nak buat gila dekat sini. Kang ada yang telepon Hospital Bahagia hang duk tang sana kang nanti.

*ehem*
*clearkan tekak*

credit : norhanarosmida
*masa beraya dekat rumah dia*


Hari ni hari tua #DearFutureHusband aku. Ye awak. Tak perlu la nak mention tua tua awak, tua lagi saya. Dah dah. Sekarang ni, saya nak cakap Happy Birthday Sang Maharaja Hati Huda Luna. Semoga awak cepat kaya so kite boleh cepat kahwen. *gatai betei makcik ni* Ok tak. Wish lain. Semoga awak akan sentiasa diberkati Allah. Semoga awak jadi makin hensem dan sepet. *aummm* Semoga awak dapat kerja bebaik. Semoga awak akan berjaya dalam hidup. Semoga awak dapat membalas jasa parents awak. Semoga kite akan sentiasa bersama sampai bila bila. Saya sayang awak. Awak tahu kan? Err lagi satu semoga perut awak kempesss sikit. Hihi. *larikkk*

Err. Awakkk. Saya nak celebrate birthday awak. Tapi kan tak tahu nak bagi menterkejutkan awak macam mana. Sebab awak ni hebat sangat bab menghidu niat tak baik saya kan. *grr*

ini cinta hati kedua. zaini (joni)

Ok lah semorang. Ni mungkin entry terakhir aku untuk tahun ni. Aku akan kembali. Tapi tak tahu bila. Blog ni aku akan private kan balik lepas 24jam. So, anggaplah entry ni sebagai entry good bye untuk semua. =)


Happy Birthday cinta!


NotaKakiHudaSiLuna :
jumpa lagi nanti.

212.

MoshiMoshi!

Dah tujuh bulan dah kitorang hari ni. Selama 212 hari ni aku tak pernah sesekali menyesal dipertemukan dengan dia. Selama 212 hari ni dia sentiasa ada untuk aku. Selama 212 hari ni dia sentiasa buat perkara yang buat aku terharu. Dia memang jaga aku macam budak kecik. Dia tak macam orang lain.

Ada orang lain ke sanggup pakai kan kasut bila kau susah nak pakai kasut? Ada orang lain ke yang sanggup susah payah untuk kau setiap hari untuk ambil dan hantar pergi kerja. Ada orang lain ke yang sanggup turun office sekejap beli pil cit tek aun dan roti bila kau sakit perut sebab lapar. Ada orang lain ke yang sanggup buat surprise yang menterkejutkan yang tak dijangka? Ada ke orang lain yang sanggup datang dari jauh semata-mata nak beraya dengan kau dan kawan-kawan kau dari negeri lain? Aku tak pernah lagi jumpa orang lain yang macam dia. Terima kasih #DearFutureHusband!


Mr.pinky gemok


Dan sejak dengan dia jugak aku makin gemok.


NotaKakiHudaSiLuna :
kumpul duit nak kawen

#WW Wordless Wednesday #10 : Macarons untuk cinta.

MoshiMoshi!

Pada hari Rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar itu yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan.







NotaKakiHudaSiLuna :
esok happy anniversary 6 bulan. kesian baru 6 bulan kan. ingatkan 6 tahun dah. hihi

#WW Wordless Wednesday #8 : Ada education tapi tak reti guna.

MoshiMoshi!

Pada hari Rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar itu yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan.




NotaKakiHudaSiLuna :
siapa terer asp.NET?

#WW Wordless Wednesday #5 : 1437

MoshiMoshi!

Pada hari Rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar itu yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan.






NotaKakiHudaSiLuna :
Blog updated by dearfuturehusband sebab dearfuturewife tengah jenjalan

Bad Boy. Good Girl.

MoshiMoshi!

Entah la kenapa makin tak ada mood nak ngadap blog. Padahal bukan nya tak ada cerita. Banyak cerita. Tapi malas nak menaip. Malas nak bercerita. Zzzzzz. Okay la lepas ni aku promise aku akan update sekerap mungkin dan bukan hanya wordless wednesday tu tak pun 10 things tu. Apaaa? Cerita pasal cinta? Alaaaa. Itu aku tak gemar. Kekadang boleh la.

Hidup aku? Ermm sekarang aku tengah sebok mencari rumah sewa. Dah dapat dah pun so far. Cuma tak pergi tengok lagi. Sabtu ni pergi tengok dengan Kekanda ku Ariffin Sepet. Lepas tu akan mula intern 18hb July ni. Intern berapa lama Huda? Dekat mana? Okay. Aku intern dekat The Garden Mid Valley. Jangan ingat dekat the Garden tu tak ada office okay. Aku intern 6 bulan. Lepas tu terus kerja kalau ada rezeki. Tahun depan graduate. InsyaAllah. Then kahwin! Ehem. =P



Bak kata pepatah orang tua tua mat saleh. Seorang perempuan mesti akan cintakan lelaki yang tak baik sekali atau dua kali dalam hidup dia untuk dia berterima kasih untuk yang terbaik untuk dia. Entah la labu. Apa pendapat korang? Aku pun tak tahu. Jap aku fikir. Pernah ke eh jadi dekat life aku? Ermm ermm. Rasanya pernah. Dah dua kali. So betul la kot tu kan? Ke macam mana?



NotaKakiHudaSiLuna :
siapa sayang aku angkat kening cepat!

Semua boyfriend kena tahu yang girlfriend suka...

MoshiMoshi!



1. Membebel

Perempuan memang suka membebel. Benda kecik semut pun nak membebel macam salah tu sebesar gajah. Boleh buat lelaki rimas tahu. Tapi kalau dia membebel tu tanda dia alert. Baru la lelaki tak buat silap.


2. Dimanjakan

Semua perempuan suka dimanjakan kot. Tetambah kalau dimanjakan macam budak kecik. Dan lelaki yang memanjakan girlfriend dia adalah seorang lelaki yang sweet. Tapi jangan la manja sampai melampau sangat. Naik lemak nanti.


3. Diberi Perhatian

Lelaki ke perempuan ke memang nak kan perhatian. Tipu lahh kalau cakap tak suka kan perhatian. Cuba kalau girlfriend/boyfriend korang ignore korang sehari sebab lepak dengan kawan ke main game ke shopping ke tertidor ke, mesti korang merajuk bukan?

4. Berjiwang-jiwangan

Sekali sekala tulis lah ayat-ayat jiwang tak pun buat surprise tetibe ke kan baru la menaikkan mood sentimental. Tak semestinya tunggu tarikh sekian sekian macam anniversary ke baru nak berjiwangan. Macam #DearFutureHusband aku, dia ada tugas untuk ambil 100 Little Love Note yang aku bagi dekat dia.

5. Bersiap Lama

Perempuan memang suka bersiap lamaaaaaa! Lelaki ada yang tak kesah mentunggu. Then ada jugak yang menyampah tunggu lama-lama ni. Please perempuan. Bersiap cecepat sikit. Lelaki pun tak suka mentunggu macam kita yang perempuan ni. Err. Aku seorang yang bersiap lama kot. Sorry sayang!


6. Berkuasa Ditaktor

Kalau perempuan cakap "Ok Fine!" tu maksudnya dia nak boyfriend dia dengar cakap dia. Kalau perempuan cakap "Ermm Ye laaa." tu maksudnya dia tak setuju. Kalau perempuan kata "Tengoklah dulu." tu maksudnya dia taknak lah tu. Kalau perempuan kata Yes! means YES! dan No! still means YES! Kejam bukan sebenarnya perempuan ni. Ada nak tambah lagi?

7. Sentap

Sikit-sikit sentap. Sikit-sikit sentap. Dah memang lumrah perempuan suka sentap. Lelaki pun tak kurang jugak sentap. Tapi kalau perempuan sentap, lelaki pandai pujuk. Tapi kalau lelaki sentap perempuan jarang pandai pujuk. Alaaa benda kecik-kecik tak payah la nak sentap-sentap eh. Tapi sebenarnya sentap-sentap ni bagus jugak actually sebab kita akan alert apa yang pasangan kita tak suka.

8. Dipujuk/Merajuk

Girlfriend memang suka merajuk. Sebab dia merajuk sebab dia nak dipujuk. Sebenarnya merajuk nya bukan apa sangat pun. Tapi saja nak tengok kesayangan kita pujuk. Lelaki memang terer memujuk. Perempuan? Fail! Memujuk untuk mintak itu ini perempuan memang terer.

9. Suka Bau Perfume Boyfriend

Yang ini aku tak tahu la semua suka ke tidak. Tapi bagi aku. Aku suka sangat-sangat. Bau perfume yang sesuai dengan bau badan memang buat rasa sexy. Rasa auummmmm dekat boyfriend. Jangan hanya awal-awal je berperfume bagai. Dah kahwen nanti anak dua tiga bau ketiak je lebih. Perfume ke mana. Deodorant tah lagi dekat mana-mana.

10. Control

Haa! Yang ini lelaki rimas! Sangat-sangat. Please perempuan. Jangan control lelaki. Kita main tarik tali je dengan lelaki lelaki yang bergelar boyfriend ni. Jangan sampai selalu check handphone, BBM, tweet and so on sebab risau dia main kayu tiga. Aku jenis control. Aku admit tu. Tapi masih berpada. Bukan sampai semua benda pun nak control.

11. Emotional/Egois

Untuk kekalkan relationship tu, kurang-kurangkan lah emo dan ego tu. Tak bawak kemana pun emo lebih ego lebih ni. Sikit-sikit tu perlu la. Ni sampai sorang emo sesangat then sorang lagi ego tak reti mintak maaf. Selalu nya perempuan emo. Lelaki ego. Jarang laa lelaki emo. Tapi lelaki emo cute sebenarnya. Sebab itu tunjuk lelaki itu seorang yang manja dan suka memanjakan.

12. Jealous

Ada awek tak pun pakwe yang kuat jealous memang merimaskan. Mana tak nya, nak keluar jumpe kengkawan pun cakap jumpe awek/pakwe lain. Jealous tu boleh dalam relationship. Tapi berpada-pada lah. Aku jealous tak banyak tapi aku tak suka orang susahkan kesayangan aku. Then mula la aku jealous.

13. Menangis

Semua orang pun tahu perempuan ni memang ratu air mata. Kuat menangis! Yeap. Kami yang perempuan ni memang suka menangis. Kitorang menangis sebab nak kan perhatian dan dipujuk. Kalau perempuan menangis pujuk lah dia. Lap air mata tu. Kalau dah kahwen peluk lah kuat-kuat. Tenangkan hati perempuan. Then sekejap je dia akan berhenti menangis.


Aku perhatikan semua orang untuk buat entry ni. Kalau ada lagi boleh tambah.



NotaKakiHudaSiLuna :
dah nak boleh grad dah!

Dah present Final Year Project

MoshiMoshi!

Finally aku dah present dah pun Final Year Project (FYP) tak pun Projek Sarjana Muda (PSM) aku Isnin, 16 May 2011 hari tu dengan kengkawan lain yang tekad siapkan PSM diorang semua. Tahniah semorang! Jom layan PSM Montage ni.

Kalau terer cuba cari aku. Hihi. Muka cuak kot. Lepas present dengan First Evaluator terus menangis. Menangis sebab objective tak tercapai. Tapi lega perjuangan selama 3tahun ni dah selesai. Hari ni dah keluar grade PSM tapi tak nak tengok lagi. Aku tak yakin dapat tinggi. Pasrah je lah. (Dah pergi tengok tadi petang. Alhamdulillah walaupun tak banyak aku syukur sangat-sangat)




Untuk kawan-kawan yang ambil PSM semester depan, Good Luck aku ucapkan. Jangan buat kerja last minute. Tu je keyword dia.

Baidewei, Apik Pehe kan classmate aku. Dia dah pun update entry pasal PSM ni. Kejam betei letak gambar muka aku lepas nangis. Grrrr! Si #DearFutureHusband pun dah update entry. Ni pun lagi sorang kejam. Tapi sangat sangat terima kasih untuk dia. Kalau dia tak ada aku rasa mesti aku dah jatuh teruk. Tenkiu so much sayang! Kalau korang tak tahu, si Apik dengan Ipin diorang ni roommate then classmate dengan aku.





NotaKakiHudaSiLuna :
lepas ni praktikal pulak.

Day Four : 10 things you want to say to one person, #DearFutureHusband

MoshiMoshi!

//Tengah busy dengan Final Year Project sebenarnya ni. Stress weh!


Agak banyak sebenarnya nak cakap dekat awak. Tapi saya tak tahu nak cakap apa. Sebab dengan awak semua nya complete. Macam tak ada yang kurang. Mungkin orang akan kata; "Ala, baru-baru lagi memang la." Tapi saya yakin dengan awak. Sebab saya kenal awak.

Cuma saya mintak jangan pernah berhenti sayang saya. Jangan pernah kurang sayang saya. Bertambah-tambah tak apa. Jangan cuba untuk curang. Jangan cuba untuk kianati. Thank You sayang. Awak betul-betul buat hari hari saya begitu indah. Saya sayang awak budak sepet!

Saya jarang bercerita tentang awak dekat blog bukan sebab saya segan dengan awak atau apa, tapi saya tak nak dan tak suka orang cakap macam-macam tentang kita. Biar masa yang tentukan segalanya. Kita lebih tahu dari orang lain.

"The best thing about me is you."



Hamagadd! Adik aku cakap cousin aku baca blog aku, blog adik aku dengan blog #DearFutureHusband sampai khatam. OK malu sekarang. Sorok bawah katil. T_____T


NotaKakiHudaSiLuna :
saya kenal sayang saya. saya kenal 'Ariffin Hussin.

#DearFutureHusband, Geng Ayam dan MidValley Story sebab dapat jumpa orang famous!

MoshiMoshi!

Tuhan aku bersyukur pada-Mu kerana temukan aku dengan #DearFutureHusband aku. Sekarang baru aku tahu kenapa dua kali Dia letakkan aku pada tempat yang sama. Dulu aku tolak. Kali kedua aku terima. Mungkin semuanya sebab untuk temukan aku dengan #DearFutureHusband aku yang sememangnya berada dekat sini selama ini. Aku sangat berterima kasih pada-Mu. Sekarang baru aku nampak semua kebetulan itu. Tuhan tunjuk dekat aku satu-satu bukti untuk aku.


Malas nak tunjuk muka dia lagi.
Yang pasti dia Chinese Look.


You know my name, not my story. So don't judge me.


Hari hari aku dengar macam-macam orang mengata. Sana sini orang bagi information. Aku keep smiling sebab rasa sangat funny sangat-sangat sebab apa tau? Sebab dia : "eh sekarang KAU ke AKU yang HUDA LUNA. Eh macam kau lak diri aku yang tahu semua cerita aku."

Persetankan semua. Aku happy. Bukan pura-pura happy ke apa. Tapi memang betul-betul happy. Meluat pun ada tengok orang yang suka sakit hati bila tengok orang lain happy ni. Sakit dekat celah mana tah. Macam sakit je tengok orang happy.

I Love You Too!

Dua Puluh Enam haribulan Februari Dua Ribu Sebelas; hari yang paling bermakna dalam hidup aku sebab aku dapat surprise yang tak tersangka-sangka dari my #DearFutureHusband. Sumpah aku terkejut sangat-sangat. Terima kasih banyak-banyak sayang! Sangat-sangat hargai sampai sayang nak makan.

Geng Ayam Family Potret.
(ade yang tak ada dalam picture ni)

Dua Puluh Enam haribulan Februari Dua Ribu Sebelas; dapat jumpa Geng Ayam (click link ni untuk baca story perjumpaan geng ayam); Amar Amirah, Myza Ali, Azrie Azhar, Liyana Lunia, Nurain Hassan, Lassie Gewdik dan Ika Honey Bunny. Sorry sekejap sangat kita spend time together. Next time kita kena jumpa lagi ok!

Gambar Akmall tak ada sebab dia yang ambil gambar.

Dua Puluh Enam haribulan Februari Dua Ribu Sebelas; dapat jumpa Eykameow dan Akmall Arief. Nanti kita lepak lagi oke! Thanx untuk Akmall sebab tolong pegangkan beg pink I tu. Hehe. Eyka comel sangat.


Dua Puluh Enam haribulan Februari Dua Ribu Sebelas; secara kebetulan terjumpa Sue Anna Joe dekat MidValley. Katanya baru lepas jumpa Hana Tajima dan lain-lain dekat The Gardens. Teruja dapat jumpa dia. Kecik molek aje orang nya. Peramah pulak tu.


Dua Puluh Enam haribulan Februari Dua Ribu Sebelas; secara kebetulan jugak terserempak dengan Cik Senah punya la duk pandang-pandang jeling-jeling tak berkelip rupa nya betul la Cik Senah. Dia dengan Nonet Monet masa tu. Tak sangka aku Cik Senah comel orang nya. Suka tengok spek dia tu. Geeky sungguh!

Dua Puluh Enam haribulan Februari Dua Ribu Sebelas; dan paling-paling best sampai bila-bila dapat spend time banyak-banyak dengan kesayangan aku, Ika honey bunny. I Miss You sayang!



comelkan doodle yang Amar Amirah Kakak Ayam saya lukis kan?


NotaKakiHudaSiLuna :
doakan aku untuk terus happy. Fezal Mohd please happy macam aku. Dengar cakap aku ni.

Si black sweet cinta hati.

MoshiMoshi!

Dah lama gila mengidam gitar. Sejak dari sekolah menengah kot. Semua sebab first love aku. Dia buat aku suka gitar. Kagum gila selalu kalau tengok dia main gitar. Petik je lagu ape pun semua dia reti main. Benci ok!

So sekarang aku dah ada gitar. Sedang dalam proses belajar lagi. Jangan cakap aku terpengaruh Najwa Latif ke, Yuna ke, Ana Raffali ke. Sebab aku suka gitar sejak tahun 2001. Masa tu diorang dah ade ke huh? Wishlist sejak buat blog ni pun ada list gitar dalam tu. Aku main untuk suka-suka. Dan untuk #DearFutureHusband aku.

Aku dah move on. Macam mana dia dah move on. Heyy and pleasee stop gaduh. Aku letih la hoi. Dia dengan life dia. Aku dengan life aku boleh? Bila nak tenang neh. Aku move on cepat? Laa buat apa nak merintih lama-lama. Bukan? Aku sekarang dalam proses kenali hati budi #DearFutureHusband aku. Dia banyak bagi semangat dekat aku. Kalau tak mesti meroyan tak sudah-sudah lagi. Oh lupa nak cakap. Aku kenal #DearFutureHusband dah lama sebab dia satu kelas dengan aku.

amik guna Nokia C3 agak tak best


jangan nak ana raffali sangat huda.

NotaKakiHudaSiLuna :
jangan tensi kan aku lagi boleh