Huda Luna Hussin

(DIY) Basic Fairy Skirt.

MoshiMoshi!


Cuti ni aku sangat-sangat lah berniat berkobar-kobar nak jahit Fairy Skirt ni. Nampak macam cunn gila kalau pakai dengan boots. Tapi buat labuh la macam paras bawah lutut. Tapi masalah nya kat Ipoh ni susah nak cari kedai kain yang best. Geram betul aku.


Gerammmnyaaa tengok skirt ni. Heshh!

Untuk DIY skirt ni just perlukan :

3 atau 4 (depends) helai kain yang berkenan di hati.
Getah Elastic
Riben (untuk cover getah)
Benang
Dan Mesin jahit (kalau tak ada mesin rajin ke nak jahit guna tangan? haha)

1. Potong kain jadi empat segi dalam panjang 1 meter plus minus untuk setiap sisi dia. Depends la dekat korang nak buat lagi panjang ke lagi pendek ke kan. Aku nak buat panjang.

2. Tutorial ni orang ni guna empat layer kain. First layer dia guna Purple Satin Lining (bottom). Second layer dia guna Mauve nylon Organza. Third layer dia guna Purple Net then yang fourth layer (top) dia guna Mauve Organza Printed Design.


3. Then step ni letak fabric tu dalam shape diamond then buat hole dekat tengah-tengah ikut saiz pinggang. Contoh dia macam ni kalau pinggang saiz 94cm then tambah 3cm then bahagi dengan 6. 28. So tu la radius untuk lukis hole tu. Dah buat hole ape lagi gunting la kan.

4. Lepas tu jahit la getah dengan letak riben untuk cover getah tu. Dan siap.


Nampak cara nak buat macam senang. Tapi untuk aku yang belom tahap pakar macam WeenGorgeous ni mau terkial-kial nak menjahit nanti kan. Tapi demi kerana nak pakai jugak aku akan make sure aku berjaya buat then bila siap boleh post dekat blog. TeeHeeHee. Ok dah Bye. =P


NotaKakiHudaSiLuna :
Kalau dekat KL senang je nak cari kedai kain. ciss. entry auto publish ni. time ni aku tengah tido lagi aku rasa. haha.

(Tutorial) Hijab Pashmina Hana Tajima #02

MoshiMoshi.

Ramai yang mintak aku buat tutorial pakai shawl la ape semua. Aku bukan nya apa. Aku malas buat sebab kalau buat mesti kena kutuk la ape semua. So, sekarang ni nah satu tutorial yang aku suka style dia. Hana Tajima. Fashion Designer yang famous amos oii. Tak kan la orang nak kutuk tutorial dia pulak. Melampau tu kan.

Tutorial 1





Tutorial 2




13 December ni dia ada event dekat SOLARIS DUTAMAS dengan Yuna. (untuk siapa yang tak tahu dia ni kawan baik Yuna) Siapa yang boleh pergi. Pergi lah. Aku pun tak sure aku boleh ke tidak pergi. Teringin nak jumpa dia in person. Mesti dia sangat kawaii! Nama pun orang jepun kan.

Erm so far aku ikut style dia ni okeyh lah. Lagi buat muka aku jadi macam foreigner. Kejap jadi Pakistan. Kejap jadi Iran. Kejap jadi Palestine. Macam-macam la aihhh.

So ok! Selamat mencuba style Hana Tajima! Hijab style dia ni cool dan tak susah. Tapi seeloknya jangan la guna shawl yang lembik-lembik tu. Jenis cotton dan pashmina ok la.



NotaKakiHudaSiLuna :
Aku suka Yuna. Aku suka Hana Tajima.

Jangan tengok wayang kalau....

MoshiMoshi.

Aku dapat idea nak post ni sebab tiap kali tengok wayang mesti ada je yang buat sakit hati. So, korang mesti suka tengok wayang kan? Tapi kadang-kadang benda annoying asyik jadi masa korang tengok wayang yang buat rasa nak angin satu badan je kan. Boleh hilang mood nak tengok wayang dengan konsentrasi kalau banyak betul je manusia-manusia yang tak reti adab masa tengok wayang sampai rasa nak pelangkung je kepala dia. Ni antara apa yang aku rasa tak patut buat masa tengok wayang. Ke ada lagi?

1. Main SMS dalam wayang.
Gila annoying kot. Kejap-kejap lampu hp menyinari gelap dalam wayang. Rasa macam nak cakap kat orang yang buat macam tu kot iye nak SMS pun tutup-tutup sikit lah hp tu so that lampu tu tak menyakitkan mata orang lain.

2. Tak silent hp.
Bayangkan tengok syok-syok tengok part sedih ke atau part saspen ke tetiba je masuk lagu ringtone hp. Then semua pun macam lost sekejap sebab pandang orang tu. Memang potong lah!

3. Cakap hp kuat-kuat.
Kalau ada orang call tu cakap la perlahan-lahan. Ni cakap macam nak bagi satu wayang tu dengar apa yang awak tu cakap je.

4. Bawak budak kecik yang tak reti duduk diam.
Tugas parents kawal anak-anak dari kacau orang lain. Ni tak. Biar je anak kau tu ketuk-ketuk kerusi orang lain, tendang-tendang kerusi, jerit-jerit, menangis, berebut makanan dengan adik beradik dia then lepas tu asyik tanya "mama mama kenapa cerita tu macam ni" "mama mama kenapa orang tu pakai macam tu". Geram kot. Kalau boleh tak payah la bawak budak kecik tengok wayang. Bukan budak tu tau apa pun.

5. Ulang-alik keluar masuk wayang.
Yang ni paling annoying sebab kacau je nak tengok screen. Kejap yang ni bangun. Kejap yang tu bangun. Kalau leh tahan kencing, tahan la. Seboleh-bolehnya kencing la awal-awal before masuk wayang tu. Kalau agak dah tak tahan sangat masa tengok wayang tu, tunduk la sikit tak ada la orang lain stress tengok awak.

6. Buat wayang dalam wayang.
Yang ni aku suggestkan pergi la hotel-hotel yang terdekat. Tak payah la buat wayang dalam wayang. Heh.

7. Tak ikut seat yang dibeli.
Kalau beli seat H-15, duduk la dekat seat tu. Jangan pandai-pandai duduk seat orang lain walaupun wayang tu kosong.

8. Jangan bersembang/berbincang wayang tu dengan orang sebelah.
Heshh. Jangan la menyembang. Kacau je nak tengok wayang dengar awak berborak-borak dengan kawan sebelah bincang jalan cerita tu. Bincang lepas habis cerita boleh tak?

9. Gelak kuat-kuat.
Bendanya tak ada lah lawak mana, tapi gaya gelak macam benda tu funny gila. Lepas tu gelak lama-lama sampai terbahak-bahak tahan gelak. Ohhh. Please. Rasa macam nak je baling popcorn dekat muka awak.


NotaKakiHudaSiLuna :
bosan bila cuti sebab duit poket kering. =.="