Friday, December 11, 2015

Surprise Gift Cards Zalora!

Assalamualaikum

Haishhh! Kita perempuan ni kan, selalu fail sungguh nak beli hadiah untuk husband/boyfriend/tunang. Percaya la. Hadiah untuk lelaki lagi ni sebenarnya susah dari soalan, "Nak makan apa hari ni?". HAHAHAHA.


Surprisekan Gift Cards Zalora untuk kesayangan hati


Kot pulak jenis cerewet or jenis ada taste sendiri ni, fuhh mencabar kepala otak! Karang silap beli, tak pakai tak guna tak hargai hadiah tu, kita pulak yang sentap kan. Perempuan ni biasa la kan. Pastu lelaki pening nak pujuk balik. HAHAHAHA eh last-last kita pulak yang dapat hadiah balik.

Dari la zaman bercinta ke bertunang ke dah kahwin ke, nak buat hantaran tunang/kahwin ke, nak bagi hadiah birthday ke, anniversary kahwin/couple korang berdua ke or surprise tetiba untuk lelaki kesayangan kita tu, mesti pening nak bagi apa kan. Haihh. Nak buat cemana, lelaki ni complicated jugak sebenarnya. Eh?

Dah tu, zaman sekarang ni ada whatsapp or telegram geng-geng/kawan-kawan perempuan, kita mesti habis tanya dekat diorang ni minta suggestion nak bagi apa. Tapi nanti ada saja suggestion kawan-kawan tu ditolak.

Kalau kawan-kawan suggest jam tangan :
Ohh, jam tangan ni dia dah ada.
Alaa. Dia tak suka pakai jam tangan.

Kalau kawan-kawan suggest kasut :
Ish, susah la nak beli kasut untuk dia, tak tau la dia minat cemana.
Emm, aku tak rasa dia suka kasut jenis ni.

Kalau kawan-kawan suggest baju/seluar pula :
Dia ni cerewet la bab baju. Aku pening la kang dia tak mau pakai.
Kang seluar ni ketat pulak cemana.

HAHAHAHAH ok tu contoh. Sebab aku pun pernah alami. Pening hokayyyy! Pening mak jemah! Last-last kawan-kawan korang tu pun menyampah dah nak bagi suggestion. Ada je jawapan bantahan.

So untuk mengatasi masalah besaq ni, jeng jeng jeng... Tak payah sesusah pikiaq nak bagi apa. Korang belikan je Gift Cards Zalora ni dan surprisekan kesayangan hati korang. Biaq dia sendiri pilih hadiah apa dia mau. Gift Cards Zalora ni boleh beli dari harga serendah RM 75, RM 150, RM 200 dan RM300. Fuh! Kalau RM 300 memang heaven la kesayangan korang tu shopping dari top to toe. Mudah kan?

Then apa lagi? Click link tu sekarang, dan moh la membeli hadiah. Sure diorang happy dapat Gift Cards Zalora dari buah hati cantik molek diorang ni.


Ok bai!

Aku pun nak beli dekat #DearHusband aku. Hari tu dah membeli wallet baru dari Zalora untuk dia. Kemain senyum sampai telinga dia dapat hadiah tu. Cadang nak beli lagi ni. HAHAHA.


Friday, October 16, 2015

Sneek Peek : Lexis Hibiscus Port Dickson

Assalamualaikum.

Anniversary 3rd year last month punya agenda. Sneek peek dulu ek. Later akan full update.


Depan Lexis Hibiscus PD



Dalam bilik dekat pool private dan rasa tersangat la private
sebab tak menghadap bilik orang hihi



Ok Bye.

Tuesday, September 22, 2015

Petua Beli Rumah dan Tuntutan Defect

Assalamualaikum.

Petua ni aku copy dari facebook. Harap boleh jadi rujukan nanti. Kemain pening dengan developer aku sekarang ni. Sebut nama kang then tulis entry sambil upload defect jatuh reputasi karang. Senang hati engko cakap nak elak LAD khennn. Silap orang la engko cari pasal. Kitorang semua memang tengah prepare bullet dah ni.

Ok bye! Jom baca.

----------------------------------------
PETUA MEMBELI RUMAH

Rumah yang dibeli dengan Pemaju teruk, banyak rosak. Apa yang patut anda buat?

Oleh:
Salkukhairi Abd Sukor
Peguam Hartanah

Tahukah anda, sekiranya anda membeli rumah yg dalam pembinaan dengan Pemaju, anda memperolehi tempoh liabiliti kecacatan (defect liability period) atau dalam bahasa mudahnya dipanggil tempoh waranti selama 24 BULAN mulai daripada TARIKH SERAHAN MILIKAN KOSONG (atau dlm bahasa mudahnya, tarikh serah kunci) rumah tersebut.

Ertinya, dlm tempoh tersebut sekiranya berlaku kerosakan terhadap rumah tersebut, maka Pemaju bertanggungjawab, atas kos dan perbelanjaan mereka sendiri, utk membaiki segala kerosakan tersebut.

Macam mana cara nak mintak Pemaju baiki kerosakan? Bolehkah sekadar call Pemaju begitu shj? Kalau Pemaju lambat atau tak nak baiki macam mana cara nak buat? Sila ikuti sepenuhnya apa yg sy nyatakan dibawah ini:-

1. Jika berlaku kerosakan terhadap rumah anda, sila tulis SURAT RASMI kpd Pemaju. Senaraikan kerosakan tersebut satu persatu. Kalau boleh sila ambil gambar kerosakan tersebut dan lampirkan bersekali dengan surat rasmi tersebut. CC surat tersebut kpd Peguam yg menyediakan Perjanjian Jual Beli.

2. Sila hantar Surat tersebut kepada Pemju dan Peguam dengan 2 cara sahaja, iaitu sama ada secara Pos Berdaftar atau serah terus dengan tangan ke pejabat Pemaju dan pejabat Peguam dan dapatkan tandatangan dan cop akuan terima daripada Pemaju dan Peguam. Cara lain tak dibenarkan oleh undang2.

3. Bagi tempoh 30 HARI kpd Pemaju mulai daripada tarikh Pemaju terima Surat tersebut utk mereka baiki kerosakan.

4. Sekiranya Pemaju tak baiki dalam tempoh 30 HARI, lantik kontraktor anda sendiri utk tujuan tersebut.

5. Dapatkan sebutharga daripada kontraktor anda utk kos baiki kerosakan tersebut.

6. Serahkan secara rasmi sebutharga kontraktor tersebut kepada Pemaju dan CC kpd Peguam dan bagi peluang lagi kpd Pemaju untuk baiki kerosakan tersebut dalam tempoh EMPAT BELAS (14) HARI.

7. Jika Pemaju masih tak baiki kerosakan selepas tempoh 14 hari tersebut tamat, sila arahkan kontraktor anda memulakan kerja2 pembaikan sehingga siap.

8. Selepas dah siap baiki, sila tuntut kos pembaikan kerosakan tersebut daripada Peguam dengan mengemukakan invois asal kerja-kerja pemabaikan kerosakan tadi kpd Peguam.

9. Peguam hendaklah membuat bayaran kpd kontraktor dengan memotong daripada wang pertaruhan 5% daripada harga jual beli yang Peguam pegang.

10. Kalau Pemaju dan Peguam tak bagi kerjasama, anda boleh failkan Tuntutan di TRIBUNAL PEMBELI RUMAH.

Sunday, August 16, 2015

Our Love Nest : Oh My Porch!

Assalamualaikum

Huargh stress pulak aku tengok ni. Porch rumah kitorang muat 4 biji myvi. Hari tu Ipin saja la try parking nak tengok cemana. Sekali ambik ni. Luas gaban porch tu. Adeh. Kepala otak terus pikir nak extend je bawah tu. Semua pun nak extend nak reno kau ni Huda. Dapur la bilik atas la bilik bawah la. Puih.





Ok bye!

Thursday, August 6, 2015

Our Love Nest : Progress July 2015

Assalamualaikum

Hari tu siap meet up tengok rumah lagi. Harap dapat CCC cepat then nak claim defect haha. Kalau ade la. Yang claim LAD tak layak sebab SNP bulan 4 tahun depan. So siapa beli awal je la dapat claim. 


Cepat oi hand over! tak sabar nak masuk dah ni

Bakal rumah Qaireen dan adik-adik




Ok bye!

Wednesday, August 5, 2015

Inspirasi Interior Part 2

Assalamualaikum,

Huda kalau tak berangan tu bukan Huda la kan. HAHAHA. Free je pun berangan. Apa ada hal. Jadi tak jadi tu lain cerita. Berangan dulu baru kita tengok sekadar angan-angan mat jenin ke angan-angan jadi kenyataan. HAHAHAHAH.

So aku berangan THIS! Pintu as divider ke dapur dari dining. KONON! Sebab selain tu berangan jugak buat lagi satu jenis ni. HAHAHAH semua nya angan-angan. Tengok je la mana yang jadi. Lulz. Tengok-tengok apa pun tak ade. 


in love pulak tengok hehe


haha berangan macam ni jugak macam show house olive dekat sales gallery tu


Kompius mak nak yang mana satu




Ok Bye!

Sunday, August 2, 2015

Trending Warna Cat Interior Rumah

Assalamualaikum.

Rumah dah nak siap! Yey. Jalan dah ada. Nama jalan dah ada. Nombor rumah pun dah ada. Best nye! So sekarang meh kita brainstorm colour-colour nak cat dalam rumah nanti. Boleh tak kata ni colour yang tengah in tahun 2015 dan 2016 untuk cat interior rumah? Hehe

Jom la cuci mata tengok colour dulu. Aku pun rambang mata nak pilih colour ni. Excited terlebih sangat!





















Ok Bye!

Monday, June 8, 2015

10 things to do in Japan

Assalamualaikum.

September 2013,
Aku pernah ke Japan. Tapi short trip sangat. Serius tak best sebab tak banyak tempat boleh visit dengar terkejar masa lagi. Masa pergi ni tak bawak Qaireen sebab dia kecik lagi. Tapi ada makhluk penyibuk tukang sibuk ni kata dia kalau pergi memana tak kan tinggal anak dia. HAHAHAHA. Hello, aku tak bawak sebab pentingkan kesihatan dia yang masa tu baru 3bulan lebih. Immunity tak kuat lagi. Macam la next time tak boleh bawak. Betul tak?

Ok skip part tak best tu. For me, Japan sangat best! Serius aku nak repeat balik trip hari tu dan kali ni nak pergi lama. Maybe 1-2weeks ke kan? Walaupun sekejap je pun masa tu, 3hari tak silap, terasa macam tak nak balik. Walaupun sampai cramp dan sakit kaki berjalan pressure diri sebab nak melawat banyak tempat, tapi puas walaupun tak la puas sangat sebab tak semua tempat dapat pergi.

Hahahah apa aku ni. Tak best tapi best. Puas tapi tak puas. Cakap pun dah pening. Dah jom ler menabung untuk repeat Jepun. Tak rugi pun repeat. hehe
















Cute image Source : Little Miss Paint Brush 

Ni gambar yang mana aku pernah upload dulu dekat instagram. Tak banyak gambar aku nak tunjuk kat orang. Yang lain simpan as kenangan kami. 

Tokyo Sky Tree

Gundam - Odaiba City

Mount Fuji - 5th Station
(Wishlist - checked!)

DisneySea

DisneySea

Odaiba

Senso-Ji Temple - Asakusa
Japan in Love - 260913-300913



Ok Bye! Rindu Jepun tahap teruk!
Nak update itinerary rasa macam malas. hewhew 

Tuesday, June 2, 2015

Tips hilangkan kesan kotor dekat perabot putih

Assalamualaikum.

Meh sini nak bagi satu tips terbaca dalam group deco-deco dekat facebook baru ni. Almaklum la mesti ramai jenis suka perabot putih tapi tak mau beli sebab cepat kotor. Lepas tu tension sebab perabot dah banyak cap jari la hitam kesan kotor tangan la bla bla.

Perabot putih ni lawo. Bawak kesan luas pada kawasan sempit dan paling penting nampak minimalis. Nak menjaga perabot putih ni kena ada minor OCD sedikit. Tambah yang suka perabot ikea or english style memang la banyak putih nye.

So kat sini, kita perlukan PowerMax Cosway ni. Beli je dekat cosway. Murah je belas belas ringit tak mahai pun. So, gunalah Power Max - Wood and Leather Restorer (cleans, shines and protects) dan kain jenis kesat untuk lap permukaan perabot putih yang dah kotor sikit tu. Tak payah air. Just spray kat kawasan nak lap, pastu terus lap sampai bersih. Ternyata memang lepas tu bersinar balik perabot korang tu.

Aku dah try dekat almari putih dekat dapur tu dengan meja ikea yang ada dekat rumah. Memang bersih. Dah snap gambar dan share dalam ni. Harap korang nampak ler efek dia tu. Handphone murahan je gambo pun tak la clear mana.

Power Max Cosway - Wood and Leather Restorer (cleans, shines and protects)

Kesan sebelum

Kesan selepas


Ok bye. Selamat cuba la ek!