Showing posts with label #DearHusband. Show all posts
Showing posts with label #DearHusband. Show all posts

Tuesday, April 12, 2016

Miscarriage dan D&C ERPOC di Hospital Umra Shah Alam

Assalamualaikum.

Ps : entry ni mungkin sangat panjang sebab serupa diary dah dan masih fresh dalam otak.

Tudia. Entry beranak Qaireen pun tak publish lagi. Entry miscarriage second baby up dulu. Sebelum aku malas dan lupa baik tulis cepat.

Alhamdulillah, kitorang dapat tahu kitorang pregnant second tahun ni. Tapi tahun ni jugak la baby second ni kembali ke syurga lepas dipinjamkan selama 3 bulan dalam uterus aku.

Bukan nak merahsiakan walaupun memang ingat nak diam-diam aje kali ni sampai beranak, tapi sejak 8 weeks scan dah tak sedap hati. Baby terlalu kecik dan heartbeat terlalu lemah. Masa tu aku doa moga baby survive dan kuat.


28th March 2016
Alkisah masa 28 March, masa minggu 12 weeks tu aku rasa cramp perut yang rasa dia sama exactly masa aku cramp masa pregnantkan Qaireen masa 7 weeks. So aku try ignore sebab pikir sama macam Qaireen kot and malas pikir banyak. Ipin ajak pergi klinik aku cakap, "Ala tak ape la. Esok aje la kot."

Malam tu tidoq je la malas pikir and esok tu pulak rasa letih dan perut memulas. Kiranya 29 March aku kerja berulang toilet je pee and poo. So hari tu aku pun makan banyak sayur hijau and ulam. Kot la pikir tak cukup folate and acid folic.

30th March 2016
30 March, pagi tu dekat office aku sumpah tak larat. Perut memulas aje dan cramp. Jalan sikit semput penat. Dah la malam 29 haribulan tu Qaireen tak tidoq sangat sebab batuk. Dan 30 March tu berderet meeting. So 5:30 petang tu ontime aku keluar office. Walaupun meeting tak habis lagi. Sebab nak bawak Qaireen ke klinik and aku rasa tak selesa. Tak kan nak annouce satu office kot aku tak selesa kan.

Masa masuk kereta petang tu, aku rasa basah sangat dekat spentot masa tu. Cakap kat Ipin, then kitorang balik je la rumah. Sampai je area rumah, ambik Qaireen dari taska then balik rumah. Rest kejap then terus solat. Aku terlupa kejap pasal rasa basah tadi tu.

Then masa nak sesiap keluar nak bawak Qaireen ke klinik sebab batuk tu, aku ke toilet and terkejut badak tengok ada darah and masih bleeding. Memang terperanjat sangat la kan! Aku pun ape lagi, memang cepat-cepat la kan bagitau Ipin. Ipin muka memang dah berubah habis.

Kitorang both rasa hati tak sedap. Nak pegi hospital ke nak tunggu. Aku lagi la dah tak senang duduk. Aku mesej dekat group, diorang suruh pergi hospital. Aku tanya Ipin, Ipin pandang aku. Aku suruh Ipin call klinik Bahiah dekat rumah ni nak buat scan. Lagi pun memang check up pregnant kali ni dekat klinik ni. Klinik cakap nak tutup dah and suruh pergi datang esok je.

Engko ingat dengan bleeding macam tu boleh bertenang dan rela esok je baru tahu status apa yang jadi? Huhuhu memang tak lah! So aku pun kata kat Ipin try pergi Umra Shah Alam. Ikutkan tak nak pergi sebab aku pernah ada bad review dengan diorang tahun 2013 dulu masa pregnantkan Qaireen.

So malam tu terus decide untuk ke Umra untuk scan je. Ipin call dan doctor kata untuk emergency case baru scan dan entertain. Ipin kata la wife saya bleeding bla bla sekarang berapa weeks bla bla. Dan doctor yang available masa tu Dr.N********.

Sampai Umra terus ke kaunter reception tu cakap nak scan dan bleeding and nak jumpa doctor. Tunggu sekejap, then ambik blood pressure baru pastu baru jumpa doctor. Explain dekat doctor sikit. Dia tanya berapa weeks, check up mana, last scan nampak apa, pregnancy ke berapa, dulu beranak macam mana, dekat mana dan bagaimana etc. Rasa nak cepuk dah dia masa ni dok perlekeh hal orang beranak dulu. Lepas dah buat orang bengang tapi masih leh control lagi, baru la scan.

Masa scan je tu, 12 weeks sepatutnya ada rupa baby dah and heartbeat. Nah, baby bentuk terlalu kecikkkkkk sangat and no heartbeat. Kantung besar tapi dah crinkles. Bentuk dah tak sekata. Doctor ni confirm-kan yang memang dah miscarriage dan kena abort the pregnancy. Dia punya la suruh D&C malam tu jugak admit and esok buat prosedur.

Sambil dia explain tu ada la aku tanya soalan, boleh dia jawab sambil tinggi suara pulak tu. Dua kali pulak tu. Geram betul! Ingat lagi word dia. "Wait! Let me explain first then you can asked the question blabla", "Sekejap boleh?". Eh geram pulak aku. Aku bayaq hang ok memalam ni. Dah la punya jenuh dok tahan ayaq mata nak merambu keluaq nak nangis. Lepas dia explain beria tu aku cakap nak balik and tunggu naturally keluar baby tu. Doctor macam merengus la kan. Actually bukan taknak buat, aku nak try naturally dulu dan bertenang.

Nasib baik ada nurse dalam bilik doctor tu jugak dan nurse tu macam baik. Dia la macam calm kan aku. Lepas habis keluar bilik doctor tu memang aku merambu la ayaq mata and marah Ipin hahaha sebab aku kata dia tak jaga emosi aku. Tengah sedih memang merapu la cakap kan. Then lepas bayar bill, nurse bagi kad color orange suruh datang bila ready nak D&C. Huhu merambu kejap la ayaq mata lagi sekali kan.

Masuk kereta. Aku elakkan dari pandang Ipin. Aku tengok luar je. Sebab aku sebak and menangis. Malu aku kalau Ipin pandang. Hahah tah pape. Tapi memang Ipin tahu la aku nangis kemudian dia ambik tangan aku pastu cium tangan. Dia genggam kuat. Aku tau dia pun sedih and tak sangka diduga macam ni. Sambil tu kepala aku pening. Bukan pening sakit tapi sebab aku ni baru keje huahuahua masalah betul.

Malam tu memang nangis saja la aku. Mengadu dekat group, diorang cakap Allah duga aku sebab aku mampu lalui. Tapi masa tu emosi tak stabil kan. So aku macam kata susah la nak terima. Tapi memang aku nyata silap la.

31st March 2016
Esok tu, 31hb March kitorang memang ada check up dekat klinik Bahiah. So aku decide nak MC je hari tu untuk check up. Ipin pulak ambik EL hari tu. Untuk check up tu, aku pegi lewat petang sikit sebab pagi tu memang tak selesa dan bleeding saja non stop. Masa kat toilet lepas pee sure akan ada cebisan kepingan darah. Malam sebelum ke Umra tu pun ada keluar cebisan darah lepas aku pee. Dan masa ni aku memang dah redha and pasrah. Betul kata diorang. Allah duga dekat orang yang mampu.

Dekat klinik Bahiah, aku kat kaunter tu cakap nak check pregnancy tapi saya rasa saya dah miscarriage. Masa ni aku dah cukup pasrah dan redha. Kiranya sampai tengah hari, hari tu je aku nangis lepas tu memang tak nangis dah. Aku explain dekat doctor apa yang jadi etc semua dan doctor minta untuk scan tengok. Dan Dr.Bahiah cakap ye memang dah miscarriage.

Aku tanya pendapat doctor boleh ke tunggu turun sendiri dari D&C. Doctor kata boleh tapi 2 minggu je dan if tak turun jugak kena D&C. Aku ucap thanks dekat doctor dan rasa lega. Lebih calm dengan Dr.Bahiah ni instead Dr.N****** dekat Umra tu. Menyakitkan hati betul! Dr.Bahiah bagi MC 2 hari.



8 weeks fetal pole seen, single sac, heartbeat slow.
12 weeks not growing well.



1st April 2016
Tapi esok tu, 1hb April aku ke office half day settle apa yang patut, jumpa team lead dan dia suruh cuti 2 weeks unpaid leave untuk rehat. Dah ko team lead pun. Baby tak keluaq lagi pun kot. Tapi aku apply je la MC 2 hari tu dan unpaid leave 2 minggu. Malas cakap banyak sebab baru kerja kan. Aku bagi masa dekat diri aku sampai ahad untuk turun sendiri or else pergi la D&C nanti.

Tengah hari balik dah balik rumah tengah tengok tv, nak pulak ke toilet. Pergi la toilet kan. Lubang toilet lak sumbat. Stress betul. Call la Ipin dan call pekerja Indon MKH untuk tolong tengok punca kenapa. Layan je la dia tengok lubang sumbat tu and simbah acid bagai sebab macam ada batu bawah tu. Then dia pun balik.

Ipin balik kerja, aku explain je la apa Nidan tu buat. Sambil dok tengok Ipin dok belek lubang air tu, tetibe bunyi pop keluar mengalir darah. Hahahah terkepit-kepit aku naik atas takut darah melimpah ke apa. Sebab toilet bawah tu sumbat nye pasal.

2nd April 2016
Sabtu 2hb April pulak siang layan diri pergi kaison punya sakan membeli belah then malam ke i-city. Konon jalan banyak akan buat cepat baby turun. Hahaha takat cebisan tu je la makin banyak. Ada jugak sambil tu google pasal D&C semua dan baca review bagai. Keputusan pun dibuat. Lepas punya pikir punya lama.

3rd April 2016 - 10:30 pagi
Ahad 3hb April, tengah hari tu dalam pukul 10:30 pagi kitorang hantar Qaireen ke rumah nenek dia. Seronok la Qaireen dapat melayan tengok mickey mouse dia. Huh! Then kitorang pun ke Umra. Memula nak ke Hospital Metro Klang, tapi tak jadi. Tropicana Medical Centre lak kemain mahal. Malas nak perabis duit dekat situ. So ke Umra la kami pagi tu. Sampai Umra dalam 11:30 pagi kot. 

Dekat Umra, sampai kaunter boleh tahan emosi jugak la. Aku cakap datang untuk D&C sebab nurse suruh datang dan ada jumpa Dr.N****** malam 30hb tu. Boleh pulak dia ni aku rasa pekak ke apa, tanya berapa weeks. Aku cakap la, "Saya 12 weeks, tapi datang untuk D&C dan dah jumpa Dr.N****** 30hb hari tu.". Adui sabaq lagi sekali bila dia tanya berapa weeks lagi dan aku terpaksa sedikit tinggikan suara baru la dia dengar and muka terkujat habis dan baru bagi no turn. Sabaq je la aku dengan tengah keadaan macam ni. Grrrr! 

3rd April 2016 - 12:10 tengah hari
By the way, no turn aku 0157. Masa menunggu tu dalam 10 number jugak la kot. Dalam pukul 12:10 temgah hari tu baru la sampai turn aku. Ambil blood pressure then explain dekat nurse. Tunggu balik dekat luar bilik no.6 tu untuk jumpa doktor. Dalam pukul 12:30 tengah hari jumpa doctor perempuan tu tah apa nama dia lupa pulak, explain la apa yang jadi bla bla bla tu ni tu ni la cerita then scan la perut lagi sekali dan doktor pun confirm kan yang memang baby not growing dah dalam uterus mummy. 

Sambil doctor tulis dekat kertas A4 masalah aku ni, baru dia cakap file aku hilang. I iz kslgfjhgwjfhwejfsdhsdjfhjsd apa kebenda ni?? Ye la datang malam 30hb March tu ada je file. Haishh! Mana boleh careless macam ni. So doktor tu pun kata la nanti diorang akan cari bla bla bla. Ok fine what ever pun file aku kena ada. Rekod aku kot dalam tu. Cuba la upgrade system sikit masuk PC tak ada la missing macam ni kan. 

3rd April 2016 - 1:00 tengah hari
Lepas jumpa doctor perempuan tu, doctor bawak ke bilik Dr.Rafi. Doktor berkali tanya betul ke nak buat hari ni bla bla double cas bla bla kenapa tak esok je. Eh dah pulak. Tadi doctor perempuan tu pun tanya tak apa ke double cas bla bla. Isk tension pulak mak! Aku cakap, "Ye doktor tak apa. saya willing bayar.". Doctor perempuan tadi ada cakap yang aku dah puasa dari semalam then doctor, "Laa kenapa puasa awal sangat. Macam ni la awak makan dulu sebelum pukul 2:00 petang kemudian makan antibiotik terus lepas makan. Pukul 4:00 petang awak check in ward, masuk ubat dan makan ubat dan pukul 7:00 malam kita buat prosedur ye. Pukul 10:00 malam awak boleh balik.". Aku pun ye la doktor pape je la janji cepat setel semua ni.

3rd April 2016 - 1:20 tengah hari
Lepas keluar bilik Dr.Rafi tu, nurse suruh tunggu sekejap sementara tulis borang untuk deposit dan bagi ubat antibiotik. Aku ni dah la nak kena kejar makan sebelum pukul 2:00 petang. So aku pun bagitau la dekat nurse tu, saya pergi makan dulu la. Nanti pukul 4:00 petang saya datang balik. Nurse tu cakap eh ingat nak kena admit terus. Kata la doktor suruh makan bla bla semua. Then nurse tu cakap dia habis kerja pukul 3:30 petang. Then dia pun bagi se-pack antibiotik yang aku kena makan nanti. Baik betul nurse tu. Tenkiu ye nurse. Tak tau nama jugak.

Aku dengan Ipin buntu nak makan mana. Aku demand nak Nandos dekat Aeon Shah Alam yang baru bukak tu. Ipin bebel kata nanti lambat la bagai tak sempat makan sebelum pukul 2:00 petang bla bla bising betoi Ipin ni. So tak jadi la pergi Nandos, makan dekat mamak tepi Umra tu je la nak cepat. Ambil lauk sotong,sayur sikit dengan nasi separuh. Makan cepat-cepat lepas tu telan antibiotik. Tengok jam pukul 1:50 petang. Hahahah laju jugak makan.

Lepas habis makan tu, Ipin tanya nak pergi mana. Aku cakap dengan selamba INDEX LIVING dekat Aeon Shah Alam. HAHAHAHAH. Nasib la Aeon dekat so pergi la kitorang ke sana sampai pukul 3:30 petang. Jangan ingat pergi sana tak shopping? Haha mesti la shopping. Dah la parking jauh giler dekat Jusco. Index Living lak side lagi satu. Menapak berjalan pun jenuh tahan sakit perut. Pasrah and lantakkan. Mana tau kot kot terkeluar sendiri tak payah D&C. Tapi mesti la tak keluar kan. Hahaha. Jadinya dekat Index Living tu membeli beberapa barang deco dan Laundry box. Buat card ahli Index Living *sempat lagi* then terus berkejar ke Umra balik. Sampai Umra ngam-ngam pukul 4:00 petang.

3rd April 2016 - 4:00 petang
Sampai Umra cakap dekat kaunter untuk admit tadi ada check up dan cakap nama bla bla semua. Tunggu kejap sampai nurse cakap doctor perempuan tadi panggil balik ke bilik dia. Then dalam bilik tu diorang masuk 2 bijik ubat dekat bawah tu untuk bagi ada mild contraction then kena makan lagi seketul ubat apa tah.

Lepas tu nurse bawak ke atas masuk ward 4 orang tu kejap sambil layan mild contraction dan tunggu pukul 7:00 malam nanti. Then pukul 6:30 petang kot aku ke toilet, tengok makin banyak darah semua menitik habis. Zzzz. Dalam toilet lepas pee tu, sekali keluar darah beku sebesar separuh tapak tangan jugak la ketulan darah dengan sebiji ubat yang dah masuk kat bawah tu tadi dalam toilet bowl. Aku pun kutip la balik dan letak atas tisu untuk tunjuk doctor.

3rd April 2016 - 7:00 malam
Dr.Rafi datang pukul 7:00 malam. Doktor tanya ok ke bla bla kata la ok je semua. Aku mintak Ipin tunjuk darah beku tu tadi dekat doktor dan doktor kata boleh buang je dan tak habis keluar lagi. Dan dia nak buat prosedur pukul 8:00 malam then aku balik 11:00 malam nanti. Aku kata ehhh doktor tak boleh, sebab nak kena ambil anak dekat rumah mertua dan mertua kerja esok dan rumah mertua dan rumah kami jauh juga bla bla semua. Tak nak aku pukul 8:00 malam. Nak setel cepat nak jumpa Qaireen. Doktor pun akur la pukul 7:00 malam buat prosedur. Alasan dia nak buat pukul 8:00 malam sebab takut D&C Erpoc tu nanti tak berjaya. Aku kata,"Saya yakin akan berjaya."

3rd April 2016 - 7:20 malam
Nurse tolak aku ke bilik OT naik wheelchair sambil Ipin ikut sekali. Sampai depan bilik OT, nurse dalam bilik OT suruh aku mintak maaf dekat Ipin semua. Awkward moment kejap salam mintak maaf dekat Ipin. Lepas dia cium dahi aku then gosok ubun aku, Ipin tunggu dekat luar. Aku disuruh baring atas meja besi OT tu. Doktor yang buat prosedur ni perempuan and punjabi aku rasa. Nasib baik bukan Dr.Rafi. Lega gila aku masa tu.

Dekat atas meja OT tu, diorang depa kan tangan aku. Sebelah cucuk branula sebelah lagi yang denyut jantung tu. Masa cucuk branula doctor tu silap cucuk sampai kena tulang dah aku rasa. Memang menjerit sakit ler kejap. Then baru diorang tukar tempat cucuk tu. Then tak lama lepas tu aku lelap lepas ubat masuk ikut branula tu.

Tapi kan, masa prosedur tu walaupun aku tak sedar dan bukak mata, aku macam dapat rasa diorang buat apa dan apa diorang sembang. Cuma aku tak boleh cakap je. Tak tau la mimpi ke betul kan. Lepas habis prosedur tu aku macam terjaga dah tapi macam lelap-lelap kepala pusing. Diorang tolak naik katil ke ward tadi tapi aku macam weng. Sampai ward, Ipin tengok aku sedar kot dia tanya ok ke. Aku angguk je la. Then lepas pindah ke katil ward aku macam sedar terus. Masa tu dah pukul 8:00 malam kot.


Lepas ERPOC sempat lagi wefie dengan Ipin.
Nasib baik ada mekap lagi haha. Walaupun hampir jadi kak limah.


Sikit sample yang boleh bawah balik. Blurkan takut geli lak


Sekejap je pun sebenarnya ERPOC ni dan lepas tu memang tak sakit pun dan aku macam eh ye ke dah setel ni? Cuma mamai kepala pusing tu lama la jugak. Sejam jugak kot. Then sebab masa dekat OT sebelum dorang buat prosedur dekat aku, aku mintak diorang kasi sample sikit untuk tanam. Diorang kata diorang akan bagi sikit je la sebab nak kena bawa ke lab apa semua. So nurse datang dekat ward masa tu bagi la sikit half botol kot ada.

Tapi tula, nurse tak bukak pun topi biru bilik OT kat kepala aku. Kena bukak sendiri hahaha. Then pergi toilet lagi sekali darah meleleh. Zzzzz. Pukul 9:30 malam macam tu Doktor Elly ke Ellin tah datang tanya ok ke apa semua. Aku kata la memang dah ok kepala pun tak pusing. Pukul 10:00 malam doctor N****** pulak datang. Aku pelik ape benda pulak lain-lain doctor ni dan kenapa doctor ni mai pulak dah.

Kira sebelum Dr.N****** datang aku dah tukar baju asal bukan baju hospital dan bertudung elok dah semua. Lepas tu nurse datang kata boleh discaj dan sediakan bill. Ipin pergi bayar bill kat bawah kejap then lepas dia naik atas, kemas-kemas sikit. Terus balik. Turun lift, ke kaunter ubat kejap ambik ubat, then keluar hospital then masuk kereta. Tudia la macam tak ada apa-apa yang berlaku pun kan. Cost sebab weekend dan Ahad RM2K++ sipi-sipi ke RM3K jugak la.

Type laju-laju. Penat gila mengarang entry ni. Patut la entry hari deliver Qaireen tak siap-siap haha. Penat nak ingat kronologi. So, ubat tahan sakit dan antibiotik aku habiskan untuk seminggu. Sekarang dah minggu ke 2 pantang. Dan minggu depan masuk kerja balik. Dua minggu cuti pantang ni unpaid oi! Tak apa la nak buat cemana dah baru kerja tempat baru.

Kesimpulan dia, ERPOC tak sakit. Ngeri kalau Kuret D&C tu. ERPOC jugak mahal kalau weekend T__T weekday pun mahal jugak. Apa pun semua mahai. Nangis. Doakan kami dapat baby baru lagi tak lama lagi. Amin

Mana info mia tu abaikan je la. Penat ingat nak bagi habis entry ni. Kiranya kalau tarikh hari ni aku masih pregnant dah 14weeks. Huhu


Ok bai!

- Posted using BlogPress from my iPhone

Friday, December 11, 2015

Surprise Gift Cards Zalora!

Assalamualaikum

Haishhh! Kita perempuan ni kan, selalu fail sungguh nak beli hadiah untuk husband/boyfriend/tunang. Percaya la. Hadiah untuk lelaki lagi ni sebenarnya susah dari soalan, "Nak makan apa hari ni?". HAHAHAHA.


Surprisekan Gift Cards Zalora untuk kesayangan hati


Kot pulak jenis cerewet or jenis ada taste sendiri ni, fuhh mencabar kepala otak! Karang silap beli, tak pakai tak guna tak hargai hadiah tu, kita pulak yang sentap kan. Perempuan ni biasa la kan. Pastu lelaki pening nak pujuk balik. HAHAHAHA eh last-last kita pulak yang dapat hadiah balik.

Dari la zaman bercinta ke bertunang ke dah kahwin ke, nak buat hantaran tunang/kahwin ke, nak bagi hadiah birthday ke, anniversary kahwin/couple korang berdua ke or surprise tetiba untuk lelaki kesayangan kita tu, mesti pening nak bagi apa kan. Haihh. Nak buat cemana, lelaki ni complicated jugak sebenarnya. Eh?

Dah tu, zaman sekarang ni ada whatsapp or telegram geng-geng/kawan-kawan perempuan, kita mesti habis tanya dekat diorang ni minta suggestion nak bagi apa. Tapi nanti ada saja suggestion kawan-kawan tu ditolak.

Kalau kawan-kawan suggest jam tangan :
Ohh, jam tangan ni dia dah ada.
Alaa. Dia tak suka pakai jam tangan.

Kalau kawan-kawan suggest kasut :
Ish, susah la nak beli kasut untuk dia, tak tau la dia minat cemana.
Emm, aku tak rasa dia suka kasut jenis ni.

Kalau kawan-kawan suggest baju/seluar pula :
Dia ni cerewet la bab baju. Aku pening la kang dia tak mau pakai.
Kang seluar ni ketat pulak cemana.

HAHAHAHAH ok tu contoh. Sebab aku pun pernah alami. Pening hokayyyy! Pening mak jemah! Last-last kawan-kawan korang tu pun menyampah dah nak bagi suggestion. Ada je jawapan bantahan.

So untuk mengatasi masalah besaq ni, jeng jeng jeng... Tak payah sesusah pikiaq nak bagi apa. Korang belikan je Gift Cards Zalora ni dan surprisekan kesayangan hati korang. Biaq dia sendiri pilih hadiah apa dia mau. Gift Cards Zalora ni boleh beli dari harga serendah RM 75, RM 150, RM 200 dan RM300. Fuh! Kalau RM 300 memang heaven la kesayangan korang tu shopping dari top to toe. Mudah kan?

Then apa lagi? Click link tu sekarang, dan moh la membeli hadiah. Sure diorang happy dapat Gift Cards Zalora dari buah hati cantik molek diorang ni.


Ok bai!

Aku pun nak beli dekat #DearHusband aku. Hari tu dah membeli wallet baru dari Zalora untuk dia. Kemain senyum sampai telinga dia dapat hadiah tu. Cadang nak beli lagi ni. HAHAHA.


Monday, June 8, 2015

10 things to do in Japan

Assalamualaikum.

September 2013,
Aku pernah ke Japan. Tapi short trip sangat. Serius tak best sebab tak banyak tempat boleh visit dengar terkejar masa lagi. Masa pergi ni tak bawak Qaireen sebab dia kecik lagi. Tapi ada makhluk penyibuk tukang sibuk ni kata dia kalau pergi memana tak kan tinggal anak dia. HAHAHAHA. Hello, aku tak bawak sebab pentingkan kesihatan dia yang masa tu baru 3bulan lebih. Immunity tak kuat lagi. Macam la next time tak boleh bawak. Betul tak?

Ok skip part tak best tu. For me, Japan sangat best! Serius aku nak repeat balik trip hari tu dan kali ni nak pergi lama. Maybe 1-2weeks ke kan? Walaupun sekejap je pun masa tu, 3hari tak silap, terasa macam tak nak balik. Walaupun sampai cramp dan sakit kaki berjalan pressure diri sebab nak melawat banyak tempat, tapi puas walaupun tak la puas sangat sebab tak semua tempat dapat pergi.

Hahahah apa aku ni. Tak best tapi best. Puas tapi tak puas. Cakap pun dah pening. Dah jom ler menabung untuk repeat Jepun. Tak rugi pun repeat. hehe
















Cute image Source : Little Miss Paint Brush 

Ni gambar yang mana aku pernah upload dulu dekat instagram. Tak banyak gambar aku nak tunjuk kat orang. Yang lain simpan as kenangan kami. 

Tokyo Sky Tree

Gundam - Odaiba City

Mount Fuji - 5th Station
(Wishlist - checked!)

DisneySea

DisneySea

Odaiba

Senso-Ji Temple - Asakusa
Japan in Love - 260913-300913



Ok Bye! Rindu Jepun tahap teruk!
Nak update itinerary rasa macam malas. hewhew 

Friday, May 8, 2015

Chef Husband

Assalamualaikum.


Sepanjangan cuti baru ni, Ipin take over dapur. Kemain ketung ketang lagi. Sekali siap masak, sedap oi. Potongan sayur kemain lagi cantik. Ayam grill punya lawa. Rencah punya la sedap. Tak sesia aku ajar dia masak dan sekarang dia lagi power masak dari aku and lebih rajin masak dari aku ni. Huhu. Senang kalau aku tak sihat ke ape dia leh take over dapur je pasni. Kadang aku malas nak masak, dia pulak rajin masak. Semalam Ayam Masak Kicap punya la kemain sedap sampai menjilat pinggan aku dibuatnya. Kah Kah Kah. Thank you sayang. Nanti masak sedap-sedap lagi. Kikiki

Rencah Spagethi Goreng Basah yang Ipin sediakan. Aku tukang kacau sampai masak je.

Sayur Campur Mushroom dengan Ayam Sambal Ipin masak

Ayam Grill Carbornara hasil ketung-ketang Ipin lagi


Hahaha ok bye!


I love you very much lah gini Ipin. ekekeke.
Nanti mintak resepi dekat Ipin pastu update blog.

Thursday, April 16, 2015

Bukan review Yamaha LC135 vs Yamaha FZ150i

Assalamualaikum,

Aku bukan la tahu pasal motor pun. Langsung tak tau pape. Tahu naik motor jadi pembonceng aje. HAHAHAHA. Cuma ni nak cerita pasal motor husband aku sepanjangan kitorang dah 4 tahun couple ni. Tahun ni tahun ke 3 kawen la tapi.

Apa aku perasan husband aku akan tukar motor 4 tahun sekali. Bukan sesaje, tapi sebab ada problem. Aku tak la tahu problem apa sangat. Noob motor k. Jangan tanya aku. Tapi selama 8 tahun dia pakai Yamaha LC135 dengan dua motor berbeza, both problem lain-lain. -_-

Motor LC135 special edition kata Ipin yang first colour kuning tu, dia la mekap beria. Memang stylo habis la masa UMP dulu tengok motor dia ni. HAHAHA. Aku sempat naik tak sampai setahun pun. Motor tu problem ekzos kebenda macam rompong-rompong. Aku rasa macam elok lagi tapi dia gedik nak jual. Sukahati la Ipin. Aku tumpang je.

Then jual yang kuning tu beli LC135 yang putih baru pulak. Masa ni tengah praktikal 2011. Tapi motor ni teruk la kena lenjan ulang alik Sungai Buloh-KL tiap hari sebab kerja dekat KL then pernah sekali accident. Masa awal tahun ni motor ni kerap semput. Tengah bawak motor pun enjin macam nak mati. Pastu macam tak laju. Tak tau sebab apa masa tu. Pagi-pagi pun kadang payah nak start.

Last sekali dia buat masalah masa awal bulan March 2015. Ipin otw balik dari Bangi nak ambik aku dekat rumah dekat Sungai Buloh nak pergi kerja, Motor mati terus dekat Tol Ebor. Tak boleh start langsung. Tak hidup pun. Jauh lagi okay Ebor nak ke rumah. Sangat jauh!

Nasib baik la ada orang baik hati tolong towing sampai Shah Alam. Pastu orang tu nak pergi tempat lain. Aku masa tu contact Ipin tak tau nak buat apa lagi. Then ada orang tolong lagi towing sampai Bukit Jelutong walaupun orang tu nak ke Puncak Alam jugak arah rumah kitorang tapi motor dia berat. Ipin tak nak susahkan. Then Ipin panggil adik dia, Aizat tolong towing. Nasib baik lagi kebetulan Aizat cuti dekat rumah Mak. Aizat pun datang la then Ipin towing motor sampai ke rumah lalu Jalan Batu Arang (Jalan Mokhtar Dahari).

Siapa yang lalu jalan ni tau la macam mana bahaya jalan ni. Bottle neck dan naik turun bukit dan lori banyak. Dah la David Teo gedik buat cerita hantu Jalan Puncak Alam ni. Bongok betul. Nasib baik lagi kejadian ni masa siang. Huhuhu. Dah la sepanjangan jalan ni ada lalu tempat Altantuya kena bunuh. Hampes!

Nak jadi cerita balik rumah pun motor tak start. Pergi bengkel A, bengkel B pun diorang tak tahu punca. Sampai la jumpa bengkel C ni. Rupanya sebab minyak tak turun dekat karburetor. Sengal la! Ye la motor dah 4 tahun umur dia. Dah pulak lenjan macam hape. Walaupun selalu service tapi dah takdir dia letih jalan jauh. Ipin pun malas nak repair motor tu. Then dia decide jual je la motor LC135 putih dia tu dan beli Yamaha FZ150i putih pulak.

Moga motor baru ni berkhidmat lama sikit. Letih la asyik tukar motor. Memula naik motor ni rasa awkward sebab tinggi sikit dan tayar besar sikit kan dari LC135 tu. Pastu laju sikit. Then lama-lama rasa ok dan selesa. Kadang je la sakit pinggang sikit sebab motor ni menunduk sikit kan. Aku tak bagi Ipin beli motor laju-laju sangat. Bahaya la! Motor kali ni kami pasang box. AGAGAGAGGA aku boleh sandar bebila aku nak. Syoookkk ooo!

Ni la kehidupan di KL. Ulang alik Saujana Utama ke KL. Aku kadang office dekat Bangsar kadang kena pergi Damansara Height. So kena la lalu Plus Highway. Ipin pulak dulu office dekat Megan Avenue 1, then Menara Perak. Sekarang dekat Sungai Merab, Bangi/Kajang tu. Jimat sikit naik motor ni dan cepat sikit sampai. Kesian Qaireen tunggu lama dekat Daycare. Kalau naik kereta bercinta la nak balik. Nyampah laaa!

Btw, tahun depan pengsan laa masa bulan March. Roadtax motor dengan kereta serentak bulan March. T___T Ni pun roadtax insurance kereta tak renew lagi. Kami tak ada bonuss tahun ni. Harap gaji je laa. Duit kutu dah perabis benda lain pulak dah. Adeh.

Oh ya lupa, FZ ok la jimat la jugak minyak. Kami kan travel jauh gilos.


Motor FZ150i masa first day tengok dekat bengkel

LC135 Putih yang 4 tahun berkhidmat

LC135 special edition yang habis Ipin mekap masa zaman Uni dulu

Masa pergi bengkel ambik ape tah ternampak LC135 putih ni. Huk. Kesian tengok dia togel macam ni.
Rasa nak nangis :(

Hello FZ150i. Welcome home. Selamat menjadi sebahagian famili our love nest.
Moga berkhidmat lama okay?


Review Yamaha LC135 dengan Yamaha FZ150i kot nak baca dekat click sini.
Review enjin motor Yamaha LC135 dengan Yamaha FZ150i click sini.

Ok bye!

Monday, January 20, 2014

Our Love Nest : Travel-log

Assalamualaikum.

Sepanjang kami kahwin ni. Boleh kata banyak jugak tempat dah pegi jalan walaupun tak ada la banyak mana pun.

Travel-log 2012
1. Cameron Highland (honeymoon)
2. Penang
3. Nusajaya, Johor.
4. Yong Peng, Johor
5. Sungai Petani, Kedah
6. Ipoh, Perak
7. USS, Singapore
8. Johor Bahru, Johor
9. Port Dickson, N9
10. Kuantan, Pahang
11. Batu Pahat

Travel-log 2013
1. Penang
2. Sungai Petani, Kedah
3. Ipoh, Perak
4. Cameron Highland
5. Kota Tinggi, Johor
6. Tokyo, Jepun
7. Melaka
8. Port Dickson, N9
Travel-log 2014 belum bukak buku lagi. Dok berangan nak pegi Jepun or Melbourne tahun ni. Tengok la mana rezeki yang datang dulu.

Even short period vacation kira travel-log bagi aku. Dan tak semestinya kena pegi obersea kan.


Note : Entry dari dayre yang dah basi tu http://dayre.me/hudaluna/WWdXzlx4dq
Ok bye!

Wednesday, June 13, 2012

Jom Kahwen?

MoshiMoshi.

Hai. Sunyi je kan blog ni. Maaf. Aku sentiasa busy sejak dua menjak ni ha. Tetiap hujung minggu ada je plan/aktiviti/kerja kena buat. I iz zoo stress! Banyak kena buat. Serabut otak ni!

Baidewei, jarang aku update kat sini adalah sebab ini jugak.

.

.

.

.


Nahh. Aku dah reveal blog kaweng kaweng dekat public. Anything related dengan wedding aku hanya post kat sana. Sebab sini blog personal. Nanti nanti baru merepek kat sini balik.

Dah tu ape lagi, pegi baca blog aku tu. Perempuan-perempuan suka la kot. Lelaki rasa nya tak baca kot blog macam ni.

Bila dah kaweng nanti blog tu cerita pasal anak anak pulak. hiks! Tak sabar nak ada baby sendiri. Junior Huda Luna dengan Ipin Sepet. Korea look ke arabic look? Haha.

Doakan semuanya berjalan lancar tau. InsyaAllah.

Tuesday, April 17, 2012

One Step Closer - the Engagement

MoshiMoshi!


Alhamdulillah. 14.04.12 dah menjadi tunangan #DearFutureHusband
sempena 100 tahun titanic.


NotaKakiHudaSiLuna :
nak menjadi seorang isteri yang solehah.

Thursday, September 29, 2011

Hari ini mungkin untuk kali yang terakhir.

MoshiMoshi!

Assalamualaikum semua!
Hari ni sebenarnya dah lebih seminggu aku private blog. Ada ke yang mencari blog aku? Macam tak ade je kan? Kesian Huda. Kesian. Hmm.

Aku private blog sebab satu macam dah tak ada benda nak cerita. Dua sebab lebih rasa tenang macam ni. Aku update blog ni pun sebab nak wish buat pertama kali nya dekat #DearFutureHusband Selamat Hari Jadi. Beza umur kitorang 9 bulan tepat. Aku 29 Januari. Dia 29 September. Ye ye. Aku tua. Aku tau. *ehem*

Aku masih hidup. Masih bernyawa. Cuma hidup sangat tertekan sekarang ni. Aku cepat emosi. Aku cepat tertekan. Salahkan kehidupan di office yang sungguh tak best. Salahkan kerja yang terlampau banyak sampai rasa tak cukup tangan dan otak. Otak pun dah sampai berlari tah kemana. Sampai kejar otak, otak pun terjun bangunan sebab kekecewaan. Maka, aku pun jadi la manusia yang lambat pick up. *pity you Huda*

Sudah la Huda. Jangan nak buat gila dekat sini. Kang ada yang telepon Hospital Bahagia hang duk tang sana kang nanti.

*ehem*
*clearkan tekak*

credit : norhanarosmida
*masa beraya dekat rumah dia*


Hari ni hari tua #DearFutureHusband aku. Ye awak. Tak perlu la nak mention tua tua awak, tua lagi saya. Dah dah. Sekarang ni, saya nak cakap Happy Birthday Sang Maharaja Hati Huda Luna. Semoga awak cepat kaya so kite boleh cepat kahwen. *gatai betei makcik ni* Ok tak. Wish lain. Semoga awak akan sentiasa diberkati Allah. Semoga awak jadi makin hensem dan sepet. *aummm* Semoga awak dapat kerja bebaik. Semoga awak akan berjaya dalam hidup. Semoga awak dapat membalas jasa parents awak. Semoga kite akan sentiasa bersama sampai bila bila. Saya sayang awak. Awak tahu kan? Err lagi satu semoga perut awak kempesss sikit. Hihi. *larikkk*

Err. Awakkk. Saya nak celebrate birthday awak. Tapi kan tak tahu nak bagi menterkejutkan awak macam mana. Sebab awak ni hebat sangat bab menghidu niat tak baik saya kan. *grr*

ini cinta hati kedua. zaini (joni)

Ok lah semorang. Ni mungkin entry terakhir aku untuk tahun ni. Aku akan kembali. Tapi tak tahu bila. Blog ni aku akan private kan balik lepas 24jam. So, anggaplah entry ni sebagai entry good bye untuk semua. =)


Happy Birthday cinta!


NotaKakiHudaSiLuna :
jumpa lagi nanti.

Sunday, September 11, 2011

212.

MoshiMoshi!

Dah tujuh bulan dah kitorang hari ni. Selama 212 hari ni aku tak pernah sesekali menyesal dipertemukan dengan dia. Selama 212 hari ni dia sentiasa ada untuk aku. Selama 212 hari ni dia sentiasa buat perkara yang buat aku terharu. Dia memang jaga aku macam budak kecik. Dia tak macam orang lain.

Ada orang lain ke sanggup pakai kan kasut bila kau susah nak pakai kasut? Ada orang lain ke yang sanggup susah payah untuk kau setiap hari untuk ambil dan hantar pergi kerja. Ada orang lain ke yang sanggup turun office sekejap beli pil cit tek aun dan roti bila kau sakit perut sebab lapar. Ada orang lain ke yang sanggup buat surprise yang menterkejutkan yang tak dijangka? Ada ke orang lain yang sanggup datang dari jauh semata-mata nak beraya dengan kau dan kawan-kawan kau dari negeri lain? Aku tak pernah lagi jumpa orang lain yang macam dia. Terima kasih #DearFutureHusband!


Mr.pinky gemok


Dan sejak dengan dia jugak aku makin gemok.


NotaKakiHudaSiLuna :
kumpul duit nak kawen

Wednesday, August 10, 2011

#WW Wordless Wednesday #10 : Macarons untuk cinta.

MoshiMoshi!

Pada hari Rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar itu yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan.







NotaKakiHudaSiLuna :
esok happy anniversary 6 bulan. kesian baru 6 bulan kan. ingatkan 6 tahun dah. hihi

Wednesday, July 27, 2011

#WW Wordless Wednesday #8 : Ada education tapi tak reti guna.

MoshiMoshi!

Pada hari Rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar itu yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan.




NotaKakiHudaSiLuna :
siapa terer asp.NET?

Wednesday, July 6, 2011

#WW Wordless Wednesday #5 : 1437

MoshiMoshi!

Pada hari Rabu, semua blogger post gambar di blog mereka tanpa meletakkan apa-apa description untuk explain gambar tersebut, biar gambar itu yang menceritakan tanpa korang letak apa-apa penjelasan.






NotaKakiHudaSiLuna :
Blog updated by dearfuturehusband sebab dearfuturewife tengah jenjalan

Thursday, June 30, 2011

Bad Boy. Good Girl.

MoshiMoshi!

Entah la kenapa makin tak ada mood nak ngadap blog. Padahal bukan nya tak ada cerita. Banyak cerita. Tapi malas nak menaip. Malas nak bercerita. Zzzzzz. Okay la lepas ni aku promise aku akan update sekerap mungkin dan bukan hanya wordless wednesday tu tak pun 10 things tu. Apaaa? Cerita pasal cinta? Alaaaa. Itu aku tak gemar. Kekadang boleh la.

Hidup aku? Ermm sekarang aku tengah sebok mencari rumah sewa. Dah dapat dah pun so far. Cuma tak pergi tengok lagi. Sabtu ni pergi tengok dengan Kekanda ku Ariffin Sepet. Lepas tu akan mula intern 18hb July ni. Intern berapa lama Huda? Dekat mana? Okay. Aku intern dekat The Garden Mid Valley. Jangan ingat dekat the Garden tu tak ada office okay. Aku intern 6 bulan. Lepas tu terus kerja kalau ada rezeki. Tahun depan graduate. InsyaAllah. Then kahwin! Ehem. =P



Bak kata pepatah orang tua tua mat saleh. Seorang perempuan mesti akan cintakan lelaki yang tak baik sekali atau dua kali dalam hidup dia untuk dia berterima kasih untuk yang terbaik untuk dia. Entah la labu. Apa pendapat korang? Aku pun tak tahu. Jap aku fikir. Pernah ke eh jadi dekat life aku? Ermm ermm. Rasanya pernah. Dah dua kali. So betul la kot tu kan? Ke macam mana?



NotaKakiHudaSiLuna :
siapa sayang aku angkat kening cepat!

Monday, May 30, 2011

Semua boyfriend kena tahu yang girlfriend suka...

MoshiMoshi!



1. Membebel

Perempuan memang suka membebel. Benda kecik semut pun nak membebel macam salah tu sebesar gajah. Boleh buat lelaki rimas tahu. Tapi kalau dia membebel tu tanda dia alert. Baru la lelaki tak buat silap.


2. Dimanjakan

Semua perempuan suka dimanjakan kot. Tetambah kalau dimanjakan macam budak kecik. Dan lelaki yang memanjakan girlfriend dia adalah seorang lelaki yang sweet. Tapi jangan la manja sampai melampau sangat. Naik lemak nanti.


3. Diberi Perhatian

Lelaki ke perempuan ke memang nak kan perhatian. Tipu lahh kalau cakap tak suka kan perhatian. Cuba kalau girlfriend/boyfriend korang ignore korang sehari sebab lepak dengan kawan ke main game ke shopping ke tertidor ke, mesti korang merajuk bukan?

4. Berjiwang-jiwangan

Sekali sekala tulis lah ayat-ayat jiwang tak pun buat surprise tetibe ke kan baru la menaikkan mood sentimental. Tak semestinya tunggu tarikh sekian sekian macam anniversary ke baru nak berjiwangan. Macam #DearFutureHusband aku, dia ada tugas untuk ambil 100 Little Love Note yang aku bagi dekat dia.

5. Bersiap Lama

Perempuan memang suka bersiap lamaaaaaa! Lelaki ada yang tak kesah mentunggu. Then ada jugak yang menyampah tunggu lama-lama ni. Please perempuan. Bersiap cecepat sikit. Lelaki pun tak suka mentunggu macam kita yang perempuan ni. Err. Aku seorang yang bersiap lama kot. Sorry sayang!


6. Berkuasa Ditaktor

Kalau perempuan cakap "Ok Fine!" tu maksudnya dia nak boyfriend dia dengar cakap dia. Kalau perempuan cakap "Ermm Ye laaa." tu maksudnya dia tak setuju. Kalau perempuan kata "Tengoklah dulu." tu maksudnya dia taknak lah tu. Kalau perempuan kata Yes! means YES! dan No! still means YES! Kejam bukan sebenarnya perempuan ni. Ada nak tambah lagi?

7. Sentap

Sikit-sikit sentap. Sikit-sikit sentap. Dah memang lumrah perempuan suka sentap. Lelaki pun tak kurang jugak sentap. Tapi kalau perempuan sentap, lelaki pandai pujuk. Tapi kalau lelaki sentap perempuan jarang pandai pujuk. Alaaa benda kecik-kecik tak payah la nak sentap-sentap eh. Tapi sebenarnya sentap-sentap ni bagus jugak actually sebab kita akan alert apa yang pasangan kita tak suka.

8. Dipujuk/Merajuk

Girlfriend memang suka merajuk. Sebab dia merajuk sebab dia nak dipujuk. Sebenarnya merajuk nya bukan apa sangat pun. Tapi saja nak tengok kesayangan kita pujuk. Lelaki memang terer memujuk. Perempuan? Fail! Memujuk untuk mintak itu ini perempuan memang terer.

9. Suka Bau Perfume Boyfriend

Yang ini aku tak tahu la semua suka ke tidak. Tapi bagi aku. Aku suka sangat-sangat. Bau perfume yang sesuai dengan bau badan memang buat rasa sexy. Rasa auummmmm dekat boyfriend. Jangan hanya awal-awal je berperfume bagai. Dah kahwen nanti anak dua tiga bau ketiak je lebih. Perfume ke mana. Deodorant tah lagi dekat mana-mana.

10. Control

Haa! Yang ini lelaki rimas! Sangat-sangat. Please perempuan. Jangan control lelaki. Kita main tarik tali je dengan lelaki lelaki yang bergelar boyfriend ni. Jangan sampai selalu check handphone, BBM, tweet and so on sebab risau dia main kayu tiga. Aku jenis control. Aku admit tu. Tapi masih berpada. Bukan sampai semua benda pun nak control.

11. Emotional/Egois

Untuk kekalkan relationship tu, kurang-kurangkan lah emo dan ego tu. Tak bawak kemana pun emo lebih ego lebih ni. Sikit-sikit tu perlu la. Ni sampai sorang emo sesangat then sorang lagi ego tak reti mintak maaf. Selalu nya perempuan emo. Lelaki ego. Jarang laa lelaki emo. Tapi lelaki emo cute sebenarnya. Sebab itu tunjuk lelaki itu seorang yang manja dan suka memanjakan.

12. Jealous

Ada awek tak pun pakwe yang kuat jealous memang merimaskan. Mana tak nya, nak keluar jumpe kengkawan pun cakap jumpe awek/pakwe lain. Jealous tu boleh dalam relationship. Tapi berpada-pada lah. Aku jealous tak banyak tapi aku tak suka orang susahkan kesayangan aku. Then mula la aku jealous.

13. Menangis

Semua orang pun tahu perempuan ni memang ratu air mata. Kuat menangis! Yeap. Kami yang perempuan ni memang suka menangis. Kitorang menangis sebab nak kan perhatian dan dipujuk. Kalau perempuan menangis pujuk lah dia. Lap air mata tu. Kalau dah kahwen peluk lah kuat-kuat. Tenangkan hati perempuan. Then sekejap je dia akan berhenti menangis.


Aku perhatikan semua orang untuk buat entry ni. Kalau ada lagi boleh tambah.



NotaKakiHudaSiLuna :
dah nak boleh grad dah!

Friday, May 20, 2011

Dah present Final Year Project

MoshiMoshi!

Finally aku dah present dah pun Final Year Project (FYP) tak pun Projek Sarjana Muda (PSM) aku Isnin, 16 May 2011 hari tu dengan kengkawan lain yang tekad siapkan PSM diorang semua. Tahniah semorang! Jom layan PSM Montage ni.

Kalau terer cuba cari aku. Hihi. Muka cuak kot. Lepas present dengan First Evaluator terus menangis. Menangis sebab objective tak tercapai. Tapi lega perjuangan selama 3tahun ni dah selesai. Hari ni dah keluar grade PSM tapi tak nak tengok lagi. Aku tak yakin dapat tinggi. Pasrah je lah. (Dah pergi tengok tadi petang. Alhamdulillah walaupun tak banyak aku syukur sangat-sangat)




Untuk kawan-kawan yang ambil PSM semester depan, Good Luck aku ucapkan. Jangan buat kerja last minute. Tu je keyword dia.

Baidewei, Apik Pehe kan classmate aku. Dia dah pun update entry pasal PSM ni. Kejam betei letak gambar muka aku lepas nangis. Grrrr! Si #DearFutureHusband pun dah update entry. Ni pun lagi sorang kejam. Tapi sangat sangat terima kasih untuk dia. Kalau dia tak ada aku rasa mesti aku dah jatuh teruk. Tenkiu so much sayang! Kalau korang tak tahu, si Apik dengan Ipin diorang ni roommate then classmate dengan aku.





NotaKakiHudaSiLuna :
lepas ni praktikal pulak.

Saturday, May 7, 2011

Day Four : 10 things you want to say to one person, #DearFutureHusband

MoshiMoshi!

//Tengah busy dengan Final Year Project sebenarnya ni. Stress weh!


Agak banyak sebenarnya nak cakap dekat awak. Tapi saya tak tahu nak cakap apa. Sebab dengan awak semua nya complete. Macam tak ada yang kurang. Mungkin orang akan kata; "Ala, baru-baru lagi memang la." Tapi saya yakin dengan awak. Sebab saya kenal awak.

Cuma saya mintak jangan pernah berhenti sayang saya. Jangan pernah kurang sayang saya. Bertambah-tambah tak apa. Jangan cuba untuk curang. Jangan cuba untuk kianati. Thank You sayang. Awak betul-betul buat hari hari saya begitu indah. Saya sayang awak budak sepet!

Saya jarang bercerita tentang awak dekat blog bukan sebab saya segan dengan awak atau apa, tapi saya tak nak dan tak suka orang cakap macam-macam tentang kita. Biar masa yang tentukan segalanya. Kita lebih tahu dari orang lain.

"The best thing about me is you."



Hamagadd! Adik aku cakap cousin aku baca blog aku, blog adik aku dengan blog #DearFutureHusband sampai khatam. OK malu sekarang. Sorok bawah katil. T_____T


NotaKakiHudaSiLuna :
saya kenal sayang saya. saya kenal 'Ariffin Hussin.