Huda Luna Hussin

Resepi Ayam Grill Ala Nandos

Assalamualaikum,

Tak ingat bila buat ayam ni. Tapi gigih Ok membuat dan menjadi. Sedap oi. Korang pun kena jugak try buat sekali. Sure nak lagi la.

Aku try buat ni mix resepi dari blog-blog ni, alter sikit mana yang best pastu buat. Macam butter aku guna olive oil macam tu. Pastu guna sos Extra Hot Peri-peri.

Hantam je la resepi ni korang asalkan menjadi, kenyang perut suka hati. Hehe





Resepi Ayam Grill Ala Nandos
Bahan-bahan
1/2 ekor Ayam - leg dan kepak (buang kulit)
4 camca besar Olive Oil
4 ulas Bawang Putih
10 biji Cili Padi Merah
1 camca besar Paprika
1 camca kecil  Oregano
1 camca kecil  Garam
1/2 camca kecil Black Pepper
1 camca besar Sos Cili
2 camca besar Madu
1/2 inchi Halia
4 camca besar Extra Hot Peri-peri Sauce

Cara-cara
1. Ayam cuci bersih, buang kulit
2. Campur semua bahan kecuali ayam, blendkan sampai halus.
3. Tuang hasil blend ke atas ayam, gaul rata then perap ikut kesukaan korang. (1 jam, 1/2 hari or semalaman. Terpulang)
4. Alaskan dulang untuk bakar ayam dengan aluminium foil. Susun ayam yang dah diperap atas dulang)
5. Panaskan Oven dengan suhu 170-200C selama 10-15minit.
6. Bakar ayam dalam masa 15-20 minit pada suhu 170-200C ikut kesesuaian oven korang jenis macam mana,
7. Kalau still tak masak, bakar sampai masak. Adjust masa mungkin tambah lagi 10-15 minit.
8. All the best. 



Resepi Potato Salad
Bahan-bahan
3 biji Potato
1 camca kecil Garam
1 camca besar Mayonis
1 camca kecil Black Pepper

Cara-cara
1. Stim potato sampai separa lembut.
2. Grill potato sikit sampai garing sikit.
3. Angkat dan ketepikan dalam bekas. Then gaul dengan garam dan black pepper.
4. Gaul dengan mayonis lepas tu boleh hidang.




Reference : Tiffin Biru, Life of Lady Ell, Shiawase Mrs Bangpek.



6 Teknik Urutan Bayi Selepas Mandi

Assalamualaikum.

Alkisahnya ramai sebenarnya tak tahu or mungkin tak nak ambil tahu yang pentingnya urutan untuk bayi. Seawal usia sehari bayi/baby harus diurut. Bukan takat baby akan menjadi calm, tapi membesar dengan kasih sayang dan paling penting dapat elakkan masuk angin dan kembung.

Ini antara kebaikan apabila kita melakukan urutan kepada bayi kita.

  • Menghasilkan ikatan antara ibu bapa dan bayi
  • Tenang
  • Bayi rasa disayangi
  • Membantu bayi tidur dengan nyenyak
  • Meningkatkan sistem imunisasi bayi
  • Rangsangan sentuhan
  • Menyihatkan kulit bayi
  • Melancarkan sistem pengaliran darah
  • Membantu sistem penghadaman
  • Membantu dalam pernafasan
  • Melegakan kesakitan pada gigi
  • Membantu ibu bapa mengenal bayi (keperluan dan kehendak)
  • Menenangkan ibu bapa
  • Membina keyakinan ibu bapa dan bayi
  • Pengalaman yang menyenangkan
  • Merangsang penghasilan hormon oksitoksin (hormon yang dihasilkan ketika proses mengurut,membantu menenangkan seseorang)


Ikatan adalah cinta, sambungan, penerimaan, ketenangan, kasih sayang, kegembiraan, empati, kesatuan, kehangatan, keseronokan, komunikasi dan keakraban. Sentuhan adalah elemen yang sangat kuat dalam ikatan setiap insan, seperti komunikasi, verbal atau non-verbal dan bertentangan mata yang berpanjangan. Urutan pada bayi menyumbangkan segala aspek dalam elemen ikatan ini.

Ikatan yang lemah mampu menjurus kepada situasi bayi pra matang, komplikasi, kurang sokongan fizikal atau emosi dan juga tekanan selepas bersalin. Dalam hal ini, urutan pada bayi mampu menghasilkan semula ikatan unik ini.


So, emak-emak, rajinkanlah urut anak-anak korang okay?








Amalkan teknik i love you



Tips lain : untuk elakkan kembung dan angin pada baby, sapu minyak telon ke minyak kayu putih ke or minyak yuyi ke dekat -- ubun-ubun, belakang badan, dada, perut, belakang betis, belakang lutut, ari-ari, tulang belakang, tapak kaki, ibu jari kaki dan tumit baby. Yes leceh sikit la tapi alhamdulillah anak insyaAllah tak akan kembung kalau emak tak makan sembarangan kalau breastfeed.

Gambar : (Sumber Johnson & Johnson)
Kebaikan mengurut baby : (Sumber anakku sayang)

Ok bye!

Nuffnang Blogbuster Maybank Transact & Win

Assalamualaikum.

Wah terkejut kejap mak! Dah lama tak dapat apa-apa dari nuffnang. Almaklum la selama ni sepi blogging. Ni baru nak aktif balik.

Tetiba dapat email Nuffnang Blogbuster Maybank Transact & Win. Tanjat iols. Terus google apa yang patut buat bila dapat Blogbuster ni.


Ok bye. Nak pergi buat video blogbuster sekarang.