Huda Luna Hussin: Homemade Activities
Showing posts with label Homemade Activities. Show all posts

Qaireen Nisrina : Homemade Play Doh

Assalamualaikum.

Sejak jadi mak mak ni, aku paranoid sikit. Sikit ke? Hahaha entah. So sebab Play Dough dekat luar tu macam agak bahaya untuk budak below 2 tahun takut termakan ke ape ke, aku pun mengigihkan diri google cara nak buat play dough homemade nak bagi budak ni main. 


Saiz tak sama besar la pulak


Alah takat bagi kenal texture. Kecik lagi dia. Tak tau lagi function dan apa boleh dibuat dengan play dough. Tunggu besar sikit nanti beli play doh set tu dan siap sedia la rumah comot dan banyak kerja nak kemas. Phew.




Kecik-kecik dulu mak engko ni tak merasa Play Doh tu. Tengok anak jiran ada, terliur je. Shiannn.


Resepi Homemade Play Dough (No Cook Play Dough Recipe)
Satu resepi boleh untuk 1 or 2 doh sahaja

Bahan
2 Cawan - Tepung Gandum/Tepung All Purpose (kalau lembik boleh tambah tepung)
2 Sudu Besar - Minyak Sayuran
1/2 Cawan - Garam
2 Sudu Besar - Cream of Tartar
1.5 Cawan - Boiling Water (masuk sikit-sikit sampai dapat best texture)
Pewarna Makanan (letak setitik dua je)

Steps
- Campur Tepung, Garam, Cream of Tartar dan Minyak dalam satu bekas besar (mixing bowl)
- Campur boiling water, Uli sampai texture yang sekata dapat. Kalau rasa sticky lagi dan tak macam plasticine, tambah lagi tepung.
- Biar adunan sejuk, Then pecah kan doh kepada 2 bahagian dan uli pewarna dalam doh. (tangan nanti berwarna, tapi boleh cuci)
- Dah siap! Boleh bagi anak main dah.


Play Dough ni tahan untuk 6 bulan kalau simpan bekas dalam peti ais. Play dough juga bagus untuk imaginary dan sensory motor skill untuk anak-anak kita. Akan buat diorang lebih creative.





Reference :


Ok bye!