Huda Luna Hussin

Dah setahun Jeni pergi tinggalkan Joni.

MoshiMoshi!


Hai Jeni. Sehat tak hari ni? Baby-baby semua sehat? Rindu Jeni dan baby-baby semua. Hari ni genap setahun Jeni pergi dengan dua baby. Kedekut lah Jeni ni. Bawak semua baby Jeni ikut Jeni. huu. Baby semua mok-mok tak? Jeni makan kenyang tak kat sana? Hey Jeni! I miss you sangat-sangat tau! Sian Joni menduda je lepas Jeni pergi. Jeni jangan nakal-nakal tau kat sana.


Setahun lepas, Jeni mati. Rindu dia. Rindu dengar dia makan. krup-krup-krup. Rindu dia buat anointing kat tangan aku bila bau perfume aku. Rindu dengar bunyi chirping dia yang manja tu. Hey Jeni! Nape pergi awal sangat! Isk!

laki bini tido sama-sama

masa mula-mula beli

gemok pregnant

kuat makan

empat hari before Jeni mati dekat Shah Alam.

Rest in peace Jeni

baby ni je yang mampu hidup enam hari


Hari tu, 31 hb Julai 2010 baby hamster aku, Kirra lak mati. Sedih sangat tengok nyawa dia masa hujung-hujung tu. Aku tak tau dia sakit apa. Berak berdarah. Kencing Hijau. Telinga capit. Biru je badan dia.


take care Kirra. Sob. Sob.


NotaKakiHudaSiLuna :semua orang akan mati. semua benda akan mati. aku dah tak sanggup tengok binatang yang aku bela mati. Jeni mati lepas beranak. esok aku blogwalking. sorry busy sangat. bukan busy sikit dah.

Nasi Lemak Daun Pisang

MoshiMoshi!


image google

Seronok jugak online sambil makan nasi lemak daun pisang ni. Sebab khusyuk gila makan menghayati rasa nasi lemak. Sambal dah la terbaik punya sedap! Bukan makan sebungkus. Tapi dua. Cukup qouta. Haha.

Ahad ni ada reunion kawan-kawan kelas dekat Gua Tempurung. Siapa orang Ipoh nak ikot jom lah!


NotaKakiHudaSiLuna :
sedang sibuk edit entry lama balik. benci tengok tulisan shortform aku yang dulu yang macam kambing.

(Western Australia) Malaysia - Singapore - Perth, Australia 3.

MoshiMoshi!


Entry ni panjang dan banyak gambar. Siapa berjaya baca sampai habis tanpa skip, aku ucap tahniah. Nak bat scroll tapi tak nak jadi

Entry ni adalah entry yang tertangguh selama dua tahun. Alang kepalang dah ternampak ceeramoon buat entry advertorial pasal ni, aku lak buat saja-saja suka-suka untuk promote betapa bestnya Perth ni! Sebab aku dah pernah pergi dua tahun lepas. Tujuan blog ni di buat dulu pun sebab nak story pasal ni tapi tak siap-siap cerita sejak dulu. Tapi before berlepas dan masa mendarat balik aku sempat posting dua post kat airport. Malaysia - Singapore - Perth, Australia 1. dan Malaysia - Singapore - Perth, Australia 2. Aku dapat advertorial? Mustahil. Tak layak.




Aku fly dari KL ke Singapore naik Singapore airlines. Ikot pakej trip tapi ada 2 hari untuk buat aktiviti sendiri. Kira transit sekejap dekat Singapore. Masa tu aku comot gila. Pergi dengan trip ramai orang memang tak best. terkejar-kejar semua. So, kalau nak pergi sana, better plan semua sendiri. Airasia dok promote tiket harga murah sampai esok je (24 June 2010) dengan harga RM249 je. Kalau ada duit, pergi la. Korang tak akan menyesal.


Aku sampai Perth 2 Mei 2008 pagi-pagi buta. Turun-turun je kena lalui macam-macam prosedur baru lepas masuk. Kat sana masa tu sejuk gila. Mengigil aku. First day kat sana aku tak leh terima sejuk sana, tapi lama-lama ok. Kalau aku sampai 3 Mei 2008, mesti tak lepas masuk sebab ada sesuatu berlaku kat airport tu. Malaysia Airlines di syaki bawak bom. Nak baca, gi link 1 dan link 2. Yang ni pulak youtube berita kat sana. Masa tu baru lepas solat Isya' terkejut gila tengok tv.


Lepas sampai airport, balik dulu hotel (depan Swan River) rest before pagi nya nak berjalan merata-rata. Pagi nye pulak first destination, King's Park and Botanic Garden. Tapi tak sempat jalan seluruh tempat tu sebab nak cepat. Cuma sempat ambil gambar Perth City dari atas bukit King's Park tu.


Kalau korang pergi, leh jalan-jalan naik ketapi kat belakang aku tu. Hey hey. Aku gemok. Ok aku tahu.


Lepas dah ambil gambar sakan dekat King's Park tu, pergi Fremantle pulak. On the way ke sana, aku ternampak ni. The University of Western Australia. Teringin nak masuk. Huhu. Tak ada pagar pun.


Okay, dah sampai Fremantle. Kat sini banyak bangunan lama yang unik-unik. Yang ni aku gi Market dia. Macam-macam souvenirs ada jual. Kena pandai pilih. Ada yang jual mahal gilaaa dan ada yang jual murah. Kat dalam ni pun ada restoren makanan Halal.


Ni sekolah teknik diorang. Bangunan diorang punya la lawaa. Sepanjang street tu, banyak shop jual macam-macam benda kalau korang nak beli. Bukan tu je, siap ade restoren Kebab Islam lagi.


Ni lah restoren tu. Ali Baba Kebab restoren kot tak salah nama dia. Before pergi sana aku dah list down semua kedai makanan Halal. Senang nak cari nanti.


Ni muka budak lapar nak mencekik. Lepas tu jadi terlampau kenyang sebab kebab tu besaq sangat!


Lepas dah makan, jalan-jalan semua diorang bawak gi pulak gi kedai makan lain pulak. Diorang bawak gi Kailis' Cafe Waterfront Fremantle. Makan lagi. Tapi Fish and Chip pulak.

So makan lah lagiiii. Scenery kat sini cantik. Macam kat Nusajaya, Johor. Ailyl ada cerita dalam entry dia. Kat sini ada burung comel suka bertenggek kat bench tu.

Lepas tu diorang bawak pulak gi Wine factory. Aku dengan makcik aku tak masuk. Untuk apa masuk pulak kan. Dah pukul 2 lebih, pergi pulak Caversham Wildlife Park ni. Kat sini ada Kangaroo, Wombat, Tasmanian, Spotted Quoll, Laughing Kookaburra, Koala bear dan banyakkkk lagi.


Bagi makan kat kangaroo macam best jugak sebab dia comel. Tapi yang tak best nya mesti akan terpijak taik dia yang kecik bulat-bulat tu.


Then pergi pulak Chocolate factory dekat Margaret River. Kalau nak lepas geram tengok chocolate banyak-banyak gi la sini. Tapi yang tak syok nya, chocolate kat sana banyak ada wine. T____T So, tak dapat la beli.


Dah penat semua, balik la hotel balik. Hotel pulak, betul-betul bertentangan dengan Swan Bells yang mana dia akan berbunyi. Dan Swan Bells ni jugak adalah instrument music yang terbesar di dunia. Malam-malam pulak, Swan Bells ada lampu warna-warni yang cantik. Nak naik boleh kat atas tu, tapi mahal la jugak. Pastu banyak orang kawen kat sana.

Ni picture pemandangan Perth City dari cruise yang aku naik untuk gi Fremantle. Masa ni dah day 3. Aktiviti sendiri. So, naik lah cruise pergi sana dan shopingggggg! Kat sana murah compare kat Perth City. Gambar kat sana tak cantik, so malas letak.


Day 4. Aku bangun lambat. Teruk kena marah. Kalau bangun awal nak gi main Sand Boarding dekat The Pinnacles. Jauh dari Perth City.


Picture kat bawah ni hasil aku google the Pinnacles. Macam rugi je tak gi. Tsk!


Dah tak dapat pergi the Pinnacles, tukar plan gi Rottnest Island. Kat sana sejuk. Sangat sejuk. Kat sana leh naik bot untuk tengok wild Dolphine yang hidup liar kat laut tu. Gambar dolphine tak ada tapi video ada la.


Dah balik dari Rottnest Island, lapar nasik! Serius lapa gila nasik. Dah lama tak jumpa nasik jadi gila. So aku cari la kat internet kedai makanan yang terdekat dekat Perth City tu. At last, jumpa jugak restoren Indonesia kat sana. Puas hati dapat nasik. Lepas makan, balik hotel siap-siap nak balik Malaysia balik.


Dah kat Singapore, teruja plak tengok toilet diorang bersih. Ambil gambar dulu ala-ala MYSPACE. Sampai Malaysia, flat. Penat. Tapi memang berbaloi holiday kat sana. Masa kat airport Perth, jumpa orang Malaysia yang duk dekat sana dekat 25 tahun sudah.




NotaKakiHudaSiLuna :
cost pergi balik hotel semua masa tu tak banyak pun.