Huda Luna Hussin: Our Little Junior
Showing posts with label Our Little Junior. Show all posts

Rainbow Baby - Yusuff Idraaki 11 months old

Assalamualaikum,

Lama mummy Qaireen dan Idraaki tak bersiaran. Leceh nak update blog guna laptop. Tak ada ke apps untuk blogging yang mudah? Hesh.

By the way, hari ni Yusuff Idraaki dah 11months old. Lagi sebulan nak 1 year old dah.

Mummy promise dalam sebulan ni akan update birth story balance hari tu.

I have no time. So sad.

Yusuff Idraaki

Miscarriage dan D&C ERPOC di Hospital Umra Shah Alam

Assalamualaikum.

Ps : entry ni mungkin sangat panjang sebab serupa diary dah dan masih fresh dalam otak.

Tudia. Entry beranak Qaireen pun tak publish lagi. Entry miscarriage second baby up dulu. Sebelum aku malas dan lupa baik tulis cepat.

Alhamdulillah, kitorang dapat tahu kitorang pregnant second tahun ni. Tapi tahun ni jugak la baby second ni kembali ke syurga lepas dipinjamkan selama 3 bulan dalam uterus aku.

Bukan nak merahsiakan walaupun memang ingat nak diam-diam aje kali ni sampai beranak, tapi sejak 8 weeks scan dah tak sedap hati. Baby terlalu kecik dan heartbeat terlalu lemah. Masa tu aku doa moga baby survive dan kuat.



8 weeks fetal pole seen, single sac, heartbeat slow.
12 weeks not growing well.