Huda Luna Hussin: Bercakap Random
Showing posts with label Bercakap Random. Show all posts

Semua sebab Facebook.

MoshiMoshi.


Aku bukan senang nak approve orang dalam Facebook sebab aku takut. Bukan takut apa pun. Aku takut kepada orang gila yang niat nak jadi stalker. Aku paranoid. Lagi pun Facebook tu untuk orang yang aku kenal, blogger, kawan sekolah, twitterer, kawan universiti, kawan matrik dan yang mana yang patut-patut la. Facebook bukan tempat untuk tempat macam Myspace.

"Hai! Boleh berkenalan?"


Memang la niat add tu nak berkawan. Kalau nak berkawan tu, tegor-tegor la aku. Bukan lepas add diam. Dah tu aku tak kenal kau tu sape pun. Dah tu tetiba je anti aku benci aku tanpa sebab. Ape salah aku? Pastu jadi anonymous serang aku? Aku tak kacau orang pun. Aku hidup dalam life aku sendiri.

So biar lah aku nak buat apa pun dekat Facebook aku tu. Nak approve ke tak. Nak tulis apa dekat bio. Dah tu hak aku. Berapa banyak pending friend request jangan tanya aku. Aku tak akan cakap. Aku dah pesan dah, kalau add aku cakap kenal aku macam mana. Aku mesti je approve kalau reason dia possible. Aku bukan kejam sangat pun. Aku tak sombong pun kalau korang dah kenal aku.


Haihh. Aku tak paham kejadah Mamat/Minah ni bagi mesej dekat inbox aku. Alah sebenarnya kau nak add kan lepas tu tengok bio tu terus tak jadi add then bagi mesej tu kat aku kan. Ahhhh podah. Macam-macam la manusia. Ni satu sebab malas add stranger sebab dia tak kenal kita ni siapa then mula la buat andaian dia sendiri. Tak payah la add kalau setakat nak meramaikan kawan. Facebook bukan Myspace even Facebook dah hilang dah aura dia.


NotaKakiHudaSiLuna :aku tak famous pun. aku gadis biasa je. aku orang biasa. life biasa. tak ada yang special.

Berubah jadi baru.

MoshiMoshi!


Semalaman aku menghadap blog je. Tak banyak aku tukar. Okay la tu. Nanti repair lagi yang mana patut. Buruk aih! Header tu ai tak berkenan. Buat masa ni pakai tu la dulu. Tak rajin. Hmpp! Boleh gitau kat aku tak apa yang patut aku repair lagi? Errr mula-mula pakai turquoise. Tapi. Err. Tak leh terima hakikat belog bukan lagi pinky. Ohh please. *pengsan* Ok la kot warna macam ni.



layout lama dalam kenangan. sobs!

NotaKakiHudaSiLuna :mengantuk nak tido.

"His" name is Mika.

MoshiMoshi!

Nama dia Mika. Nama penuh Azmi Kassim.


Sorry Mika. Tak sengaja mekap macam ni. >.<




Aku dah beli 120 Manly Eyeshadow palette. Seronok menconteng muka buat kanvas kaler-kaler.




NotaKakiHudaSiLuna : bila busy jadi gila.

Nasi Lemak Daun Pisang

MoshiMoshi!


image google

Seronok jugak online sambil makan nasi lemak daun pisang ni. Sebab khusyuk gila makan menghayati rasa nasi lemak. Sambal dah la terbaik punya sedap! Bukan makan sebungkus. Tapi dua. Cukup qouta. Haha.

Ahad ni ada reunion kawan-kawan kelas dekat Gua Tempurung. Siapa orang Ipoh nak ikot jom lah!


NotaKakiHudaSiLuna :
sedang sibuk edit entry lama balik. benci tengok tulisan shortform aku yang dulu yang macam kambing.

Dulu aku Boyish.

MoshiMoshi.

Dulu-dulu, aku membesar dengan jiran lelaki dan sepupu lelaki. Aku kira lasak sangat dulu-dulu. Parut tak payah cakap la, merata-rata ada. Kat hidung, siku, lutut, buku lali, dada, dahi dan macam-macam lagi la.

Dulu aku main bola sepak sampai jatuh bumbung rumah sebab nak ambil bola sampai patah tangan, retak tengkorak, tak sedar diri sampai tiga hari kat hospital. Masa jatuh tu berdarah-darah mulut, hidung dan telinga. Sampai terkencing-kencing lagi.

Dulu dada aku tertusuk kaca sebab aku terlanggar almari buku sebab laju je lari nak angkat phone rumah. Habis darah banyak. Luka pun dalam. Kena jahit.

Dulu aku selalu jatuh tangga rumah sampai benjol-benjol dahi. Walaupun selalu jatuh, aku tak pernah serik. Langsung. Naik lagi Jatuh lagi. Sampai akhirnya benjol dahi tu.

Dulu jugak, aku tak reti make up make up ni. Bagi aku macam leceh. Ciss. Start form 5, tahun 2005 baru aku reti mekap-mekap ni. Tapi dari kecik aku memang minat sangat pakai eyeliner tebal-tebal sampai masa matrik dulu kena cop gothic.

Dulu jugak aku tak reti fashion. Main bedal pakai T-Shirt macam lelaki. Kasut nak Converse je. Tak ada heels, tak ada flipflop dan tak ada jugak sandal. Dah la comot pulak tu.

Dulu kalau nak bersiap 10 minit boleh je bersiap. Sekarang sejam pun belum tentu lagi cukup. Tapi belum lagi la tahap bersiap sampai tiga jam.

Lama-lama aku makin jadi perempuan. Aik? Bukan memang perempuan ke? So sekarang ni, dah jadi tersangat perempuan sampai jadi kaki shopping. Eh? Shopping? Aaah la! Shopping! Pantang dengar Shopping mesti laju je terjah.

Aku rindu masa dulu-dulu aku yang lasak tu sebab bukan semua orang dapat parut macam tu. Eh? Perempuan memang complicated eh?


NotaKakiHudaSiLuna :
seronok kadang-kadang ingat memori masa kecik.

Lapan ciri-ciri blog yang sangat menggerunkan.

Moshimoshi.

*buang habuk yang melekat dekat blog Huda Luna* 11 hari berhabuk. 11 hari jugak kurang online. Sibuk layan anak-anak dan suami. Heh. Tapi dalam sibuk-sibuk tu sempat jugak round-round dalam blog dan banyak perkara yang menggerunkan yang aku jumpa.

1. Bukak blog terus terkejut badak sebab secara tiba-tiba datang music/lagu dari celah mana tah. Memang gerun. Mau heart attack secara spontan kalau masa tu speaker full volume. Heh. Tolong lah, aku tak rasa music patut letak dalam blog. Boleh mati dalam beberapa saat je kalau ada heart attack.
Contoh :

2. Tulisan besar kecik besar kecik sampai nak baca pun macam kena teropong mata luaaasss luaaassss nak paham seketul-ketul perkataan. @____@
Contoh :
CubA kOrANg bACa nI sEnANg kE tIDaK. sERoNOk tAK bACa mACam nI. tHiRlL tAk?

3. Entry nak center je semua sampai rasa macam err center nya, tak ada left langsung ke? Aisehh.
Contoh :
Hari ni saya suka minum susu cap unta.
Susu unta lagi sedap dai susu kerbau.

4. Saya dah follow blog awak, awak follow balik lah. Then lepas tiga empat hari kita tak follow dia unfollow kita balik. What the heck? Ohh, saya tak kisah bilangan follower saya pun. Kalau saya, saya follow sebab saya minat dan saya tak akan mintak balik orang tu follow saya balik.
Contoh :

5. Setiap baris ayat baru mesti warna lain-lain kat dalam entry. Kunun cantik lah kan, padahal jadi sasaran utama tekan button X. Juling mata ai nak tenung warna-warna striking. Ayoo tanggachi.
Contoh :
Nama saya Huda Luna Hussin. Saya lahir pada bulan Januari hari Jumaat. Saya suka makan Nasi Lemak. Saya tinggal di Ipoh. Saya belajar dekat UMP.

6. Ayat yahudi yang sangat berleluasa. Macam entry ni yang sangat lah annoying kot! Err kalau SMS aku leh consider lagi kot, tapi type entry?
Contoh :
Aku pergi pasar jew tadiw. Sowie larh lupew pulak dapat mesej kat HP tadiw.

7. Type short form macam SMS padahal ruang post entry boleh type unlimited. Heh.
Contoh :
Ak ske mkn ayam tp ak xske mkn ikan. Dy lak ske mkn ikan tp xske mkn ayam. Dy ckp ayam leh wt mok.

8. CAPTCHA! Haa ni lagi satu yang buat blog jadi gerun sangat. Perlu ke? Macam tak perlu je.
Contoh :

NotaKakiHudaSiLuna :
kalau ada lagi boleh tambah nanti aku backlink balik. =) blockquote belajar dari blog ailyl. Ailyl pulak belajar dari Ynn.

perempuan, lelaki dan kereta.

Kalau perempuan bawak kereta, mesti banyak masalah. SUMPAH! Aku tak tipu. Aku sendiri yang perempuan ni pun menyampah tengok cara perempuan drive kadang-kadang. Nak je gi cakap kat die:

"ko tak payah bawak kete ah! nyusahkan orang lain je."


Kalau yang terer tuh, terlebih terer pulak. Siap drift bagai. Speed nak lawan lelaki drive. Yang ni pun tak bagus jugak. Sebab perempuan kena la sopan santun tapi bawak tuh jangan la terlampau sopan santun sampai buat orang lain benggang.

SERIUS! Lelaki menyampah kalau perempuan bawak kereta teragak-agak. Aku sendiri pun rimas. Kalau aku naik kereta dengan lelaki, tak kira la kawan ke sepupu ke, mesti diorang cakap macam ni:

"terhegeh-hegeh. perempuan la ni."


perghhh! Tak macam ber-asap pulak aku kan. Tapi nak buat macam mana. Benda memang betul pun. Bagi aku la kan, kalau masih P awal-awal macam baru 2 3 bulan P tuh, bagi aku leh la dimaafkan. Ni tak. Lesen P pun dah setahun lebih tapi bawak kereta macam tak pernah bawak.

Antara top 10 perkara-perkara yang buat lelaki menyampah dengan cara perempuan drive adalah:
1. bawak teragak-agak, kejap ke kiri, jap ke kanan.
2. tak bagi signal tau2 terus masuk. (lelaki pun selalu buat jugak)
3. salah bagi signal. bagi signal kiri, tapi masuk kanan.
4. bawak macam siput, tapi duduk lane kanan.
5. parking kereta ikot suka hati.

contoh :
a) ada dua kotak parking kosong, tapi parking tengah-tengah. gila selfish.
b) parking sampai terbabas tah ke mana-mana je.

6. sambil drive sempat mekap la, betulkan tudung la etc.
7. nak tekan break tapi tekan minyak, pastu mula la langgar macam-macam.
8. enjin mati kat traffic light. (kalau yang bawak manual la, jarang perempuan nak bawak manual)
9. langgar divider jalan, pastu salahkan divider tinggi.
10. dekat bonggol tak brake, sampai kereta pun ter-melantun.

YES! Aku admit salah satu atau dua perkara kat atas ni terkena batang hidung aku sendiri macam no.6 dan no.8 tuh. PEREMPUAN. Biase ah. Mati enjin dan betulkan tudung. HUHU. Sape nak sokong aku?

Lelaki pun ade jugak yang tak reti drive. Sape cakap tak ade? Ade je. Yang main mencelah je tak bagi signal. TERKEJUT BADAK TAU TAK. Pastu yang bawak macam nak gi melancong. Saja je BIKIN PANAS HATI. Tu kesah kereta. Kesah moto macam mana pulak? Contoh macam apek-apek cina tua tak pun lelaki yang bawak moto. SUKA sangat bawak tengah-tengah jalan. Sila la ke tepi sikit. Bahaya betul bawak moto tengah-tengah jalan. Mau kalau lori datang tak ke naya tuh? Sape duk IPOH tak pun PENANG memang dah masak sangat dah ngan benda ni.

HEH! Tuh je dapat aku fikir sekarang ni. Kalau ada lagi sila bagi tahu. Aku akan tambah. Aku bukan nak menghina perempuan cara perempuan drive. Tapi geram. Aku ingat lagi dulu. Perempuan tuh punya la syok makan ais krim sampai tak tengok dah cermin belakang, tau-tau...

"gedebeng!!!"
Justify Full

Kau tahu ape yang dia langgar? Dia langgar bontot kereta auntie aku. Nasib ah tak ade ape-ape, cume ter-kemek sikit je. Geram betul. HUHU. YE! YE! Aku tahu aku pun kadang-kadang buat salah masa drive, tapi aku dah improve banyak. Malu kena kutuk dengan lelaki. So, perempuan semua, jom improve cara kite drive okeh?


------------ini kesah aku dengan kereta------------

Aku ade lesen sejak dari tahun 2005, tapi tak pernah bawak kereta sejak dapat lesen tu. Bila masuk UMP ni tahun 2008, nak keluar ke town susah. So, dengan gigih nye aku cari kereta sewa auto untuk keluar. Masa tuh first time bawak lepas 4tahun tak bawak. Mengigil jugak la. Tapi Alhamdulillah sampai jugak aku ke Kuantan dengan kereta tuh.

Lepas tuh, aku belajar balik bawak manual. Aku berjaya. Bagi aku bawak manual seronok sangat. Leh main gear. Tak macam auto. Macam orang cacat. Masa before aku improve aku nye skill diving banyak jugak la kejadian-kejadian yang malang aku hadapi macam enjin mati la, terbabas ke lane sebelah la, hampir kena langgar lori la, terlanggar kereta perdana hitam la. HAHAHUHUHEHEHUHE. Zaman tuh aku tak reti nak SPEED-SPEED ni. Sekarang ni. Selalu terlajak over dari 100km/j. Erkkk! Jalan kat Kuantan ni mostly 80km/j je leh. So far, nasib baek ah tak pernah kena saman lagi.

Nasihat : Bawak kereta memang seronok, tapi hati-hati lah. Sayang lah nyawa sendiri ye dan orang lain. Jangan mati sia-sia.




:12:NotaKakiHudaSiLuna :
habis la aku kena marah dengan perempuan sebab kutuk perempuan. lelaki mesti suka bab-bab ni kan?

lelaki dan baju Melayu; bagi lelaki perempuan menawan berbaju kurung.

siapa tak kenal Zahiril Adzim? kalau kau tak kenal, sila-sila lah kenal. Kerana apa? kerana dia begitu meng-kagumi perempuan yang berbaju kurung. siapa yang perempuan-perempuan tuh sila lah rasa dirimu begitu berharga (iklan loreal kejap). Dalam entry dia yang (ini) dan yang (ini) dia begitu adore dengan perempuan yang berbaju kurung/kebaya/kebarung.

itu bagi Zahiril Adzim. bagi aku pula, aku sangatlah teruja dan rasa sangat tertarik untuk tengok lelaki yang berbaju Melayu. Kenapa? entah. bagi aku, lelaki-lelaki ini sangat tampan, macho dan menarik serta nampak begitu maskulin. HEH! aku pon tak tahu mengapa. tiap kali kalau nampak lelaki yang berbaju Melayu aku akan pandang. pandang lama-lama. berbaju Melayu disini adalah : LENGKAP BERSAMPIN SONGKET DAN SONGKOK tapi pakai ala-ala JOHOR.


HEH! okay masa untuk chaos dulu, assignment melambak. dalam otak aku sekarang :
.
.
.
.
.
1. pergi masa birthday
atau
2. pergi masa konvo

yang mana satu eh?





:12: NotaKakiHudaSiLuna :
hari jumaat ari tuh tengok ramai sangat lelaki berbaju Melayu ala JOHOR siap bersampin songkek ke masjid untuk solat Jumaat. (blok asrama aku sebelah masjid je, boleh intai lelaki yang selalu pergi masjid)

Petang yang sejuk.

Huhu. Akhirnya aku terjebak jua dalam dunia blog. Actually aku tak berapa suka. Tapi entah macam ne. Rasa macam nak buat pulak blog nih. Huhu.