Huda Luna Hussin: Our Love Nest
Showing posts with label Our Love Nest. Show all posts

Lukisan pelan renovation

Assalamualaikum.

Walaupun zaman muda gitu, dikala 11-12 tahun lalu (omg tua nya rasa!) masa aku form 4-5 aku ambil course civil engineering dan lukisan kejuruteraan untuk SPM, tapi sebab dah berkurun tak guna skill tu, tangan dah kejung nak melukis-lukis dah pelan-pelan ni.

pelan yang aku conteng siap ukur dengan pita ukur kononnye.
contoh lukisan yang ni contractor pegang


Dulu master oihhh. Setiap project untuk subjek dedua dapat A gittew. (Mood perasan)


Tips pilih contractor dan basic renovation!

Assalamualaikum.

So akhirnya, kitorang teruskan pelan asal which is extend dapur, lepas habis ke-emo-an hal rumah. Nanti la cerita kenapa emo. Kita tulis benda best dulu baru benda tak best ok.

Masuk-masuk rumah terperanjat kitorang diorang dah start. huhu.
Dinding dekat dapur tu akan robohkan dan kedepan sikit


Actually nak extend dapur, extend bilik masterbed yang agak kecik tu (punca emo terbesar), alih toilet bawah dan besarkan toilet masterbed room jadi en suite (berangan kemain heh), tapi sebab bajet tak berapa banyak (sedar diri pun), kita back to reality, extend la dapur dulu. Kemudian je la extend yang lelain. Walaupun bakal penat lagi. Tak sukanyaaaa!


Our Love Nest : Progress December 2015

Assalamualaikum.

Yey! Finally dah dapat kunci our first house masa 10th December lepas!

Kunci yang ditunggu-tunggu


Alhamdulillah. Punya la konon busy dan tak ada mood, last post pasal progress rumah pun bulan July lepas - Progress July 2015.


Our Love Nest : Oh My Porch!

Assalamualaikum

Huargh stress pulak aku tengok ni. Porch rumah kitorang muat 4 biji myvi. Hari tu Ipin saja la try parking nak tengok cemana. Sekali ambik ni. Luas gaban porch tu. Adeh. Kepala otak terus pikir nak extend je bawah tu. Semua pun nak extend nak reno kau ni Huda. Dapur la bilik atas la bilik bawah la. Puih.





Ok bye!

Our Love Nest : Progress July 2015

Assalamualaikum

Hari tu siap meet up tengok rumah lagi. Harap dapat CCC cepat then nak claim defect haha. Kalau ade la. Yang claim LAD tak layak sebab SNP bulan 4 tahun depan. So siapa beli awal je la dapat claim. 


Cepat oi hand over! tak sabar nak masuk dah ni


Our Love Nest : Progress May 2015

Assalamualaikum.

Lama tak boleh masuk site since site tu super busy dengan construction jalan keluar masuk dan banyak sangat lori. Jalan belakang diorang dah block. Hewhew. 




Maka semalam redah la masuk lepas 530petang sebab lori tak kerja time Ahad tu. Boleh tahan jauh jalan masuk nak sampai ke rumah. *nangeh laa nanti nak hantar Qaireen ke taska*


Our Love Nest : Progress March 2015

Assalamualaikum.

Tak tau la awat pemalaih sangat nak tulih blog ni. Rasa malas nak menaip walaupun banyak betoi benda nak type. So sekarang ni nak update pasal progress rumah baru ni bulan March kami pergi site melawat. Sat je dah April. Macam tak sangka. Macam baru je new year dah 1/4 tahun dah berlalu. Rumah pun dijangka siap August or September. Kena start cari perabot pastu nak renovate tu rasa macam nak refinance loan bank sekarang. Tengok la macam mana.


Hillpark Shah Alam North, KUALA SELANGOR. 

Lol. aku dok Kuala Selangor. Pfttt. Padahal dekat sebelah Saujana Utama je pun. Sebelum Puncak Alam. Depan UiTM Puncak alam. Redha je la. Tapi kalau la Shah Alam ambik alih tanah ni, merasa la jadi Shah Alam tapi cukai mahai la. LOL.


Our Love Nest : Progress January 2015

Assalamualaikum

Dah lama tahun baru, hari ni baru aku nak post. Pending post banyak dalam draft tapi tak rajin nak habiskan. Nak tulis tu rasa macam berat nak type. Semua sebab kepala otak pening pikir mana nak cari duit nanti nak reno rumah la apa la semua.

Alhamdulillah. Rumah dah nak siap dah. Memang tak sabar nak masuk cepat. Ahad lepas pergi melawat site. Rumah dah cat. Defect pun developer dah inspection. HAHAHA. Tak dapat la claim defect macam ni. Pandai diorang kan. Grrr.

Row depan sekali. Pagar dah pasang. 

Our Love Nest : Progress December 2014

Assalamualaikum.

Bulan November berkali nak jenguk site tapi tak boleh nak jenguk sebab asyik hujan tanah lecak. Nak naik dengan myvi memang tak laaa. Tenggelam myvi iols karang. HAHAHAHHA.

Ade la jiran-jiran yang ade kereta besar besar masuk site dan share gambar. Tapi feeling dia tak sama. Hahaha ambil gambar orang dan upload. Kita tak turun site. Tak sama feeling dia. *mengada*



Bahagia tengok rumah sebahagia tengok duit mengalir keluar bayar. KAH KAH KAH


Our Love Nest : Progress October 2014

Assalamualaikum. Dah macam rutin kena pergi jugak tengok progress update rumah kitorang tu. Ekekek. Alhamdulillah rumah dah makin nampak rupa. Dah bersimen dan otw cat. Ni bulan depan kalau pergi site visit lagi mesti rumah tu dah bercat. Omg! Tak sabar sangat nak dapat rumah. Nak deco. Dan aku harap dipermudahkan RV so that senang kerja kami.

Jom tengok gambar aje la.

Dah bersimen. Tak sabar nye la


Dah banyak row dah siap.


Hantam je masuk dengan myvi dan park depan rumah kakakaka

View gambar Quadcopter dari jiran-jiran. Power betul Quad copter ni.

The best view dari ahli group



Zaman sekarang dah kena ada property seawal mungkin. Sebab harga property kat Malaysia ni bukan makin murah. Projek perumahan aku ni area Puncak Alam depan UITM dan harga masih reasonable walaupun maybe untuk certain orang agak pricey. Huhu. Tak apa la tak travel merata dunia sekarang, simpan duit untuk property lagi bagus.

Ok bye!

Our Love Nest : Progress September 2014

Assalamualaikum,

Hari tu kami pergi la tengok progress rumah kesayangan kami ni. Dah nampak dah rupa dia. Cuma belum bersimen dengan ber-cat. Alhamdulillah. Tak sabar nak pindah masuk dan buat renovation. Kena menggigihkan diri kumpul duit ni. InsyaAllah Ogos next year dapat kot kunci.

Biar la orang kata tempat jin bertendang jauh sangat rumah aku ni, asalkan landed. Tak kuasa mak nak beli rumah burung (apartment, kondo, flat) kalau harga dia sama harga landed. Memang parah sikit la jauh, tapi tol masih jimat. Cuma masa aje la. Jem kadang tu memang tak boleh elak. Key Ell, bila masa nya tak jem. Mana-mana tempat pon jem, sekaya, peanut butter. Wakakaka


Ni rumah kitorang 

Ni la rumah jiran kitorang nanti

Row rumah kitorang semua masih in progress


Row first yang dah siap. aaaa tak sabar ok!

Tengah planning nak extend rumah nanti depan belakang. Sebab a bit kecik la built up area dia tu. Stress lak pikiaq part tu. Dah ler berangan macam-macam. Kitchen cabinet la, plaster ceiling jenis box tu la, floor laminating la, walk in wardrobe la, laundry area laa. Amboihhh berangan sakan!

Ok sambung kendian lagi. Bye!

Our Love Nest

Assalamualaikum

Sejak kahwin ni dah dua rumah sewa kami pindah. Bukan pindah sebab kena halau ke ape, tapi untuk keselesaan. Dari bayar mahal tapi rumah kecik buat ape kan. Tapi rumah yang besar ni pulak jauh sikit dari office (nasib dah boleh hadam kejauhan tu) asalkan dekat dengan rumah in laws. Senang nak melawat time weekend.

Dah kata jauh tu, hehari harus la drift segala driving skills. Kena pandai cilok mencilok kalau tak lambat la sampai (sape suruh keluar lambat kah kah kah). Tu belum datang lagi jammed tak memasal dekat hiway yang tak ada motif. Blergh!

Takat ni dedua sewa rumah kami RM 1K. Orang kabor mahal la kebenda rumah sewa je pun. Dah tu je yang kawasan kami nak yang ada harga tu. Masa dekat Batu 3 Shah Alam pun RM1k padahal apartment kecik tak semengah. Lepas setahun stay dekat sana kami blah pindah dekat Sungai Buloh lak. Rumah double storey. Luas sikit anak nak merangkak explore sana sini sampai kami penat kejor ha.

Kami nama kan rumah kami, Our Love Nest. Dah habis kata rumah dah dua kali pindah nama sama ke. Hahaha sama je. Cuma ada nama kawasan jajahan (konon). Macam dekat Batu 3 Shah Alam - Our Love Nest Alam Prima. Yang dekat Sungai Buloh lak - Our Love Nest Bukit Saujana. Nanti rumah sendiri siap pun nama still Our Love Nest. Tak koser dah nak bayau RM 1K monthly dekat rumah bukan milik sendiri.

Emm. Cerita pasal Our Love Nest ni, kitorang dah booked rumah. Alhamdulillah. InsyaAllah siap August 2015 nanti. Rumah ni landed. Size not bad la 22 x 70 (mampus aku nak kemas rumah nanti), double storey tapi leasehold laa.

Aku pun dah start gigih google semua benda yang relate dengan rumah ni. Banyak kot nak guna duit bila masuk rumah baru nanti. Nak renovate bagai. Nak interior design bagai. (sakit otak fikir mana nak cari duit) Setakat ni progress dia (lain developer lain process eh.):


  1. 15 February 2014 - Pilih phase yang kena dengan budget, pilih unit rumah, cari bank loan. Lepas tu balik rumah pikiaq habis habis nak beli ke rumah tu. Sebab value tinggi jugak bila Hospital UITM Puncak Alam dengan main entrance UITM tu siap, kami proceed. (harga rumah dirahsiakan kot)
  2. 16 February 2014 - Lepas kata putus, kami bayar booking rumah RM 1 000 dekat pemaju. Lupa mention, nama pemaju kami ni MKH. Kami ada 14 hari untuk sign SNP dan dapat kan loan dan bayar deposit rumah. Lupa lagi satu, kami apply Joint Application tau.
  3. 17 February 2014 - Sediakan segala dokumen untuk apply loan rumah (IC Copy, Slip gaji 3 bulan, KWSP, Offer Letter masa masuk kerja dulu, Bank Statement 3 bulan)
  4. 18 February 2014 - 28 February 2014 - Apply segala loan dengan segala bank. Tak payah cakap la bank mana tak apply. Semua try. Last last hanya dua bank je yang approve. RHB Bank dengan Bank Islam. Kami pilih RHB Bank sebab offer dia lagi berbaloi dari Bank Islam. (tunggu la lagi 3-4 tahun refinance balik ke kan). Kitorang dapat 90% loan 35 tahun dan -2.4 BFR.
  5. 1 March 2014 - Hari terakhir sign SNP. Pergi jumpa lawyer dekat office KL, sign SNP dan rasa dia macam ohhhhh Step 1 done. Gittew. Kena bayar Disburstment Fee RM 350. Hari yang sama jugak bayar balance deposit rumah RM 3 490 dekat pejabat developer.
  6. 2 March 2014 - Untuk yang tak tahu pasal MLTT kejadah semua, aku pun tak paham tak habis hadam lagi, boleh baca blog takafulman MLTT ni untuk pemahaman korang. Kitorang dalam loan exclude bayar MRTT tapi ambil MLTT dengan pihak insurance. Ada benefit pro dan cons dia. Boleh baca jugak MLTT vs MRTT. Kitorang ambil dengan Firdaus Ahmad. Engko mampu kalau tak kenal dia? Blogger pemes kot! keh keh keh. Untuk first ni kami bayar RM 100 each person. Kiranya RM 200 la /month sampai 35 tahun.
  7. to be continue progress dia. kena sediakan duit RM 2K ++ untuk stamp duty kebenda tah (kena tanya ipin nanti) dan RM 7K++ untuk MOT (next year kot ni)

Summary untuk pembelian rumah ni:

  1. Harga Rumah XXX K
  2. Developer bagi 7% diskaun bumi lot + 2% extra rebate (sign SNP within 14 days + loan approve within 30 days) 
  3. Deposit hanya 1%
  4. SNP Legal Fees + Loan Legal Fees - FREE
  5. Loan dengan RHB Bank Islamic
  6. RHB Bank kasi 90%, 35 years, -2.4 BFR, monthly bayar interest dulu
  7. Booking Fee : RM 1 000
  8. Deposit : RM 3 490
  9. Disburstment Fee (untuk lawyer) : RM 350
  10. MLTT - PruBSN Takaful RM200/month for 35 years
  11. to be continue


pelan rumah

insyaAllah macam ni la rumah kami nanti


Tak sabar sangat dah tunggu rumah siap. Berangan bagai tengok blog deco-deco. Jelly tengok kengkawan yang dah dapat rumah. Tak apa lah rumah mahal sikit. Rumah sendiri lagi pun. Dah pulak dekat kawasan membangun. Pasrah dan redha. Doa gaji naik berkepuk-kepuk lagi banyak tiap tahun or dapat kerja baru yang gaji dan benefit lagi bagus.


Nak jugak masuk gambor sendiri kah kah kah
Ampun anak aku ni kalau tengok
makanan macam tengok mainan

Ok bai.