Huda Luna Hussin

perempuan, lelaki dan kereta.

Kalau perempuan bawak kereta, mesti banyak masalah. SUMPAH! Aku tak tipu. Aku sendiri yang perempuan ni pun menyampah tengok cara perempuan drive kadang-kadang. Nak je gi cakap kat die:

"ko tak payah bawak kete ah! nyusahkan orang lain je."


Kalau yang terer tuh, terlebih terer pulak. Siap drift bagai. Speed nak lawan lelaki drive. Yang ni pun tak bagus jugak. Sebab perempuan kena la sopan santun tapi bawak tuh jangan la terlampau sopan santun sampai buat orang lain benggang.

SERIUS! Lelaki menyampah kalau perempuan bawak kereta teragak-agak. Aku sendiri pun rimas. Kalau aku naik kereta dengan lelaki, tak kira la kawan ke sepupu ke, mesti diorang cakap macam ni:

"terhegeh-hegeh. perempuan la ni."


perghhh! Tak macam ber-asap pulak aku kan. Tapi nak buat macam mana. Benda memang betul pun. Bagi aku la kan, kalau masih P awal-awal macam baru 2 3 bulan P tuh, bagi aku leh la dimaafkan. Ni tak. Lesen P pun dah setahun lebih tapi bawak kereta macam tak pernah bawak.

Antara top 10 perkara-perkara yang buat lelaki menyampah dengan cara perempuan drive adalah:
1. bawak teragak-agak, kejap ke kiri, jap ke kanan.
2. tak bagi signal tau2 terus masuk. (lelaki pun selalu buat jugak)
3. salah bagi signal. bagi signal kiri, tapi masuk kanan.
4. bawak macam siput, tapi duduk lane kanan.
5. parking kereta ikot suka hati.

contoh :
a) ada dua kotak parking kosong, tapi parking tengah-tengah. gila selfish.
b) parking sampai terbabas tah ke mana-mana je.

6. sambil drive sempat mekap la, betulkan tudung la etc.
7. nak tekan break tapi tekan minyak, pastu mula la langgar macam-macam.
8. enjin mati kat traffic light. (kalau yang bawak manual la, jarang perempuan nak bawak manual)
9. langgar divider jalan, pastu salahkan divider tinggi.
10. dekat bonggol tak brake, sampai kereta pun ter-melantun.

YES! Aku admit salah satu atau dua perkara kat atas ni terkena batang hidung aku sendiri macam no.6 dan no.8 tuh. PEREMPUAN. Biase ah. Mati enjin dan betulkan tudung. HUHU. Sape nak sokong aku?

Lelaki pun ade jugak yang tak reti drive. Sape cakap tak ade? Ade je. Yang main mencelah je tak bagi signal. TERKEJUT BADAK TAU TAK. Pastu yang bawak macam nak gi melancong. Saja je BIKIN PANAS HATI. Tu kesah kereta. Kesah moto macam mana pulak? Contoh macam apek-apek cina tua tak pun lelaki yang bawak moto. SUKA sangat bawak tengah-tengah jalan. Sila la ke tepi sikit. Bahaya betul bawak moto tengah-tengah jalan. Mau kalau lori datang tak ke naya tuh? Sape duk IPOH tak pun PENANG memang dah masak sangat dah ngan benda ni.

HEH! Tuh je dapat aku fikir sekarang ni. Kalau ada lagi sila bagi tahu. Aku akan tambah. Aku bukan nak menghina perempuan cara perempuan drive. Tapi geram. Aku ingat lagi dulu. Perempuan tuh punya la syok makan ais krim sampai tak tengok dah cermin belakang, tau-tau...

"gedebeng!!!"
Justify Full

Kau tahu ape yang dia langgar? Dia langgar bontot kereta auntie aku. Nasib ah tak ade ape-ape, cume ter-kemek sikit je. Geram betul. HUHU. YE! YE! Aku tahu aku pun kadang-kadang buat salah masa drive, tapi aku dah improve banyak. Malu kena kutuk dengan lelaki. So, perempuan semua, jom improve cara kite drive okeh?


------------ini kesah aku dengan kereta------------

Aku ade lesen sejak dari tahun 2005, tapi tak pernah bawak kereta sejak dapat lesen tu. Bila masuk UMP ni tahun 2008, nak keluar ke town susah. So, dengan gigih nye aku cari kereta sewa auto untuk keluar. Masa tuh first time bawak lepas 4tahun tak bawak. Mengigil jugak la. Tapi Alhamdulillah sampai jugak aku ke Kuantan dengan kereta tuh.

Lepas tuh, aku belajar balik bawak manual. Aku berjaya. Bagi aku bawak manual seronok sangat. Leh main gear. Tak macam auto. Macam orang cacat. Masa before aku improve aku nye skill diving banyak jugak la kejadian-kejadian yang malang aku hadapi macam enjin mati la, terbabas ke lane sebelah la, hampir kena langgar lori la, terlanggar kereta perdana hitam la. HAHAHUHUHEHEHUHE. Zaman tuh aku tak reti nak SPEED-SPEED ni. Sekarang ni. Selalu terlajak over dari 100km/j. Erkkk! Jalan kat Kuantan ni mostly 80km/j je leh. So far, nasib baek ah tak pernah kena saman lagi.

Nasihat : Bawak kereta memang seronok, tapi hati-hati lah. Sayang lah nyawa sendiri ye dan orang lain. Jangan mati sia-sia.




:12:NotaKakiHudaSiLuna :
habis la aku kena marah dengan perempuan sebab kutuk perempuan. lelaki mesti suka bab-bab ni kan?

lelaki dan baju Melayu; bagi lelaki perempuan menawan berbaju kurung.

siapa tak kenal Zahiril Adzim? kalau kau tak kenal, sila-sila lah kenal. Kerana apa? kerana dia begitu meng-kagumi perempuan yang berbaju kurung. siapa yang perempuan-perempuan tuh sila lah rasa dirimu begitu berharga (iklan loreal kejap). Dalam entry dia yang (ini) dan yang (ini) dia begitu adore dengan perempuan yang berbaju kurung/kebaya/kebarung.

itu bagi Zahiril Adzim. bagi aku pula, aku sangatlah teruja dan rasa sangat tertarik untuk tengok lelaki yang berbaju Melayu. Kenapa? entah. bagi aku, lelaki-lelaki ini sangat tampan, macho dan menarik serta nampak begitu maskulin. HEH! aku pon tak tahu mengapa. tiap kali kalau nampak lelaki yang berbaju Melayu aku akan pandang. pandang lama-lama. berbaju Melayu disini adalah : LENGKAP BERSAMPIN SONGKET DAN SONGKOK tapi pakai ala-ala JOHOR.


HEH! okay masa untuk chaos dulu, assignment melambak. dalam otak aku sekarang :
.
.
.
.
.
1. pergi masa birthday
atau
2. pergi masa konvo

yang mana satu eh?





:12: NotaKakiHudaSiLuna :
hari jumaat ari tuh tengok ramai sangat lelaki berbaju Melayu ala JOHOR siap bersampin songkek ke masjid untuk solat Jumaat. (blok asrama aku sebelah masjid je, boleh intai lelaki yang selalu pergi masjid)

Joni kawaii


tengok la budak kecik ini...geram gila tengok dia..sooooooo kawaiiiiii...esok Joni dah ade girlfriend..Joni suka la tu kan...ade Jeni..heee....:24:


Wordle: Untitled



NotaKakiHudaSiLuna :
kalau Joni ade anak nanti sape nak beli?angkat tangan awal2 tau..