Huda Luna Hussin

Busuk Manis 2010.

MoshiMoshi!

hambek kau muka hudus ku.

Tahun 2010 bukanlah tahun luck aku. Tak macam Ynn Lunia, tak macam Fezal Mohd. Tapi tahun ni aku dapat kenal ramai kawan-kawan blogger yang best-best. Kenal ramai orang means lebih memahami perangai manusia. Ada yang boleh buat kawan sampai mati. Ada yang takat kawan kenalan je. Ada yang boleh lepak sampai pecah perut. Ada yang kena jaga tutur kata. Macam-macam.

Aku jenis positif sampai la orang tu buat pasal dengan aku. Dan hanya MAAFKAN bila dia mintak maaf. Agak tak baik disitu tapi aku cuba berubah. Aku cuba positif. Untuk kawan-kawan yang aku boleh buat kawan sampai mati, aku sangat-sangat berterima kasih dekat korang. Untung ada kawan macam korang!

Tahun ni jugak impian aku untuk dapat pointer 3.70 kecundang. Maybe sebab aku malas. Aku memang malas membaca nota-nota. Aku tak suka subject membaca. Baca nota macam ubat tidor je untuk aku. Bukan masuk pun. Ulang la 30kali belum tentu aku ingat. Heh!

Tahun 2010 ni aku tak ada azam. Tak ada wishlist sangat yang nak dikejar. So aku tak rasa ralat.

Tahun 2011 ni. Aku ada wishlist. Ada azam. Umur pun lagi 29hari nak 23tahun. OMG! Dah tua dah aku ye. Haha. Dah la tu je la aku update dulu. Kang update pasal cinta-cintun kena hentam macam si Aimie Harmelia kena. Biaq pi la aih dia nak cerita pasal boyfriend dia Khairul Fahmi Che Mat tu. Dia rasa tak selamat. Tak payah la nak hate-hate dia. Dari korang hate dia baik korang kaji diri tu dulu dah sempurna ke? Kah Kah Kah. Korang duk kutuk dia sana sini free-free dia dapat pahala free dari korang. Ye dak?

So. Maafkan aku kalau ada salah silap dalam tahun 2010 ni dekat korang. Peace! Aku nak buat Giveaway Contest sempena birthday aku nanti. Get ready okeh!


HAPPY NEW YEAR 2011! Semoga impian semua orang tahun depan jadi kenyataan. Amin!

NotaKakiHudaSiLuna :
gath hari tu best! nanti aku update. nak biaq pekasam dulu. Malam ni aku update lain entry lain. Banyak benda nak buat. Ahad balik Kuantan dah.

Vidiyo Joni the Hedgehog in the bathroom!

MoshiMoshi!

Huaaaaaaa. Susah betul nak record pakcik tu mandi. Susah! Meronta-ronta tak suka kena air. Kesian dia. Tapi kena buat semua cepat-cepat kang sejuk sampai biru hidung dia. Haihhh la Joni boy sekor tu.



Susah gila. Nampak tak betapa susah gila nak mandikan dia. Meronta-ronta sangat! T____T Pernah buat bagi dia swimming tapi tak berjaya habis lemas bagai. Sampai bersin-bersin air masuk hidung.


Kawan Joni! Hehe. Comel gila!

Ada dua video tak leh nak embeded. Korang tengok la sendiri dekat sini. Fraggle Swimming dan Shming Swimming. Dua ekor budak kecik ni aku geram gila sebab suka sangat mandi dan buat-buat terapung. Omey gilaa! Korang patut tengok. Serius! Tapi suara tuan dia agak annoying la.


Yang ni sebijik perangai macam Joni. Penakut air.

NotaKakiHudaSiLuna :
windu joni!

Ayunar - Best online shop!

MoshiMoshi!

Dalam banyak-banyak blogshop yang jual Shawl, aku tetap suka AYUNAR. Dalam banyak-banyak inner anak tudung dijual, aku tetap suka inner AYUNAR selain dari inner cotton. Boleh dikatakan tiap-tiap hari aku MESTI bukak blog AYUN dan blogshop AYUNAR untuk tengok update.

Walaupun kadang-kadang tak ada update, saja suka lepak dalam blog tu lama-lama tengok gambar dan baca entry-entry lama. Ni la orang cakap bila dah suka mesti nak je tengok selalu. Aku suka style yang AYUN tunjukkan. Cantik. Ada style tersendiri. AYUN pun seorang yang pandai berfesyen. Dah tu pandai make up pulak tu. Memang combo yang terbaik!

Ayun comel kan?

Ok. Selama aku bershopping shawl dan inner dengan AYUNAR ni, sikit pun tak pernah mengecewakan hati aku. Aku sangat-sangat berpuas hati dengan service AYUNAR. Tak macam satu blogshop (nama blog tu aku tak kan cakap) ni dulu aku order la shawl jenis A. Bayar pun dengan harga A. Dah tu sekali dapat shawl jenis B yang harga murah dari shawl A dan dia tak pulangkan baki. Heshhh! Sejak tu aku tekad aku akan shopping dengan AYUNAR je. Harga pun berpatutan.

inner color chart.

Bagi aku, AYUNAR ni unik sebab ada inner tu. Hand made. Kualiti kain pun bagus. Lepas tu nak muncungkan ke nak penyetkan ke tak ada masalah. Dan boleh bergaya dengan macam-macam style. AYUN pun ada buat banyak tutorial cara nak pakai inner AYUNAR ni dan banyak tutorial shawl yang best-best.



Tutorial 2-Tone dan 3-Tone inner AYUNAR.


Dah tu ape lagi. Jom lah kite men-shoppingkan diri dekat AYUNAR. Berbaloi! Takkan korang menyesal la! Aku rasa ramai blogger yang suka beli dekat blogshop ni kan?




NotaKakiHudaSiLuna :
Ayun huda doakan bisnes Ayun akan terus maju! Good luck sayang!