Huda Luna Hussin: Happy Birthday
Showing posts with label Happy Birthday. Show all posts

Hari ini mungkin untuk kali yang terakhir.

MoshiMoshi!

Assalamualaikum semua!
Hari ni sebenarnya dah lebih seminggu aku private blog. Ada ke yang mencari blog aku? Macam tak ade je kan? Kesian Huda. Kesian. Hmm.

Aku private blog sebab satu macam dah tak ada benda nak cerita. Dua sebab lebih rasa tenang macam ni. Aku update blog ni pun sebab nak wish buat pertama kali nya dekat #DearFutureHusband Selamat Hari Jadi. Beza umur kitorang 9 bulan tepat. Aku 29 Januari. Dia 29 September. Ye ye. Aku tua. Aku tau. *ehem*

Aku masih hidup. Masih bernyawa. Cuma hidup sangat tertekan sekarang ni. Aku cepat emosi. Aku cepat tertekan. Salahkan kehidupan di office yang sungguh tak best. Salahkan kerja yang terlampau banyak sampai rasa tak cukup tangan dan otak. Otak pun dah sampai berlari tah kemana. Sampai kejar otak, otak pun terjun bangunan sebab kekecewaan. Maka, aku pun jadi la manusia yang lambat pick up. *pity you Huda*

Sudah la Huda. Jangan nak buat gila dekat sini. Kang ada yang telepon Hospital Bahagia hang duk tang sana kang nanti.

*ehem*
*clearkan tekak*

credit : norhanarosmida
*masa beraya dekat rumah dia*


Hari ni hari tua #DearFutureHusband aku. Ye awak. Tak perlu la nak mention tua tua awak, tua lagi saya. Dah dah. Sekarang ni, saya nak cakap Happy Birthday Sang Maharaja Hati Huda Luna. Semoga awak cepat kaya so kite boleh cepat kahwen. *gatai betei makcik ni* Ok tak. Wish lain. Semoga awak akan sentiasa diberkati Allah. Semoga awak jadi makin hensem dan sepet. *aummm* Semoga awak dapat kerja bebaik. Semoga awak akan berjaya dalam hidup. Semoga awak dapat membalas jasa parents awak. Semoga kite akan sentiasa bersama sampai bila bila. Saya sayang awak. Awak tahu kan? Err lagi satu semoga perut awak kempesss sikit. Hihi. *larikkk*

Err. Awakkk. Saya nak celebrate birthday awak. Tapi kan tak tahu nak bagi menterkejutkan awak macam mana. Sebab awak ni hebat sangat bab menghidu niat tak baik saya kan. *grr*

ini cinta hati kedua. zaini (joni)

Ok lah semorang. Ni mungkin entry terakhir aku untuk tahun ni. Aku akan kembali. Tapi tak tahu bila. Blog ni aku akan private kan balik lepas 24jam. So, anggaplah entry ni sebagai entry good bye untuk semua. =)


Happy Birthday cinta!


NotaKakiHudaSiLuna :
jumpa lagi nanti.

Remaja magazine

MoshiMoshi!

Hilang satu tak merugikan aku apa-apa. Tapi lagi buat aku happy aku bahagia dan gembira sebab pintu rezeki aku macam mencurah-curah. Betul tak tipu! Aku pegang prinsip biar orang buat kita tapi kita jangan buat orang. Sebab Tuhan tu Maha Adil. Jangan pulak bila dah kehilangan sesuatu baru nak hargai apa yang dah hilang tu. Ingat tu.

Hmmm.

By the way aku nak ucapkan banyak-banyak terima kasih dekat Kak Jue. Dah lama dah sebenarnya aku di interview untuk masuk kolum Blogspot dalam majalah Remaja ni. Terima kasih Kak Jue. Huda happy sangat dengan hadiah paling bermakna ni. Hadiah umur 23tahun yang paling best setakat ni.

Terkejut kot bila tetiba je ada sorang ni komen dekat entry Hana ni cakap jumpa blog aku dari Remaja. Nama dia Farhana Jafri. Aku macam OMG OMG kenapa keluar sekarang. Kenapa sekarang. Macam tu la. Tapi tak percaya lagi. Then Hanna Maruku post pulak dekat wall cakap blog aku masuk Remaja. Aku terus jadi mana Remaja mana mana mana nak baca!

Then dua hari lepas Daus Pozi dan Admiral Hafiz ada buat entry pasal ni baru la aku percaya lepas baca artikel tu. Tapi yang tak best nya ada perkataaan TEMAN LELAKINYA. Tu la aku cakap kenapa sekarang. Kenapa. Sebab sekarang dia bukan lagi TEMAN LELAKI aku dah. Dia dah ada orang lain dan dia bahagia dengan yang baru tu. Aku doakan je la kebahgiaan diorang. Tanak kacau pun. Jaga hubungan korang tu baik-baik.

Ok cerita sedih boleh dilupakan ye kawan-kawan. Sebabnya aku sangat happy sekarang ni. Banyak benda best, happy, seronok, berlaku serentak. Sampai aku rasa eh aku dah break up eh? Dah lupa la pulak. Tak ingat langsung. Menangis tu sehari dua je. Sebab terkejut kan. Hari ketiga dah cure 100%. Tak menangis. Tak sedih. Tak ralat.

Blog Hijau Daus Pozi yang bestttt tuuu!

Blog Huda Luna yang pink tuuuuuu!
Ade blog Ezhan Artwork perasan tak?
blog dia lagi femes.

Lagi satu benda best nak tau ape? Nama aku disebut-sebut masa Frinjan hari tu. Err err. Kalau tak kerana AbuUbaidah66 cakap dan retweet status Bobby Nuurri aku tak tahu pun pasal ni. Apa tah diorang bercakap pasal aku dekat sana cuak jugak ni. Aigooo! Malu. Sebab kalau orang kenal nama ni mesti ada musuh. Mesti ada yang tak suka. Aku tak suka macam ni. Rindu pulak zaman orang tak kenal siapa tu Huda Luna.


Ape-ape pun congrats untuk kite tiga orang; Daus Pozi, Admiral Hafiz dan aku. Jangan lupa singgah blog diorang untuk baca cerita versi diorang pulak okay! Ingat. Aku tetap Huda Luna yang sama, Still macam dulu. Tolong jangan panggil aku artis. Kalau tak aku merajuk.


NotaKakiHudaSiLuna :
please jangan kaitan aku dengan dia lagi. jangan mention nama kitorang sekali. please.

Dua puluh.

Hoho dimanakah budak kecik itu?f ind me if you are smart. hehe. *gelak jahat gila ni*




ni adalah gambar budak kecik itu di kala dia sudah dewasa. Tak ade la dewasa mana pun. Gambar tahun lepas masa budak kecik itu umo 20 tahun.



MyEm0.Com

NotaHudaSiLuna :
budak kecik itu sudah hendak dewasa lagi...sudah kurang dari 48 jam je lg...


dua puluh