MoshiMoshi!
Hilang satu tak merugikan aku apa-apa. Tapi lagi buat aku happy aku bahagia dan gembira sebab pintu rezeki aku macam mencurah-curah. Betul tak tipu! Aku pegang prinsip biar orang buat kita tapi kita jangan buat orang. Sebab Tuhan tu Maha Adil. Jangan pulak bila dah kehilangan sesuatu baru nak hargai apa yang dah hilang tu. Ingat tu.
Hmmm.
By the way aku nak ucapkan banyak-banyak terima kasih dekat Kak Jue. Dah lama dah sebenarnya aku di interview untuk masuk kolum Blogspot dalam majalah Remaja ni. Terima kasih Kak Jue. Huda happy sangat dengan hadiah paling bermakna ni. Hadiah umur 23tahun yang paling best setakat ni.
Terkejut kot bila tetiba je ada sorang ni komen dekat
entry Hana ni cakap jumpa blog aku dari Remaja. Nama dia
Farhana Jafri. Aku macam OMG OMG kenapa keluar sekarang. Kenapa sekarang. Macam tu la. Tapi tak percaya lagi. Then
Hanna Maruku post pulak dekat wall cakap blog aku masuk Remaja. Aku terus jadi mana Remaja mana mana mana nak baca!
Then dua hari lepas
Daus Pozi dan
Admiral Hafiz ada buat entry pasal ni baru la aku percaya lepas baca artikel tu. Tapi yang tak best nya ada perkataaan TEMAN LELAKINYA. Tu la aku cakap kenapa sekarang. Kenapa. Sebab sekarang dia bukan lagi TEMAN LELAKI aku dah. Dia dah ada orang lain dan dia bahagia dengan yang baru tu. Aku doakan je la kebahgiaan diorang. Tanak kacau pun. Jaga hubungan korang tu baik-baik.
Ok cerita sedih boleh dilupakan ye kawan-kawan. Sebabnya aku sangat happy sekarang ni. Banyak benda best, happy, seronok, berlaku serentak. Sampai aku rasa eh aku dah break up eh? Dah lupa la pulak. Tak ingat langsung. Menangis tu sehari dua je. Sebab terkejut kan. Hari ketiga dah cure 100%. Tak menangis. Tak sedih. Tak ralat.
Blog Huda Luna yang pink tuuuuuu!
blog dia lagi femes.
Lagi satu benda best nak tau ape? Nama aku disebut-sebut masa Frinjan hari tu. Err err. Kalau tak kerana
AbuUbaidah66 cakap dan retweet status
Bobby Nuurri aku tak tahu pun pasal ni. Apa tah diorang bercakap pasal aku dekat sana cuak jugak ni. Aigooo! Malu. Sebab kalau orang kenal nama ni mesti ada musuh. Mesti ada yang tak suka. Aku tak suka macam ni. Rindu pulak zaman orang tak kenal siapa tu Huda Luna.
Ape-ape pun congrats untuk kite tiga orang;
Daus Pozi,
Admiral Hafiz dan aku. Jangan lupa singgah blog diorang untuk baca cerita versi diorang pulak okay! Ingat. Aku tetap Huda Luna yang sama, Still macam dulu. Tolong jangan panggil aku artis. Kalau tak aku merajuk.
NotaKakiHudaSiLuna :
please jangan kaitan aku dengan dia lagi. jangan mention nama kitorang sekali. please.