Huda Luna Hussin

Our Love Nest : Progress March 2015

Assalamualaikum.

Tak tau la awat pemalaih sangat nak tulih blog ni. Rasa malas nak menaip walaupun banyak betoi benda nak type. So sekarang ni nak update pasal progress rumah baru ni bulan March kami pergi site melawat. Sat je dah April. Macam tak sangka. Macam baru je new year dah 1/4 tahun dah berlalu. Rumah pun dijangka siap August or September. Kena start cari perabot pastu nak renovate tu rasa macam nak refinance loan bank sekarang. Tengok la macam mana.


Hillpark Shah Alam North, KUALA SELANGOR. 

Lol. aku dok Kuala Selangor. Pfttt. Padahal dekat sebelah Saujana Utama je pun. Sebelum Puncak Alam. Depan UiTM Puncak alam. Redha je la. Tapi kalau la Shah Alam ambik alih tanah ni, merasa la jadi Shah Alam tapi cukai mahai la. LOL.


Resepi Ikan Bakar Portugis

Assalamualaikum

Aku tak tau berapa round aku dah buat Ikan bakar portugis ni. Sebab nye memang sedap gila! Resepi ikut macam kak Azlita Masam Manis tapi size bahan-bahan yang letak tu main effect jugak rasa dia. Tiap kali buat rasa berbeza tapi still sedap dan akan repeat buat. Dekat rumah ni pun ada lagi 1 ikan Siakap. Maybe esok lusa buat kot lagi haha. Masa try dengan ikan Bawal tak umphhh sangat. Dengan ikan Siakap baru rasa terbaik! Resepi mohon bukak blog kak Azlita. Malas bukak, mai ai tepek sini resepi. Resepi Ikan Bakar Portugis Azlita Masam Manis.


Bawal tak berapa umpph.


Our Love Nest : Progress January 2015

Assalamualaikum

Dah lama tahun baru, hari ni baru aku nak post. Pending post banyak dalam draft tapi tak rajin nak habiskan. Nak tulis tu rasa macam berat nak type. Semua sebab kepala otak pening pikir mana nak cari duit nanti nak reno rumah la apa la semua.

Alhamdulillah. Rumah dah nak siap dah. Memang tak sabar nak masuk cepat. Ahad lepas pergi melawat site. Rumah dah cat. Defect pun developer dah inspection. HAHAHA. Tak dapat la claim defect macam ni. Pandai diorang kan. Grrr.

Row depan sekali. Pagar dah pasang.