Showing posts with label Eat Clean Challenge. Show all posts
Showing posts with label Eat Clean Challenge. Show all posts

Sunday, December 21, 2014

Resepi Ayam Grill Ala Nandos

Assalamualaikum,

Tak ingat bila buat ayam ni. Tapi gigih Ok membuat dan menjadi. Sedap oi. Korang pun kena jugak try buat sekali. Sure nak lagi la.

Aku try buat ni mix resepi dari blog-blog ni, alter sikit mana yang best pastu buat. Macam butter aku guna olive oil macam tu. Pastu guna sos Extra Hot Peri-peri.

Hantam je la resepi ni korang asalkan menjadi, kenyang perut suka hati. Hehe





Resepi Ayam Grill Ala Nandos
Bahan-bahan
1/2 ekor Ayam - leg dan kepak (buang kulit)
4 camca besar Olive Oil
4 ulas Bawang Putih
10 biji Cili Padi Merah
1 camca besar Paprika
1 camca kecil  Oregano
1 camca kecil  Garam
1/2 camca kecil Black Pepper
1 camca besar Sos Cili
2 camca besar Madu
1/2 inchi Halia
4 camca besar Extra Hot Peri-peri Sauce

Cara-cara
1. Ayam cuci bersih, buang kulit
2. Campur semua bahan kecuali ayam, blendkan sampai halus.
3. Tuang hasil blend ke atas ayam, gaul rata then perap ikut kesukaan korang. (1 jam, 1/2 hari or semalaman. Terpulang)
4. Alaskan dulang untuk bakar ayam dengan aluminium foil. Susun ayam yang dah diperap atas dulang)
5. Panaskan Oven dengan suhu 170-200C selama 10-15minit.
6. Bakar ayam dalam masa 15-20 minit pada suhu 170-200C ikut kesesuaian oven korang jenis macam mana,
7. Kalau still tak masak, bakar sampai masak. Adjust masa mungkin tambah lagi 10-15 minit.
8. All the best. 



Resepi Potato Salad
Bahan-bahan
3 biji Potato
1 camca kecil Garam
1 camca besar Mayonis
1 camca kecil Black Pepper

Cara-cara
1. Stim potato sampai separa lembut.
2. Grill potato sikit sampai garing sikit.
3. Angkat dan ketepikan dalam bekas. Then gaul dengan garam dan black pepper.
4. Gaul dengan mayonis lepas tu boleh hidang.




Reference : Tiffin Biru, Life of Lady Ell, Shiawase Mrs Bangpek.



Monday, November 24, 2014

Spicy Chicken Wrap

Assalamualaikum

Selalu pening fikir nak makan apa malam-malam. Al-kisah ada beli wrap ni, terus fikir ok la kita ber-wrap chicken. Perap ayam bagai dalam homemade sambal. Relax-relax dulu 20 minit then grill ayam spicy tu.

Yang bagusnya makan eat clean ni cepat kenyang. Ai laike it. Sayur ada. Ayam ada. Pastu minum air kosong secukupnya. Setel. Resepi yang mudah la kiranya.





Semua update hari ni entry tertangguh hahahahahah.

Ok bye.

Banana Pancakes with Chocolate Syrup

Assalamualaikum


Memula kononnya nak buat pancakes tanpa tepung tapi tak berapa menjadi. So masukkan tepung sikit, baru menjadi. Boleh la asalkan eat clean punya concept still ada untuk banana pancake ni. Strawberry masam manis dengan chocolate syrup buat tambah lagi sedap.






  Ok bye!

Tuesday, November 11, 2014

Resepi Overnight Oats #1

Assalamualaikum.

Untuk orang yang first time belajaq ni ok la kot? Tak pernah minum milk putih, tak pernah makan yogurt. Haha tak apa nak sihat. Kena cuba jugak.

Resepi Overnight Oats with Berries, Chia Seed, Dark Chocolate and Muesli

Nampak tempting kan? Kah kah kah presentation tu penting. 


Resepi : http://www.buzzfeed.com/samimain/overnight-oats-recipes-to-restore-your-faith-in-breakfast

Ok bye!

Blackpepper Chicken Grill with Paprika Veggies

Assalamualaikum,

Dah berhari hari sebenarnye eat clean tapi tapi tak sempat update. So ni sekadar update untuk future reference. Gittew la cerita nye.




Ok Bye.

Friday, November 7, 2014

Korean Mushroom Veggies Omelette with Tempe

Assalamualaikum,


Gigih tak gigih punya nak buat egg roll love love ni. Tutorial tengok je la kat youtube ni kalau ada sesiapa nak tanya cara nak buat. Haha. Link tutorial egg omelette love shape.






Ok Bye.

Wednesday, November 5, 2014

Honey Grilled Chicken

Assalamualaikum,

Dinner semalam Honey Grilled Chicken. Gigih pergi Jaya Grocer dekat Bukit Jelutong dari Saujana Utama semata-mata nak tau Quinoa ada jual dekat situ tak. So ada. Tunggu gajian pergi beli. Sebab harga dia boleh tahan. Hehe. Next target nak pergi Urban Fresh dekat Setia City Mall dengan Cold Storage. Nak survey harga dan barang apa ada dalam tu.


Sedap kemain aku masak. Gittew
 

Jom kita tengok malam ni ada mushroom lagi ke tidak. hehe.


Ok Bye.

Tuesday, November 4, 2014

Chicken Mushroom Paprika

Assalamualaikum,

Day 1 Challenge aku dan husband nak eat clean katanya. So nah. Bajet ala-ala restoren gittew. Chicken Mushroom Paprika untuk dinner.


Ni kengkonon nak test try hari sabtu hari tu. Grill Ikan Tenggiri with Grill Potato.

Nasi kena ada oi. Tapi segenggam je la. Nasi Mickey Mouse. Nasi sikit lauk dan sayur banyak. Air masak pun kena banyak. Dan kita burn dengan simple workout sebelum tidur. Tak sabar nak perut selim melim. hehe


Ok bye!