Huda Luna Hussin: Travel
Showing posts with label Travel. Show all posts

Singapore Trip : Singapore Itinerary 3 Days 2 Nights (Part 3)

Assalamualaikum


Masa aku nak buat itinerary ni, aku google dan list out semua tempat menarik dekat Singapore. Rupanya terlalu banyak tempat best dan menarik. Orang selalu cakap, Singapore bukan ada apa pun. Tapi sebenarnya, sekecik-kecik Singapore tu, ada banyak tempat best. Tah-tah, aku tak habis list out pun kan.


Tempat makan best pun aku list out. Nanti la hujung-hujung part yang tah ke berapa puluh part nanti aku tulis balik senarai tempat menarik dan tempat makan best dekat Singapore tu.


hudaluna



Boleh pulak lupa ambil gambar masa dalam kereta. So aku screenshot view dari video je la. Hehe. Since aku ke Singapore naik kereta, plan itinerary aku ni boleh kata campur sana sini guna car, grab, train dan jalan kaki.

Singapore Trip : Cara drive kereta ke Singapore (Part 2)

Assalamualaikum

Marilah kita bersambung bercerita supaya aku tak lupa dan boleh jadi rujukan di masa hadapan. So post ni akan jadi Part 2 sebab dah panjang sangat dekat Part 1 tu. Bila panjang sangat bukan orang baca pun, scroll je nanti kannn. HAHA.


By the way, terima kasih untuk ilmu dan info dari kawan-kawan dekat Instagram sharing cara masuk ke Singapore dan blog-blog lain yang jadi rujukan. Pening jugak la memula nak paham apa benda ERP, VEP, apa tu Autopass la segala.


Grab Singapore
Masa dalam Grab car dekat Singapore.
Masa ni baru tahu rule yang tak boleh naik Grab car biasa if tak ada carseat anak.


Walaupun ke Singapore ni boleh kata redah je jugak, tapi kena ada proper plan. Itu aku la. Tak suka kalau asal sekadar boleh je.


Below adalah extra info untuk korang tau sebelum drive kereta ke Singapore.

Singapore Trip : To do list sebelum ke Singapore (Part 1)

Assalamualaikum


Last year lepas Christmas, kitorang ke Singapore. Saja jalan-jalan ke negara orang alang masa tu ada dekat Johor. Walaupun preparation untuk ke Singapore tu last minit jugak la di plan, tapi Alhamdulillah semua planning menjadi. Ada la terlambat sikit dari schedule tapi bisa di atur pak.


Biasa la bawak bebudak, kena ikut mood bebudak jugak masa nak travel tu. Tu pun ada la beberapa kali bertukar jadi Mommy Momster. Dah la first time bawak kereta masuk negara orang. Risau jugak la. Siap tanya dekat Question Instagram lagi tu. HAHA


Qaireen Nisrina Singapore
Sebelum bergerak ke Singapore

So terima kasih semua yang sharing info. Love you all. Sebelum start post pasal trip ke Singapore tu, aku cerita dulu to do list yang kena buat, kena ada dan prepare sebelum ke Singapore. Semua benda ni penting untuk kesejahteraan travel ke negara orang. EHE.

Sneek Peek : Lexis Hibiscus Port Dickson

Assalamualaikum.

Anniversary 3rd year last month punya agenda. Sneek peek dulu ek. Later akan full update.


Depan Lexis Hibiscus PD


10 things to do in Japan

Assalamualaikum.

September 2013,
Aku pernah ke Japan. Tapi short trip sangat. Serius tak best sebab tak banyak tempat boleh visit dengar terkejar masa lagi. Masa pergi ni tak bawak Qaireen sebab dia kecik lagi. Tapi ada makhluk penyibuk tukang sibuk ni kata dia kalau pergi memana tak kan tinggal anak dia. HAHAHAHA. Hello, aku tak bawak sebab pentingkan kesihatan dia yang masa tu baru 3bulan lebih. Immunity tak kuat lagi. Macam la next time tak boleh bawak. Betul tak?



Tips : Cara packing bag untuk travel (Video dan Gambar)

Assalamualaikum.

Selalu, selama ni kalau aku travel, aku sumbat aje barang-barang masuk beg asalkan semua barang yang perlu tu ada dan dibawak. Bila dah sumbat dan sumbat, mula la makan space, dan guna beg lain lagi untuk cover barang tak muat masuk beg tu. Then, end up mula la jadi banyak beg sebab tak proper organize kan.

Lepas tu bonet kereta pun tak cukup. Sebab penuh dengan beg la stroller anak la pampers la. Ye la kita pakai kereta comel je pun. So kena cari solution problem ni. Google punya google, jumpa la tips cara lipat baju yang jimatkan ruang ni. Pasni tak ada la berangkut banyak barang masa nak travel.


Memula asingkan type baju. Yang mana jenis ringan boleh gulung.
Yang mana jenis tebal/berat just lipat dua


Underwear kena gulung asing dan letak dalam pouch bag.


Buat satu layer baju, gulung gulung as based beg


Untuk seluar panjang buat macam ni.


Then atas layer seluar panjang tadi letak lagi layer baju yang dah gulung-gulung


Atas layer baju gulung-gulung letak baju yang tebal dan berat yang dilipat dua tadi tu


Bungkus semua baju tebal dan baju yang digulung tadi dengan seluar panjang


Antara celahan baju boleh letak stoking ke kasut ke accessories.
atau pun kasut boleh bungkus dan letak dalam satu pouch beg asing
dan letak under layer seluar tu


Okay dah siap. Boleh travel dah pasni! yey!





Ok bye. Dah habis dah tips.

(Western Australia) Malaysia - Singapore - Perth, Australia 3.

MoshiMoshi!


Entry ni panjang dan banyak gambar. Siapa berjaya baca sampai habis tanpa skip, aku ucap tahniah. Nak bat scroll tapi tak nak jadi

Entry ni adalah entry yang tertangguh selama dua tahun. Alang kepalang dah ternampak ceeramoon buat entry advertorial pasal ni, aku lak buat saja-saja suka-suka untuk promote betapa bestnya Perth ni! Sebab aku dah pernah pergi dua tahun lepas. Tujuan blog ni di buat dulu pun sebab nak story pasal ni tapi tak siap-siap cerita sejak dulu. Tapi before berlepas dan masa mendarat balik aku sempat posting dua post kat airport. Malaysia - Singapore - Perth, Australia 1. dan Malaysia - Singapore - Perth, Australia 2. Aku dapat advertorial? Mustahil. Tak layak.




Aku fly dari KL ke Singapore naik Singapore airlines. Ikot pakej trip tapi ada 2 hari untuk buat aktiviti sendiri. Kira transit sekejap dekat Singapore. Masa tu aku comot gila. Pergi dengan trip ramai orang memang tak best. terkejar-kejar semua. So, kalau nak pergi sana, better plan semua sendiri. Airasia dok promote tiket harga murah sampai esok je (24 June 2010) dengan harga RM249 je. Kalau ada duit, pergi la. Korang tak akan menyesal.


Aku sampai Perth 2 Mei 2008 pagi-pagi buta. Turun-turun je kena lalui macam-macam prosedur baru lepas masuk. Kat sana masa tu sejuk gila. Mengigil aku. First day kat sana aku tak leh terima sejuk sana, tapi lama-lama ok. Kalau aku sampai 3 Mei 2008, mesti tak lepas masuk sebab ada sesuatu berlaku kat airport tu. Malaysia Airlines di syaki bawak bom. Nak baca, gi link 1 dan link 2. Yang ni pulak youtube berita kat sana. Masa tu baru lepas solat Isya' terkejut gila tengok tv.


Lepas sampai airport, balik dulu hotel (depan Swan River) rest before pagi nya nak berjalan merata-rata. Pagi nye pulak first destination, King's Park and Botanic Garden. Tapi tak sempat jalan seluruh tempat tu sebab nak cepat. Cuma sempat ambil gambar Perth City dari atas bukit King's Park tu.


Kalau korang pergi, leh jalan-jalan naik ketapi kat belakang aku tu. Hey hey. Aku gemok. Ok aku tahu.


Lepas dah ambil gambar sakan dekat King's Park tu, pergi Fremantle pulak. On the way ke sana, aku ternampak ni. The University of Western Australia. Teringin nak masuk. Huhu. Tak ada pagar pun.


Okay, dah sampai Fremantle. Kat sini banyak bangunan lama yang unik-unik. Yang ni aku gi Market dia. Macam-macam souvenirs ada jual. Kena pandai pilih. Ada yang jual mahal gilaaa dan ada yang jual murah. Kat dalam ni pun ada restoren makanan Halal.


Ni sekolah teknik diorang. Bangunan diorang punya la lawaa. Sepanjang street tu, banyak shop jual macam-macam benda kalau korang nak beli. Bukan tu je, siap ade restoren Kebab Islam lagi.


Ni lah restoren tu. Ali Baba Kebab restoren kot tak salah nama dia. Before pergi sana aku dah list down semua kedai makanan Halal. Senang nak cari nanti.


Ni muka budak lapar nak mencekik. Lepas tu jadi terlampau kenyang sebab kebab tu besaq sangat!


Lepas dah makan, jalan-jalan semua diorang bawak gi pulak gi kedai makan lain pulak. Diorang bawak gi Kailis' Cafe Waterfront Fremantle. Makan lagi. Tapi Fish and Chip pulak.

So makan lah lagiiii. Scenery kat sini cantik. Macam kat Nusajaya, Johor. Ailyl ada cerita dalam entry dia. Kat sini ada burung comel suka bertenggek kat bench tu.

Lepas tu diorang bawak pulak gi Wine factory. Aku dengan makcik aku tak masuk. Untuk apa masuk pulak kan. Dah pukul 2 lebih, pergi pulak Caversham Wildlife Park ni. Kat sini ada Kangaroo, Wombat, Tasmanian, Spotted Quoll, Laughing Kookaburra, Koala bear dan banyakkkk lagi.


Bagi makan kat kangaroo macam best jugak sebab dia comel. Tapi yang tak best nya mesti akan terpijak taik dia yang kecik bulat-bulat tu.


Then pergi pulak Chocolate factory dekat Margaret River. Kalau nak lepas geram tengok chocolate banyak-banyak gi la sini. Tapi yang tak syok nya, chocolate kat sana banyak ada wine. T____T So, tak dapat la beli.


Dah penat semua, balik la hotel balik. Hotel pulak, betul-betul bertentangan dengan Swan Bells yang mana dia akan berbunyi. Dan Swan Bells ni jugak adalah instrument music yang terbesar di dunia. Malam-malam pulak, Swan Bells ada lampu warna-warni yang cantik. Nak naik boleh kat atas tu, tapi mahal la jugak. Pastu banyak orang kawen kat sana.

Ni picture pemandangan Perth City dari cruise yang aku naik untuk gi Fremantle. Masa ni dah day 3. Aktiviti sendiri. So, naik lah cruise pergi sana dan shopingggggg! Kat sana murah compare kat Perth City. Gambar kat sana tak cantik, so malas letak.


Day 4. Aku bangun lambat. Teruk kena marah. Kalau bangun awal nak gi main Sand Boarding dekat The Pinnacles. Jauh dari Perth City.


Picture kat bawah ni hasil aku google the Pinnacles. Macam rugi je tak gi. Tsk!


Dah tak dapat pergi the Pinnacles, tukar plan gi Rottnest Island. Kat sana sejuk. Sangat sejuk. Kat sana leh naik bot untuk tengok wild Dolphine yang hidup liar kat laut tu. Gambar dolphine tak ada tapi video ada la.


Dah balik dari Rottnest Island, lapar nasik! Serius lapa gila nasik. Dah lama tak jumpa nasik jadi gila. So aku cari la kat internet kedai makanan yang terdekat dekat Perth City tu. At last, jumpa jugak restoren Indonesia kat sana. Puas hati dapat nasik. Lepas makan, balik hotel siap-siap nak balik Malaysia balik.


Dah kat Singapore, teruja plak tengok toilet diorang bersih. Ambil gambar dulu ala-ala MYSPACE. Sampai Malaysia, flat. Penat. Tapi memang berbaloi holiday kat sana. Masa kat airport Perth, jumpa orang Malaysia yang duk dekat sana dekat 25 tahun sudah.




NotaKakiHudaSiLuna :
cost pergi balik hotel semua masa tu tak banyak pun.

Malaysia - Singapore - Perth, Australia 2.

Dah sampai Singapore balik dari Aussie. Sekarang ni dekat Singapore Airport lagi. Naik Singapore Airlines. Kejap lagi flight balik KL pukul 835pagi. Doakan aku selamat sampai KL nanti keyh! Banyak nak story sebenarnya ni.

Malaysia - Singapore - Perth, Australia 1.

P.E.N.A.T

Itu je yang mampu aku cakap. Sekarang ni dekat Airport Singapore. Nak berlepas pergi Perth, Australia dah. Ok la. Bye-bye!

Dan penat travel akan datang lagi. Kali ni penat naik flight! Dah la perut berbunyi LAPAR NASIK! Adoiii! Dari tadi mesin pengimbas asyik berbunyi je bila aku lalu. Maybe sebab jam merah aku ni tak pun cincin ni ha. Doakan aku selamat pergi dan balik eh! Tataaaa.