Huda Luna Hussin: Pregnancy
Showing posts with label Pregnancy. Show all posts

Rainbow Baby - Due Date (Part 1)

Assalamualaikum,

Lama sangat aku pending post ni. Tak cukup masa nak mengarang. Sebab setiap minit setiap saat tu terlalu berharga untuk aku sia-siakan. Aku pilih untuk spend masa aku dengan orang-orang yang aku sayang.

Pendekkan cerita, aku nak story pasal due date aku ni. Dan reason aku tak inform dekat FB or IG or Tweet pasal pregnancy aku. Cuma last-last nak beranak tu kantoi kat FB dan IG sebab Jabbe upload gambar maternity shoot. HAHAHA. 

Kat twitter aku ade countdown tapi dengan versi aku sendiri. Dah hujung sangat baru la aku start story dengan Ezan Idma. Sebab Ezan nervous nak kena Induce. Last-last kami beranak sama date. HEHEHE.




Pregnancy | Maternity : Birth Affirmations Quote

Assalamualaikum,

Lama tak bersiaran. Banyak post pending dalam draf blogger dan dalam draf otak. Later ada masa akan update kalau big 'M' ni terhapus.



Hari ni rasa nak sharing Birth Affirmation Quote video dari facebook dan screenshot image dari video tu untuk bagi mak-mak dalam masa tunggu nak bersalin dalam mood positif untuk beranak.

Enjoy!


Miscarriage dan D&C ERPOC di Hospital Umra Shah Alam

Assalamualaikum.

Ps : entry ni mungkin sangat panjang sebab serupa diary dah dan masih fresh dalam otak.

Tudia. Entry beranak Qaireen pun tak publish lagi. Entry miscarriage second baby up dulu. Sebelum aku malas dan lupa baik tulis cepat.

Alhamdulillah, kitorang dapat tahu kitorang pregnant second tahun ni. Tapi tahun ni jugak la baby second ni kembali ke syurga lepas dipinjamkan selama 3 bulan dalam uterus aku.

Bukan nak merahsiakan walaupun memang ingat nak diam-diam aje kali ni sampai beranak, tapi sejak 8 weeks scan dah tak sedap hati. Baby terlalu kecik dan heartbeat terlalu lemah. Masa tu aku doa moga baby survive dan kuat.



8 weeks fetal pole seen, single sac, heartbeat slow.
12 weeks not growing well.



Persoalan yang mak mengandung selalu tanya

Assalamualaikum.

Lama dah aku tak merepek dekat blog ni. Tapi hari ni terlebih rajin jugak nak tulis. Gigih cari laptop dan on. Update guna phone memang berjanggut la kan nak type. Kah kah kah.

Cerita dia macam ni. Aku kadang sampai letih nak jawab persoalan mak mengandung yang terlampau takut nak makan ubat tapi tak sehat. Dah bagitau boleh pun takut. Takut effect kandungan katanya. Ye ye memang ada certain ubat effect kandungan, tapi benda basic macam Strepsils, Panadol, Gaviscon etc tu boleh tapi berlimit ler. Jangan la pergi sekali hadap melambak. Mak tak mengandung pun effected laaa. Aigooo.

pregnancy
Source : http://evolvevitality.com/soft-drinks-reduce-pregnancy-odds/


Ok. Meh sini nak tolong korang, mak/ibu/mummy to be yang mengandung anak first yang takut takut makan ubat sebab takut effect kandungan. Semua yang aku update ni berdasarkan nasihat doctor aku sepanjangan aku preggy dulu. Bukan main tibai je makan tahu? Apa pun tanya doctor. Yang pakar puan la tapi. Doctor biasa kadang dorang tak alert. Macam ubat selsema seeloknya ibu mengandung tak boleh makan.


1. Strepsils
- Kalau dah sakit tekak macam suara Ella jadi nya tak pun suara Awie, lepas minum air masak bergelen-gelen 3 liter sehari pun tak surut sakit tekak tu, makan la Strepsils sebiji dua ke sehari. Tapi jangan pulak tak minum air. Air penting untuk tekak. Selain tu air penting untuk ibu mengandung. Tak cukup air tu yang kembang sana sini. (nanti update lain pasal air masak) Sakit tekak masa mengandung tu biasa la sebab kita kurang air.


2. Panadol Actifast
- Orang biasa pun kalau overdose Panadol tak elok. So mak mengandung boleh makan. Tapi berlimit. Maximum perday 2 biji sahaja. Tapi aku pun takut jugak. So aku ambil sehari sebiji je bila betul-betul perlu kalau kepala dah weng, pening, sakit kepala sangat-sangat. Kalau pergi klinik pun dorang kasi Paracetamol. Sama je macam Panadol.


3. Gaviscon
- Masa 3rd Trimester pregnancy aku dulu memang ketara sangat pedih hulu hati (heartburn). Rasa tertusuk-tusuk hati perut segala. Pergi klinik tanya doctor boleh ke makan Gaviscon. Dia cakap boleh. Even belakang box Gaviscon tu ada tulis safe for pregnancy. Tapi apa pun limit. Sebiji sehari ke. Jangan bantai 4 5 biji sehari. Tu gila nama nya.



4. Virgin Coconut Oil (VCO)
- VCO ni elok diamalkan masa 32weeks onward. Untuk memudahkan bersalin orang kata. Selain makan, yang VCO liquid tu leh guna untuk urutan Perineum (Perineum Massage) *sila google eh. next update try update pasal ni jugak*



5. Ubat batuk herba - Prospan
- Ubat batuk paling safe untuk makan masa preggy. Prospan. Sebab dia herba satu. Pastu tak ada alcohol. Tak mengantuk. Dan even baby pun doctor akan kasi ubat ni kalau batuk. Tapi apa pun ingat -- limit. Jangan overdose pergi tibai 1 botol minum. Hahah.

Haaa ape lagi eh? Selain tu Air Barli bagus untuk mencuci kencing kotor. Ibu mengandung ni selalu kena UTI. So minum la barli untuk bersihkan kencing kotor selain yang paling utama minum 3L air masak. Jangan malas nak minum air masak.

Emm. Last. Aku tak minum susu sebab tak suka, tapi atas nasihat doctor aku consume Pil Calsium - Calcium Lactate. Susu yang aku boleh go hanya susu Anlene kotak Chocolate. Dan please kawan-kawan -- jangan la minum Anmum. Terlalu tinggi gula. Sebab tu ramai ibu mengandung kena kencing manis masa preggy selain berat badan naik mendadak macam kena pam pam pam. Pastu merungut susah turun berat badan.

Eh jap lupa lagi satu.



6. 100 Plus
- Agak-agak badan terlampau lemau or kurang tenaga/dehydrate bagai semua, boleh je tau minum 100 Plus. Tapi dengan syarat, bagi hilang gas dulu. Pastu lagi pun ada 100 Plus yang tak ada gas kan.

Pregnancy bukan bermakna NO to everythings. Ada certain yes. Tapi kena la kaji dulu. Macam Air Kelapa la (or coconut shake). Dari 2nd trimester actually dah boleh minum pun. Alhamdulillah baby lahir tak ada kerak dekat kepala.

Ok. Sekian. Bye!

Supplement lepas bersalin - Pharmaton Multivitamin

Assalamualaikum.

Memula sebelum consume supplement ni aku cepat gila mengantuk, letih, nak tidur je, penat. Eh macam sama je ayat? Haha kira nya macam dekat office tu selalu rasa nak tido. Malam pulak letih segala badan. Macam tak ada tenaga langsung. Fikir nak tidur je. 

So, aku pun mencari-cari la supplement yang bagus untuk lepas bersalin. Sorry I tak suka Shaklee ke Herbalife ke Stem Cell ke. Ceh. Semua tu marketing je lebih.  

Then aku pun GOOGLE. Lepas google tengok banyak blog, cari info halal, baca review orang lain yang pernah makan dan masih consume terus decide nak consume. Tak mahal pun harga dia. Tapi terlupa lak berapa RM. Antara sebab aku decide consume terus sebab capsule dia halal. Gigih wei google.


Ni la pharmaton yang aku makan sekarang ni


Sambil makan Pharmaton Multivitamin ni, aku ambik jugak Habbatussauda Minsyam. Selain moden, kita ambik jugak yang sunnah.

Kalau dulu kerap mengantuk dan tak ada tenaga, sekarang bertenaga sangat dan cergas. Tambah tambah lepas beranak ni hormon memang celaru.

Ok bai.