Showing posts with label Solidfood. Show all posts
Showing posts with label Solidfood. Show all posts

Monday, July 30, 2018

Solid Food - Tomato Paste for Baby

Tomato Paste for baby.
------------------------------------------
(Boleh masak tomyam, paprik, nasi tomato, sweet sour tomato etc)




Bahan : 4 tomato, 1 carrot, 1/2 capsicum, 1/2 celery, 3 bawang, 3 garlic, 1 lemon (ambil air perahan lemon)





1. Boleh pilih cara untuk memudahkan cara tanggalkan kulit tomato. (Saya pilih option a)
     a. Rendam selama 10minit tomato dalam air panas ATAU
     b. Rebus selama 10minit tomato dalam periuk

2. Ketepikan sekejap tomato lepas rendam atau rebus then baru boleh buang kulit tomato. Buang biji tomato juga. Ambil isi tomato je.

3. Potong bawang dan garlic. Bersihkan.

4. Potong half capsicum, buang biji dan bersihkan.

5. Buang kulit carrot dan bersihkan. Potong carrot dan celery dan steamkan untuk bagi senang blend bila dah lembut sedikit. Saya steam dalam beaba baby cook.





6. Masukkan semua bahan dalam jar, air perahan lemon, sedikit air hasil steam carrot celery dan blend hancur.





7. Panaskan pan, masakkan tomato paste atas api sampai kering sedikit. Lepas kering sedikit, sejukkan sekejap. 





8. Simpan dalam tray ice cube dan bekukan.

9. Boleh guna bila nak masak nanti.