Huda Luna Hussin

Lapan ciri-ciri blog yang sangat menggerunkan.

Moshimoshi.

*buang habuk yang melekat dekat blog Huda Luna* 11 hari berhabuk. 11 hari jugak kurang online. Sibuk layan anak-anak dan suami. Heh. Tapi dalam sibuk-sibuk tu sempat jugak round-round dalam blog dan banyak perkara yang menggerunkan yang aku jumpa.

1. Bukak blog terus terkejut badak sebab secara tiba-tiba datang music/lagu dari celah mana tah. Memang gerun. Mau heart attack secara spontan kalau masa tu speaker full volume. Heh. Tolong lah, aku tak rasa music patut letak dalam blog. Boleh mati dalam beberapa saat je kalau ada heart attack.
Contoh :

2. Tulisan besar kecik besar kecik sampai nak baca pun macam kena teropong mata luaaasss luaaassss nak paham seketul-ketul perkataan. @____@
Contoh :
CubA kOrANg bACa nI sEnANg kE tIDaK. sERoNOk tAK bACa mACam nI. tHiRlL tAk?

3. Entry nak center je semua sampai rasa macam err center nya, tak ada left langsung ke? Aisehh.
Contoh :
Hari ni saya suka minum susu cap unta.
Susu unta lagi sedap dai susu kerbau.

4. Saya dah follow blog awak, awak follow balik lah. Then lepas tiga empat hari kita tak follow dia unfollow kita balik. What the heck? Ohh, saya tak kisah bilangan follower saya pun. Kalau saya, saya follow sebab saya minat dan saya tak akan mintak balik orang tu follow saya balik.
Contoh :

5. Setiap baris ayat baru mesti warna lain-lain kat dalam entry. Kunun cantik lah kan, padahal jadi sasaran utama tekan button X. Juling mata ai nak tenung warna-warna striking. Ayoo tanggachi.
Contoh :
Nama saya Huda Luna Hussin. Saya lahir pada bulan Januari hari Jumaat. Saya suka makan Nasi Lemak. Saya tinggal di Ipoh. Saya belajar dekat UMP.

6. Ayat yahudi yang sangat berleluasa. Macam entry ni yang sangat lah annoying kot! Err kalau SMS aku leh consider lagi kot, tapi type entry?
Contoh :
Aku pergi pasar jew tadiw. Sowie larh lupew pulak dapat mesej kat HP tadiw.

7. Type short form macam SMS padahal ruang post entry boleh type unlimited. Heh.
Contoh :
Ak ske mkn ayam tp ak xske mkn ikan. Dy lak ske mkn ikan tp xske mkn ayam. Dy ckp ayam leh wt mok.

8. CAPTCHA! Haa ni lagi satu yang buat blog jadi gerun sangat. Perlu ke? Macam tak perlu je.
Contoh :

NotaKakiHudaSiLuna :
kalau ada lagi boleh tambah nanti aku backlink balik. =) blockquote belajar dari blog ailyl. Ailyl pulak belajar dari Ynn.

Diari Joni #2; musim panas musim kuak lentang.

MoshiMoshi.

Jom kita kembali ke sesi Joni bercerita. Untuk sesi Joni bercerita #1 kelik sini.

**************

Hai Semua! Rindu Joni tak? Agak lama sudah Joni tak bercerita dalam blog Huda Luna ni, My Lovely Mummy. Hehe. Dah lama tak menaip rasa kekok la pulak. Ehehe. Jangan la gelak dekat Joni kawan-kawan, malu la Joni nanti. Wekk!

Korang perasan tak sekarang ni sangat la panas. PANAS sangat sampai rasa nak berbogel je rasa. Eh! Kalau Joni bogel, tinggal apa aje dekat badan Joni ni? Dah la sekarang dah OBESITI sebab asyik makan tidur je tiap-tiap hari. Hoho. Hari tu Huda Luna skodeng Joni tidur. Tak patut sungguh! Dah la tengah kepanasan masa tuh. Kejam dia!


Ohhh! Tak boleh tahan. PANAS nye! Harus keluar dari tempat persembunyian. PANAS! Eheh. Huda Luna, please! Tammo la intai Joni tidur. Malu la.


Ahhhhh! Ini tak boleh jadi ni. Keluar. KELUAR. KELUAR. Panas betul. Tu la. Lemak berlebihan terlalu banyak sangat la ni. Ohhhh OBESITI! Kaki ku harus terkangkang sedikit. Kasi ruang untuk angin masuuuukk. Huhu.


Yes! Dah jumpa port terbaik. Tapi kaki belum cukup luas terkangkang. Betapa gedebab nye perot ku ini. Hasil permakanan Science Diet kepada Royal Canin. Sekali sekala dapat meal-worms. YUMMY delicious! Mummy! Daddy! Nak meal-worms lagi!


Depakan tangan. Depakan kaki. Yeahhhhhh! Baru best! Oppppsss! Terlupa pulak! Aksi-aksi ku sedang dirakamkan. Behave Joni. Behave.


Sila tengok gaya kaki terkepek. Ada style tuuuu~ Jangan meniru aksi ini di rumah atau anda akan mengalami sengal-sengal otot yang melampau. Hahahah.


Lima belas minit berlalu. Joni still tidur macam ni. Tak sakit kaki kah Joni oi?


Makin luas terkangkang nye. Tak senonoh betul la. Haishhhh! Anak siapa la ni eh. Boyfriend siapa tah. Oh girlfriend ku. Maafkan daku. Hahahaha. Bukan niatku untuk tidur sebegini. Aku kepanasan. PANAS.


Ok lah. Sekian berita dari Joni. Nanti kita berjumpa lagi. Tata! Siapa tak sayang Joni akan jadi debab macam Joni. Hehehe.


**************

NotaKakiHudaSiLuna :Joni sekarang ada dekat daddy dia. Hamster pulak kena tinggal dekat Ipoh. Mummy dia? Rindu anak-anak dia. Huuu. T_____________T