Huda Luna Hussin: Resepi Homemade Solid Food
Showing posts with label Resepi Homemade Solid Food. Show all posts

Solid Food : Homemade Chicken Nugget

Assalamualaikum

Hari tu terlebih rajin nak buat nugget homemade untuk Qaireen. Macam biasa la, aku ni mak paranoid. Lepas tau fact sebenar cara pembuatan nugget menjijikan (yang murahan), terus yang mahal pun macam kembang tekak kejap. Aku pun hari tu terjumpa satu blog ni ada bagi resepi untuk buat homemade nugget. Ok la not bad. Untuk Qaireen without garam but still sedap I cakap youuuu.

Homemade Chicken Nugget untuk anak dara aku yang dah umur 1 tahun 4 bulan. Ada telur. Pastu baru la alert dia ni alergik telur sikit. Huhu

Resepi : Toddler Homemade Chicken Nugget

Untuk budak below 2 tahun please avoid garam dan gula. Apa la sangat 2 tahun menjaga makanan. Ada banyak lagi tahun budak tu boleh makan sepuasnya.




Resepi aku copy dari status facebook aku macam ni.

Chicken breast rebus sampai empuk sedang-sedang. Angkat ketepi kan. Bagi sejuk. Ambil Sebiji telur. Blend dedua sekali. Pastu bakar sekeping roti sampai garing. Blend roti untuk buat breadcrumb pastu ayam blend buat bulat-bulat or guna acuan dan gaul atas breadcrumb. Pastu simpan peti ais. Hehe

Aku malas nak beracuan bagai. So bulat-bulat sajor. Asalkan budak Qaireen tu ngap sudahhh.

Resepi orang dewasa kot nak cuba : Nugget Homemade
Ok Bye.

Homemade Solid Food : Shrimp Oglio Olio

Assalamualaikum,

Setakat ni kitorang masih menjaga pemakanan Qaireen. Weekend kita masak special-special sikit dekat dia. Sebab weekdays selalu nasi aje.



Resepi Spiral Shrimp Oglio Olio

Bahan :

  1. 2 Bawang Merah (potong kecik)
  2. 1 Bawang Putih (potong kecik)
  3. Pure Olive Oil (untuk menumis dengan cepat dan rebus pasta)
  4. Pasta (saja guna Spiral pasta)
  5. 1 Ekor Udang (cuci bersih potong kecik-kecik)
  6. Sedikit (Blackpepper, Oregano, Parsley dan Habbatussauda)
  7. Sedikit stock ikan bilis homemade
  8. 2 Tangkai Pak Choy (potong kecik)



Cara :

  1. Rebus pasta dengan olive oil. 
  2. Siap rebus tapis dan ketepi sekejap. 
  3. Dalam kuali, tumis olive oil dengan bawang merah bawang putih. 
  4. Naik bau campak pasta, gaul dan masuk air sikit. 
  5. Campak pak choy, udang potong kecik-kecik pastu kacau. 
  6. Tabur sikit oregano, parsley, blackpepper dan habbatussauda sikit. 
  7. Campak stock bilis homemade, kacau. 
  8. Dah siap. 



Resepi ni no sugar no salt no msg. Qaireen umur 14bulan 3minggu. Budak below 2 tahun elakkan segala benda tu. Even lepas 2 tahun kalau boleh kena jaga pemakanan anak.







Ok bye!

Qaireen Nisrina : Solid Food #2

Assalamualaikum,

Qaireen ni memilih makan orangnya (buat masa ni la). Aku pun tak tau kenapa dia macamni. Kadang jadi geram bila kita buat dengan kasih sayang dia tak mau makan. Dia suka Pear je. Adoii la budak ni.

Masa intro Pear (4 Jan) hari tu, masa first day dia tak suka. Ye lah tak pernah makan tetibe makan macam pelik la kejap kot. Pastu esok nya dia suka dah. Sampai la 4 days la dia makan Pear tu. Dah setel 4 days tu, mak dia ni pun excited la tukar Apple lak. Masa bagi rasa malam tu suka sangat. Dah esok nya tak suka pulak. Masa bagi tu (8 Jan) sampai la 3 hari kemudian tukar lak kurma.

Gigih tak gigih stim kurma dulu bagai buang kulit blend semua baru kasi. Masa tu (11 Jan). Pun sama jugak dia tak berapa go dengan kurma. Maybe silap kot bagi dia rasa malam tu sebelum esok makan. So tekad kali ni tak leh buat macam tu dah.

So buat la pulak Papaya kateko. Kali ni (14 Jan) kita pun intro la betik kat dia. Masa memula makan tu ok. Dah pulak tak suka frozen betik. Kita buat la fresh. Makan la jugak. Kena tackle dia sikit. Tapi lepas tu tak go jugak dah pulak.

Kak zura selit buat Pear suka dia makan. Oihh kemain hang Qaireen pilih buah Pear je. Maka Papaya ni pun 3 days je la makan nye pun. Hari ni (17 Jan) tukar lak Banana dekat dia. Macam tak go jugak tapi mix dengan susu baru dia nak makan sikit.


Susah la Qaireen ni. Kecik kecik dah memilih mana yang sedap nak makan. Dan aku paling tak gemar orang kata anak dia tak memilih. So what? Anak aku bijak sebab tu dia memilih. Lulz.

Info untuk aku ingat sendiri.
Pear : 4 days
Apple : 3 days
Kurma : 3 days
Papaya : 3 days
Banana : baru intro hari ni

 Nin dia budak bijak tu



Note : entry copy dari dayre yang dah basi tu http://dayre.me/hudaluna/vPlp406rXY

Ok bye.

Qaireen Nisrina : Solid Food #1

Assalamualaikum.

Her first solid food (puree of course) buah PEAR. Aku dengan ipin ni mak bapak yang strict about makanan anak. Jangan harap Qaireen dapat makan manis manis masin semua sebelum masa dia dan please NO junk food, fast food etc. Aku tak nak Qaireen spoil. Jangan ada yang gatai tangan suap macam-macam kalau tak nak kena maki.






Note : entry from dayre yang basi http://dayre.me/hudaluna/6166YTpi48

Ok bye.