Huda Luna Hussin

Hai! Nama saya Joni the Hedgehog.

MoshiMoshi!

Ni Joni. Umur dia dah dua tahun lebih. Tak sangka cepat gila dia membesar. Dulu kecik je. Sekarang dah gemok. Dulu dia ada bini. Nama Jeni. Sekarang dia duda. Kesian dia. Tak apa Joni, nanti cari bini baru ok? Ingat tu. Bunga bukan sekuntum.

comot dan gemok.

Sekarang dah kurus sikit. Masuk the biggest loser by Huda Luna. Baru la boleh mengorat bini baru nanti. Ni video hobi pelik Joni. Suka orang garu gigi depan dia. Dan tangan dia akan pegang jari kuat-kuat.



sorry ter-rajin edit video terletak lagu sailormoon. =.="




Ni masa dia kecik. Jauh beza dulu dengan sekarang. Joni dah big boy dah sekarang.

NotaKakiHudaSiLuna :
sakit kepala

(DIY) Basic Fairy Skirt.

MoshiMoshi!


Cuti ni aku sangat-sangat lah berniat berkobar-kobar nak jahit Fairy Skirt ni. Nampak macam cunn gila kalau pakai dengan boots. Tapi buat labuh la macam paras bawah lutut. Tapi masalah nya kat Ipoh ni susah nak cari kedai kain yang best. Geram betul aku.


Gerammmnyaaa tengok skirt ni. Heshh!

Untuk DIY skirt ni just perlukan :

3 atau 4 (depends) helai kain yang berkenan di hati.
Getah Elastic
Riben (untuk cover getah)
Benang
Dan Mesin jahit (kalau tak ada mesin rajin ke nak jahit guna tangan? haha)

1. Potong kain jadi empat segi dalam panjang 1 meter plus minus untuk setiap sisi dia. Depends la dekat korang nak buat lagi panjang ke lagi pendek ke kan. Aku nak buat panjang.

2. Tutorial ni orang ni guna empat layer kain. First layer dia guna Purple Satin Lining (bottom). Second layer dia guna Mauve nylon Organza. Third layer dia guna Purple Net then yang fourth layer (top) dia guna Mauve Organza Printed Design.


3. Then step ni letak fabric tu dalam shape diamond then buat hole dekat tengah-tengah ikut saiz pinggang. Contoh dia macam ni kalau pinggang saiz 94cm then tambah 3cm then bahagi dengan 6. 28. So tu la radius untuk lukis hole tu. Dah buat hole ape lagi gunting la kan.

4. Lepas tu jahit la getah dengan letak riben untuk cover getah tu. Dan siap.


Nampak cara nak buat macam senang. Tapi untuk aku yang belom tahap pakar macam WeenGorgeous ni mau terkial-kial nak menjahit nanti kan. Tapi demi kerana nak pakai jugak aku akan make sure aku berjaya buat then bila siap boleh post dekat blog. TeeHeeHee. Ok dah Bye. =P


NotaKakiHudaSiLuna :
Kalau dekat KL senang je nak cari kedai kain. ciss. entry auto publish ni. time ni aku tengah tido lagi aku rasa. haha.

(Tutorial) Hijab Pashmina Hana Tajima #02

MoshiMoshi.

Ramai yang mintak aku buat tutorial pakai shawl la ape semua. Aku bukan nya apa. Aku malas buat sebab kalau buat mesti kena kutuk la ape semua. So, sekarang ni nah satu tutorial yang aku suka style dia. Hana Tajima. Fashion Designer yang famous amos oii. Tak kan la orang nak kutuk tutorial dia pulak. Melampau tu kan.

Tutorial 1





Tutorial 2




13 December ni dia ada event dekat SOLARIS DUTAMAS dengan Yuna. (untuk siapa yang tak tahu dia ni kawan baik Yuna) Siapa yang boleh pergi. Pergi lah. Aku pun tak sure aku boleh ke tidak pergi. Teringin nak jumpa dia in person. Mesti dia sangat kawaii! Nama pun orang jepun kan.

Erm so far aku ikut style dia ni okeyh lah. Lagi buat muka aku jadi macam foreigner. Kejap jadi Pakistan. Kejap jadi Iran. Kejap jadi Palestine. Macam-macam la aihhh.

So ok! Selamat mencuba style Hana Tajima! Hijab style dia ni cool dan tak susah. Tapi seeloknya jangan la guna shawl yang lembik-lembik tu. Jenis cotton dan pashmina ok la.



NotaKakiHudaSiLuna :
Aku suka Yuna. Aku suka Hana Tajima.