Huda Luna Hussin: hedgehog
Showing posts with label hedgehog. Show all posts

The Hedgehog : Joni, Jeni, Juli, Joni Junior

Anak-anak kesayangan. Diorang ni dah tak ada.
Nak baca pasal hedgehog : Hedgehog Huda

  1. Joni


  2. Juli

Hari ini mungkin untuk kali yang terakhir.

MoshiMoshi!

Assalamualaikum semua!
Hari ni sebenarnya dah lebih seminggu aku private blog. Ada ke yang mencari blog aku? Macam tak ade je kan? Kesian Huda. Kesian. Hmm.

Aku private blog sebab satu macam dah tak ada benda nak cerita. Dua sebab lebih rasa tenang macam ni. Aku update blog ni pun sebab nak wish buat pertama kali nya dekat #DearFutureHusband Selamat Hari Jadi. Beza umur kitorang 9 bulan tepat. Aku 29 Januari. Dia 29 September. Ye ye. Aku tua. Aku tau. *ehem*

Aku masih hidup. Masih bernyawa. Cuma hidup sangat tertekan sekarang ni. Aku cepat emosi. Aku cepat tertekan. Salahkan kehidupan di office yang sungguh tak best. Salahkan kerja yang terlampau banyak sampai rasa tak cukup tangan dan otak. Otak pun dah sampai berlari tah kemana. Sampai kejar otak, otak pun terjun bangunan sebab kekecewaan. Maka, aku pun jadi la manusia yang lambat pick up. *pity you Huda*

Sudah la Huda. Jangan nak buat gila dekat sini. Kang ada yang telepon Hospital Bahagia hang duk tang sana kang nanti.

*ehem*
*clearkan tekak*

credit : norhanarosmida
*masa beraya dekat rumah dia*


Hari ni hari tua #DearFutureHusband aku. Ye awak. Tak perlu la nak mention tua tua awak, tua lagi saya. Dah dah. Sekarang ni, saya nak cakap Happy Birthday Sang Maharaja Hati Huda Luna. Semoga awak cepat kaya so kite boleh cepat kahwen. *gatai betei makcik ni* Ok tak. Wish lain. Semoga awak akan sentiasa diberkati Allah. Semoga awak jadi makin hensem dan sepet. *aummm* Semoga awak dapat kerja bebaik. Semoga awak akan berjaya dalam hidup. Semoga awak dapat membalas jasa parents awak. Semoga kite akan sentiasa bersama sampai bila bila. Saya sayang awak. Awak tahu kan? Err lagi satu semoga perut awak kempesss sikit. Hihi. *larikkk*

Err. Awakkk. Saya nak celebrate birthday awak. Tapi kan tak tahu nak bagi menterkejutkan awak macam mana. Sebab awak ni hebat sangat bab menghidu niat tak baik saya kan. *grr*

ini cinta hati kedua. zaini (joni)

Ok lah semorang. Ni mungkin entry terakhir aku untuk tahun ni. Aku akan kembali. Tapi tak tahu bila. Blog ni aku akan private kan balik lepas 24jam. So, anggaplah entry ni sebagai entry good bye untuk semua. =)


Happy Birthday cinta!


NotaKakiHudaSiLuna :
jumpa lagi nanti.

Untuk siapa yang rindu Joni.

MoshiMoshi!

Nah tengok la video latest budak kecik ni tengah jadi gila korek-korek apa tah. Haih anak mummy sekoq ni. Apa-apa pun mummy tetap sayang Joni sayang ni. I love you Joni! Sorry video tak clear. Kena resize kalau tak tak dapat upload. T___T



NotaKakiHudaSiLuna :
dah sebulan tiga hari. alhamdulillah. still counting.

Menduakan cinta lama dengan scandal baru.

MoshiMoshi.

Jantan termacho, Joni.
(jenis albino)

Hai! Joni dah ada kawan baru tauu. Dia dah menduakan cinta lama dia, Jeni. Biasa la. nafsu buas. Mana boleh single lama-lama. Setahun lebih men-single kot Joni ni. First time jumpa cinta baru dah nak terkam. Bawak bersabar Joni. Juli muda lagi la. Nanti dia dah besaq sikit Joni terkam la dia puas-puas tau. Bagi baby banyak-banyak sikit.

Jeni cinta lama.
(jenis salt and pepper)

Juli si cinta baru.
(jenis cinnamon)

Dah 17hari Juli kitorang bela. Nama asal dia June. Tapi macam tak matching dengan Joni. June Joni macam pelikkkkk je. So tukar jadi Juli dan Joni. Bila Juli dah besar sikit baru bagi diorang mengawan. Sekarang ni tak bolehhhh!


NotaKakiHudaSiLuna :
aku sedang sebok nak setelah hal praktikal. T____T

Vidiyo Joni the Hedgehog in the bathroom!

MoshiMoshi!

Huaaaaaaa. Susah betul nak record pakcik tu mandi. Susah! Meronta-ronta tak suka kena air. Kesian dia. Tapi kena buat semua cepat-cepat kang sejuk sampai biru hidung dia. Haihhh la Joni boy sekor tu.



Susah gila. Nampak tak betapa susah gila nak mandikan dia. Meronta-ronta sangat! T____T Pernah buat bagi dia swimming tapi tak berjaya habis lemas bagai. Sampai bersin-bersin air masuk hidung.


Kawan Joni! Hehe. Comel gila!

Ada dua video tak leh nak embeded. Korang tengok la sendiri dekat sini. Fraggle Swimming dan Shming Swimming. Dua ekor budak kecik ni aku geram gila sebab suka sangat mandi dan buat-buat terapung. Omey gilaa! Korang patut tengok. Serius! Tapi suara tuan dia agak annoying la.


Yang ni sebijik perangai macam Joni. Penakut air.

NotaKakiHudaSiLuna :
windu joni!

Hai! Nama saya Joni the Hedgehog.

MoshiMoshi!

Ni Joni. Umur dia dah dua tahun lebih. Tak sangka cepat gila dia membesar. Dulu kecik je. Sekarang dah gemok. Dulu dia ada bini. Nama Jeni. Sekarang dia duda. Kesian dia. Tak apa Joni, nanti cari bini baru ok? Ingat tu. Bunga bukan sekuntum.

comot dan gemok.

Sekarang dah kurus sikit. Masuk the biggest loser by Huda Luna. Baru la boleh mengorat bini baru nanti. Ni video hobi pelik Joni. Suka orang garu gigi depan dia. Dan tangan dia akan pegang jari kuat-kuat.



sorry ter-rajin edit video terletak lagu sailormoon. =.="




Ni masa dia kecik. Jauh beza dulu dengan sekarang. Joni dah big boy dah sekarang.

NotaKakiHudaSiLuna :
sakit kepala

Dah setahun Jeni pergi tinggalkan Joni.

MoshiMoshi!


Hai Jeni. Sehat tak hari ni? Baby-baby semua sehat? Rindu Jeni dan baby-baby semua. Hari ni genap setahun Jeni pergi dengan dua baby. Kedekut lah Jeni ni. Bawak semua baby Jeni ikut Jeni. huu. Baby semua mok-mok tak? Jeni makan kenyang tak kat sana? Hey Jeni! I miss you sangat-sangat tau! Sian Joni menduda je lepas Jeni pergi. Jeni jangan nakal-nakal tau kat sana.


Setahun lepas, Jeni mati. Rindu dia. Rindu dengar dia makan. krup-krup-krup. Rindu dia buat anointing kat tangan aku bila bau perfume aku. Rindu dengar bunyi chirping dia yang manja tu. Hey Jeni! Nape pergi awal sangat! Isk!

laki bini tido sama-sama

masa mula-mula beli

gemok pregnant

kuat makan

empat hari before Jeni mati dekat Shah Alam.

Rest in peace Jeni

baby ni je yang mampu hidup enam hari


Hari tu, 31 hb Julai 2010 baby hamster aku, Kirra lak mati. Sedih sangat tengok nyawa dia masa hujung-hujung tu. Aku tak tau dia sakit apa. Berak berdarah. Kencing Hijau. Telinga capit. Biru je badan dia.


take care Kirra. Sob. Sob.


NotaKakiHudaSiLuna :semua orang akan mati. semua benda akan mati. aku dah tak sanggup tengok binatang yang aku bela mati. Jeni mati lepas beranak. esok aku blogwalking. sorry busy sangat. bukan busy sikit dah.

Fakta tentang Joni the Hedgehog.

MoshiMoshi!

Selalu orang tanya Joni ni natang ape? Susah bela tak? Berapa harga sekor? Dan macam-macam lagi la. So sekarang meh sini duk bersila kat sini aku nak bagi tau fakta-fakta tentang budak tonet Joni ni. Pernah tengok tak kartun Sonic the hedgehog? Ala yang biru-biru yang boleh lari laju-laju tu.



Nahhh. Ni Sonic the Hedgehog. Bukan Joni the Hedgehog. So nama natang ni HEDGEHOG dalam bahasa inggeris. Dalam bahasa melayu aku tak tau. Nak bagi senang korang baca aku buat dalam bentuk bullet dan ikot soalan.

Siapa beli Joni ni? Huda ke Sigg?
  • Joni ni Siggplus yang beli tahun lepas. Tapi rotate-rotate jaga. Macam jaga anak.


Susah tak bela binatang ni? Senang bonding dengan tuan dia tak?
  • Agak mengada-ngada masa mula-mula sebab susah nak bonding lagi. Binatang mana pun mula-mula mesti susah nak jaga. Binatang jenis ni suka tido siang. So bagi aku sangat la tak susah jaga. Nak bagi bonding tu pulak, usaha tangga kejayaan. Dulu nak pegang Joni pun kena pakai glove sebab duri dia tajam. Sekarang ciom perut dia pun ok je.


Duri Joni tajam tak?
  • Duri agak tajam, tapi kalau dah biasa pegang dah lali dah. Tapi kalau alergik, mesti akan tergaru-garu.


Harga Joni berapa? Dia makan apa?
  • Harga Joni masa beli RM140 sekor. Beli dekat breeders murah sikit dari beli dekat petshop sampai RM300++. Dia makan cat food jenis ROYAL CANIN fit-32. Jangan sesekali bagi makan Friskies, Whiskas atau makan cat food yang murah-murah sebab boleh kena macam-macam penyakit.


Joni ni ada bunyi tak?
  • Joni ada bunyi. Tapi masa mengawan je la. Bunyi macam anak ayam. Comel. Bunyi lain macam hissing tanda dia marah tak suka orang kacau tak pun bunyi Soft Purring yang bermaksud dia suka. Contoh benda yang dia suka kalau aku letak kat tet aku. Ngada!


Tak kan bela sekor je. Tak bagi bini kat Joni ke?
  • Joni pernah ada bini nama Jeni tapi dah mati dengan anak-anak dia sekali. Nak beli lagi tapi tengah tak ada duit. Nanti-nanti baru beli.


Jeni dulu siapa yang beli?
  • Beli Jeni sharing duit half-half dengan Siggplus.


Merah nye mata Joni. Buat la red-eye-reduction!
  • Ada orang cakap suruh buat red-eye-reduction dekat mata Joni. Masalah nye mata Joni memang warna MERAH sebab Joni jenis albino. Jeni lak mata hitam sebab dia jenis Salt and Paper.


Tote Joni yang mana satu? Tak nampak pun!
  • Tote Joni panjang tapi dia simpan dalam karung. Teloq dia besaq.


Hobi Joni ape eh?
  • Suka tidoq atas tet aku. Tak suka orang main gigi dia side tepi tapi suka orang gosok-gosok gigi side depan sampai air liur meleleh. Kuat berak. Kuat makan. Suka bau perfume dan akan buat anointing.


Anointing tu apa?
  • Tak larat nak explain. Kalau nak tau baca kat sini. Joni buat anointing bila bau benda wangi-wangi.


Binatang ni boleh mandi tak?
  • Boleh je mandi kan tapi ada sabun dia sendiri. Jangan pulak bagi mandi guna sabun mandi Lux ke ape pulak. Joni ni tak suka mandi tapi kena jugak bagi mandi.


Ada banyak warna tak binatang ni?
  • Ada banyak gila warna kot. Gi tengok kat sini. Cuci mata puas-puas sebab diorang comel sangat.



NotaKakiHudaSiLuna :
So, ada lagi tak soalan yang nak tanya? Meh sini aku nak jawab sementara tengan rajin ni.

Diari Joni #3; berbogel time eh opss mandi time!

MoshiMoshi!

Ohhh hai! Nama gua Joni. Ohh! Hari gua nak cerita sesi gua mandi sambil berbogel togel. Opsss! Pastikan lu orang dah berusia lebih dari 18tahun sebab gua tak jamin lu orang boleh tahan nafsu tengok gua mandi. Gua jantan macho beb! Mandi pun mau kena control maa~ Sudah bersedia everyone? Sediakan tisu, takut nanti lu orang tak tahan pulak tengok gua!

Hehe. Ni la gua yang kena masuk dalam sinki. Muka ready err terpaksa kot!

Ahhhhh! Dia dah datang! Macam ni la nasib gua di mandikan. Sejukkkkk! Brrrrrrrrr! Hepp! jangan pandang tote and teloq gua! Amaran keras ni! Nenoneo~

Part ni yang paling gua benci ni. Sesi memberus. Demi kerana menginginkan duri yang menawan, gua pasrah.

Aiseh, lama pulak sesi memberus ni. Gua dah sejuk ni beb! Cepat sikit lah oi!

Yay! Dah kena angkat! Yes! Boleh tido balik lepas ni.

Ehhhhh! Apa pulak ni? Laa ingatkan dah sudah, lupa la perut gebus puteh melepak gua ni belom kena berus lagi.

Akhirnya, setelah bertungkus lumus berak sebanyak 4 ketul hasil dan kesejukan yang melampau, gua sudah siap mandi, pakai bedak annnddddddd KENA BEDUNG untuk mengelakkan kesejukan. Ok dah siap. Jangan stim tengok teloq and tote gua ok!

Ohhh! Tetiba rasa sangat tak hensem. No flash pleasee! Silau mata gua! Heh



NotaKakiHudaSiLuna :
hari hari gua buat benda pelik pelik. semalam gua berak dalam bekas air and kencing dalam bekas makan. hari ni gua gigit kertas sampai air liur meleleh.

Diari Joni #2; musim panas musim kuak lentang.

MoshiMoshi.

Jom kita kembali ke sesi Joni bercerita. Untuk sesi Joni bercerita #1 kelik sini.

**************

Hai Semua! Rindu Joni tak? Agak lama sudah Joni tak bercerita dalam blog Huda Luna ni, My Lovely Mummy. Hehe. Dah lama tak menaip rasa kekok la pulak. Ehehe. Jangan la gelak dekat Joni kawan-kawan, malu la Joni nanti. Wekk!

Korang perasan tak sekarang ni sangat la panas. PANAS sangat sampai rasa nak berbogel je rasa. Eh! Kalau Joni bogel, tinggal apa aje dekat badan Joni ni? Dah la sekarang dah OBESITI sebab asyik makan tidur je tiap-tiap hari. Hoho. Hari tu Huda Luna skodeng Joni tidur. Tak patut sungguh! Dah la tengah kepanasan masa tuh. Kejam dia!


Ohhh! Tak boleh tahan. PANAS nye! Harus keluar dari tempat persembunyian. PANAS! Eheh. Huda Luna, please! Tammo la intai Joni tidur. Malu la.


Ahhhhh! Ini tak boleh jadi ni. Keluar. KELUAR. KELUAR. Panas betul. Tu la. Lemak berlebihan terlalu banyak sangat la ni. Ohhhh OBESITI! Kaki ku harus terkangkang sedikit. Kasi ruang untuk angin masuuuukk. Huhu.


Yes! Dah jumpa port terbaik. Tapi kaki belum cukup luas terkangkang. Betapa gedebab nye perot ku ini. Hasil permakanan Science Diet kepada Royal Canin. Sekali sekala dapat meal-worms. YUMMY delicious! Mummy! Daddy! Nak meal-worms lagi!


Depakan tangan. Depakan kaki. Yeahhhhhh! Baru best! Oppppsss! Terlupa pulak! Aksi-aksi ku sedang dirakamkan. Behave Joni. Behave.


Sila tengok gaya kaki terkepek. Ada style tuuuu~ Jangan meniru aksi ini di rumah atau anda akan mengalami sengal-sengal otot yang melampau. Hahahah.


Lima belas minit berlalu. Joni still tidur macam ni. Tak sakit kaki kah Joni oi?


Makin luas terkangkang nye. Tak senonoh betul la. Haishhhh! Anak siapa la ni eh. Boyfriend siapa tah. Oh girlfriend ku. Maafkan daku. Hahahaha. Bukan niatku untuk tidur sebegini. Aku kepanasan. PANAS.


Ok lah. Sekian berita dari Joni. Nanti kita berjumpa lagi. Tata! Siapa tak sayang Joni akan jadi debab macam Joni. Hehehe.


**************

NotaKakiHudaSiLuna :Joni sekarang ada dekat daddy dia. Hamster pulak kena tinggal dekat Ipoh. Mummy dia? Rindu anak-anak dia. Huuu. T_____________T

Diari Joni #1; si busuk.

Hai, nama aku Muhammad Zaini. Err.. Atau lebih glamer di-panggil JONI. Alaaa.. Korang mesti kenal aku sesangat kan. Biasa la kan aku ni HENSEM BOY. HAHA. Emm.. Hari ni Huda busy sebab banyak keje tak siap + aku nak dia baik-baik dengan siggplus balik, tapi dia tamau sebab siggplus mesti buat benda sama lagi kalau diorang baik-baik. Huda cakap dia nak biar dua-dua ber-tenang dulu ape-ape pun. Dua-dua darah panas kata Huda kat aku. Haihh.. Jom tengok ape aktiviti aku eh.



Yang kuning tuh, nama dia KIDDIK. Se-ekor kucing cafe yang di jaga Che Tom-Tom. Kami kawan baek tapi aku jahat selalu ter-kejut-kan dia dengan duri-duri aku yang tajam ni. Tapi jangan risau, kami bukan GAY ok walaupun kami ber-dua ni JANTAN.




Err.. Ni Huda. Mata kami sama tak? Sama-kan. Cuma mata aku terlebih merah tapi mata Huda terlebih oren. Alien ke dia ni? Ayoo.. Tak dapat I nak pasti-kan.




HUHU. Aku sukaaaaaaaaaaaa sangat gulung badan macam ni. Rasa seronok. Korang reti ke buat macam ni? Kalau reti jom challange sape boleh gulung lagi dalam.




Kadang-kadang sebab terlalu asyik meng-gulung, Huda mesti tolak dahi aku sebab nak tengok muka aku yang sangaaaaaaaaaaaaat HENSEM ni. HAHAH. Tapi alamak! MATA I spoil la dalam gambar ni. Delete cepat! Eh? Sape tahu delete. Cepat ajar Joni.




Yang ni paling besh. Sebab. Joni sukaaaaaaaaaaaaaaa sangat tido atas tapak tangan Huda. LEMBUT youuuuuuuuuuuuuu. Nyenyak je tido.. Loook! Kaki kecik I yang kiut itu. :P Jangan puji lebih-lebih, I blush dah ni.




Malam-malam pulak. Aku bangun. Orang tido time ni la aku bangun. Exercise. Siang-siang I tido. Malu la nak exercise siang-siang sebab I akan jadi terlaluuuuuuuuuuuuu excited bile naik WHEEL ni. I akan ter-berk-berak dengan banyak sebab I ter-sangat ter-lupa. HAHA. Forgive me. Tapi I tak dapat nak control dari tahi ter-sebut untuk keluar. Aisehhhh~ Maka di-sebab-kan tu, kaki I akan macam pakai INAI. Tapi INAI tahi. so, Huda pun me-rajin-kan diri beliau basuh kaki dan tangan I hari-hari. HUUUUUUUUUUUUU... I tak suka air. SEJUKKKKKKKKKKKKK~~~




HAAAAAAA.. Kalau aku macam ni. Tanda nye aku dah wangi. Tiap-tiap Jumaat Huda mandi-kan. Dia cakap aku kena pergi SOLAT JUMAAT. HUHU. Meh la cium I. I dah wangi. Tapi I tak jamin la kalau you tak ter-kena duri I ni. HAHAHA. Jangan pandang lama-lama. I segan la.




HEY! Jangan la pandang I makan. I malu la weh.. Pergi la jauh-jauh. PLEASE~~~ dah-dah I nak minum. Jangan nak intai pulak. I tak suka kalau I makan orang tengok. Err... I makan Cat Food SCIENCE DIET tau.




Huda bagi I minum air mineral + dengan VITAMIN. Sebab tu I dah GEMOK sekarang. I kuat makan. Yummyyyy~ Bile makan tu crunchy lagi la I suka. Sedap tau. Krup-Krup.




Di-sebabkan penitis vitamin I dah pecah, Huda tak tau nak cari mana dah, maka dia pun beli-kan dekat I BOTOL SUSU ANAKKU ni. I segan tau. Botol lagi besar dari I. Yang warna oren tuh bukan air kencing tau, tu la vitamin. HEH. Errr.. Smart tak I posing dengan botol susu ni?




Alamak. Nampak nye I dah mengantuk la. *menguap* Bye-bye. Errr.. Sape-sape cakap I HENSEM, I doakan orang tuh jadi HENSEM dengan CANTIK jugak. Da~

NOTAKAKIJONI :
hari ni Joni pulak nak taip. tak ape kan?

Joni kawaii


tengok la budak kecik ini...geram gila tengok dia..sooooooo kawaiiiiii...esok Joni dah ade girlfriend..Joni suka la tu kan...ade Jeni..heee....:24:


Wordle: Untitled



NotaKakiHudaSiLuna :
kalau Joni ade anak nanti sape nak beli?angkat tangan awal2 tau..